March 30, 2012

21'st birthday present from my special one =)

hai selamat pagi..=) una tak tidur sejak semalam (malam tadi)
una baru je siapkan final projek bagi subjek kejuruteraan alam sekitar penat tidak terperi . btw ada cerita una nak kongsi :)

27 mac yang lalu adalah birthday una, no cakes for me dia busy una pun busy
so semalam 29/3 baru kami keluar itupun petang sebab masing-masing ada kelas.
both of us as student kena terima takdir kami masih pelajar , no ponteng2 semata sebab nak celebrate birthday .wuuuu.. lambat pun lambat la.
so agendanya kami pergi east coast mall beli tiket wayang pastu makan.
makan apa? semua tu akan terjawab dengan gambar kat bawah ni nanti.

kami tengok the wrath of the titans in 3D
wuuuu syokk oii syokk.
tapi dingatkan bahawa sesiapa yang kurang ilmu sila jangan percaya 1 pun fakta dalam tu lagi2 kalau bawa budak2 cepat terpengaruh bahaya! .hurmm berkisah pasal TUHAN yang boleh mati.





here mr hafifi hafiz with his never fail pose hahaha



Here I am . 21 years old me.




him


 


birthday present from him.

i'm soooooooo happy.
gembira sangat sangat. terima kasih sebab bagi hadiah ni
^_^
i'm lucky enough to have you.





throwback from our first year at college . cant believe our relationship 
turning 4 years this year.

p/s: ya.. i'm lucky to have u.

March 27, 2012

saya genap 21 tahun.. =')

alhamdulillah una genap 21 tahun  pada hari ini.
 bersyukur kepada ALLAH sebab masih diberi nyawa dan nafas.
una ingin melengkapi wishlist una untuk alam 21 tahun ini.

terima kasih pada kawan-kawan yang sudi hantar wish dekat wall facebook.
dekat twitter ,yang bbm dan juga mesej. tq banyak banyak.
una sayang korang. mungkin una susah sikit nak rapat dengan orang tapi yang una tahu,semua kawan2 una .. una sayang.

una tak tahu nak bagi ucapan apa lagi..
sebabnya sekarang dah pukul 230
una perlu tidur.

korang doakan una berjaya dunia dan akhirat sudah cukup bagi una.
okay? sayang korang..


March 26, 2012

day trip with coursemate (true friends are never apart =') )

2 hari lepas iaitu 24 march kami warga2 DDA (Civil Engineering)telah menakluki terengganu buat pertama kalinya  jyeahhh!! ( yang pertama kali tu engkau una yang lain dah berkali2)
okay sila diam! =-='
day trip ni dirancang oleh rahman junior kami dan di bantu oleh ciklya (my hunny rabbit).kami pergi dengan 2 buah bas.

inilah dia rahman dan ciklya amboittt rahman.. bagi ciklya jer duit raya ;P


destinasi kami ialah taman tamadun islam yang terletak berhampiran denga masjid kristal
so dibawah ini adalah antara cebisan cebisan gambar pemandangan disana



halus kan seni ukiran?
 


sampai sana kami diberi passport untuk masuk.kami tak perlu beli tiket.
segalanya free ditanggung pihak kolej.semuanya jasa junior yang bertungkus lumus.
ohh kakak abang love u all la adik :D



yang bumbung merah tu train.. kami pusing pusing naik tu.. huuuuu feeling dalam zoo.. seronok okess?

 hijau kan pemandangan? cantik kan kan? *sila hangguk jika setuju*
 tasik nak permai.
dalam banyak banyak gambar , una suka ini sebab ekspression wawa yang terlampau happy.
dan orang kiri dan kanan bermuka redha je dengan bau ketiak wawa hikhik
*hehe gurau je wawa ampun ampun *

antara senior2 ...
una tahu di otak korang tengah ligat berpusing memikirkan apekejadahnya yang dipegang mereka-mereka terbabit sehingga muka ceria ibarat  mendapat choki2 40 bakul?
heh itulah passportnye..
hehe tanpa passport tu tiadalah gambar2 kemain comel yang ditempek2 kat blog ni ye meon...
*meon bukan skandal saya*

sepanjang disana antara tempat yang kami singgah ialah di pasar bayang,
shopping sampai terlentang..
di masjid terapung
singgah beli keropok losong.
pengalaman yang sangat-sangat berharga walaupun sekejap.
hurmm lagi -lagi yang senior ni.
masing-masing dah tukar hobi baru sepanjang semester ini
iaitu mengumpul kenangan manis bersama kawan- kawan
una pun dah praktis posing ala model tapi.. *epic fail*

yang hobi mengumpul setem pun semua tukar hobi buat masa ni hanya meon yang still dengan hobi mengumpul setem
*diulangi meon bukan skandal saya*

sebenarnya bukan tempat yang membuatkan ianya seronok tetapi kawan-kawan dan kenangan.
kenangan memang kita tak boleh beli.
ade jual kat pasar kenangan rm10 sekilo?
takdaaaaaa
kalau ada tak berhargalah kenangan terbabit.
 dan pastinya selepas ini una akan rindu saat-saat begini

aktiviti malam kami cuma menangkap gambar sahaja,
dan disepanjang perjalanan pulang terusik tengok muka ceria memasing
yang batak melihat keadaan di tempat pemprosesan petroleum di paka
yang di beri nickname disneyland malaysia.
hehehe boleh juga, nanti2 bila tersebut disneyland  mesti teringat kenangan macam ni kan? *sambil lap hingus*

bila dah boring , masing-masing bercerita dan cerita yang keluar  ialah cerita hantu
satu bas bertukar jadi macam cerita pondok2 zaman-zaman kanak2
tiba2 terimbau kisah lama  .
pencerita paling berjaya ialah onchair dan irfan manakala que,shawn dan jiji memilih untuk terlentang dibelakang. heh takut ke? =P
dan kami berbual rancak sehingga sampai kuantan
tapi una tak dapat join cerita tu sampai habis sebab una tiba2 pening kepala teramat sangat.


okay kita tutup cerita hantu ni sebab una menaip tengah malam tak sanggup nak teruskan

hmm jadi itulah serba sedikit kenangan yang mampu una catat dalam blog kesayangan hati ini.
pasti nanti kita rindu
hehe kalau rindu bacalah...

RINDU TAK???



muka ceria mereka ;')


waktu kita masih sama2 =')





macam waktu ini....


 

though miles lie between us,
we are never far apart
for friendship doesn't count miles
it's measured by heart

p/s: you know i will always miss 'us'



March 23, 2012

finally

aku beli seuatu yang sekian lama aku nak beli tapi tak beli beli.
 murah je tapi puas hati .

so inilah kekasih baru aku =)

March 19, 2012

inilah sebenarnya bahagia. =) *monolog sendiri*

saat -saat manis zaman belajar ini telah selamat disimpan di dalam blog ini.
sikit demi sedikit aku cuba simpan sebaik mungkin kenangan yang ada
dengan harapan bila nanti tiba-tiba rindu boleh juga dibaca buat peneman hati yang rindu pada saat-saat itu.


motif utama aku terus berblog ini hanya untuk meluahkan rasa hati pada zaman muda remaja ini . *ceh konon*
muda la sangat. padahal~~  T.T aku dah nak masuk 21 tahun pada 27 mac ni..silakan beri hadiah.. SILAKAN! ;P



walaupun blog aku tak best, selalu merepek, tiada info berguna , macam useless je kat korang tapi aku tak kisah pun sebab aku letak nuffnang ni saje saje je. bukannya beria nak dapatkan duit walaupun dulu ada la sikit sikit semangat yang jitu tu. keh8 mengaku.
dulu macam macam jugaklah aku cuba tulis untuk tarik traffik tapi ternyata aku tak boleh bohong diri sendiri.
aku sendiri tak suka apa yang aku tulis. aku rasa boring .aku rasa macam dewasa. aku rasa aku nerd aku rasa aku dah GILERRR!!! damn it!  yay aku rasa cool bila aku tak payah jaga ayat ketika bertutur . aku rasa bebas .. aku rasa boleh terbang ke awang - awangan.. * sambil menari zapin*


okay itulah diri aku sebenarnya.
seorang yang menulis ikut gerak hati.
aku tak suka planning.aku tak suka terikat dengan format rasmi.
dan aku juga begitu dan begini.
okay aku telah bercakap di luar batasan.
dan mengada-ngada feeling macam cakap dekat parlimen.

-,-

akulah semua diatas.
dan sekarang semasa menulis ini
aku tengah rasa berat hati gila nak balik kuantan
aku rasa aku dah sayang kat UTM.
kesian kat ikip.
tapi ikip pun aku sayang juga..
cuma UTM aku sayang lebih =)

sebenarnya bila begini aku sedar bukan tempat itu yang begitu bermakna bagi aku ,
tapi kawan-kawan
dimana ade mereka disitu ada gembira.
tu yang aku rasa sekarang
jujur dan tulus ikhlas dari hati aku
dan itulah sebabnya kebelakangan ini entry aku pasal mereka dan mereka...

aku ambil masa yang lama untuk rapat dan mesra dengan seseorang
tapi bila aku dah kenal aku sayang.

jadi sebelum semester ini berakhir
aku akan tulis sebanyak mungkin pasal mereka mereka lagi.
mana tahukan nanti aku hilang ingatan ke.
aku tiba-tiba hilang ke , atau umur aku tak panjang ke
mungkin kawan kawan boleh baca balik entry aku
at least kalau korang lupa pasal kenangan
entry aku akan mengingatkan. =)


p/s : senyum dan ketawa berseorang lebih menyeronokkan di samping kamu dan kamu wahai kawan =)

March 15, 2012

hari tergeli sepanjang satu minggu ewww ewww.! ;P

harini adalah hari yang paling eww sekali..
sebab harini lab kami kena main tanah.. 
bayangkan kami kena uli tanah umpma uli tepung..
 ewww ewwww *sambil buat muka gedik2 manja*
hahaha tak payah nak eeww eww sangat la timah..
=-='
so terima kasih kepada paan yang concern pasal una
tadi kena tumbuk2 tanah pakai tukul besar kemain tanah tu berdebu dan paan  telah mengambil alih tugas una sebab una ada lelah. so sweet ;P

so siap2 makmal balik beli souvenier ;)
tadaaaaaaaa~ inilah dia yang una mampu beli , kalau cukup duit una beli lagi
baju lain. serious rambang mata .O.o

BAJU JERSI BERKOLAR :RM33
TALI :RM3.50

sepanjang berada di UTM semarak tak kiralah di KSJ (kediaman siswa jaya)
kami tak pernah rasa terasing . student student kat sini dah terbiasa sangat gamaknya menerima tetamu dari luar. so senang nak blend in.

secara jujurnya KSJ 10 kali ganda lagi best dari sps. memang ada rasa taknak balik langsung . sebab disini kami student-student  franchais ni merasa pengalaman dan suasana belajar di universiti. memang terasa beza sekali  percaya atau tidak peraturan dekat sps memang ketat sangat2 berbanding KSJ.
di KSJ perempuan dan lelaki boleh study sama-sama ada ruang untuk study.
fasiliti terbaik . BAS pun okay  serius dah macam standart charted punya bas.
pretty cool nice and awesome.. .
kafe jugak banyak sangat2 jenis makanan tak kira di kampus mahupun di hostel.

gambar harini. seperti biasa gambar una tak ada sebab una yang snap gambar
btw ini adalah jaket rasmi untuk DDA A.K.A budak2 civil engineering di ikip
so warna jaket agak beza dengan budak2 UTM  di semarak ni.
jaket diorang warna hitam!
awesome!*hitam nampak kemas*

kalau di UTM semarak ni ada degree full time untuk civil engineering memang rasa nak buat degree kat sini.'
tapi sini untuk diploma full time  dan degree part time.
kalau nak masuk UTM skudai pula rasanya macam tak ada harapan je
jenis macam una yang suka main2 masa sem 1,2,3 inilah padahnya
result una start  naik sem 4,dan 5. sem 6 ni memang ada nawaitu nak dapat dean
so doakan una ye kawan2?

p/s: sweet memories ever afta ;)

March 14, 2012

update hari pertama makmal kejuruteraan yang sempoi dan bersahaja. ^^

hari ini rabu 14/3/2012  merupakan hari kedua lab dijalankan
semalam adalah lab highway..
so entry ni pasal lab semalam okess?
 dan lecturernya memang  lawak, comel, dan sempoi.


inilah encik danial ,jangan kutuk dia, lu kutuk dia wa rembat lu  ;P


mula mula kami kena banci jalan raya , kena kira jumlah kereta keluar masuk di simpang betul betul depan mindef. bagi sesiapa yang tak tahu mindef tu apa,
mindef itu ialah  kementerian pertahanan malaysia berhampiran UTM semarak.
*ah kau ni una bajet tahu je mindef tu ape sebelum ni padahal ~"*
Sila diam, gua kan penulis blog ni, seharusnya gua bajet tahu . teheee :D
tepi tu ade warung cendol,ada jual mee kari kalau tak silaplah.
tapi una tak makan pun kat situ sebab mee kari dan cendol bukanlah makanan kegemaran una. usah persoalkan kenapa.
diulangi usah persoalkan.


 kalau tak lab ni dijalankan satu jam tapi disebabkan
encik danial berikan kami kelonggaran maka  lab ni dijalankan setengah jam sahaja yay! so una diposisi V9 perlu kira data keluar dari minor road ke major road.
HAH! PAHAM ke idak? tak paham buat2 paham je la
okess next !


jangan salah faham, ini bukan upacara bersanding beramai-ramai atau cubaan mengorat
inilah yang dikatakan sempoi dan bersahaja  ;P


inilah mindef (gambar ihsan google)

jalan depan mindef


penunggang motosikal terbabit cover macho bila dibanci hehehe ;P

una tahu bila korang tengok dalam gambar,
tengok ahli kumpulan una umpama sedang berjual beli pantun,ada yang bersembang dengan galaknya,ada yang termalu-malu rasa nak lempang je ,ada yang tersengih2 sambil merenung masa depan.
ini adalah kerana kenderaan yang lalu lalang di jalan yang mereka perlu kira adalah sedikit. sesiapa yang perlu kira jalan major adalah sungguh kesian.
beliau adalah tak lain tak bukan adalah qawiem @ Q .

 ya! inilah makhluk bernama Q.
korang jangan tertipu dengan muka baik dia ni .
sekali bukak mulut nohorommm
serius rasa nak penggal je
btw he is one of my best buddy in college .
senang dibawa berbincang dan perang mulut dan twitter dan juga maki makian. HAHA
walaupun mulut dia kurang perfume tapi hati dia baik
okay enough said kang tak ada pulak jadi belon malam karang hehe  ;P


 okay selepas banci jalan kami kena berpecah menjadi 2 group untuk mepercepatkan lab  .
dalam gambar ni kami tengah nak main bitumen
*takadalah main sangat kena masukkanbitumen ke dalam ring kecik2 *
kemudian kena buat experiment sikit la.


 setelah main bitumen kami kena  tangan dengan  tinner  eh camtu ke ejaan dia?
ahh lantak.. janji korang paham tinner tu ape..
lepas tu baru cuci dengan sabun dan dibilas dengan air.

ha makhluk bertiga ni pula sedang buat hentakan ke atas tanah sebanyak 62 kali.
itulah sebabnya group harus berpecah seketika
sebabnya kalau buat beramai2 entah bila nak habis. heh =-='
ujian ni dinamakan CBR .
lepas hentak2 kena letak kat mesin ambik bacaan. dan keluarlah benda panjang2 macam tiket wayang


*sebenarnya una memang tersalah sangka tu tiket wayang.. ahh malu malu :'') *

p/s: sorry entry terpanjang.  update ni untuk kenangan kita semua nanti.
mana tahu tiba-tiba ter rindu bacalah ni =') 

March 13, 2012

bila sampai UTM semarak, berpeleseran dan terkinja2 ibarat aur dengan tebing

harini (sebenarnya semalam sebab dah pukul 1) una sudah selamat sampai ke hostel UTM semarak.. perjalanan dari kuantan ke KL taklah jauh mana cuma boring..
boring sangat sangat.

disinilah kami berada ;)

 sebab yang pertama bas bukan majid yang bawak. majid bawak budak-budak ukur ke melaka maka kami tak fun disebabkan pemandu tak sporting bukak lagu entah apa-apa mujurlah jugak dia pasang cd adnan sempit . tu pun boring jugak. hampess. -,-

ditambahkan lagi dengan keadaan diri sendiri yang  tak berapa nak sihat. semangat tu ada kesihatan tu tak ada dengan selesema batuk dan kahak.
demam mengejut ini berlaku sejak hari ahad haritu . tragis bukan?
 sebelum demam una mengalami sesak nafas . entaha apalah pantang yang una langgar kali ni una pun tak tahu . nasib orang berpenyakit. okay case closed tak mau cakap pasal tu.




yeah! disini ada alat senaman, dan wawa tengah try benda alah ni

wawa ko takpayah buat muka over sangat,
semua orang tahu pembohongan kita ketika ini,
nak berlakon tak pandai tak ada orang bersenam pakai seluar jeans -..-
 
una nak cakap yang una rasa macam terseronok . terhappy. tersuka
sebab pertama kafe kat sini lauk murah2,ayam besar, plus tak jauh dari KLCC.
cuma kurag best bilik air lah kena kongsi dengan bilik sebelah tak macam hostel kami dimana bilik air tak kongsi dengan siapa2 hehehe.tapi overall semua okayla ,
ada meja study , loker dia pun besar. nice nice! =D

tadi sempat menggedikkan diri dengan kawan ,tangkap gambar sebanyak mungkin barulah boleh beritahu satu dunia aku budak UTM woii! padahal~ hahaha
betulla kami memang under UTM.. walaupun kami ni franchais kami juga punya hati dan perasaan ;P


riang ria kekanak ribena *eh kekanak ke? mak budak?


okay ini kami yang batak lampu .
hahaha walaupun una kurang sihat itu bukanlah alasan untuk tidak memenuhi keinginan sanubari yang amat sukakan angin malam
walaupun diriku ini tahu bahawa angin malam dan demam tak dapat berkesedudukan  tapi diri ini tetap degil jua.
ah persetankan itu semua !
*tetiba*


p/s:masih ada 8 hari disini tengoklah next update lepas ni una cerita pasal apa pulak yer  ;)

March 9, 2012

ini semua kenangan kita bersama part 2

hari ini 9/3/2012 . diam tak diam tak lama lagi final exam semester 6.
lagi sebulan tamatlah sudah pembelajaran di kolej ini. sungguh rasa sayu.
sayu yang tersayu sayuan sangat. eh betul ke ayat ni? ahhh lantak ah.

hmmmmmm rasanya baru semalam melangkah masuk ke kolej ikip ni.
baru sangat berkenalan, bergurau senda, bersepak terajang dengan sahabat taulan. eh tak tak una baik, sepak terajang tu tak ada..
dan bermacam macam kenangan manis pahit,getir dan petir yang  kami dah lalui. una tahu kengkadang pembaca dok muak juga ,
tak habis cerita pasal rasa sedih nak berpisah dengan kawan-kawan je .haha peduli?  =P


disebalik kejayaan kita,
wujudnya jasa mereka mereka ini. kan?


lecturer untuk DDA

DDA stands for ?
civil engineering =)

nanti bila kita dah berjaya jangan lupakan insan-insan ini

dari kiri,puan puteri juieta,puan shashmawarni,puan afzan,puan aziah(puan gee)dan satu2nya lecturer lelaki untuk kos DDA mr james alan vanderwaa.

rasanya memanglah tak puas , sebab manusia memang tak pernah puas.eh lari tajuk
lagi lagi bila kita dah sayangkan tempat tu, kawan-kawan kita.
kita rasa berat hati nak tinggalkan semua itu.
rasa nak menjerit-jerit je.
rasa menangis2 je.. menangislah. jangan bunuh diri sudah.
kadang-kadang rasa menyesal pula tak beli video camera.
boleh rakam saat manis kan?
hurm takpelah cukuplah una 'rakam' detik detik indah tu melalui blog ini.
mungkin lepas kita pergi makmal  kejuruteraan dekat UTM semarak nanti lebih banyak memori tercipta.
dan mungkin blog ini akan menjadi semakin sayu dari biasa untuk 30 hari mendatang...




credit to: cikwawa for this picture

dan mungkin bila nanti
kita kan bertemu lagi
seperti hari kelmarin  saat semua disini... =')


p/s: mungkin nanti, kita jumpa lagi.

March 4, 2012

MUET dah lepas.. finally!

semalam bertarikh 3/3/ 2012 tepat jam 8 una dan ain sampai ke perkarangan kolej shahputra. perkarangan la sangat. semalam ade writing,listening and reading test.
so test yang pertama adalah reading test.
jawab dia bulat bulat je pakai kertas objektif.
tapi kita kena baca betul2 artikel tu.
kalau tak silap ade 6 artikel semalam
dan ada 45 soalan
masa diberi adalah 30 minit sahaja
bunyi macam senang tapi berpeluh jugalah nak menjawab
sampai biru biru jugak tangan ni* metafora*
dinasihatkan korang baca soalan dulu baru cari jawapan
jika perlu baru baca artikel sampai habis
sebab jika korang berdegil nak baca sampai habis jugak
u will end up dapat jawab beberapa soalan je.
mujurlah una semalam baca soalan dulu and una sempat check balik jawapan alhamdulillah.
comment untuk reading test ni
 tahap kesukaran dia mencabar juga
sebab artikel dia banyak makna tersirat. kena faham betul-betul makna dia.

okay lepas habis test tu, rehat 10 minit je una berlari lari anak ke kedai runcit berhampiran.
*ko tak macam anak dah una ko macam mak*
sambar air kotak coklat. sambar kitkat bayar lalu ngap begitu sahaja.
 nice kan perangai?
una tak sempat breakfast sebab tu lahap macam tu.
maafkan saya sedara sedari sekalian. =")

lepas je rehat kami proceed dengan writing test
o.O
writing test berlangsung selama 1 jam 30 minit. ada 2 soalan.
soalan pertama kena buat summary . summary perlu compare responsibilt between female and male dan bawah tu ada 2 box pulak tulis ayat dari keratan akhbar
una terasa nak pengsan.. darah menyirap sampai kepala
woii over woiii.=-='
soalan kedua buat essay 350 patah perkataan pasal education ni membantu develops country.

disitu una telah merepek sehabis baik. hahaha harap harap pemeriksa sudi maafkan saya.

dan selepas itu.. ada listening test. listening test 30 minit.
antara banyak banyak test ,test ni la kot yang paling susah bagi diri ini sebab pertamanya accent dia pekat.
sebab keduanya dia ulang 2 kali je.
so pandai pandai la isi tempat kosong.



p/s: una doakan semua candidates muet lulus dengan band yang baik.lepas ni planning nak ambik IELSTS plak.



Result Level D dah keluar !!!