July 31, 2012

kisah kerja, realiti hidup seorang aku.

AWAS ENTRY PANJANG

jikalau una tulislah cerita mengenai 2,3 hari kebelakangan ini, secara teliti nescaya boleh menang  award.*tipu je* 
ceritanya begini beberapa malam lepas , una dapat phone call dari seorang kawan . kejadiannya una tengah mengunyah seketul otak-otak * tolong baca betul2, otak-otak yeaaa*
dengan penuh khusyuk sambil menonton tv.
pipah : hello, ni nur izzati husna ke?
aku : yer ni siapa?
pipah : unaaa.. ni pipah ni ..una nak kerja tak?













okay habisnya je dia tanya soalan una terus angguk2 padahal macamlah pipah nampak una angguk2 tu. sambil sekeh kepala sendiri yang dungu una pun jawab.. nak.. tapi kerja apa? *jerit satu suara*
haaa tu nanti dululah eishh menyampuk je

okay. terus letak phone.. mama dengan abah masih ada di bawah
so setelah berbincang sekejap  mama said yes!
jadi dengan hati yang berbunga-bunga una dah buat keputusan nak pergi pada hari khamis.

pada mulanya ingat nak pergi naik bas, tapi atuk baik hati nak hantar , tapi ada perkara yang menyedihkan berlaku , atuk tiba-tiba sakit. asyik nak buang air kecil je. una paksa atuk bagi una drive , mula-mula dia tak bagi tapi una desak gak . sepatutnya una datang office pukul 11 pagi untuk interview. una lewat 2 jam. tapi tak apa atuk lebih penting kan? una call makcik una mintak dia datang setia alam A.S.A.P. masa una bawa ke klinik doktor cakap atuk perlu ke hospital. una dah tak tahu nak buat apa, tapi makcik una tiba tepat pada masanya. kami berpecah 2 kereta. makcik dengan atuk dan opah serta cousin una ad naik 1 kereta ke hospital, una pulak dengan pakcik dan 2 cousin lagi ecah dan yaya yang masih kecik  1 kereta. pakcik decide nak hantar una pergi interview.
masa tu una dah tak ada hati nak interview, tapi nak taknak perlu pergi kan?

1 lagi dugaan datang, kami sesat jalan. jadi una call fifah sebagai penunjuk jalan. pakcik una mungkin kurang jelas dengan information tu dan kami sesat 2 jam dalam kereta pusing-pusing cari condolink sdn bhd!

akhirnya baru jumpa juga dan bila sampai sahaja una terpaksa menunggu ketibaan mr neo pula, dia pergi meeting. dalam hati ada sikit resah dah la lewat kan? interview paling sempoi dijalankan dan una diterima bekerja sebagai site engineer. masa tu perasaan gembira ada, suka ada semua ada. fifah bawak una balik ke apartment akasia.
petang sebelum balik kami singgah di bazaar ramadhan.


tapi sebenarnya una cuma kerja 2 hari je dan resign. semuanya gara-gara transport .
una taknak susahkan siapa-siapa. kesian dekat fifah yang ambil dan hantar una.
dia kerja dekat condolink jugak cuma dia di office dan una di site sepanjang masa.

una anggap tu semua bermakna bukan rezeki una disitu. dan sekarang una tengah ambil lesen motor. lesen kereta memang ada tapi kereta tak ada. ambil motor la senang.
selagi boleh una taknak menyusahkan ibu bapa, cuma kadang-kadang orang bertanya una tak terkilan ke resign? jawapannya : terkilan memang ada tapi kalau dah tersurat kita tak ada pilihan lain selain menerima. ALLAH know best for you :) 



sekarang una cuma ingin minta restu dan maaf pada sesiapa yang una pernah sakiti hatinya kerana apa yang una perhatikan segalanya seperti terhalang dan pelbagai ujian dan dugaan datang tak putus-putus takut juga kalau diri ini menerima balasan .

p/s: doakan kelancaran dalam una mencari kerja ye kawan2? :)

July 10, 2012

testimoni lipstik mary kay


mary  kay lipstik dusty rose




ini adalah lipstik mary kay yang baru sampai tadi, cantik kan?

oh ya lupa kualiti gambar ni hampess ape kata kita kidnap satu dua gambar dari google nak?

kalau korang cakap taknak pun una tetap nak kidnap gak :P






                                                                         
ni adalah contoh pandangan luarnya
eceh pandangan luar konon
bahasa jangan nak berbunga sangat la..



        ni jenis pink melon
     kalau dipakai nescaya bibirmu akan menjadi macam aktress sinetron indonesia gitu..
cantik kan?





contoh warna bibir setelah dipakaikan lipstik ini
nampak mungil dan menggiurkan

rawr *tetibe*

tips : untuk kesan yang lebih dramatik apply foundation di bibir sebelum pemakaian lipstik ini

pakai lipliner untuk membentuk bibir.



akhir kata sila lah beli produk ini
insyaalah  kepuasan terjamin

tak tahu nak beli kat mana?
tanya je nanti una bagi link facebook pengedar dia

p/s: benda baik kita kongsi 


July 5, 2012

mari berbisness bersama saya

HAI!!!!  ASSALAMUALAIKUM! 
semua orang tahu bahawa una menganggur sekarang, dan semua orang juga tahu una suka duit. *tapi siapa yang tak suka kan?
okay oleh itu una ambil inisiatif baru , una akan start bisness semula
setakat ini, una dah deal dengan supplier,
buat permulaan ini una tak bisness banyak barang sangat

okay apa yang una jual?

1. minyak wangi /perfume branded grade AAA
minyak wangi ini bukan tiruan, cuma patinya dikurangkan sedikit. diimport dari dubai.
banyak sangat pilihan antaranya seperti dibawah ini
harga setiap satu adalah rm90 include postage(masih boleh dirunding)
una taknak ambik untung banyak sangat,jadi jika ada serious buyer yang nak beli , una masih boleh bagi diskaun .
you trust me,i will make it easy for you
so let's shop with us! :)





masih ada banyak lagi brand yang ada,una tak boleh upload semua
boleh tengok di facebook una KLIK

2. una juga menjual baju hoodie






harga rm47 rm40 free postage
free size -fit to xl
una cuba beri yang terbaik buat customer.


disamping itu, una ada membuka peluang bagi student atau sesiapa sahaja yang berminat untuk berniaga top up

anda boleh pilih ikut kemampuan anda

1) pakej rm30
2) pakej rm50
  3) pakej rm100

insyallah, ramai yang sudah mencuba,
top up adalah antara produk yang dicari-cari dan paling hot dan mudah diusahakan .
jika anda seorang pelajar IPTA/IPTS
ingin duit beli itu ini, tapi segan minta mak ayah
adalah disyorkan mencuba bisness ini,
sambil makan yogurt dengan kawan-kawan tu,makan keropok anda boleh menjana pendapat sendiri!

takperlu nak kerja part time di luar,sambil buat assignment pun boleh berniaga.
nak cuba tak?

okay jika anda berminat  boleh hantar message di

atau mention una di


i will reply ASAP, and if you all ada apa2 cadangan sila kemukakan :)

oh ya una ada buat 1 blog baru untuk letak barang-barang una nanti,
una akan update  kepada korang nanti








p/s: support una tau insyaallah kalau bussines ni berjaya una akan buat GA kepada pembaca setia .


Result Level D dah keluar !!!