January 10, 2015

Pengalaman interview di one city subang jaya

 
 
hai! 2 hari lepas aku Berjaya menghadirkan diri untuk temu duga di one city.
Interview kali ni bukan aku yang cari tapi orang tu yang cari aku.
ceritanya begini, aku ada upload iklan dekat majalah.com bahawa aku tengah cari kerja. Then 2,3 hari sebelum interview iaitu ketika aku di rumah maklong di tanjung malim aku menerima 1 email yang merupakan interview arrangement!
 
terkejut teruja semua ada.cuma agak misteri sikit sebab dia tak cakap jawatan apa ditawarkan. Aku punya preparation? zero! aku adalah buat research sikit berdasarkan nama company tersebut . *** logistic sdn bhd. GOOGLE SANA GOOGLE SINI
there is no way for me to gain any information about this company. Mula mula aku dah fikir taknak pergi dah. Tapi bila fikir balik. Hmmm dia yang cari aku kan? mungkin peluang tu cerah sikit . Lagipun akudah bagi tahu background study and experience aku. kalau tak sesuai kenapa dia nak panggil interview kan?
 
 
 
 
so dengan perasaan 50-50 aku call mama nak ajak teman. Korang tahu jelah aku ni mana ada kereta sendiri. So kalau pergi one city tu bukan senang jauh dari segala kemudahan public transport tu.  Interview pukul 4. tapi kami sampai awal. bayangkan 2 jam sebelum interview bermula kami dah sampai! .
For the first time I laid my eyes to the building , I was amazed! the interior were designed beautifully. Modern , stylish and they still save spots for green area.
So for 2 hours , kami berlegar legar di bangunan pejabat yang aku kira mall ni.
ada cinema, subway, secret recipe, sushi, and many more , dekat level 3 kalau tak silap siap ada jual perabot, sports attire and even gymnasium were there . Nama pun business suite  kan?
Lift dia pun jenis glasses.Actually banyak je company construction dan non construction dekat sini. Cuma tulah ye.. 2 hari lepas adalah first time aku ke sana.
dekat dalam tu pun ada kolej tau. Megatech college. beruntung student yang study situ. Boleh cuci mata selalu. Surau bersih, toilet cantik.
 
Okay aku melalut banyak dah ni. tepat pukul 4. aku tekan loceng.
so sampai sampai je aku diberi borang dan kena duduk menunggu mr F.
dalam 15 minit macam tu start interview. Dalam banyak banyak interview yang aku pernah pergi. Inilah first time interview aku "diberi" white board suruh cerita pengalaman. nak tahu berapa lama? 1  jam setengah weh dalam tu. Macam macam soalan cepu mas dia bagi. mr f okay.  dia punya director je agak strict sikit. interview dalam English . aku tak kisah. cuma director tu selidik habis latar belakang aku.
sampai mak ayah kerja apa, adik adik belajar mana. dah berapa lama habis belajar. sampai hobi, kelemahan, kekuatan aku dia selidik. benda benda tak ada kena mengena pun dia nak ambik tahu. Dasyat betei. ni nak interview cari pekerja ke cari calon menantu? sampai rasa nak nangis la aku duduk situ. mujurlah lepastu ada orang panggil dia lepas tu. kalau tak mahu sampai ke subuh esok tak habis interviewnya. Mr f yang panggil aku ke interview aku tu simple orangnya. dia cakap sebenarnya jawatan kosong tu sebagai assistant dia je. assistant dia tu buat kerja office, monitor bahagian import export. Ikut pergi meeting. terjemahkan ayat panjang berjela ke bentuk flow chart proses supaya semua orang paham. and ada beberapa tugas lain. so dia kata 2 minggu lagi baru keluar result. Tapi dalam hati aku dah rasa macam tak dapatlah tu. Hahaha! sebenarnya dalam 1 1/2 jam interview dengan boss tu pun aku dah tawar hati dah. HEHEHE
 
DAN SEKARANG AKU BUAT APA?
 
 
apa lagi cari kerja la. tapi kali ni aku selidik habis habis dulu. Sebarang email panggil interview aku selidik company tu dulu. Yang tak berpotensi aku tak ambik. apa apa pun.. aku rasa bersyukur gak. bertambahlah pengalaman interview kerja aku. rasa macam lepas ni nak buat compilation pulak lah
 
tajuk seperti berikut
 
" aku dan pengalaman pengalaman interview ku"
 
"1001 pengalaman interview ku"
 
"koleksi pengalaman beronak liku ketika interview"
 
 
" una and the interview stories"
 
 
hahaha k nyampah kat diri sendiri. sesiapa yang menganggur ketika ini tak tahu nak cari kerja kat mana?
 
sini senarai website harus cuba
 
1) jobstreet
2) mudah.my
3) maukerja.my
 
p/s: cuba jangan tak cuba ^^V
 
 
 
 

Result Level D dah keluar !!!