December 23, 2012

memori percutian yang takkan dilupakan. cemas dan ngeri.

Rasa- rasa dah lama blog ku ni menyepi. blog je sepi tuannya tak sepi tau. *menipu padal sepi je*.


by the way tak kisahlah aku sepi ke tak , itu korang boleh abaikan dulu sebab aku ada cerita yang aku rasa menarik untuk diceritakan.  well taklah menarik ini semua pengalaman hidup aku je . okay 15 hb haritu aku pergi bercuti, well aku tak anggap macam percutian sangat pun sebab pergi tidur satu malam je but then okay, bila ianya luar kawasan, dan tak menumpang tidur di rumah saudara, dan tujuan utama kesana adalah untuk berseronok maka ianya telah termaktub sebagai satu percutian . LOL   (sebelum kita ke kisah ngeri, korang hadap gambar-gambar bawah ni dulu)

percutian ni special , satu keluarga ada ,  jangan tanya aku kat mana sebab aku yang ambik gambar


night safari ;)


                             aiman di bukit merah lakeown resort




percutian kali ni ada kejadian ngeri berlaku. serius ni ngeri dia bukan tahap kena kacau dengan bangla ke apa. ini serius punya weh. kalau setakat terpijak kaca tu , level ngeri dia celah kuku je. actually benda yang ngeri tu ialah aku dan adik aku hampir mati lemas.  well ejeklah =-=' ejek.
 lempang kang *muka serius*

aku pandai berenang tau bukan tak pandai , cuma benda tu jadi dalam keadaan yang terlalu cepat. untuk pengetahuan korang semua 16 hb tu sebelum balik , kitorang pergi ke bukit merah untuk mandi manda , memandangkan area sana kawasan lembap selalu hujan tak ada benda pun yang dapat kami buat sangat. nak pergi zoo malam tadinya kami dah pergi dah night safari .

masa kejadian berlaku


aku :  ilah jom pergi  tengah.
ilah : ala kak  dalam la , aku tak pandai berenang.
aku  : kau naik la pelampung....

Aqilah bersetuju ikut aku. mula-mula kami di tempat 1.5 m je so taklah dalam sangat. tiba-tiba ombak dipasang (kolam tu berombak ye)  daripada 1.5m adik aku hanyut ke 1.8 m . ahhh sudah! mampos.. aku pun cuba sedaya upaya tarik dia. aku boleh berenang cuma dia berat , umur 17 pulak tu . so nak tarik dia tu  agak payah. aku dah cuak dahhhh ... plan aku nak tarik pelampung dia tu .

aku: ila hulur pelampung dekat aku, kayuh la sikit.
ilah : (muka nak nangis) kakak tolonglahhh..


dia hulur tangan aku tarik. dia jatuh dan lemas dia berpaut pada bahu aku. cuba korang bayangkan macam mana aku nak berenang kalau dia paut bahu  aku dari belakang? dia dahlah berat. aku pun berat. maka kedua-duanya lemas nasib ada pakcik tolong tarik adik aku dan aku dapat berenang semula. sejak kejadian tu . aku jadi takut nak ajak dia lagi. dengan aku sendiri trauma air.Pengalaman mengajar aku menjadi manusia yang lebih berhati-hati.
sebabnya nyawa kita cuma satu, nyawa tak dijual di kedai runcit.
Alhamdulillah aku hidup dan bernyawa sampai sekarang. kalau aku mati masa tu entahlah. Dosa dah lah banyak, mati kat tempat bersuka ria pulak tu .Malu dekat Tuhan. kalau boleh biarlah meninggal kat masjid ke apa .






p/s: lepas ni kalau mandi manda lagi daku rela mandi kolam kanak-kanak. INSAF wei! ;')






December 12, 2012

mandi manda wetworld di cuti sekolah dan cuti si penganggur

masa kita di dunia ni kalau boleh dikira-kira tak banyak mana pun tolak berak,kencing tidur,makan, lagi-lagi diusia muda ni haa tolak waktu belajar . nak pulak yang jenis belajar jauh-jauh tu . macam aku setelah habis belajar aku masih lagi menganggur dan mendaftar sesi menternak lemak sepanjang cuti ni. dan bila musim cuti sekolah biasanya adik2 aku je excited tapi kali ni aku turut excited sebabnya  itu petanda kami akan pergi bercuti. plan asalnya kami nak pergi bercuti pada15 haribulan tapi entah macam mana 2 hari lepas mama dengn abah aku ada rancangan tambahan ajak  pergi mandi manda dulu kat wetworld shah alam. dengan hati teruja aku pun pergi. sampai-sampai sana aku baru teringat yang wetworld ni kecik. 

maka aku redhalah mandi di kolam cetek. kita mesti manfaatkan masa yang ada ye tak? maka semalam yang jadi bahan atau mangsa ialah aiman. sebab dia je masih budak-budak. aku dengan aqilah dan ammar membuli dia secara berkumpulan sebab adik aku yang sorang tu takut air. dasar kambing!

dan masa kat sana ada satu kejadian yang lucu pun ada seram pun ada. siapa-siapa yang pernah pergi sana mesti tahu dekat situ ada sediakan photographer . boleh ambik gambar masa kita berenang masa mandi. gambar bawah air pun boleh.untuk pengetahuan korang photog nya bangla. orang lain satu dua keping je . tiba tang aku kena buat gaya macam agogo la, sekejap macam model wetworld la, bawah air tu smapai 5 ,6 kali. naik semput i tau nyah. lepas tu mata pulak tak reti kawal .tertumpu pada sesuatu . lepas je aku nampak dia macam tu aku telah berlari secara jitu. mujur aku dapat kawal marah kalau tak dah lebam muka bangla tu. kang ade pulak keluar facebook gambar aku menumbuk photog tu. =-=' .


lepas tu aku berazam dalam hati aku taknak pergi lagi wetworld. sungguh jilaka. tapi walau bagaimanapun aku tetap menikmati view dari situ terutamanya yang ni..





okay lepas tu kami bersiap-siap lalu ke masjid shah alam untuk solat zuhur. boleh pulak aku sesat masa nak keluar masjid tu. buat malu betul sampai kena gelak dengan mama aku. mama kata ni baru masjid negeri kalau kat oversea nanti entah macam manalah kau kakak.  keji bukan? dah lah depan masjid kena gelak tu. mazmumah bettei.


kemudian kami pergi makan dekat restoran mana tah . aku makan gulai ketam,tempoyak dengan gulai nenas. memang umpphh wa cakap lu. gambar pun tak sempat snap sebab sedap sangat makan.
(gambar ni aku dah terblurkan sejurus masuk instagram semalam .
ni aku yang belakang tu si aiman )

tak sampai dua jam kan otw nak balik rumah kami singgah makan lagi . sebab nak cover malam, sebab malam mama penat dah tentu tak masa kmi pekena roti canai dengan abccc perghh wallahhh.


masa ni kami kat kedai mamak sebab aqilah (adik aku) teringin nak makan roti tisu. last last aiman pun nak jugak padahal sebelum tu baru je dia bedal roti canai. meskipun aku besar aku tak penah makan macam tu sekali. =-='  . sampai orang meja sebelah kitorang asyik pandang-pandang je. terasa malu jugak mesti kena label keluarga kuat makan.  damn .






p/s: post-post ni pun aku dah rasa lapar... nyum!
 




December 6, 2012

instagram fever

arus kemodenan teknologi di malaysia sungguh membimbangkan daku.
kerana daku sekarang ini (baru dua hari) telah addict kepada instagram. Daku sungguh envy level 9 bila melihat gambar gojes di facebook teman daku. lantas daku dengan gelojoh membuat satu account instagram semalam. itupun hasil menyelinap masuk milik mama daku untuk meminjam galaxy tab beliau. tanpa tab itu daku pasti loser dimata kalian  kerana daku tak ada instagram .LOL.



dah kenapa aku ni berdaku-daku? adakah aku mengidam pelempang kuasa kuda?


DRUMROLL SIKIT...

tadaaaaaaaaa...



url dekat instagram tu aku letak url blog bahasa inggeris aku aku sengaja tak letak url blog ni.  dalam tempoh 2 hari aku baru ada 11 follower . untunglah orang nak follow ye dak? . ni siapa-siapa nak follow sila la follow yer? you follow mine, i follow yours gituuuuu ;p .



lepas ni nampaknya mungkin aku akan membeli sebijik hp baru atas dasar gila instagram yang kian menular.meskipun muka aku tak segojes fatin liyana tapi peduli hapeee janji boleh bajet model . kalau bukan model baju , model kedai makanan pun tak apa . ;P

selain instagram aku ada satu application yang berguna untuk korang sebab apps u boleh betulkan grammar dan spelling english korang. nanti aku buat satu blog post pasal application tu okay?


till then.


tinggal dulu, follow la instagram aku. ini paksaan secara keji . k bye



December 3, 2012

tutorial/review cara pembelian online tudungpeople

assalamualaikum...


ini bukan macam tutorial sebenarnya ini lebih kepada review. tapi aku saja-saja letak tajuk tutorial sebab aku anggap ni macam tutorial kepada mereka yang belum kenal online shop ni. aku rasa haritu aku dah tulis pasal TUDUNGPEOPLE ni . jadi sesiapa yang memang baca blog aku ni mungkin tahulah kot. nak nak pulak online shop ni memang dah famous sebab kualiti tudung-tudung dia yang gorgeous kata ko siap masuk entry jameela lagi uolzz ;P.


jadi untuk pengetahuan korang pihak tudungpeople dan upgrade bussines tudung dia ni dari pada facebook kepada website baru http://shop.tudungpeople.com dari product lama sampai produk baru ada dalam ni guna sistem ipay88 boleh terus bayar guna maybank2u. mudah kan?
tapi sebelum tu korang kenalah buat akaun dulu.. macam ni ..


*isi semua maklumat pasal diri korang
*isi alamat tetap tau pastikan alamat betul kalau salah hantar korang juga yang rugi :P



okay bila dah isi click pada continue korang boleh shopping. tapi kalau nak shopping online pastikan ada maybank2u account  tau . kalau tak ada silakan la buat. aku galakkan guna maybank2u sebabnya aku pakai maybank2u dan pendapat aku maybank2u friendly user . tapi bagi yang tak ada tak apa boleh guna bank transfer. bagi pengguna maybank2u sila click ipay88
macam gambar bawah ni :)



step 1 : login account nanti nampak website macam gambar atas ni
Step 2: pilih koleksi mana untuk di shopping.
yay aku tahu korang ternganga sebab modelnya cantik. FYI si baju kuning ni nama dia fazrina.
dialah owner Tudung People ni :). cantik dan bijak.
student senibina ni jangan main-main . ya aku tak tipu dia student lagi.

 okay aku melalut lagi . maafkan saya ;P

untuk mendapatkan koleksi macam gambar bawah ini, korang pergi pada ruangan Tp premiums dan click pada koleksi SAMIYAA

setelah keluar gambar gambar gojes ni korang pilih je la mana satu korang nak beli.yang mana korang berkenan , gerakkan cursor kepada gambar nanti akan keluar add to chart . berkenan? sila click lah add to chart .

cara nak bayar pulak?

okay kalau korang perasan di bahagian atas website ada shopping chart kan? shopping chart mengandungi list tudung yang korang nak beli . kalau dah taknak beli yang lain. click check out :) nanti dia akan keluar macam gambar bawah ni :)

                                      
korang perasan kan ada 3 kotak yang bertanda modify?okay  itu option yang Tudungpeople sediakan jika alamat  penerima berbeza dengan alamat tetap korang. so pandai-pandailah adjust  :) . macam aku cakap tadi  siapa-siapa nak bayar guna maybank2u  click pada ipay88  yang nak pakai bank transfer sila guna bank transfer. kemudian selesai! :)






p/s: mari menjadi cantik dan gojes sambil menutup aurat. bye! :)

December 2, 2012

( congrates malaysia )from malaysian to indonesian .

sebelum kita terus ke point utama aku nak ucap tahniah atas kemenangan harimau malaya 2-0 ke atas  indonesia
 
 
 
 
 
 sebagai manusia yang tak berapa minat bola, agak luar dari kebiasaan jika kita yang tak minat bola boleh tengok bola dari mula sampai akhir. tapi bila melibatkan  game malaysia vs indonesia aku terpanggil untuk tengok  lantaran terbaca tohmahan tohamahan yang dikeluarkan negara jiran. mereka marah dengan kita kerana dituduh cuba curi budaya. kerajaan punya hal dua negara bermusuh . jika ada rakyat indonesia terbaca post ni aku harap sangat mereka faham yang claim budaya bukan seluruh rakyat malaysia.


kerana ;


 budaya itu bukan sesuatu yang boleh dicuri kerana sifat  budaya itu diamalkan bukan disimpan , bukan atas nama budaya milik siapa tapi atas dasar siapa yang mengamalkannya. kami punya budaya kami sendiri, kami tak mencuri budaya sesiapa .


disini budaya yang kami amalkan budaya dari nenek moyang kami , budaya dari kecil . hidup dengan lapisan kaum. berlaku asimilasi budaya dari puluhan tahun dahulu. sejak malaysia merdeka dan asimilasi terus berlaku .


kenapa perlu bergaduh kalau boleh berdamai?
kenapa perlu bermusuh jika sepakat bisa dicapai?




aku tak faham . aku harap sukan dan "budaya" yang kononnya dicuri ini tak menjadikan masyarakat di negara jiran dan negara ini masyarakat prematif .



let's unite la weh . (tadi ayat skema sekarang dah tukar ayat)


zaman sekarang musuh kita cuma 1 . dan aku harap korang sedar tu. kalau ada pun negara yang di benci . benci la israel  . benci jiran tetangga ni ibarat benci orang yang akan bantu kita waktu susah. anggap lah jiran negara ni macam jiran rumah sebelah. aman ke nak duduk dalam kawasan benci membenci jiran?


dan kepada muslim (sorry kepada non muslim)
satu hari nanti dunia akan kiamat.
masa tu dah tak penting budaya tu budaya siapa
sebab dalam kubur tak tanya.
dia cuma tanya "marobbuka?" (siapa tuhan kamu)
ma imamuka? (siapa imam kamu)

dan seterusnya ...

back to to real bussines.
sokong menyokong bola dah selesai.



yang belum isyak tu bawak2 la isyak .



p/s: good night and thank you & congratulation harimau malaya .muahh! love u malaysia.








Result Level D dah keluar !!!