October 28, 2015

azam baru,hati besi ke hati tisu. kau betul ke tak betul ni?




hai korang


sorry lama aku tak dapat nak blogwalking. bukan sombong tetapi sebab busy. yer ? busy tuan tuan dan puan puan. sejak aku tukar bidang ni masa tak sebanyak dulu. aku perhatikan sejak aku kerja kedai cupcake ni hati aku pun menjadi semakin tisu. kalau dulu masa kerja dekat site. kena tengking 44 kali pun muka relaks je,. maybe sebab environment dan atmostphere manusia kat situ semua macam syaitonnirajim garangnya buat aku lali. 


kerja kedai cupcake hari hari main butter, main benda lembut lembut. cakap dengan customer lembut sampai hati aku pun jadi lembut sekali. sampai benda kecik pun boleh nangis. 


aku pun tak paham dengan diri sendiri sebenarnya. piping bag habis mintak jelah yang susah susah menangis tu kenapa ? lepastu ada lipas berjalan outlet pun boleh buat aku nangis.tepung habis menangis... staff tak datang pun menangis. 



apa dah jadi dengan kau ni una? T_T


aku rasa cam nak try kukuhkan balik hati ni jangan jadi lembik sangat. siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan virus sawan tangis ni? siapakah!


untuk pengetahuan korang aku adalah seorang manusia ceria yang paling susah nak nangis .
ego tinggi tahap langit ke tujuh.SEBELUM INI la..


sekarang aku rasa LEBIH PEREMPUAN sikit.


sikit je la tapi.


lepasni aku nak latih diri jangan menangis dah. 



harap harap azam baru aku kali berjaya.



p/s: aku jugak berazam nak kurangkan shopping dan makan benda benda mahal lepas ni. berjaya atau tak? itu yang kita tak tahu tu! XD

October 23, 2015

Una Life Update : my true colour and nak cari kerja baru lagi ke?






things getting serious now. yelah, bila dah diberi responsibilities kau nak taknak kena deliver tugas tu. bukan senang nak puaskan hati SEMUA orang . nak nak orang macam aku ni. aku ni SALAH SATU JENIS MANUSIA yang DEGIL. 



yes, aku mengaku! 

tapi sejak dekat tempat baru ni aku try kikis kedegilan dan EGO tahap tinggi aku ni. perselisihan faham dekat tempat kerja memang benda normal. pergilah mana mana pun. mesti ada sorang manusia yang tak suka apa yang kita buat. alhamdulillah, setakat ni aku boleh control. walaupun sebenarnya beberapa hari lepas aku dah hampir hilang SABAR.


hampir je nak menunjukkan SIKAP SEBENAR yang tak berapa senonoh aku ni. 
setiap manusia ada split personality. at one side diorang akan nampak perfect, baik, bla bla
and the other side... they could be demon as well.



semua orang macam tu, takpayah bajet kau rare sangat. 


kadang aku tak paham jugak why the other human try so hard to makes the people who look nice soft and gentle to be a really cold blooded human ?


i mean hey... kau boleh cakap baik baik kan? kenapa kau perlu ambik method yang buat semua orang benci?


i just don't get it.


mula mula tu memang aku marah sangat. aku rasa macam dia nak bash aku je. why he need to do that? sedangkan dia ada freaking 5 hours with me but then he decide to tegur me OPENLY IN THE GROUP which is EVERYBODY could read that. i just want him to man up and talk to me right to my face. is that really hard to say that?


man... when it comes to work. Please tegur me directly face to face. i could accept others opinion.


sekarang marah pun dah redha. hoping he didn;t make the same mistake. aku pun malas nak simpan dendam . buat penat je dendam pasal benda tu. aku pun penat gak pujuk hati yang degil ni sebenarnya.



aku ni simple je. if you help me i will help you. 


be nice with me  i will be 1000 gazillion times nice to you. it's not that hard to be my friend isn't it?




lagipun aku tahu aku pun ada salah jugak. so kenapa nak menangkan ego sendiri kan? i will be better to buat kerja sendiri.. fokus kerja.. or maybe try cari kerja lain if dah tak happy kerja sini?


nak cari kerja lain sayang pulak. aku dah sayang kawan kawan kerja aku sebenarnya. sayang staff, but life must goes on kan?



tengoklah macam mana nanti.




p/s; talk to you later ;)


Lelaki ada perasaan ke?




tajuk kontroversi ni mesti akan membuakkan kemarahan para lelaki sekalian.
kadang kadang aku pelik dengan diri sendiri. aku ada trust issues dengan LELAKI. sampai aku takut nak khawin. bercinta pandai khawin.. errr.. 

yup guys.
kadang kadang aku rasa lelaki ni macam tak ada perasaan. bukan sebab aku tengah kecewa ke apa.
cuma bila aku tengok drama ke apa ke aku rasa semua ni bullshit. lakonan je semata mata. terdetik dekat hati aku rasa macam lelaki ni bukan ada perasaan pun.



bila aku tanya cousin aku, dia jawab simple je.


habis yang kau bercinta dekat 8 tahun dengan boyfriend kau tu , dia tu tak ada perasaan ke?
ke boyfriend kau tu bukan lelaki?



aku krik krik sekejap . haah kan? boyfriend aku lelaki kan? ayah aku lelaki, pakcik aku lelaki.


 =-='

but still aku masih rasa macam tak percaya jugak. aku fikir kalau diorang break. diorang takkan sedih punya. yelah, diorang lelaki. muka tak hensem , pakai selekeh muka tak mandi pun ada orang nak. tapi kalau perempuan.



cuba try ko pakai selekeh macam perempuan gila. takyah la cakap lelaki, pondan pun rasa nak herdik kau. jilaker betul, =-='



hmmm sekarang ni aku tengah try nak build kepercayaan aku balik TERHADAP lelaki. aku dengan boyfriend aku tak ada problem pun sebenarnya . adatlah gaduh kecik kecik tu. cuma sekarang aku takut nak MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. masyarakat sekeliling sibuk dah tanya. 


"UNA, BILA KAU NAK KHAWIN"


aku pun heran dengan masyarakat sekeliling ni kadang kadang. kenapa soalan tu je diorang tanya?
taknak ke tanya,


"UNA, DAH MAKAN KE BELUM?, UNA LAPAR TAK?


ATAU... UNA NAK TAK AKU BELANJA KAU KAT TONY ROMAS?


itu yang aku tak paham dengan masyarakat zaman ini.



buat masa ni aku cuma boleh cakap. aku tengah CUBA memperbaiki diri. memang umur aku dah 24 .
soalan soalan spesis tu memang akan datang semingu lebih 7 kali dari manusia berbeza.
aku ni umur je 24 perangai macam budak budak lagi..


aku pun taknak rush into marriage. kau tak sedia , tapi bila tengok orang khawin kau terburu buru nak khawin kau dah kenapa? apa ingat ni pertandingan siapa khawin dulu ke?


ke ingat ni pertandingan lumba siapa dapat anak dulu?


eh tak senonoh la game camni.




k la  aku dah penat bebel dah ni. next time aku bebel lagi.



bye bye XD


October 13, 2015

berjimat tapi membazir, halloween cupcakes and kisah kelakar ringkas seorang una






assalamualaikum hai.


banyak sangat benda jadi dalam tempoh 13 hari ini. sejak N dah quit her job to be a housewife aku terpaksa handle the whole outlet. dalam tempoh 13 hari ni. aku dah 2 kali terlepas station sampai kena jalan kaki balik.terlepas bas sampai makcik aku kena pick up aku kat midvalley. terlukakan jari sendiri dua kali sebab bukak botol flavour baru. berlari lari ke news mintak tolong ajay bukakkan botol jem dan banyak lagi kejadian pelik pelik dan ajaib.



hal memalukan diri sendiri tu takpayah cerita. memang hobi aku kot memalukan diri sendiri dalam keadaan separa sedar. macam contoh tadilah..


kitorang ada 
short meeting dekat sunway pyramid untuk person incharge and manager. 
aku ni spesis manusia tak boleh haus tau. aku mesti nak air. and percayalah bahawa aku sangat hebat bab bab bertukar selera disaat akhir. mula mula aku nampak dalam freezer tu ada air ice lemon tea favourite aku tu.


aku: wey beb, air ni aku nak beli berapa harga dia? 

fadhilah : krik krik (pot pet pot pet sembang dengan seetha)


aku : beb!!!!!



shahrul : rm3.80 . kau nak sumbangkan sale pada company ke?
aku : err aku haus malas nak pergi 7 eleven.

shahrul : kan ada cold storage?

aku: aku tak tahu kat mana benda tu. 


shahrul : ala kat hujung tu je..


sebab aku percaya kat beliau ni aku pun dengan laju je nak keluar dari situ.si fadhilah plak menyempit kat tempat aku . aku dah risau dah. 


aku : beb  tepi sikit tak muat ni! aku gemok! 

fadhilah : tak dengar sebab dia masih bebel bebel dengan seetha
 

untuk pengetahuan korang  benda benda camni memang selalu jadi kat aku. tak tahulah kenapa aku  ni clumsy ke apa. tapi bolehlah. hahaha




oleh sebab tempat tu sempit , aku hampir jatuh tersembam! gila bettei! aku dah la ada parut bawah dagu kesan 5 jahitan yang masih ngilu sampai sekarang. tak dapat nak bayang kalau aku jatuh betul2 tadi!


okay lepas je aku keluar dengan harapan jumpa cold storage makin lama makin jauh aku jalan.aku tak jumpa jumpa pun cold storage. oleh sebab tekak aku ngada ngada sangat haus dia..



aku pun ambik keputusan makan sangkaya je. okay korang faham tak sekarang beza dia ?


mula mula harapan gi cold storage nak jimat sebab air ice lemon tu mahal. sekali keluar pergi beli ice cream sangkaya signature yang harga dia rm10.60 tu.



jadi apakah functionnya aku susah susah jalan keluar tadi?


katakan sekarang? katakan! XD



tak cukup dengan tu lagi .mula mula aku rasa lepas balik nak tengok wayang citer rembat just do it.

tapi tiba tiba hati aku rasa cam hei jimatlah una.. bla bla bla


tapi bila sampai rumah.. aku terus order dominos pizza 2 box, tambah satu breadstick, tambah air pepsi . which cost me rm50.50



sekarang katakan wahai genius.. celah mana kau berjimat?



celah mana?



i am a real good procrastinor



really good at wasting my money on food and entertainment.



dan sekarang setelah 2 kotak pizza aku baru teringat bahawa selama ni aku tak pernah diet pun!


AH NAMA PUN DIET


D- DID
I - I
E-EAT 
T-THAT





oh ya. start khamis ni kitorang ada promotion untuk halloween cupcakes tau! nak tau meh datang outlet meh.



outlet kitorang ada 4 .( sunway pyramid,one utama,midvalley and pavillion)


orang yang duduk area bangsar south ke sila datang midvalley k? yang duduk memang tengah centre kl tu boleh pergi pavillion. orang petaling jaya datanglah ke sunway pyramid and orang damansara silalah ke ou..




there are more to come! XD



p/s: mujur hari raya haritu diorang tak buat design ketupat! 




 

October 6, 2015

kejadian memalukan namun kelakar part 2


assalamualaikum , hai


aku jarang nak cerita benda memalukan diri sendiri kalau benda tu tak kelakar. aku tak tahulah kenapa kalau kejadian memalukan ni , dalam ramai ramai golongan manusia sekeliling aku ni. aku selalu kena. T_T


cerita dia macam ni ..

pada suatu hari seorang una amat sibuk sekali. dari pagi di bertungkus lumus dekat kitchen and then kena hadiri briefing fire drill dekat third floor. aku ni spesis manusia yang kalau lapar sangat tak boleh kenyang sangat pun tak boleh. kalau lapar kang mula la tak boleh fokus. kalau kenyang pulak rasa nak tertidur. jadi fokus aku harini tak berapa nak bagus. 


benda yang korang kena faham dekat sini kalau aku busy, stress dan banyak kerja aku punya nafsu lapar tu tahap naga meroyan. jadi hampir bosan gak la brother  bread talk tu tengok muka aku menempek beli roti kat beliau.



boss hantar message tanya pasal staff, stock , discuss hal kerja sikit and macam macam benda aku kena buat sebenarnya. antaranya pergi IGB bayar bill sampai terlanggar mat salleh hensem gila mata biru oh i cannot,beli barang kat daiso untuk outlet aku and one utama. lepas tu tolong diorang buat puding, dan pelbagai lagi kerja yang tak perlu aku tulis detail kat sini sebenarnya. 


senang citer busylah. bila stock sampai, aku tak dapat check oleh sebab aku memang betul betul busy. cuma mikey je yang unpack barang barang tu semua. kitorang ni ada groupchat kerja tau. supervisor ou si shahrul izwan tu cakap pasal ada beberapa barang dia tak dapat.  aku plak dah terdetik eh , tadi barang kitorang macam banyak je? aku tanya kat mikey 


" mikey, ada tak sesat barang barang budak budak ou kat sini?" u check jap. kalau ada bagitahu la

mikey : aiyooo takdela barang kita sajalah.


aku pun okay jelah sebab aku kan sibuk . aku tak terlintas nak check. 


setelah menerima jawapan itu bulat bulat, habis je kerja aku pun balik



malam tu (iaitu tadi)

miss tiba tiba whatsapp , 


betul ke tak ada sesiapa ambik barang ou?


oleh sebab miss ada mention nama cousin aku fadhilah ni, sebagai manusia prihatin aku pun kejutkan dia yang tengah tidur..


beginilah conversation kitorang


aku : weii.. bangun.. sunway ada dapat peanut butter dengan receipt roll tak?

fadhilah : (dalam keadaan mamai) ada.. adaa penat aku susun

aku pun apa lagi dengar confident je tolong jawabkan untuk dia.


tak lama lepastu cousin aku bangun lepas menggeliat semua dia tengok group.


woi! tak adala dia kata! 

=-='
 rupanya dia jawab tu sebab dia mamai.,dia kata butter adalah. 
lepastu aku bagi alasan yang dia tengah tidur tadi dia mamai.

itu satu hal yang memalukan aku..


lepastu pulak dengan secara magiknya mikey cakap barang barang tu semua ada kat oulet aku.


boleh bayang tak betapa malunya aku skrg?

and sepupu aku yang gila tu tak habis habis nak bahan aku.

T_T



habis semua pic and supervisor baca! mana nak letak muka weii??? T_T



memang hal tak besar tapi nampak sangat macam aku ni clumsy! bertabahlah una! T_T

Result Level D dah keluar !!!