Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

i am turning 24 and birthday wishlist!

hai korang ...
 27 march 2015 i am finally 24 years old!  gila tua aku rasa .. pada awal penubuhan blog ni  aku cuma berumur 19 tahun. woohooo! diam tak diam 5 tahun dah blog ni. macam macam aku dah tulis . pasal diri sendiri, yang tak ada kena mengena dengan diri sendiri. post merepek . ucapan dan sebagainya. Menginjak usia 24 tahun ni aku dah senaraikan beberapa wishlist yang ada sesetengah dah dalam progress pun. 
1) Travel dengan kerap.     Sebelum ni aku travel je tapi tak abadikan sangat dalam blog. cuma sesi travel tahun lepas je aku sempat tulis.Family aku jenis suka je travel tapi bila dah besar ni payah sikit nak tunggu semua orang free . adik aku tengah degree sorang kat matrik , sorang sekolah lagi. kalau kami free kadang kadang parents yang tak free. Hahaha mungkin aku akan travel dengan cousin kot untuk memenuhi wishlist aku tahun ni. Sebelum khawin jadilah nak buat aktiviti macam ni. there is no need for bachellorette party ;D 
2)Beli laptop Baru   aku target nak macbook. Sus…

Pengalaman membeli dari goshop berserta tutorial

semalam semasa aku tengah mamai mamai ..aku dapat call dari kampung. oh atuk rupanya ni.. dia bersungguh sungguh call mintak belikan gergaji yang keluar kat bgoshop semalam. beginilah conversation kami semalam 

Atuk : kakak.. Atuk nak gergaji ni dalam tb ada tunjuk.. Cepat cepat ambik no !!! Aku : (dalam keadaan mamai) no apa atuk?? Atuk : ni haa atuk tengok dalam tb go shop ni atuk nak talipon nak cakap tak reti. Kamu odar (order) la.
Aku : ohhh yelah nanti orang belikan..
Atuk : kamu talipon sekarang tauu..nanti dia antor ke rumah mak kamu atau rumah atok mana mana la senang
Aku : ye tuk..



bagi aku semalam adalah antara benda yang menghiburkan hati aku. kalau korang ingat balik macam mana rasa korang bila nampak toys waktu kecik dulu pastu tak sabar nak beli macam tu lah gelagat atuk aku semalam. 
atuk call dalam pukul 3 pukul 5 baru aku beli sebabnya aku tertidur. 5 lebih macam tu la.. aku beli pakai website je sebab aku ni kalau bab cakap dalam telefon dengan orang ni memang fail sikit. …

Movie Review : Run All night

Run all night mengisahkan tentang seorang lelaki  bernama jimmy conlon yang berusaha sedaya upaya menyelamatkan nyawa anaknya michael conlon daripada dibunuh orang suruhan rakan baiknya sendiri iaiti shawn miguare. Persahabatan jimmy dan shawn menyebabkan dia sanggup berbuat apa sahaja termasuk membunuh sepupunya billy pada beberapa tahun yang lalu. Ini kerana billy ingin melaporkan kegiatan pengedaran dadah shawl kepada pihak polis. demi melindungi anaknya dan mengelakkan anak dan isterinya dari diburu musuh musuhnya.. dia meninggalkan michael membuatkan anaknya benci padanya. Namun itu tidak sedikitpun mengubahkan kasih sayang jimmy. Masalah berpunca  daripada danny anak kepada shawn yang berhasrat untuk melibatkan diri dalam pengedaran dadah secara besar besaran . Namun hasratnya ditentang shawn kerana tidak mahu peristiwa lama berulang dan kejadian buruk menimpa anaknya . Oleh itu pemilik dadah tersebut ingin menuntut wangnya  kembali. Mereka menaiki limousin yang kebetulannya dip…

Movie Review : Chappie

chappie mengisahkan deon pencipta robot yang bekerja di bawah sebuah syarikat milik michelle bernama tetravaal yang  bertempat di johannesburg afrika selatan. Polis di afrika selatan menggunakan robot polis ciptaan deon bagi mengurangkan kadar jenayah dan kadar kematian pegawai polis. kejayaan deon dalam penciptaan robot polis berskala besar dicemburui rakan sekerjanya vincet yang juga seorang pereka robot(moose bersaiz gergasi) yang masih belum mendapat kelulusan michelle . Dana vincent yang dipotong akibat kegagalannya mencipta robot yang mampu menarik minat pembeli (polis) menyebabkan dia semakin cemburu kepada deon. Dalam diam, deon rupanya telah mengusahakan satu program robot yang mampu membuat robot meniru mimik manusia dan berperasaan. Niatnya untuk menguji program terbarunya kepada robot yang rosak ditentang michelle. Dia akhirnya mencuri robat rosak itu untuk dibuat uji kaji. Dalam masa yang sama kartel dadah merancang untuk menculik deon untuk mendapatkan robot supaya merek…

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

Movie Review : Kingsman The Secret Service

Kingsman the secret service mengisahkan tentang satu agensi perisikan rahsia  yang dipelopori golongan bangsawan di uk. Pada  permulaan cerita adalah disebuah bilik tahanan di mana salah seorang rekruit kingsman berkorban nyawa semasa menyelamat ketuanya "galahart". Galahart yang terhutang budi kepada keluarga rekruit tersebut kemudiannya menawarkan pertolongan kepada isteri si pelatih dan anak mereka yang masih kecil bernama eggsy. Beberapa tahun berlalu , eggsy membesar bersama ibu dan bapa tirinya dan adiknya . Bapa tirinya merupakan ketua samseng di kawasan tempat tinggalnya, ini menyebabkan hidupnya terumbang ambing. Pada suatu hari dia terlibat dalam satu kes sehingga di tangkap polis dan ketika di penjara dia tergerak hati untuk cuba mendail nombor yang seperti diberitahu oleh ibunya (nombor galahart). Seteah menghubungi nombor tersebut dia telah diikat jamin oleh galahart. Setelah pertemuan mereka , galahart nekad untuk menolong eggsy , dan eggsy di ambil menjadi ana…

laptop rosak poketku rabak

Hai ..
Dah 2 hari aku hidup tanpa laptop. Kesedihan dan kekosongan menyelubungi hidupku.
korang pun tahu kan betapa aku sayang si lembap tu ? Mungkin faktor kesihatan menyebabkan
Laptop kesayangan aku semakin uzur hari demi hari. Perlukah aku bawak dia berjumpa uncle x yang pernah "merawat" dia 3 tahun lepas? Kalau aku kira balik kos baiki laptop aku selama 6 tahun dia berbakti boleh dapat sebiji laptop yang serupa tau.. Mungkin ada lebih duit boleh buat makan dominos pizza. Aku tak tahu la option apa aku ada sekarang. Kalau format agak agak okay ke tak ye?

Mengikut analisa awal yang dibuat oleh aku sendiri masalah dia ni tak kronik mana pun.
Overheating + desktop gelap pada mode biasa je. Kalau guna safe mode boleh je bukak macam biasa cuma macam tak berfungsi dengan baik la kalau pakai safe mode. Ini semua salah aku gak. Tapi tak pe hidup ni kalau tak ada masalah bukan hiduplah nama dia. Aku boleh relaks  lagi ni pun sebab aku ada iphone. Ni aku update guna iphone. Kalau tak me…

Girls day out : hari yang suram di publika dan sunway pyramid yang menceriakan hati!

Assalamualaikum , hai.. khamis lepas aku ada job interview di Bandar tasik selatan .itulah job interview yang aku paling menyesal pergi! seumur hidup ini kali pertama, aku hadiri interview yang sangat sangat prejudis. Aku diminta bukak tudung kalau nakkan kerja tu.Gaji ditawarkan amat menarik tapi bagi aku rezeki ni terutamanya duit bukan manusia tentukan. Jadi aku pun tolak offer itu. Sad but true, this is how company works these days. Aku ditawarkan jawatan sebagai quantity surveyor pada asalnya, tapi oleh sebab dia tengok aku ni spesis boleh bercakap dia nak letak aku dekat position dekat sales . Korang mesti terfikir kenapa kena bukak tudung pulak sedangkan ramai je orang lain pakai tudung kerja sales elok je? This company is manufacturer company. Dia buat rumput palsu, trek sukan untuk stadium so dia perlukan projek projek tu. Dan untuk dapatkan projek projek tu aku kenalah jumpa individu berpengaruh. Skop kerja pun tak berapa senonoh. Kalau individu tu nak pergi club aku kena tem…