September 29, 2014

Lunch Treat Di Nandos Setia City Mall




Hai Assalamualaikum,

Harini kali pertama aku merasai hidangan yang terdapat di Nando's. Walaupun Selalu 
sangat lalu tapi tak pernah  terdetik di hati nak cuba makan. Harini kebetulan berkesempatan merasai sendiri. Sedap ke nando's ni? Alang alang Project Manager aku baik hati nak belanja kami. So aku pilih Nando's. Tanpa membuang masa , jom layan layan gamabr sambil layan gambar aku akan ceritalah serba sikit pasal Nando's ni .


Tudung biru tu officemate aku  . Dia engineer site kami yang muka tersengih tangkap gambar tu lah project manager kami. Yang bermisai kemas tu pulak Our Consultant. Apa yang kitorang buat sekarang ini adalah salah satu skop kerja jugak tau Iaitu entertaint our consultant and client. Tapi kali ni client tak ikut . so cuma ada kami ( the main contractor itself and our consultant)

ini adalah apa yang aku order untuk diri sendiri. 1/4 chicken extreme hot peri peri . Untuk side dishes aku pilih wedges and Coleslaw. Air pulak aku ambik grapefruit passion.Aku kasi dishes ni 5 star. Kenalah dengan jiwa aku
yang sangat sangat sukakan spicy food.


Environment bagus, sangat cantik dan bersih. Sesuai la untuk orang orang yang suka tempat yang tenang macam ni.
Again .. This environment is to die for. Ni kalau letak kepala 5 minit boleh terlelap tau. 
A close up view on my dishes. Semua sedap especially the coleslaw. lupa nak ambik gambar botol sos dia yang unique tu.
B
e extra cautious masa pilih sos dia. Kebanyakannya  memang sangat sangat pedas. Aku yang memang suka pedas pun boleh kata pedas. So hati hati okay.




Price ?

Boleh jadi agak mahal kalau kita bawak family. atau makan ramai ramai. Got tax here and there but worth the experience and taste. Kami kena rm200 for 5 person. Budget rm40 macam tu la. itupun sebab ada yang tambah nasi and desert .


RM18.90 (excluding tax for my meal)
RM8.90 ( excluding tax for my drink)

So untuk aku punya sahaja sudah rm 27.80 (exclude tax)

Tax taklah mahal sangat for per person. Kalau nak pergi 2 orang rm60 should be more than enough.


so lepas ni boleh la makan nando's lagi. Oh ya bagi movie buff yang sering ke gsc.sekarang kalau anda pergi ke kaunter popcorn dan membeli apa apa jenis combo, anda akan dapat satu voucher nando's .

Buy 2 free 1. so far aku belum guna lagi. lepas ni boleh lah guna



P/s: Like fanpage blog kalau sudi and tinggalkan komen anda :*


TILL NEXT ENTRY

September 28, 2014

Movie Review : The Maze Runner


Hai, Assalamulaikum


As usual, hari ahad je mesti aku akan pergi ke mana mana cinema untuk menonton film film baru.
So minggu ni aku decide untuk tonton The Maze Runner sebab ramai sangat cakap filem ni best kan.
Okay just cut the crap.

Kisah ni bermula dengan scene seorang lelaki terperangkap dalam sebuah besi berjaring ( read : berbentuk kotak  yang berfungsi sebagai lift ) menjerit dalam ketakutan , lift bergerak menuju ke atas dan ketibaannya di atas disambut oleh sekumpulan lelaki  yang lain. Sekumpulan lelaki yang telah lama tinggal di situ. Disambut oleh ketua disitu bernama "Alby" thomas ditunjukkan kawasan sekeliling tempat baru (gladder) itu.
Thomas" yang hilang ingatan diberi nama greeny (budak baru).Setiap greeny akan tiba bersama bekalan makanan setiap bulan. ketika meninjau sekeliling , Thomas menyedari tempat itu kelihatan pelik kerana mempunyai dinding teguh di sekelilingnya. Dan Thomas cuba untuk keluar dari situ. Pada Malam ketibaannya , Thomas dicabar Gally untuk bertarung dengannya. Setelah dibelasah teruk dan dia akhirnya mengingati namanya. Dan malam malamnya di hadiri mimpi mimpi pelik yang mempunyai mesej tersendiri . Antara pesanan yang dingati thomas ialah "Wicked Is Good". Beberapa insiden telah berlaku menyebabkan Thomas secara tak langsung menjadi Runner untuk menghafal jalan jalan sesat berbentuk blok disitu. Ancaman grievers(sejenis haiwan berbentuk labah labah gergasi) dan ketibaan gadis bernama teresa disitu yang membawa mesej "she is the last one" juga menguatkan semangat thomas untuk keluar dari situ kerana tiada "greeny bermakna tiada bekalan makanan". Dapatkah Thomas mencari jalan keluar dari Blok blok itu? . Siapakah yang menghantar mereka ke situ? Nak tahu kena tengok sendiri








How  Gladder looks like . Ni lah "gladder" tempat yang mereka yang dihantar untuk tinggal diberi bekalan makanan
setiap bulan.



Yang pakai cap ni dia punya pengarah kalau tak silap



Dylan O' Brien  Pelakon Utama. Memegang watak sebagai Thomas. Tapi dalam the maze runner rambut dia serabai sikit


Min Ho ketua segala runner . Bertanggungjawab mencari jalan keluar dengan menghafal setiap pattern blok setiap hari.
The Maze (Jalan jalan sesat) Pattern Jalan sesat.






Overall cerita ni memang menarik. Tak menyesal pergi. Cuma rasa geram dengan watak gally. Suka sangat cari pasal tengan Thomas.


Rated : 4star (sebab ending dia kurang menarik)
concept cerita : 4 star jugak sebab tak cukup kuat. Masih ada ruang untuk improvement


P/s: Lepas ni nak tunggu The Hobbit Pulak. I really cant wait! :D

September 27, 2014

Shopping Lagi Di SincerelyByUshawls





Assalamualaikum,
Hai korang!  harini aku telah berjaya sekali lagi MERANAPKAN purse aku bila kawan aku yang tengah pregnant sekarang ajak aku kesitu. Aku tahu kalau aku kesana je tak sah aku tak beli walaupun satu. Sila lah layan gambar gambar di bawah ya gegadis cantik sekalian alam.





Antara section yang comel comel dekat sini

Yang ini salah satu tarikan la jugak. Chiller dekat  second floor ni penuh dengan makanan makanan yang sedap.
Rasa nak je makan semua . Amboi halobanya !


Antara collection square scarf yang menanti korang disana. Aku dah memiliki satu jenis printed scarf ni waktu  sbu launching haritu.Mujur poket aku dah bagi warning masa tu kalau tak balik rumah makan maggie la jawabnya. Hehehe rasa nak histeria, rasa nak peluk satu satu shawl tu adalah satu benda normal bila korang dah masuk butik ni. Semua benda nampak kiut . Termasuklah adik adik yang kerja jaga butik tu. Rasa nak je bungkus diorang sekali. Eh? :D


Memandangkan belum gaji lagi, ini jelah aku mampu beli. Ini pun ihsan duit bussiness aku tau. Duit gaji aku lama dah Habis . Aku beli cardigan dan sehelai Shawl Plain Mustard. Cardigan ni vendor dia ialah Dolce Amira dan shawl ni pulak SBU collection.Maklumlah bulan ni nafsu shopping tu melampau lampau. Nanes la macam ni T_T



Kiri adalah gambar ibu mengandung yang mengidam nak kesini tu. Tu tengah rambang mata la tu. 
Silap silap baby dalam perut tu yang bisik kat mak dia suruh beli shawl yang mana ekekeke. Kanan pulak tempat shawl shawl digantung kemain cantik. Dah kata dah semua benda dalam ni cantik. 
Tengok patung tu pun rasa macam nak bungkus kan? :")


Sabun permaisuri negara pun ada dekat sini. Sabun Cathy Doll sabun emas yang popular dekat instagram sebab dijuaL oleh secantik comel aaakid. Rasa nak try tengok macam mana  kalau putih boleh la beli bebanyak . Nak jadi permaisuri negara jugak uolzz..




Yang belum datang lagi ke sini , bolehlah datang . Jangan risau harga  affordable. Mampu milik. Oh lupa yang aku
pergi ni SBU shah alam. Ada Signboard besar besar nama SincerelyByUshawls.Bangunan sebelah kedai mamak pelita.
Inshaallah  tak ada aral aku mesti datang sini lagi, Bukan jauh pun 10 Minit je dari rumah sewa aku. Lepas ni kalau ada kelapangan waktu
aku nak ke House Of Doll, Wander by TudungPeople pulak :D



P/s: Duit oh duit turunlah dikau seguni dua, daku ingin shopping lagi.


September 25, 2014

current mood : tekanan perasaan dan duit mengalir deras!







Sejak dua menjak ni rasa macam busy gila.
rasa nak stopkan masa sekejap nak catch up on everything
Penggunaan duit jangan cakap.
LAJU IBARAT PAIP BOMBA.
Walaupun dah ada bussiness kecil kecilan dah sekarang
Bila buat dua kerja memang kena pandai bagi masa


untuk bussiness dan untuk kerja
aku ni memang jenis sanggup spend berapa jer
supaya aku boleh lifted segala tekanan aku keluar.
Dua kerja, tekanan berbeza beza.
Nak nak pulak sejak member sorang tu resign
kerja dia aku kena take over.
So 2 minggu kebelakangan ni memang aku asyik spend pada coklat dan shopping.



Harap nextweek pressure berkurang dan aku dapat kurangkan penggunaan duit aku .




p/s: ada orang main blog lagi tak? kenapa rasa sunyi je dunia blog sejak 2 menjak ni eah?

September 21, 2014

Tabiat Buruk atau Self Reward si kaki shopping?

Assalamualaikum, hi there

aku kena mengaku satu benda . Aku mempunyai satu tabiat yang agak susah aku nak buang.
Iaitu  shopping ketika stress. Selalunya bukan aku tak shopping, ya aku shopping juga. Tapi 
jika aku dalam keadaan waras, aku selalunya jarang la nak shopping secara terburu buru. Aku suka kumpul duit berbulan bulan baru beli. Kalau agak agak aku tak plan awal awal, tak kiralah berapa banyak duit ada dalam account aku, aku takkan beli. Mesti tunggu bulan depan atau 2 bulan lagi. Tapi ada satu keadaan dimana aku akan menghabiskan duit aku tanpa berfikir 2,3 kali. Aku nampak terus ambik, ambik,ambik dan bayar. Seperti aku cakap tadi, ketika aku stress je aku akan buat macam ni. 
Dan kejadian tu taklah selalu 2,3 bulan sekali je. Kalau aku kena marah dekat tempat kerja ke, atau bergaduh dengan boyfriend ke, atau selalu kena tanya bila nak further study lagi,tukar tempat kerja atau pun ditanya soal khawin. Soalan soalan yang memberatkan kepala otak aku untuk berfikir. Adalah sangat bahaya jika aku stress ketika sedang berada di Shopping Mall. kalau tak mesti aku dah capai apa apa je barang yang aku suka . Inilah adalah contoh barang shopping ketika stress.


Yang ni aku beli semalam, lepas COD floral mask untuk customer di Setia City Mall.
Aku stress tiba tiba line internet menjadi lembap tahap kura kura pondan.
Sampai nafsu aku nak surf pun dah tak ada. So Aku jalan jalan masuk lovisa.
LOVISA TENGAH SALE 70% PULAK TU!
korang rasa aku buat apa? takkan aku tengok je macam tu kan?
mestilah aku sambar seketul dua.

Yang ni pulak aku baru beli tadi di setia city mall juga. dah memang sini je tempat lepak aku. Malas nak pergi jejauh.
Yang ni aku beli sebab aku ada bertengkar sikit dengan bf aku. Benda kecik je pun aku tacing lebih lebih.
Hahaha dia tak bagi aku beli satu jenis seluar tu. seksi kata dia (kes cemburu). Padahal seluar tu panjang kot.
Hahaha dah dia tak suka aku pun tak beli, mungkin betul kot seksi di mata lelaki. Then konon konon merajuk la ni. Seluar tu dekat H&M , sesiapa yang selalu lepak setia city mall mesti tahu.. Opposite H&M tu apa.
it's MAC ! so jiwa kewanitaan aku yang kuat merajuk tu pun melangkah situ. Orang yang entertain aku tu pun banyak mulut  kan. Pandai pulak layan  aku. Aku ni jenis bila salesgirls dah  entertain aku penat penat, aku mesti beli walau 1 .
Melainkan aku tak ada duit langsung. So aku ambik jelah concealer pallete ni. Dah kebetulan aku memang suka sangat dekat concealer ni Kan. Amboi kau una, sejak berbussines ni membazir je kerja. Tak tahulah ni kategori self reward atau kategori tabiat buruk. 

Yang ni pulak coffe sesh semalam dekat big apple. Aku sorang je masa tu, kat sini la aku surf semalam. Mula mula laju, lama lama lembap tu yang stress tu .

Ha ni ootd tadi. Aku pakai red jade from lovisa, yang biru tu aku tinggalkan kat rumah.
Kemain aku nak ootd bagai kan? Ni lah second time aku pakai black skirt waktu keluar.
haritu black skirt jenis lain yang ni jenis lembut tapi jatuh. taklah melekat lekat ke apa.From h&m tau. comfy. Kalau aku banyak duit mesti aku angkut dah 1 h&m tu. Malangnya tak. I is sad.
Pakai black skirt dah okay dah tapi  tengok kaki tu apa tu?
FLIP FLOP!

hahaha aku memang macam ni. FAIL bab fashion. Tak reti nak jadi macam akak akak fashionista luar sana.
Dalam kepala dah fikir nak beli apa, nak try la jadi fashionista jugak. Tapi last last, selipar jugak aku pilih.


macam tu lah aku.


Simple is always better.



P/S: LEPAS NI TAK BOLEH SHOPPING DAH, KENA JAGA AKAUN BETUL BETUL. ADA BUSSINES PUN KALAU AKAUN TAK RETI JAGA KAYAP! (SELF NOTE)

Result Level D dah keluar !!!