August 25, 2012

ini adalah raya saya :)

syawal dah seminggu tuan blog ni baru reti nak update, baru mengenal erti blogwalking di pagi syawal.

ah sudahlah..

 so harini una nak  compilekan  segala kejadian-kejadian syawal macam jurnal la kononnya. memang agak tak penting buat masyarakat sejagat, tapi agak penting buat pengarang, mana tahu esok lusa tiba2 hilang ingatan ke , eh ade jugak memori secebis dua yang tertinggal kat blog ni.


malam raya
malam raya 2012 bertarikh 18 august amatlah tak syok, seekor makhluk berbin/bintikan kan razali sorang pun tak balik,maka malam raya tinggal haku, opah dan atuk. aku pun ambik insiatif main mercun bola stok mercun adik aku yang kena rampas dengan abah tahun lepas, tapi sebab dah masuk angin, haku tak jadi main. tengok jerlah jiran-jiran main. hampagas.. :( aku duduk dalam kereta merah atuk which is kereta tu dah atuk tak guna sejak dapat kereta baru. aku  ingat nak bawak jalan2 , tapi atuk larang atuk kata bahaya. maka aku masuk dalam rumah dengan keadaan hampa.
 
raya pertama
pagi-pagi raya aku masih ber t-shirt, tak mandi tak buat hape-hape pun.tak lama kemudian, datang segerombolan sepupu *segerombolan la sangat, padahal 5 orang je*, amir, padilah,hassan,yana dan loqman.
rumah diorang ni 15 minit je dari kampung sebenarnya. aku dengan tak mandinya kelam kabut la mandi. lepas tu kami pun bergambar raya buat kenangan. tengahari sikit baru maklong sampai, diikuti keluarga haku yang membajet jauh sangat rumah tu padahal 40 minit je dari kampung.maklong cakap tak tidur kampung, sebab paklong tak dapat cuti. sobs-sobs . aku telah menculik sepupu aku ika, hasil plan dengan padilah. kami membawa ika jalan-jalan ke jeti bagan datoh, kemudian kami bawak pergi makan kfc. hasil pujukan syaiton dua ekor ni, ika berjaya kami halang dari balik ke tanjung malim. HAHAHAHA
 
RAYA KEDUA
kami tak ke mana-mana, yang ade haku, padilah, ika yang tinggal sehelai sepinggang,yana dan aqilah. kami habiskan masa ber aerobik bersama.sungguh indah hari itu. hilang la jugak lemak aku yang degil tu :P
 
RAYA KETIGA
kami beraya ke teluk intan , rumah opah sedara kami yang kami panggil opah lang. mak usu, tak join sebab pak usu kurang sihat, maka aku bawak anak dia balqis dengan ika. hehe ika jugak, tapi aku panggil dia ika kecik. kami pergi dengan atuk, opah tak join sebab opah sakit kaki katanya. so kereta penuh dengan mulut kami yang potpet potpet. balik dari rumah opah lang kami lawat sedara dekat kami di hospital, dia menghidap breast cancer tahap 4. doakan dia cepat sembuh , amin. balik dari tu kami sempat bershopping , berkongsi make up tips, dan produk kegemaran. petang tu, kami accident, mujur tak ada nyawa yang terkorban. alhamdulillah. 3 kereta yang accident ni.
 
RAYA KEEMPAT
malam tadinya which is raya ketigalah. keluarga achik dengan pak andak balik. so rumah dah penuh, awal2 pagi raya keempat achik dah keluar beraya,mak andak pun sama, pak andak dah pergi tapak projek ade kerja sikit tapi pikah dan wani(anak pak andak) tinggal dengan kami. so haritu, kami sepupu-sepupu tolong opah masak. riuh rendah la rumah tu bila kami bereenam masuk dapur. opah just tunjuk2 je. kami pun menyantap lauk yang-lauk kami masak. hoiii sedap jugak ye? :)
 
RAYA KELIMA
kami beraya ke rumah sedara di area tanjung malim dan tapah.
 , mula-mula kami ke rumah mak usu di area chenderiang, ala dekat-dekat je lata kinjang. kemudian kami ke rumah opah sedara kami yang muda,  kalau ikut umur boleh panggil makcik je tapi ikut pangkat dia opah sedara kami la. opah chu norehan .  kemudian ke rumah mak long sam. tiga-tiga rumah tu area dekat-dekat je.lepas tu baru kami ke rumah ika, beraya and hantar dia balik sekali la ni kiranya. maklong aton masak kuetiaw 3 kali tambah haku u ollzz. plannya lepastu nak gi rumah mak andak tapi kesian mak andak penat sebab baru balik kami tak jadi pergi. kami pun balik ke kampung semula. oleh sebab aku naik kereta pakngah, malam tu haku tidur je rumah pakngah. :)
 
RAYA KEENAM
pagi tu aku bangun, aku dapat tahu mama nak pick aku dari kampung. pastu aku bangun tengok-tengok yana tengah study kimia sebab tak lama lagi dia trial spm . maka haku pun mengajar dia kejap, ilmu yang ada elok dikongsi tak gitu?.sembang-sembang jap padilah bangun ajak breakfast. kami breakfast sama-sama kemudian dia drive hantar ku ke kampung. siap packing-packing barang. orang ditunggu tak sampai2. mama rupa2nya kat rumah opah lang. opah plak plan nak berjalan. haku cakap kat mama cancel ambik haku. haku ikut pak ngah beraya lagi sekali  ke rumah opah lang, sebab opah teringin nak jumpa adik dia . eh tapi sebelum ke rumah opah lang kami ke hospital lawat sedara kami tu, sebab opah tak tengok dia lagi. disebabkan opah sakit kaki, aku dengan mak ngah pergi pinjam wheel chair.
balik dari teluk intan, pak ngah hantar aku balik ke rumah aku. finally aku beraya di rumah sendiri HAHAHA.
 
 
RAYA KETUJUH
aku tengah menaip entry ni, sambil menunggu sanak saudara datang rumah haku nak beraya pulak.
 
sesunggunhnya raya 2012 ni mempunyai banyak kenangan manis pahit. semoga ikatan yang ada terus terjalin. ceh gituuuu..
 
 
 
p/s: gambar-gambar tak boleh masuk lagi gara-gara line tenet yang tenat.
 
 
 

August 15, 2012

magiknya ramadhan?




sila pasang lagu diatas untuk effek ramadhan menusuk kalbu

ramadhan dah nak habis, ada yang sedih sebab bulan puasa ni dah nak habis
ada yang suka sebab dah nak raya
*kena mengaku yang una ada sikit suka sebab nak raya *
tapi sebenarnya terasa bulan puasa ni banyak bagusnya

una bukan nak cerita dari segi pahala yang kita dapat di ramadhan
ramai dah cerita una nak share benda yang lain sikit
antaranya perasaan takut pada hantu syaitan akan berkubur pada bulan puasa
korang mesti penah rasa kan , tiba-tiba malam rasa takut hantu pastu

fikir alah ni bulan puasa mana ada hantu. kan kan?

tapi bila 1 syawal je automatik rasa takut tu datang balik.
mentaliti orang melayu memang macam gitu .

tak semua tapi kebanyakan
 maaf bukan nak menyindir bangsa sendiri
ini kira macam nak cerita mentaliti orang kita la.

satu lagi boleh kurangkan aktiviti perbomohan.
mesti korang pelik kan zaman macam gini ade ke lagi orang percaya bomoh bomoh ni?

LIKE SERIOUSLY?


waktu bulan puasa kuranglah aktiviti bomoh-bomoh ni
kalau dia buat juga tak tahu nak kata macam mana
samaada yang jumpa bomoh tu sewel atau bomoh tu sewel.
*actually dua-dua sewel*

engko nak  tangkap setan kejadah , setan ALLAH dan kurung satu bulan u know?

and selain itu antara hikmahnya, bila bulan puasa
ramai muda-mudi tetiba rindu nak balik kampung makan masakan omak
selalunya ilek ilek je lepak 40 jam kat luar, tapi bila tiba je bulan puasa je hati serta merta jadi tisu.



serta merta je.
haa magik tak bulan puasa?



lagi satu bila bulan puasa ni otomatik orang tunggu azan maghrib
bulan-bulan lain orang tak tunggu pun bulan puasa je orang tunggu

yang tunggu maghrib waktu bulan lain  tu alahai cantik dan hensemnya kalian
yang hensem tu bak mai no phone bagi ceq sat, nak buat list calon suami hahaha *aku ni mengundang betul*




selain tu keluarga tiba-tiba je nak bersatu padu
yang selalu makan lain-lain time
boleh berganding bahu tunggu waktu puasa
nampak tak semangatnya disitu?

jadi dengan ramadhan yang berbaki beberapa harini,janganlah kita sibuk-sibuk pikir raya je ye. yang ade bonus 500 hengget tu, kot kot la ade baju raya tak muat tahun tahun lepas punya ke
ape kata sedekah kat orang fakir miskin ke orang-orang yang memerlukan ke? so raya ni bukan bermakna untuk kita je tapi untuk semua.

p/s : esok una balik kampung , doakan una selamat sampai ok?


testing testing 1,2,3,4,5,6,7,8

Okay ini adalah testing update blog via blackberry sebab mungkin esok lusa una dah nak balik ke kampung nak tolong opah dengan atuk kemas rumah.so biasalah kalau bawak balik laptop pun, tak boleh guna, broadband celcom ke , maxis ke digi ke tak kan berfungsi. Percuma aja.. Eceh cakap bahasa indonesia pulak. So bb ni penyelamat la kot nanti kalau tiba-tiba rasa rindu nak meninggal kat blog ni boleh jugaklah buat pengubat rindu tak adalah rasa sunyi gituu. So nanti sepanjang raya, kalau nak una lawat korang komen la entry una yer? Sebab kalau korang hit shoutbox una memang tak boleh nak visit balik. Tapi itu nanti, memandangkan esok una ada hal penting esok una masih dirumah, so nanti bila una cakap una dah balik kampung janganlah dogil bonar hit hit shoutbox, nanti una tak balas mula hentak kaki secara comel. Hehehe kalau comel tak apa kalau tak comel? Hehe kidding .

August 14, 2012

blog review ( dua yang saya suka baca)

okay ini beberapa blogger yang una suka baca entry mereka.
yang baru-baru kenal tapi dah memberi kesan postive gituww
kalau baca entry diorang boleh tergelak-gelak sampai subuh.

melaghakan kan
eh itu satu pujian tau :)
so jom tengok?




haaa tengok apa yang special pasal  siti khadijah ni?
nampak tak lesung pipit dia?
tergoda tak? tergoda tak? haha una memang tak leh cakap tergoda sebab una perempuan. awas lelaki jangan tatap lama-lama nanti cair :P


haa blogger yang second ni una minat sebab dia punya entry dalam english dan ade komik.tak caya korang trylah terjah blog dia.
english dia mudah difahami dan komik dia sangat kelakar.
terjah tau dilla doodle



mari kita amalkan sikap saling ziarah menziarahi.
eceh :)

mari improve english kita? :)


ini adalah azam baru saya, tak semestinya azam baru di tahun baru sahaja,
hari-hari pun boleh ada azam baru.

sebagai anak melayu sejati saya amatlah jarang berbahasa inggeris di rumah .
jadi penguasaan bahasa inggeris pun kurang penuh dengan  kesalahan grammar.
kesalahan grammar sewaktu kita bercakap masih boleh 'dimaafkan'
but when it comes to writing, you must be a little bit careful.
haaa tengok tu dah warm up  dah tu . *eceh entah betul ke tidak dia cakap tu*
BIAR SALAH TAK APA ASAL KITA CUBA

so selain menonton video seperti diatas,menonton filem-filem inggeris ,membaca, antara perkara lain yang kita perlu buat sebenarnya ialah praktis .

tak lain tak bukan ialah bercakap , bercakaplah dengan kawan-kawan yang sama-sama macam kita nak belajar jugak, ataupun kita boleh berkawan dengan orang luar negara.



macam mana caranya?

createlah account twitter anda sekarang, itulah antara medium yang una nampak boleh bantu kita berinteraksi dengan orang luar.
pedulikanlah orang nak ejek kita ke apa, yang penting kita ada keberanian nak improve diri sendiri .

selain dari bertwitter korang mungkin juga boleh :

1) buat vlog , mula2 kita cakap bahasa melayu campur english sikit
lama-lama dah boleh buat fully english.

2)tulis blog dalam bahasa inggeris,pilih topik dan bantu otak kita berfikir dengan lebih cepat dalam bahasa inggeris

3)tulis diary dalam bahasa inggeris
semua orang tahu diary adalah tempat meluahkan perasaan,bantu diri kita supaya tak kekok dengan bahasa inggeris


una tahu ada segelintir orang malu takut kena ejek dengan kawan-kawan,
takut dikatakan lupa diri .. bla bla bla.

just let them say whatever they want .

dont be too paranoid.

cuba kita tengok bangsa lain, cina dan india mereka bercakap bahasa melayu ada kesalahan kan?  tapi the main point yang mereka cuba cakapkan kita faham ?
itu sudah kira bagus.

jangan ingat orang yang fluent bahasa inggeris tak pernah buat langsung kesalahan grammar.
actually mereka bermula macam kita jugak.


so i'm nur izzati husna encouraged you to speak better english

p/s: eceh macam iklan OME kan? :P




August 13, 2012

who's your favourite video, baby yang cute :D



sweet gila
nama budak kecik ni madie dan ayahnya soal siasat siapakah favourite parents si anak . comel kan?
saya nak baby yang bijak macam ni suatu hari nanti :)










tutorial : combine 3 sidebar widget dalam satu box (tabler widget)

korang sukakan kekemasan?nak jimat space?
korang memang patut cuba benda ni sebab ianya akan memperkemaskan blog korang.
una share tutorial ni sebab una rasa mesti ramai tercari-cari cara macam mana nak kemaskan blog , kata pun dah nak raya dah takkan rumah je kemas, blog pun nak jugak kan? *angkat kening*.

-okay stop mukadimah jom kita start?-



nampak yang dah dikotakkan dengan warna merah tu?
okay macam tu lah rupanya tabler widget tu

<style type="text/css">
.tabber {
 padding: 0px !important;
 border: 0 solid #bbb !important;
}
.tabber h2 {
 float: left;
 margin: 0 1px 0 0;
 font-size: 12px;
 padding: 3px 5px;
 border: 1px solid #bbb;
 margin-bottom: -1px; /*--Pull tab down 1px--*/
 overflow: hidden;
 position: relative;
 background: #e0e0e0;
 cursor:pointer;
}
html .tabber h2.active {
 background: #fff;
 border-bottom: 1px solid #fff; /*--"Connect" active tab to its content--*/
}
.tabber .widget-content {
 border: 1px solid #bbb;
 padding: 10px;
 background: #fff;
 clear:both;
 margin:0;
}
.codewidget, #codeholder {
 display:none;
}
</style>
<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.0/jquery.min.js"></script>
<script type="text/javascript" src="http://greenlava-code.googlecode.com/svn/trunk/publicscripts/bloggertabs0.1_min.js"></script>
<script type="text/javascript">
$(document).ready(function() {
 $('#codeholder').bloggerTabber ({
  tabCount : 3
 });
});
</script>
<!-- to make sure the widget works, do not alter the code below -->
<div id='codeholder'><p>Get this <a href="http://www.bloggersentral.com/2011/05/create-tabbed-content-blogger-widgets.html" target="_blank">tabber widget</a></p></div>



ARAHAN 

step 1) copy code di atas
step 2) pergi ke design > add gadget > pilih html java script
step 3) pastekan code tadi dan save
step 4) susun kotak yang dipastekan dengan code tadi diatas 3 sidebar widget yang kita hendak masukkan ke dalam kotak dan siapp!!! ;)






p/s: jadi tak? kalau jadi cer komen sikit, like fanpage kalau sudi, klik iklan nak beli choki2 :D 










August 12, 2012

fenomena okultasi musytari, dapat tengok?

jika korang seorang blogger tegar , rajin blogwalking , dan suka ambil tahu pasal alam mesti korang tahu berita yang mengatakan berlakunya proses okultasi musytari .
una tak tahu setakat mana kesahihan berita ini dari apa yang una baca dari blog klxpress dan katanya telah disahkan oleh ANGKASA(agensi angkasa negara). proses tu berlangsung pagi tadi  ahad  2.20 pagi sehingga 3.20 pagi waktu malaysia dan kejadiannya boleh dilihat menggunakan mata kasar. una sebenarnya teringin nak menyaksikan proses tu berlaku tapi una ingat peristiwa tu  berlaku malam ni .



apa itu okultasi?
proses dimana bulan melindungi musytari selama satu jam
dan fenomena ini kali terakhir berlaku pada 23 Februari 2009.
*una tak dapat tengok jugak*

ada juga ura-ura mengatakan yang berlaku hujan meteor , tapi oleh sebab una tak nampak dan tiada bukti maka mungkin tiada hujan meteor yang berlaku.

sebenarnya memang minat una dari kecik lagi lebih menjurus kepada sains.sampai setiap hari tengok bintang nak cari buruj kononnya :)

sepanjang hidup una , yang una tahu 2 planet saja , yang kita boleh nampak apabila ia melalui proses tertentu dan boleh kita lihat melalui mata kasar. yang pertama planet marikh , berlaku sekitar tahun 2002/2003 *una tak pasti* ,dan kedua planet musytari.
tapi kejadian yang betul betul terkesan di hati ialah pada tahun 2002/2003 sebab una betul betul nak tengok planet marikh, tapi waktu tu hujan , dan una tertidur. tapi ALLAH bagi peluang una tengok dalam mimpi  mungkin supaya una tak terkilan . una tahu tu cuma mimpi, dan mungkin bayangan mimpi tak sama dengan bayangan yang sebenar tapi cukuplah dapat memuaskan keinginan hati yang taksub sangat ketika itu. untuk pengetahun korang masa tu una baru tahun 5 atau tahun 6.


una sebut 2 planet, sebab 2 planet tu je yang una tahu berlaku dan boleh dilihat di malaysia ni, kalau ada yang lain  sila tambah maklumlah masa belajar haritu dah lama tak tengok berita :)


chopp!

nak beritahu ada sikit perubahan dan penambahan di blog ni, apa dia?
meh tengok gambar.


1)ada fanpage, kalau sudi like la eah :)
2)chatbox dah sorok, click la kalau nak tinggalkan jejak
3)ada banner dah, nak exchange? bagi tahu eah :)


p/s:  jom blogwalking?



August 11, 2012

TEDDYUNA AND BUNNY kepada UNA MN



finally there's no teddyuna and bunny
perasaan ketika menukar nama blog ni memang sangat-sangat kuat
sangat sangat sedih.
owner blog ni menangis sewaktu menukar nama blog ini
 terasa blog ni bernyawa ke sampai  kena sedih macamni?

perancangan awalnya memang nak tukar URLnya sekali tapi
dah sayang sangat pada blog ni. tak sanggup nak tukar.
maka  una ambik insiatif




tukar kepada UNA MN

teddyuna and bunny =====> UNA MN

UNA ialah una , MN nama ayah una : Mohd Nasir

jadi selamat datang ke alam kedewasaan wahai blog sayang
*mungkin tak berapa nak dewasa*

tapi okaylah dari tak dewasa langsung

kepada followers baru dan lama
readers baru dan lama *ada ke?*

siapa-siapa yang pandai lukis guna photoshop do contact me A.S.A.P
mungkin korang boleh menyumbang kepada perubahan baru pada blog una ni.



p/s: yerr una tahu ade pikachu.. una nak matang la ni..




August 10, 2012

blog ni nak dimake over, awak-awak tolonglah bagi pendapat! :)

hai assalamualaikum semua, tak jawab dosa kalau jawab sayangggg
piak piak *penampar*
ceh ko tiru trademark anuar hadi ye? :D

korang harus tahu yang penulis blog ini sedang mengalami krisis identiti. seperti mana berlaku pada makhluk-makhluk bumi yang lain.
nampaknya una juga mengalami perkara yang serupa. actually baru-baru una tergerak hati nak search blog una sendiri di google

bila dia keluar je una rasa macamm :O


ini ke rupanya tajuk blog aku bila dia keluar kat google? *gigit jari*
apesal macam budak-budak??!! *gigit jari lagi*

pernah cuba nak jadikan blog ni matang selaras dengan usia una tapi
at the end dia tetap jadi seperti blog kanak-kanak jugak.
sekarang blog una sedang kosong tiada header sebabnya una malas nak buat header , asal buat je dah macam website tadika.



JADI ABANG,KAKAK,ADIK, PAKWE PAKWE HENSEM PAKCIK, MAKCIK, JIRAN SEBELAH RUMAH, JIRAN DAN SELURUH WARGA DUNIA

TOLONGLAH
suggest nama yang mungkin matang sikit , untuk blog ni.
memang ada rasa sayang pada nama teddyuna and bunny  , tapi atas faktor usia *ceh* yang kononnya nak dewasa ni , rasa-rasanya nama tu tak sesuai dah.



mohon jasa baik kalian semua , dan berikanlah komen dan kritikan membina terhadap blog ini. insyaallah saya akan cuba perbaiki dari masa ke semasa. 

p/s: editing blog.

August 9, 2012

Tutorial tingkatkan trafik secara mendadak guna tools free tak perlu install semudah ABC

assalamualaikum,
okay apa yang una nak tulis harini mengenai tutorial trafik
seperti biasa una akan terangkan satu persatu tanpa menggunakan ayat skema supaya korang senang faham.

asiafans.net
una pun masih fresh lagi
baru join harini
nampak tak betapa tak sabarnya una nak ajak korang ni join?

1.bukak tab cari asiafans.net  atau korang boleh klik iklan dia kat bawah header ni

2. tekan button register seperti dalam gambar ni

3.isi form yang dah disediakan seperti di bawah

 lepas register korang bukak e-mail kalau ada e-mail masuk dari asiafans.net korang verify untuk pengesahan
ok so korang dah sah menjadi pengguna asiafans.net lepas tu apa korang perlu buat?
dapatkan coin dengan membuat task2 yang diberikan seperti dibawah. hah? task?
haaaa korang tak payah nak pening sangatlah, sebut task je badan dah lembik
relaks. bahasa mudahnya tugas. ala tugasnya senang je kot .. tak percaya?
una tahu bila korang nampak je perkataan beli, korang terus tak minat

TAK PERLU BELI!
  DIULANGI TAK PERLU BELI!
tengok gambar dibawah


klik mana satu korang nak, dapatkan coin sebanyak boleh

una tahu tanggapan korang mesti, alahhh kena share kat facebook la
TAKPAYAH okaayyy
una tak bergurau dalam hal hal ni.
tak payah
cuma perlu like beberapa page je,  proses dia cepat sangat.
TAK PERCAYA KE? *angkat kening*

meh tengok gambar kat bawah pulak.


 bila coin dah cukup, macam una dah dapat 100 una stop jap
macam mana nak tahu dah cukup?
nampak tak smiley yang una bulatkan dengan bulatan oren tu
jumlah dia 64. masa una buat tutorial ni coin una tinggal 64 .
so bagi korang afdhal korang cukupkan 100, nak lebih pun boleh.

okay bila coin dah 100, korang klik dekat add my site
nampak tak una dah bulatkan dengan warna merah tu
apa lagi klik la sekarang?
nanti dia keluar macam gambar bawah ni



disebabkan una nak promote blog una ni, so una pilih google+1
sebabkan dekat situ tak ada tulis blogger.com , blogger pun under google kan
so kalau korang nak promote blog korang buat je macam una
url tu , url blog korang , title tu nama blog korang

okay tiba part yang korang mungkin tak faham
kenapa coisn tu una letak 50
dan cpc una letak 2 coins

50 coins umpama bayaran korang kepada admin
untuk mempromosikan blog korang.
korang dapat 100 coins so korang letak 50, biar 50 lagi dalam account korang
cpc tu pulak berapa korang bayar per  click

jangan pening, korang bayar guna coin yang korang kumpul
bukan guna duit , jangan kedekut guna coin sebab
lagi banyak CPC yang korang bagi lagi tinggi lah kebarangkalian untuk site/link korang diclick/di surf sebab priority diberikan kepada sesiapa meletakkan CPC lagi tinggi..


kalau korang malas nak earn coin cara klik-klik fb, twitter dan sebagainya korang bolehla beli
tapi kalau korang  sukakan benda free macam una ni
HAHAHA tak perlu beli.


SENANG KAN?
oh ya kalau korang tak faham sangat dengan keterangan una ni
cuba klik page ni dia ada buat tutorial tau






August 8, 2012

jalan buntu. boleh kongsi pendapat tak?


sejak aku habis belajar haritu , aku masih terumbang ambing dengan hala tuju hidup yang pasti tak pasti.

keadaan memang menyukarkan aku untuk buat pilihan.
aku tak tahulah mungkin DIA dah beri petunjuk atau aku yang buta tak nampak petunjuk yang DIA bagi tu?

tekad aku nak tolong mama abah, mungkin pada zahirnya aku bukan anak yang baik buat mereka, selalu berselisih pendapat.
kadangkala aku rasa aku betul tapi bagi mereka aku salah, dan begitu pula sebaliknya.

begini situasinya , aku berumur 21 tahun, mama seorang nurse, dan abah seorang polis biasa. mama dengan abah mendesak aku masuk degree full time study , tapi aku fikirkan adik-adik aku lagi 4 dibawah. ini bukan cerita drama sedih petang -petang.
ini kisah aku sendiri. kami tidaklah senang , dan tidaklah juga susah. cuma korang sendiri tahu nak hidup sekarang ini seperti apa?



 
aku cuma berfikir aku mahu kerja dan kemudian study part time degree. tujuan aku cuma nak ringankan beban keluarga. mungkin bagi sesetengah orang usia aku setampuk pinang yang muda, tak perlu lagi nak kerja tapi kadang-kadang kita kena dewasa dengan cepat. aku pun tak suka dengar rungutan, atau keluhan dari mama dengan abah tentang duit atau membiaya aku . *itu memang sikap aku dari dulu*
tapi aku tak salahkan mereka, mama abah pun manusia kan?
tambah lagi adik aku yang 4 orang tu ada kerenah masing-masing.
lagi pun aku mungkin akan masuk degree pada tahun yang sama dengan adik bawahku fauzi . yang no 3, aqilah tahun ni spm, kalau keputusan dia okay, maknanya 3 orang sekaligus ke ipta . aku risau mama susah, abah susah.
entahlah. mungkinlah situasi aku taklah sesukar orang yang menderita di afghanistan, atau iraq atau palestin.
tapi masalah ni pun mampu buat aku telan 2,3 biji panadol .




korang rasa apa aku patut buat?
mengikut saja atau ikut rentak hidup aku nak?

maklumlah aku muda tak ada pengalaman, mungkin dengan nasihat korang aku boleh buat keputusan .



p/s: minta maaf atas penggunaan 'aku' harini untuk orang yang lebih berusia.

August 2, 2012

samsung s3 dari celcom? hoii gila ke ape ohsemmm kot...

sebagai penggemar gadget una akui yang sekarang ini smartphone sudah tumbuh dengan riangnya umpama lollipop di musim bunga



tak ada kena mengena? eh pedulilah ini entry saya.



alkisahnya sejak munculnya pelbagai semak phone ni, maka bergusti la para-para pembeli, sesungguhnya ramai betul yang minat smartphone ini ye?




mestilah siapa pula mahu ketinggalan dalam era masa kini yang serba canggih ni kiah? siapa???



pokoknya kita mesti bijak memilih smart phone mengikut keperluan kita.
eh lupa , mengikut tebal poket jugak.




Memperkenalkan!!!!



design for human. inspired by nature.

samsung s3!!!!





siapa tak nak application dia yang sungguh ohseeemm tu?



semua pun tahu samsung sekarang sangat style tahap cipan
sungguh pandai menggoda u ollz
haha una sila behave!



siapa-siapa guna samsung pun tahu yang samsung sekarang tampil dengan pin lock screen yang perlu diingat. bukan no tapi jeng jeng jeng!!!





amacam tergoda tak leman?





ada game serba comel contohnya



1)cut the rope
2)temple run
dannnnn banyak lagi.....


yang paling menambat hati kini pengguna samsung boleh mendapat kesaksamaan citarasa seperti pengguna i phone
dengan adanya application gambar yang ohseemmmm  seperti instagram

air liur menitis?
dah tak sabar nak beli?
eh nanti dulu...

selain instagram ade satu application gambar yang boleh buat kulit kita licin dan putih umpama snow white , kemudian boleh upload terus ke facebook tanpa bangkahan sesiapa lagi.

tak payah photoshop, tak payah nak photoscape

cuma ikut step ni

1) ready muka kiut sehabis boleh
2) tekan snap 980000 juta kali
3) upload ikut suka hatimu.


hehe jangan risau pasal kejelasannya
kamera pun 8.0 mp
ada kamera depan belakang lagi, ape lagi kau hendak?

harganya ?
ekhemm rm2200
tapi sudah ada yang murah sikit rasanya
kena pandai cari
jangan silap pilih yang AP set tau
nanti tak ade warranty sendiri rugi ehhhh

samsung galaxy s3 dari celcom memang ohsem sebab..
 
menyediakan plan yang memudahkan pengguna.
 
Samsung Galaxy S III
RRP: RM2,199
Celcom Exec 50 + Mobile Internet BasicCelcom Exec 50 + Mobile Internet Advance Celcom Exec 250
Monthly CommitmentRM 88RM 108RM 250
Data FUP1GB3GB5GB
Upfront paymentRM 300RM 300RM 600
12 months contractRM 1,778 RM 1,748 RM 1,568
18 months contractRM 1,718 RM 1,678 RM 1,398



android 4.0
4.8' HD super AMOLED Display
1.4GHz quad-core processor
8mp camera
micro sim
free 50Gb dropbox storage



 
buat masa ini una cuma mampu pakai blackberry
as we know blackberry sangat murah berbanding  samsung
saya ingin samsung, belanja boleh? *kenyit mata*




p/s: saya belum guna samsung lagi tak ada duit, klik nuffnang saya, saya nak gak beli samsung yang ohsemm tu :")





FENTY BEAUTY BY RIHANNA REVIEW

           hi guys harini aku nak update sikit pasal satu make up brand yang tengah hot giler diperkatakan masyarakat umum. tak lain ...