August 18, 2013

kaitan antara aku dengan dora the explorer .

masa cepat berlalu . rasa macam baru semalam aku pack baju nak balik kampung. tapi biasalah apa yang kita rasa seronok tu la buat kita rasa masa cepat berlalu. takkan mengada ngada sangat universe ni nak pedajal kita kasi cepat putaran bumi kan?


hai sekarang aku dah balik rumah sewa. memang rasa tak puas sangat sangat . macam macam kenangan tahun 2013  yang tak sama macam tahun lepas. dulu masa aku kecik kecik , aku seronok nak beraya sebab nak duit raya jer. tapi sekarang aku dah berubah. (you dont say?? )



aku rindu suasana nak berkumpul , gelak gelak macam pontianak tu serius rindu sangat. walaupun amir kata nak tolak aku keluar dari kereta masa kat lereng bukit sebab aku gemuk (dia bergurau)
walaupun hassan tak habis habis sakat aku pasal berat badan aku . namun aku tetap happy, sebab perangai syaitonnirajim diorang ni lah yang bagi aku gelak. boring la pulak kalau jumpa cousin tiba tiba tanya pasal kerja, atau pasal soalan matematik tambahan spm apa yang aku tak dapat jawab masa spm 2008 haritu.



boring la kannn.. jadi semua topik kami sembang nak nonsense je. well cucu haji razali memang macam tu. kalau tak nonsense tak sah. lagi lagi tahun depan cousin kami yang paling sulung (ila) dah nak khawin. lagilah rasa macam tacing tacing gitu. dulu kecik kecik main berhingus,tiba tiba kau nak khawin dah ila..( nangis sambil tekup muka kat bantal)

tak sesuai la aku nak sedih patutnya aku gembira. she's 27 already memang patut pun dah khawin. aku?
aku rasa macam umur 30 pun belum tentu khawin lagi.. duit tak cukup,aku rasa tak boleh beri komitmen and etc .


kadang kadang aku overthinking. kadang kadang apa kita expect atau plan akan jadi lain. contohnya aku.kisah hidup aku tak macam dora the explorer. korang mesti dah boleh expect ending dia. walau 10 ribu kali korang bagi arahan salah , menjerit jerit depan tv  nak kasi dia sesat, dia tetap ikut storyboard yang artist  dia sediakan  kan?



everytimes aku sangka A selalu end up jadi c . unexpected everytime. siapa sangka orang yang suka mengatur hidup nak masuk mrsm,A level seterusnya ke UK untuk jadi saintis (ni cita cita aku zaman sekolah rendah tau)akhirnya aku ke path engineering yang aku tak penah fikir pun. selalunya aku brainstorm nak reka apa bila aku baca majalah tunas sains je. end up habis study setakat diploma, and bakal sambung degree part time jer.


tak kiralah macam mana pun hidup korang start, dan berombak tsunami, korang mesti kuat nak bangun balik. dulu adalah 2,3 coretan mengarut aku penah post kat sini. life conflict :)



dan sekarang ni pun aku tengah konflik gak ni, tapi minor problem je. opss pasal title aku yang mengarut tu. well aku dan dora tak ada kaitan sekian.

August 16, 2013

Persediaan untuk pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran *HOT TIPS*

hai adik adik!
ceh adik adik sangat. well adiklah sebab aku tulis ni untuk budak lepasan SPM.
aku pun dah 22 tahun :)




Persediaan selepas spm

yang pertama sekali habis je exam spm tolonglah jangan ingat merdeka je, rajin rajin lah buat research tentang kos  yang adik bakal ambik untuk diploma jika adik nak sambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Jangan jadi macam ah-kak dah 3 sem kat kolej baru nak bersedia. mazmumah sangat  u olzz.



tapi tu dulu bila ah-kak  habis je diploma tengok pointer all sem rasa macam kuciwa sangat. I know I can do better than that. okay ape motif ah-kak citer pasal pointer ni ? dan adik-adik pun tolong jangan Tanya pointer ah-kak berapa haha. But for the last 3 semester I can proudly say that i'm improved a lot.


bagi yang tak tahu sistem pointer ni acaner, yang kosong macam ah-kak zaman dulu dulu meh ah-kak nak cerita.



sistem pointer all sem ni dia kumpul pointer adik adik dari semester satu sampailah semester 6 . jumlah purata berdasarkan kredit adik adik ni, akan ditambah tolak darab bahagi (ah-kak dah lupa formula dia macam mana). Kalau adik dapat dekan cerah masa depan adik adik ni. lagi lagi kalau yang kolej swasta ambik MARA , first class student tak payah bayar loan . untungkan ?


okay enough part pointer yang tetiba melalut pasal MARA apesal tak tau..

first thing first

1) pilih course/kursus yang ada "market"

bukan market jual ikan tu, yer leman. market di sini bermaksud pasaran kerjanya luas. that means bila adik pilih bidang tu, adik tahu yang keluar nanti kalau tak dapat sambung degree pun adik boleh mintak kerja dengan kelulusan adik tu. Market sentiasa berubah, dia tak macam market kat tempat tinggal adik, 10 tahun pun masih nampak pak usin jual ikan kat situ kan.

*maap ler akak suka melalut kalau ah-kak tulis straight kang korang boring, dah la boring tak paham pulak tu.. hehehe *




okay second step 
 
2) pilih course/kursus yang korang minat, kalau dah minat kursus memasak , suka memasak jangan lah ambik kursus medical pulak, kang tak pasal pasal nak bedah pesakit  terbayang nak siang ikan , dah mati pulak pesakit kau... haa macam gitu.



third

3) pastikan result spm korang sepadan dengan kursus yang korang nak mintak, kalau belum spm lagi tu, cepat cepat ambik buku study . Ah-kak ni bukan manusia tipikal yang selalu bagi nasihat suruh study dapat straight A , cuma kena realistik la sikit dik :)




extra tips

1) cari kerja part time sementara menunggu masuk study
kalau adik dari keluarga sederhana, susah , yang bukan jenis dari keluarga petik jari je dapat, carilah kerja part time sementara tunggu result, and sampai masuk belajar semula sebabnya bila start diploma, adik akan gunakan banyak duit. memanglah mak ayah adik adik dah sediakan semua, cuma kalau boleh sediakan duit emergency . Trust me , you'll need that . ah-kak dah melaluinya :)

2) beli kelengkapan belajar
 adik akan guna banyak kertas untuk menulis,laptop , pen dan kelengkapan lain yang berkenaan. macam ah-kak dulu, ah-kak kena beli board LK(lukisan kejuruteraan) sebab akak ambik civil engineering. So prepare ni semua ok?

3)Beli baju yang sesuai
what? baju pun kena beli? haaa yer tak payah nak terkejut sangat.Zaman diploma dah tak ada uniform dah kan, so adik adik kenalah pakai baju mengikut tata tertibnya. Perempuan kalau nak selamat pakai je la baju kurung , dah tak payah pening dah. lelaki kena pakai kemeja, atau t shirt berkolar. so kalau adik yang baca ni lelaki sila silalah beli banyak banyak t shirt berkolar :)





p/s: sekian saja tips ah-kak harini ni.. hipster sangat sebut ah-kak kan? rasa nak tampar diri sendiri yang menaip . kbye ;p



August 14, 2013

sinopsis raya 2013 saya

hai..
aku baru balik dari kampung, setelah seminggu aku kat sana. raya 2013 ni adalah raya yang sangat sangat menggembirakan hati aku, dan aku percaya hati cousin cousin aku jugak. buat pertama kali (setelah bertahun tahun) amir join kami beraya. tahun ni special sikit, amir drive dari rumah dia pick aku kat kampung untuk beraya di tanjung malim (rumah maklong) dan rasa (rumah mak andak).

amir tu siapa?

amir tu satu satunya abang sepupu yang aku ada. bonding kami antara sepupu ni dulu terlalu rapat. macam adik dengan abang dan kesemua kami sememangnya rapat termasuklah aku dengan yang lain.  tapi semenjak amir membesar dan meningkat dewasa dia ni ada penyakit "malu melampau" sampai payah sangat nak jumpa dia .tapi sejak dua menjak ni rajin la jugak dia tegur menegur kami , dan tak sangka dia sanggup melayan kerenah adik sepupu dia termasuk adik dia sendiri yang entah apa apa ni haha.
okay  enough part amir .


part yang aku paling suka bila kami beraya sama-sama ke rumah maklong dimana di sana ada sepupu aku ila(27), ika(23),fariz(20),and jannah(15).
untuk pengetahuan korang, aku dengan sepupu-sepupu aku ni pergi sehelai sepinggang je .. sampai sana maklong ajak tidur, so kami dengan gembiranya setuju . lagi lagi aku, aku suka rumah atas bukit ni :)
oh yaaa .. lepas ke rumah maklong, kami minta diri ke rumah mak andak di rasa tapi malam karang tu kami balik la tidur sana. so ika and jannah join kami , nasib amir bawak avanza kalau bawak preve memanglah tak muat, yerlah saiz aku ni dahlah besar .  ila pergi kemudian, dengan fariz and Hassan (adik amir, Hassan terpaksa naik dengan ila sebab jannah nak ikut kitorang)


sampai je rumah mak andak kitorang di sambut rina (9tahun)  sepupu aku. settle salam salam dengan mak andak dengan pakandak kami duduk menyembang.  masa tu la sesi tangkap gambar bermula. yerlah bila masing masing dah besar, ada komitmen ni memang payah nak jumpa, so masa yang ada haruslah diisi dengan sebaik baiknya ;D.





lepas tu kami plan nak ke rumah acik(makcik aku ) di port klang tapi tak jadi sebab dah lewat sangat dan jalan pun dah jem, cancel pun dah halfway nak kesana so perut pun dah lapar, kami decide pergi mc Donald . sampai ke rawang ko cari mc donalds ;p.






balik tu, sampai rumah maklong mata aku belum mengantuk yang lain pun sama. Jannah ngan ika decide beli cerita kat astro first dengan astro best . aku tengok semua cerita macam tak best . akhirnya diorang beli je misteri bisikan Pontianak. tengok 5 minit pertama je, kami dah mencarut. kalau korang ada niat nak tengok tu tolonglah stop. misteri bisikan Pontianak (misteri pondan mati terbakar).scene hantu 2,3 je yang lain semua pasal pondan. haih sumpah seranah je la memenuhi living room maklong malam tu.


esoknya aku cirit birit semuanya sebab makan blackpepper banyak banyak.aku memang alah blackpepper tapi dah degil nak wat camno kan?. esoknya aku ber"mastautin" kat toilet rumah maklong selama beberapa jam. plan kami nak beraya rumah makusu di tapah terpaksa cancel. sementara tunggu reda sempat lah layan cerita sepukul dua. tengok cerita jangan pandang pandang sampai habis pastu kami balik. 



haii sampai sekarang aku happy tau. tiba tiba rindu kat korang semua.
tadi dapat good news,amir dapat offer kerja kat TNB . cousin aku si ila pun dah bertunang raya ke 4 haritu .  syukur Alhamdulillah.









p/s: tamat sudah sipnopsis raya 2013 saya :)



August 4, 2013

Pengalaman memalukan namun kelakar.

Hai .


haritu  aku ada pergi sunway pyramid tower. iftar dengan officemate(bos belanja) .
kitorang boleh bawak family or partner masing masing. Oleh sebab family aku jauh, maka aku ajak partner aku yang kecik tu. Sampai sampai sana. aku Nampak mr chye tengah duduk bersembang dengan miss long. Aku dah Nampak makanan, hati pun dah excited, perut apetah lagi ? yerlah dari tadi  bergendang macam nak sambut tahun baru cina.Terus aku meluru masuk macam jais nak tangkap pasangan khalwat.tiba tiba ada orang tahan aku. cik .. cik... sini cik.. Tegur seorang pelayan , malu aku... dia pakai seluar pun sopan tapi aku yang pakai baju kurung berperangai macam  naga tak diberi
susu=-='






err yer saya? aku pun melangkah malu malu, mulalah buat gaya macam perempuan melayu terakhir, partner aku boleh pulak dia gelakkan aku. hei geram betul. aku sepak kaki dia secara ayu. dia diam . pelayan tu tersenyum tahan gelak , dia kata cik dari mana?

dahi aku berkerut .. aku yang tengah lapar tak dapat hadam soalan spesis macam tu. aku ayu ayu macam tu takkan la dari pasar malam kot?

aku jawab : " saya dari rumahlah cik.."  sambil tu mata dok tengok orang belakang ambik udang besar , hai feveret aku tu." pelayan tu masih disitu, tak berpuas hati dengan jawapan aku mungkin. datang lagi sorang pelayan lelaki. hensem tinggi lampai.

" ya cik, ada apa saya boleh bantu? "


tak ada apa, saya cuma nak masuk dalam, kawan awak Tanya saya dari mana. mestilah saya dari rumah betul tak? jawabku dengan konfiden .adalah terselit angkuh disitu.

"pelayan lelaki tu tersenyum, dia pun nak ketawa dengar jawapan aku tapi dia tahan, last last dia Tanya... maksud kawan saya encik datang ni atas tempahan nama apa, company atau perseorangan .."

aku dah malu, tapi aku cover malu aku cakap.. lain kali Tanya biar jelas.. saya dari ********* sdn bhd .


okay sepantas kilat aku dibenarkan masuk. masuk dalam aku ambil keputusan untuk terus  duduk sebab malu. citer ni aku tak citerkan kat sapa-sapa kat office kalau tak mesti kena bahan 3 hari 3 malam .







p/s 1: jangan over confident
p/s 2: jangan tunjukkan kelaparan anda .







Result Level D dah keluar !!!