January 31, 2016

new addiction and life update




lagu kat atas ni adalah current fav aku. lagu ni mengisahkan pasal orang curang and dia suruh
skandal dia bertahan sementara dia nak berpisah dengan girlfriend / isteri dia.


aku agak BENCI maksud lagu ni. amboi kau pasha senang senang je kau nak tinggalkan'
cinta lama ya? dengan bahagia pulak tu.


macam nak meninggalkan dompet kat rumah je kan cara kau nak meninggalkan awek tu?



aku tak suka nak mengaku benda ni tapi nyanyian dia memang sedap and sampai dekat hati
sebab muzik dia aku suka memang aku put on replay. 



kisah aku pulak?


aku tak berapa berani nak terlalu open soal cinta ni. 
yang aku mampu cakap aku serah kat tuhan je. maybe banyak salah aku. sebab aku ego. maybe salah dia pun ada. tapi it's too private. dia baik , aku sayang dia.


kalau tak ada jodoh sebagai teman hidup harap kami kawan sampai bila bila. 


amin. oh ya lagu ni tak ada kena mengena dengan kisah kitorang. so janganlah salah anggap pulak okay?




crush aku haritu? kami berkawan. masih berkawan. yang tu pun aku takkan reveal dia siapa.
mesti orang fikir aku ni gila . takpun label aku curang. hakikatnya aku dengan dia je tahu apa sebenarnya jadi. :)


crush aku tu alhamdulillah love life dia semakin okay dan aku doakan berterusan macam tu. aku memang nak dia bahagia pun. korang kalau ada dalam situasi macam aku janganlah selfish. 



tak semua benda kita nak kita dapat. don't complicate things. doakan kebahagiaan orang orang yang penting dalam hidup kau terutama orang yang kau suka.


semoga mereka dapat segala yang terbaik dalam dunia ni. amin


p/s: okaylah nak layan muzik jap :)

January 27, 2016

MAKE MALAYSIA GREAT AGAIN





okay topik harini agak berat sikit but it is the truth of what happening now.


if you exclude politics , senang je nak trace masalah MALAYSIA ni punca dari mana. Ya memang our beloved pm bersalah. dengan segala skandal. tapi bukan dia sorang.  yang buat MALAYSIA jadi macam ni of course barisan menteri yang menyokong beliau. kroni kroni. and.....


percaya tak kalau aku cakap maybe kita pun terlibat sekali?


aku bagi contoh mudah ye.


aku pernah kerja dengan company construction.okay company ni terima tender dari sime darby.
sime darby pulak ambik projek dari kerajaaan. oleh sebab aku bekerja dengan documentation so all cost tu aku dapat tengok. sebab kalau korang belajar civil engineering or quantity surveyor korang akan tahu la pasal BILL QUANTITY ni.


aku pun tengok berapa company aku charge pada sime darby. HARGA PALING TAK MASUK AKAL.


SERIOUS TAK MASUK AKAL. 

company kontraktor kelas A ni pulak milik kaum cina menggunakan lesen MELAYU.sebab kerajaan letak  syarat projek hanya untuk  SYARIKAT BUMIPUTRA  sahaja.  ini menyebabkan berlakulah corruption atau dalam bahasa melayu nya rasuah sebab ketidak adilan ni. kenapa tak diberikan je peluang yang sama untuk bangsa lain? itu salah kerajaan yang pertama. Bila pemilik syarikat ni dah terpaksa keluarkan kos untuk sewa lesen MELAYU ni, dia mesti nak untung. itu normal semua orang nak untung. berlakulah over budget. projek lambat siap. yang rugi?



KERAJAAN LAH! kerajaan pakai duit siapa? duit KITA lah. duit pembayar pembayar cukai ni.
sebab tu HARGA RUMAH NAIK. KOS KOS SEMUA NAIK.  SEBAB TU LAH. SISTEM MANAGEMENT KERAJAAN SANGAT TERUK.



aku pernah tengok  dekat BQ. boss charge gaji aku dekat sime darby rm6k .3 kali ganda daripada gaji sebenar aku waktu tu. itu baru aku sorang. belum yang lain lagi. and polis polis muda dekat kawasan situ ambik kesempatan. pergi kacau site. kacau pekerja. pihak consultant pun sama. perkara mudah, yang kadang kadang tak ada salah pun di salahkan demi nak makan suap. benda benda ni semua menelan kos. itu belum kira nak dapat approval.kalau dah ikut guideline pun kena bagi suap baru dapat approval, buat apa bos aku nak ikut guideline kan? sebab tu sekarang rumah cepat runtuh. sebab bahan tak cukup. jalan cepat je pecah sana sini. sebab SEMUA ORANG corrupt.


mangsa? pembeli rumah, orang yang tak bersalah. aku bukan nak salahkan authority tapi aku nak ajak rakyat MALAYSIA berubahlah. jangan jadi orang yang asyik nak makan suap je. makan rasuah je. biasalah orang macam aku ni dibenci. pernah gak aku suarakan dekat kawan aku, aku rasa gaji aku ambik tu tak berkat. kawan aku cakap, construction una. mana ada tak makan rasuah.


BAGI AKU TAK. duit kita makan ni semua jadi darah daging. manusia tak lepas dari buat silap. aku sedar aku pun banyak buat silap. tu belum aku cerita macam mana nasib pekerja asing tanpa permit kat negara ni. kalau mati ketika bekerja kena simen je sedangkan dia islam. benda benda ni semua aku tak boleh terima. 



aku harap kalau pihak yang terlibat baca apa aku tulis ni, sedarlah yang duit duit ni semua hanya akan  kucar kacirkan hidup kita. cari rezeki halal. inshaallah berkat.



aku harap pemimpin pemimpin yang kita tengah sokong sekarang ni bersikap telus. manusia ni dia cepat berubah. sesiapapun naik lepas ni aku harap lebih telus dan bertanggung jawab. dan tak boleh nak harap dia sorang. a corrupt leader start from a corrupt people . jadi jangan makan rasuah. 


p/s: MAY MALAYSIA GREAT AGAIN

sekian terima kasih.



January 26, 2016

my failure story




hey guys,

recently i read a lot of succes stories. it sooooo inspiring . i couldn't resist to write one. but i am not successfull yet , but i think it doesn't hurt anyone to share my failure story. a lot of people including myself afraid of failure. the word itself is so strong until it makes you scared to even try. 


guys, trust me failure is just a learning process. keep exercising that thought until you got no fear to try new things. (this is only applicable for good things. i am not encouraging you to try on drugs or whatsoever prohibited activity)




okay , sorry i digress


if you know me for a long time , you would know i had bussiness.
multiple type of bussiness. on 2010 i had a lenses bussiness. it's going so well for years. until the malaysian government took it down. it just so hard for me since i'm getting used to have money. i had  sort of "luxurious lifestyle". i didn't earned much but trust me back in 2010  era , there are so many things i could buy with that money. i had mcdonalds every day! i am not lying to you. it just i love mcdonalds. and kinder bueno. i didn't drink sparkling water from machine that our college provided. i buy from 7 eleven everyday. and every bottle cost me rm2.50. i bought 2 bottle everyday. my living cost per day was like rm50.
 i can't even spend that much on 2016 . not on a daily basis.



just imagine how spoiled brat i looks like in the past. no honey, i am not a spoiled brat. i earned that money by myself. 




so after malaysian government took my bussines down,  i started another bussines. but i was scammed by suppliers. it was really broke my heart you know. i rested for a good 2 years. 



i took a baby step again. i try on new product. the bussiness evolved . i got my own fanpage.i learned a lot of marketing strategies.but i didn't have much time. my bussiness running for a year.bussiness was pretty good, much much better than the previous one. but i am impatient. my salary from construction and my bussiness can't afford my lifestyle. i failed and completely losing myself once again.




on 2015 i quit my bussiness. i jumped in a new world. i learned how to bake .
i learned how to managed a bussiness.  i quit last december . now, i am battling with my life once again. on the early 2016 my life hasn;t been so good. 



there were so many things happening in my life right now. but let's not get right into it.  now it's time to put aside those unnecessary things and start again!



if you are having a tough life please don't give up on your life. all of us are amazing. you are amazing. we are in this together and you are not alone.



p/s: wish me luck guys. love you :)


January 18, 2016

where did i get my mix up personalities and putus kawan?





aku tahu ramai orang tertanya , mengutuk malahan mengeji mix up personaliti aku ni. ramai cakap aku ni datang dari kampung tapi kena suka buat aktiviti orang bandar? speaking jer. tak penat ke pura pura? lepastu update makan sana sini bajet hipster. 

hipster? aku tak pernah teringin pun nak jadi hipstrik. sedih?
gila tak sedih.niat aku bukan nak aibkan dia cuma aku tak boleh nak terima la semua penghinaan yang di lemparkan. sengaja aku biarkan dekat instagram tu. aku tak delete pun komen manusia tu. kitorang kawan dah lama. taklah rapat pun. tak tahu lah kenapa dia  sampai hati hina aku macam tu sekali.



dia cakap aku gemuk, bla bla tak payah kurus . well i get it. i know i am fat . benda tu ketara kot. kau tak cakap pun aku tahu. bukan kat rumah aku tak ada cermin. tapi bila wujud manusia macam ni yang tak habis habis nak buat kau rasa low, entahlah. sumpah aku sedih.



kalau luaran tu penting sangat bagi kau, unfollow je aku dari instagram, unfriend je aku dari facebook. senang kan? simple je hidup ni.


sebelum wujud lagi MAKHLUK GILA macam dia yang tak habis habis nak judge aku biarlah aku cerita sikit latar belakang aku ya. aku dari kecik sampai umur 12 tahun aku tak duduk dengan mak ayah sendiri. opah jaga aku. aku membesar dekat kampung.jadi aku tak dapat semua benda yang aku dapat sekarang. salah ke aku enjoy pakai duit sendiri? hasil titik peluh aku sendiri?
salah ke? 


hal speaking speaking ni aku taknak ulas kalau boleh tapi kadang kadang manusia ni terlampau lembap dan bodoh untuk faham. bahasa inggeris ni kalau tak penting aku pun malas nak practice. 


background aku membesar pun tak sama macam orang lain. aku sentiasa merantau ke sana sini. well maybe istilah merantau tu tak sesuai. dia kira macam sekejap kat sini, sekejap kat sana. kalau tolak tolak tahun , waktu aku membesar dekat rumah mak bapak sendiri kurang dari 4 tahun. selebihnya aku kat tempat lain. 12 tahun dah aku habiskan dekat kampung. tingkatan satu sampai tingkatan 3 aku dekat rumah mama abah.  tingkatan 4 aku kat bentong. masa aku form 4 tahun 2006 aku balik rumah sendiri sekali je tahun tu. tu pun waktu raya. kalau cuti hujung minggu aku balik rumah makcik aku dekat pj.masuk form 5 aku pindah sekolah. aku sekolah dekat kuala selangor. habis je spm aku balik kampung balik duduk dengan opah.seminggu sebelum daftar masuk college kat kuantan baru balik rumah mama. lepastu dalam masa 3 tahun belajar kat sana pun aku jarang balik.


mama pernah cakap, aku anak first tapi dia rasa aku membesar kejap sangat. yelah aku tak membesar depan mata dia. sebab tu jugak aku tak berapa rapat dengan mak ayah sendiri. hal kisah hidup aku pun aku lagi selesa cerita dengan cousin aku dengan opah. mama aku dulu garang macam singa. sampai sekarang aku awkward nak cerita apa apa kat dia.



dulu kalau cuti sekolah pun aku tak balik rumah mama abah. kadang kadang aku sampai sebulan dekat pj ni. kadang kadang sebulan dekat tanjung malim. sekarang korang paham kan kenapa aku ni macam banyak rumah? itu bukan rumah aku. tu rumah makcik makcik aku. banyak kenangan dekat tanjung malim. dekat pj ni adalah jugak. yang paling mengimbau kenangan pun,sunway pyramid , speedmart dekat desa mentari tu. sebab dulu aku suka beli softlan kat situ masa aku form 4 kan aku duduk asrama. so cam hostel supplies aku beli kat situ je murah. and aku pernah tertumpahkan satu botol softlan besar . nasib abang kerja situ baik. tapi tu dulu la. aku pun tak ingat muka abang tu camne. hahaha.



okay itu jelah sedikit sebanyak aku boleh cerita. tak perlulah kot cerita lebih lebih.oh ya tadi aku buat bekam banyak gila darah tak elok keluar. korang pun kena cuba tau.


sekian,

salam penuh keterujaaan 

Una Mn






(kadang kadang aku lupa kau ni perempuan , una ) - A






alhamdulillah aku cuba dah sikit sikit move on.

move on dari semua benda la . so far aku rasa tenang. tenang sebab we are still friend eventhough he mad at me


i am so sorry . maybe kau rasa macam aku masuk campur. i know i shouldn't do that. sorry once again.


oh ye pasal interview tadi aku tak ready nak cerita sebab dia. so biar yang rapat je tahu hehe..


life must goes on right?


pasal bussines pulak? aku tak tahu la aku ni cukup motivated ke tak nak restart balik. setakat ni satu project ye jadi . but it's fine tho.


failure is part of learning process. aku sentiasa belajar benda benda baru dari kesilapan sendiri.


aku ingat nak contact A bincang pasal apa dia cakap haritu.


tapi aku malas la sebenarnya nak kerja dengan A ni. aku okay je , yang tak okaynya kerja berdua je.
if team up dengan orang lain takpe. berdua je? berdua?

NO WAY.

taknak lagi aku involved karang tak pasal pasal tunang dia fikir macam macam. hati dia tak tenang.
hati aku lagi tak tenang. aku anggap A bestfriend aku je pun..


walaupun ramai cakap takde istilah bestfriend antara perempuan lelaki aku tetap nak tegaskan dekat sini A ni banyak motivate aku. selama 4 bulan aku kenal A banyak benda dia ubah aku. social skill aku semua bendalah. padahal aku ni kategori sombong gila nak mati kot. aku tak tegur orang aku tak kenal and tak rapat. A ni kerja bank so dia memang biasalah mulut manis ni. 


tapi dia layan aku macam kitorang kenal lama. sampai dia pernah cakap kat aku.

"una kadang kadang aku lupa yang kau ni perempuan. " 

eh asal plak? tak obvious ke aku ni perempuan?

taklah perangai kau. perangai kau, cara kau sembang dengan aku ,kau cerita pasal hidup kau semua 
macam kau ni lelaki tahu tak. tak sangka kau lasak macam tu. 

oh hahaha 


lepastu aku gelak je. mikey ingat aku tangkap cintan dengan A sebab aku layan A baik.

memang la aku baik , dah dia baik. aku ni simple je orangnya. kau baik dengan aku. berganda ganda aku baik dengan kau


secara jujur aku rindu jugak bila dah berhenti ni . rindu nak sembang dengan A. thank you my motivator. nanti bila bila kita lepak sekali dengan tunang kau dengan partner aku hehe .:)



January 15, 2016

job interview, and note for my crush.







2015/2016

i met someone .  tak tahu apa special sangat dia ni. entahlah he seem perfect to me.


i NEVER thought i would fall for such guy. 

korang seriously, kalau korang kenal aku lama korang tahu aku ni spesis macam mana.

tak pernah terfikir, terlintas aku akan suka orang macam tu.


dia baik, but trying so hard to looks like a jerk or a bad guy. rasa nak hempuk kepala dia dengan penyapu. woi kau tu muka baik tau tak..


muka dia tu muka sejuk. bukanlah muka macam ada air cond keluar ke apa. tak adalah camtu gile ke.


kalau kau kenal dia personally, kau pun suka dia punya. 


sejak 2,3 bulan kebelakangan ni dia selalu nampak sedih. aku pun sedih jugak sebenarnya tengok dia sedih. dia dah ada gf dah. aku mestilah tahu aku kan stalker . aku cuma harap diorang baik baik jelah.


and cepat cepat khawin. amin...


nampak tak aku ni baik tau tak?

mesti korang ingat aku suka dia main main kan?

tak,.. sebenarnya aku suka dia betul betul. bukan main main. Allah je tahu betapa aku suka kat dia ni.susah nak lupa. sangat sangat susah. aku kenal dia macam mana? macam mana aku jumpa dia? tu semua tak payah tahulah.


tapi sekali pun aku tak pernah kacau dia , tak pernah pun aku try nak masuk daun ke masuk kertas ke masuk rumput ke takde. (aku serious ni janganlah gelak)


sebab aku respect relationship orang lain. aku dengan ex aku pun try nak berbaik. eventhough susah. 

aku sekarang belajar nak memaafkan orang. aku belajar nak accept orang yang betul betul sayang aku. 

and stop kejar orang yang aku suka. buat apa aku kejar? orang tu hati dia kat orang lain pun.benda benda ni tak boleh paksa tahu tak korang? aku doakan dia bahagia pun cukup dah.

___________________________________________________________
kalau kau baca entry ni, kau dengar sini eah . kau tak boleh paksa aku nak lupakan kau. kau kenalah bersabar benda ni ambik masa.kau ingat perasaan ni ada switch on off? so kau duduk je diam diam bahagia kat situ. jangan sibuk urusan orang lain. aku tak kacau hidup kau pun dah cukup bagus tahu tak?
kalau ikutkah perasaan aku yang SUKA GILA NAK MAMPUS kat kau ni entahlah nak....
___________________________________________________________

aku cerita dekat cousin aku. dia kata kisah aku ni complicated sangat. haritu satu family pakcik makcik aku ni pergi mekah.


aku siap bisik dekat cousin aku ni. suruh doakan untuk dia sekali.


bukan suruh doakan aku dengan budak tu bersama. tak ye.. aku bukan manusia kejam macam tu. aku hormat tu tempat suci. buatnya jadi betul betul kesian girlfriend dia. aku nak dia bahagia je cukup. aku suruh doakan untuk kebahagiaan dunia akhirat dia. semoga segala yang terbaik datang dalam hidup dia.

untuk aku pun sama gak , apa yang terbaik untuk aku dunia akhirat. aku ni jenis huha huha. aku harap sesiapapun husband aku ni biarlah yang dapat bimbing aku.


tu pun cukup. oh ya dekat facebook ada 2,3 lelaki macam nak masuk line. tapi macam biasa aku tak layan. kalau nampak aku sembang rancak tu sah sah kawan aku. 


aku rasa macam kelakar bila orang tackle aku. diorang ni buta ke apa?


oh lupa gambar profile facebook aku kan smooth nak mati. haihh.. lelaki lelaki.


kalaulah diorang tahu rupa aku yang hodoh ni konfirm tak cukup tanah diorang lari. 

setakat ni ex aku ni je yang boleh accept aku. dia baik, baik sangat . cuma biasalah manusia selalu buat silap.



p/s : doakan aku guys , aku ada interview isnn depan. fuhh berdebar aku weh!

January 14, 2016

Movie Review : Daddy's home



daddy's home mengisahkan tentang brad, seorang bapa tiri yang terlalu ingin 
disayangi anak anak tirinya . Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mengeratkan hubungan 
antara mereka. ketika hubungan mereka semakin rapat, muncul pula bekas suami kepada isterinya 
iaitu dusty. Pada mulanya brad bersikap positif dengan kehadiran dusty di rumahnya. namun lama kelamaan sikap dusty yang seperti ingin bertanding dengannya dari segala segi menyebabkan brad rasa tercabar. Isterinya yang menginginkan zuriat baru membuatkan dia tambah pening kepala kerana dia disahkan mandul tak lama dahulu. Dapatkah brad terus bertahan dengan sikap menjengkelkan dusty? Mampukah brad memenangi hati anak anak tirinya semula?



korang kena tengok tau cerita ni. dari mula sampai habis aku ketawa je. cerita ni 18sx sikit tapi tak banyak pun and tak ada adegan pelik pun sebenarnya. Banyak lawak je.


genre : comedy
recommendation star : 20 million star 


haha melampau lampau kan aku bagi star? tak .. betul ni cerita ni betul betul best

perasan tak aku dah lama tak buat movie review? baru tadi aku up entry alvin and chipmunk kan? sebenarnya banyak dah movie aku tengok, aku sampai tak mampu nak taip. aku decide nak taip review cerita yang aku betul betul berpuas hati je lepas ni. so stay tuned


till the next entry :)






Movie Review : Alvin & Chipmunk 4 Roadchip






Alvin and the Chipmunk 4  the road chip ni mengisahkan tentang kerisauan mereka bertiga apabila dave memperkenalkan samantha kepada mereka. Samantha merupakan seorang ibu tunggal mempunyai seorang anak lelaki yang nakal bernama mile. suatu hari dave  menyatakan hasratnya untuk ke  miami. Mereka beranggapan dave ingin melamar samantha dan itu bererti 'kiamat" untuk mereka. Berabang tirikan mile pastinya mengubah hidup mereka menjadi neraka. Mile juga tidak inginkan bapa baru. Demi menghalang proposal tersebut mereka terpaksa bersepakat. rintangan demi rintangan dilalui mereka bersama.Adakah mereka masih meneruskan rancangan  pembatalan proposol itu? apakah mile masih bersikap jahat terhadap chipmunk comel berbulu lembut itu?


kena tengok sendiri.


oh well cara aku mengulas cerita memang pelik sikit.sorry about that


genre : comedy
recommendation star : 18 juta bintang di angkasa


my fav play : mile and theodore. mile sebab dia hensem , mata dia cantik and theo sebab dia comel


banyak aksi lawak dalam cerita ni dan korang mesti mesti mestiiiii tengok.

p/s: aku nak siap buat another review for another movie . stay tuned! XD


January 11, 2016

lepak dengan ex colleagues and midvalley job fair



semalam merupakan hari agak indah bagi aku. tak adalah indah macam angin bertiup lembut ke apa. dia indahnya sebabnya macam everything fall into places. semua ngam. plan asal nak lepak berenam tapi adik sorang lagi tu  (shahrul izwan) tak dapat join  since dia ada kerja. huhu so sad but nasib baik beliau duduk pj je. so bila bila je boleh kot. yang si athirah dia tak boleh datang awal  nasib dia study uia area kl ni  je. pheww lega aku beb.cuma nak kumpul semua macam susah lah sebab aku dah tak kerja situ kan.



aku plan dengan mikey nak bagi birthday cake dekat yen yen. amoi tu punya birthday sehari sebelum tu. untuk pengetahuan korang aku tak pandai buat surprise . hahaha jadi aku bawah je kotak kek tu ke outlet. sampai sampai je semua orang dah ready sebab perut pun lapar gila. 






tak ada apa sangat disembangkan sebenarnya. aku denga akmal tak habis habis kutuk minah arab meja sebelah. sebab diorang macam kasar. akmal ni spesis sopan orangnya. sopan la jugak okaylah daripada aku ni. hahaha . arab tu cakap macam nak bagi 1 nandos tu dengar pun. aku pun sampai terikut terangguk angguk dengar diorang bercakap .



well aku memang annoying camtu. sambil tu aku berusaha nak jadi matchmaker untuk si akmal ni. ya  tuhan.. aku rasa aku macam tak ada kerja lain kot. akmal duk ushar ushar awek tudung biru meja hujung. ciskek dia punya taste tinggi gila. memang lawa pun awek tu. aku baru cadang nak suruh dia usha awek nandos sorang tu. tapi seperti biasa akmal ni kalau kau nak kejar dia berjalan pun susah. mula mula tu aku tengok awek tu macam takde. rupanya ada kat depan. haha masa nak pergi ambik resit tu baru perasan. yang akmal dah laju berjalan balik outlet. sepantas kilat je dia blah tak guna bettei.



weng yan dengan mikey sekarang jadi tunggak utama kat kedai tu ekeke. nasiblah korang. 



lepas settle semua aku pergi naik tengok job fair. aku tak tahu pun jobstreet ada buat jobfair kat midvalley haritu. kalau tak dah lama aku bawak resume. aku datang ambik ambik phamplet banyak banyak je la mampu. banyak jugak syarikat construction turun . antara yang gah ialah ijm and sp setia. tapi engko tahu jelah banyak competitor peluang nak dapat tu tipis gila. senipis sehelai rambut gittew. 



aku tak adalah rushing sangat sebenarnya aku macam tengah ambik masa bertenang. semoga lepas ni kehidupan semakin lancar. soal cinta khawin tu semua aku taknak fikir dah. umur 25 ni memang tough sikit ujian hidup aku. tapi macam aku cakaplah, if it meant to be mine, it will be mine,



p/s: good night people until next entry! :D

January 8, 2016

jenis manusia paling annoying



aku jarang nak cerita pasal diri sendiri melainkan perlu. dulu selalu jugak aku cerita bajet orang nak baca sangat. tapi entahlah anggap jela entry ni macam luahan perasaan yang lama dah aku simpan. Ni kira hint la benda benda aku tak suka ni




Gurau Kasar

aku boleh sabar dengan gurau kasar tapi bukan selalu. tengok sikit mood aku time tu baik ke tak keand pastikan kau betul betul rapat dengan aku baru gurau camtu. ni kalau setahun tegur sekali baik kau simpan jela hasrat kau nak gurau macam tu. Hahaha setakat ni aku selesa gurau kasar dengan makhluk bernama mikey. aku pun tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan makhluk annoying macam tu but still bolehla.. dia pun sebaya dengan adik aku. so kira cam adik adik. 



Penyibuk

tak salah nak sibuk kadang kadang tu. maybe tu cara orang nak bersembang. tapi bagi aku manusia sekarang kena bijak guna common sense lah jugak sebelum bukak mulut. Kalau sampai gaji mak bapak aku berapa, harta semua nak tahu, meluat jugaklah aku. aku pernah la ada kawan yang sampai gaji ex aku pun dia tanya. tak tahulah apa function. sampai aku tertekan jugaklah kadang kadang.  tapi secara jujurlah aku antara manusia paling senang putuskan silaturrahim. bukan tak sayang friendship tu tapi aku betul betul tak suka main drama. i just love to cut all the bullshit. setakat gaduh gaduh kecik tu eleh tak adanya aku nak buang kau dari hidup aku. ni aku cerita sampai tahap tak boleh tahan la. 



Dengki

manusia ni normal ada sikap dengki. but if you are smart enough you will turn that negativity to positive things. kau nampak orang tu kaya kau nak benda tu kau usahalah. yang kau nak dengki sebar benda buruk pasal dia apa benda kau dapat?daripada kau habiskan masa bertahun tahun tak sudah sudah dengki, kalau kau ambik masa sikit pergi belajar selok belok bussiness ke apa entah entah setahun dua tahun kemudian kau kaya daripada dia. Aku pernah jumpa sorang, tapi cerita ni aku rasa 
baik aku simpan sebab aku nampak dia pun dah berubah (ALHAMDULILLAH).






Kaki Bebel

haha ni mesti ramai terasa ni tapi aku cakap benda jujur. aku tak suka dibebel . Bagi aku nagging didn't solve any problem. kalau aku taknak ikut cakap kau, kau bebel la 14 juta jam kat tepi telinga aku pun, aku tetap takkan ikut cakap kau. Simple . So don't bebel to me. it doesn't work .You are just wasting your time.



Askhole

sorry memang agak kasar tapi yelah. aku pun kadang kadang bersikap macam tu jugak . aku mengaku. tapi aku tak suka orang tanya aku pendapat, lepastu nak expect aku bagi jawapan yang jaga hati dia.NO! kalau kau tanya aku pendapat, aku akan bagi 100% JUJUR punya pendapat.  if you want sugar coated truth , baik jangan tanya pendapat aku. (ramai cakap sikap aku ada sikap macam lelaki sikit, kasar but i don't care. if you like me , you like me. if you don't like me it's okay. i am not a facebook status.  ;p



Pervert

ini memang semua perempuan tak suka. yang suka bitch je. aku perempuan , so aku tak suka lelaki pervert. pervert ni bukan setakat kau pandang perempuan macam nak telan je, ni dia kira ayat dia macam tak menjaga la. aku ni old fashioned sikit . i still expect a guy to be as gentlemen as they can. gentlemen ni pulak tak semestinya kena beli bunga banyak banyak, melutut bagi cincin. tu semua budaya barat. pervert ni kalau contoh dia ni terlalu open soal tu la. i mean sex. i DONT like guy like that. I AM ACTUALLY HATE IT. aku ada sorang dua yang TERLALU open pasal benda ni.  secara jujur aku tak respect manusia macam ni. sharing nudes videos, photos. kau dah kenapa? otak kau letak kat mana? kau ni islam ke tak?  bila tanya sentap je masing masing. Tak semestinya kena jadi budak surau. cukup kau tahu batas kau, dah. aku pun manusia biasa banyak buat dosa. aku ada je jumpa lelaki hisap rokok, hisap vape tapi baik. and aku pernah jer jumpa lelaki title dah HAJI tapi fuck bitches around. ADA, ye memang ada. sebab tu don't judge a book by it's cover. 



Tak setia.

ini semua orang tak suka kan? kita berhak memilih. Memang lelaki dibenarkan khawin 4. Ye aku mengaku. benda benda ni kita tak boleh nak elak. cuma kena ada common sense. kalau bill rumah, bill makan masih mintak tong tong bini maksud dia kau tu tak mampu. Nabi cakap, nak khawin 4 syarat dia kena mampu. Aku ada kawan yang diduakan  tapi suami dia mampu financially. alhamdulillah , diorang bahagia. itu baru layak. kawan aku pun redha ,walaupun mula mula tu sedih tapi sebab suami dia adil. siap jadi bestfriend dengan madu.
itu untuk lelaki. yang untuk perempuan, haram syurga bagimu kalau dah khawin masih terindu rindu lelaki lain. aku selalu perhatikan orang walaupun aku ni senyap je kadang kadang.  gurau tu agak agaklah pun. dah khawin tak ada makna nak ada bestfriend lelaki. suami kau ialah bestfriend kau.ingat tu! 






Materialistik 

kau boleh materialistik secara individu. aku langsung tak ambik peduli suka hatilah kau nak buat apa dengan hidup kau. Aku tak suka bila berkawan orang start dengan menunjuk harta. itu adalah sejenis pick up line paling bangang aku pernah jumpa. walaupun aku ni taklah lawa, tapi adalah lelaki yang approach dengan cara macam tu. ingat aku hadap sangat duit dia agaknya. major turn off terus. "saya dah capai 5 angka sebulan tau awak.."


kalau aku tengah sopan, aku ignore. tapi kalau masa tu angin aku tak baik. biasanya aku balas macam ni..

"so? kenapa pun ? ada aku tanya?"


bagi kawan perempuan pulak. aku ada je kawan yang bila dia kawan dengan orang dia nak tau status orang tu anak dato ke tan sri ke. korang jangan pelik. aku memang ada kawan macam tu. bila tengok orang tu bergaya lebih lebih sikit tapi anak orang biasa, or duduk kampung rumah papan je ke apa mulalah mulut dia nak mengata. ini pun spesis elok kena rejam jugak ni. 





and banyak banyak lagi sikap yang lain . yang aku tulis ni kira paling annoying la bagi aku. HAHAHA. so korang macam mana? sikap apa korang tak suka?





January 6, 2016

Tutorial : Dapatkan apps berbayar secara percuma di apple store (no jailbreak)





assalamualaikum hai.
malam ni aku nak share tutorial sikit. cara untuk korang dapatkan apps percuma di apple store.
obviously entry ini untuk apps berbayar la. kalau untuk apps free buat apa aku buat tutorial ye tak?




 tanpa membuang masa, let's get started!!

1) go to safari , type "vshare.com"




2) click download (unjailbroken)


3) lepas download bila click dia jadi macam error, senang je cara nak bypass dia tengok gambar di bawah



3) Click  GeneraL => Click device management. before ni shenzen ni tak ada pun. oleh sebab aku dah download software ni so ada la perkataan shenzen tu.




4) Click Trust. kalau kau pergi tekan cancel sampai subuh tahun depan vshare korang tak dapat guna. ni nama dia jiangxi pulak sebab aku unistall balik vshare semata mata sebab nak buat tutorial ni.
takpe kalau korang download dia punya nama "leman bin abu seman ltd" pun kau click je trust.






5) Click accept flashback risk. click je jangan banyak songeh.


6) lepastu dah settle korang boleh proceed download apa je apps berbayar dekat sini. aku dah download afterlight sebelum ni so untuk entry ni aku saja saja download facetune kalau korang nak download game ke silakan tak adasiapa marah.

7) lepas siap download apps . go to setting , click general. click device management lepastu click la jinxiang ke apa ke nama ada kat situ. kalau shenzen tu shenzen la. lepas click tu kalau ada nama apps yang korang download tu click je la trust. dah settle dh boleh guna..


hot tips : dinasihatkan guna wifi yang laju jika korang spesis tak bersabar. 




January 4, 2016

career talk and the lost path





well hello everyone


i don't know where to start but i just wanna tell you guys that a few days ago , i am officially resigned from my previous job. i am having hard times to choose my path now because i have multiple interest. it is so confusing until i can't tell what i am gonna do next. at one side i think it would be better for me to just continued with the engineering world which is contruction world.since i have experience in that area. but at one side i think i just wanna forget construction world and just get started with my bussiness and making money out of it.


I JUST LOVE BUSSINESS.

but things are not that simple. bussiness need time to develop. some people takes a few week to success, some takes a few months but most of well know successfull people takes years. But that is not the main problem now. People whose involved in bussiness need to be prepared mentally, financially and emotionally.



and i am now financially and mentally unstable.  i guess i just have to find one job that could brush up my sale skills and probably could stabilize  my mood too.


i am facing a lot of pressure from the elderly which makes me require a lot of alone time than before. 
i don't hate them for asking . they were just curious. but sometimes i am having hard times to even answer to that questions , because believe me  i myself don't  even know the answer yet though.



i know you guys might be laughing at me now. silly me. this is the only thing that i was certain of. 

" i am clueless about the next step, and just do  what i have to do  and let GOD decide"



i have done this multiple times, i believe in HIM, i know HE know best. OBVIOUSLY, HE IS GOD, HOW COULD HE DIDN'T KNOW WHAT IS BEST FOR ME? *wink*



i have been receiving a few side job offers which require me to be extra creative and brainstorming ideas. thank you for trusting me, i didn't know that there are actually REAL people whose following my blog since everyone are crazy over snapchat and instagram now. if you have any project collaboration offer please email me at n.izzatihusna@gmail.com .



i think i have writers block now. it is a perfect time to end the line. thank you for reading.

p/s: have a sweet dream cutie pie! :D

Kos Hidup Seorang Perempuan?





hello, assalamualaikum dan selamat hari isnin

sebenarnya aku dah lama nak buat topik pasal kos hidup seorang perempuan ni. sebab kadang kadang aku pun confused apa sebenarnya perempuan perlukan untuk menjaga diri .


menjaga diri disini bermaksud menjaga ketrampilan diri ye adik adik. ahkak ni pun spesis serabai je sebenarnya tapi aku saja je nak kasi tips. sebab ni kan blog aku. suka hati aku la nak tulis pasal apa kau sibuk kenapa? *emosi*


sebenarnya kalau penjagaan basic ni tak adalah perlukan banyak benda pun. aku sebagai perempuan biasa aku cuma guna "PENCUCI MUKA"


ya adik adik. akak tak pakai collagen dah. dah lama tak pakai dekat setahun berhenti. pencuci muka pun brand bio essence je. moisturizer tak pakai, scrub tak pakai. segala jenis krim siang krim malam , krim tengahari , krim subuh semua aku tak pakai. 


JADI TADI AKU PUN MEMULAKAN MISI UNTUK MENJADI SEORANG PEREMPUAN SEJATI.




ni hasil tangkapan aku dekat guardian tadi. ni penjagaan paling basic bagi aku. sebab aku tengah tak berduit. aku beli 2 produk dari nano fresh. satu untuk bawah mata yang macam panda ni, satu untuk scrub. scrub ni orang kata penting untuk mengeluarkan sisa sisa makeup yang tertinggal . kulit aku ni jenis berminyak so memang elok sangat la pakai. eye mask yang 3 keping tu aku saja beli. sebab aku nak lembapkan kulit bawah mata ni. untuk pengetahuan korang, kulit bawah mata kita ni sangat sangat nipis. lingkaran gelap bawah mata ni wujud sebab tak cukup kelembapan kat bawah mata korang tu sebab lingkaran hitam tu muncul. aku ada sorang dua kenalan yang lingakaran dia terlalu gelap. susah nak pulih. sebab apa? bukan sebab berjaga malam je. sebab tak jaga. ingat korang topap tidur balik boleh hilang ke benda tu weh? susah beb. so prevention is key.aku tengah prevent la ni. semoga berjayalah ye una? 





aku ada plan nak ambik injection tapi aku ni takut jarum. entahlah kalau 2 minggu sekali nak cucuk tu memang aku rasa macam berat sikit lah. aku tengah consider buruk baiknya cucuk vitamin c ni. sejak insiden seorang remaja india panggil aku auntie dalam bas haritu aku terus insecure weh. aku rasa nak hempuk hempuk je dia dengan beg galas aku masa tu. tapi yela bukan salah dia. dah muka aku yang tua. apa boleh buat.



sebenarnya nak jadi cantik ni menelan belanja yang tinggi. jadi bersyukurlah kepada manusia yang memang lahir lahir dah cantik.yang memang kulit dah putih merah sejak azali. sebab ada sesetengah manusia nak cantik kena cucuk vitamin c la, pakai make up setebal kamus dewan la. baru nampak cantik..




apa apa pun definisi cantik ni terlalu subjektif. suka hati koranglah nak buat apa pun janji tak melampaui batas sudah.



KOS 

injection
untuk pengetahuan korang. injection yang diyakini elok sebenarnya rm400 dan ke atas. benda ni dah lama ada . tapi artis je guna. tapi bila dunia makin maju ni secret para retis ni pun dah tersebar. cucuk ni kalau dekat doktor nak maintankan tu mahu beribu sebulan. tapi kalau korang beli asing boleh jimat sikit. kalau upah doktor cucuh baru rm60 . kau bawak je benda tu jumpa doktor suruh cucuk settle problem kau. tapi satulah bila dah cucuk ni risiko dia kena tanggung ye. dah ambik benda ni kenalah rajin jaga kidney. minum air jangan kurang 8 gelas sehari. Korang kena faham apa apa jenis ubat cucuk atau ubat makan ni dia ada side effect walaupun pengeluar produk bermati matian kata tak ada. mesti ada walaupun sedikit. so hati hati la eah?





Make up
make up ni terpulang pada individu . ada yang suka make up tebal. ada yang tak suka make up langsung. tapi dunia bekerja sekarang ni memerlukan perempuan yang make up. aku tak keji manusia tak make up secara jujurnya aku pun lebih prefer tak make up. tapi bila bekerja kita kena presentable. at least nipis nipis pun jadilah. lagi lagi kalau kerjaya nak kena jumpa orang. nak taknak kau kenalah make up sikit. at least muka tu nampak hidup sikit. biasanya make up ni takadalah beli tiap tiap bulan. kalau habis 2,3 ratus tu boleh pakai sampai setahun kadang kadang make up tu. kalau kerap pakai pun 6 bulan baru habis . kecuali bedak dengan foundation la. 2 bulan sekali kena beli. anggaran kos make up sebulan lebih kurang rm100 

Skincare
skincare ni aku cadangkan korang pakai pencuci muka dengan scrub jela. benda lain tu tak pakai pun tak pe kot. kalau korang jenis sembahyang inshallah lembaplah kulit korang tu dengan air wuduk. yelah, dah 5 kali sehari ambik wuduk. gila tak lembap? sure lembap punyalah.. :D



oh ye ni gambar hiasan je. gambar model yag aku suka tengok
lawa kan beliau? aku pun sampai confused . dia ni orang ke anak patung? HAHAHA

oh ya bukan tu je kos hidup seorang perempuan ye. banyak lagi antaranya pakaian , tudung, beg tangan aksesori. entahlah aku yang perempuan pun tak boleh follow trend trend sebegini. banyak sangat keluar duit. Yang kaya takpelah. yang tak kaya tak payahlah weh. baik kau kumpul duit tu buat pergi travel ke , buat waktu emergency ke. takpun buat modal bussiness. untung esok dah senang suka hati korang la nak shopping berapa banyak pun.



ni kira self treat untuk harini. aku sebenarnya nak diet since kawan college aku 
ajak aku pergi backpacking ke korea this year. mintak mintaklah jadi.
doakanlah aku k guys? 



p/s: selepas meneliti kos kos untuk menjadi lawa. aku prefer jadi perempuan tak lawa jelah. hahaha



January 3, 2016

matlamat dan tujuan hidup ?





good night everyone

sejak aku berhenti kerja ni ramai tanya. una apa tujuan hidup kau sebenarnya?
lepas ni kau nak kerja mana?


jawapan aku simple . aku tak tahu. Hanya Allah je yang tahu. Lepastu orang tanya lagi .
una kau nak khawin bila?


khawin? kalau dah kerja pun aku tak tahu bila apatah lagi bila korang tanya pasal khawin. secara jujurnya aku sendiri pun tak tahu. plan manusia ni selalu berubah . lagi lagi bila manusia yang diperkatakan itu adalah aku.


aku memang hebat dalam bab bab ubah plan last minute ni. haritu aku sebenarnya dah dapat kerja bidang construction. aku terpaksa tolak sebabnya.. dah la suruh trasfer jauh. kemudian suruh lanyak kereta sendiri pulak . hei mana boleh. sebenarnya boleh je kalau aku nak. persoalan dia sekarang bila hati tu tak suka. macam macam alasanlah aku bagi.


dan sekarang aku pun jenuh fikir


apa lah aku nak buat dengan hidup aku ni?

sekarang aku serah kat ALLAH je la.aku usaha jelah, the rest biarlah dia tentukan,


lagipun dunia ni luas. aku ada bercadang nak ikut jejak langkah kawan kawan aku.

ada yang kat perth, ada yang dekat melbourne. ada dekat uk.

masing masing seronok kerja negara orang taknak balik. mungkin sebab nilai kehidupan dan nilai duit dekat sana tu tinggi.

aku pun teringin. tapi tunggulah . aku kena susun ayat baik baik.
aku dah bagitahu opah dengan atuk. awal awal kena reject.
masa aku cakap nak pergi study korea dulu pun parents aku tentang habis habisan. macamlah aku nak menetap kat sana terus. biar khawin dulu katanya. biar ada orang jaga aku.



aku rasa aku boleh jaga diri sendiri. lagi pun soal jodoh ni pening kepala lah. lagipun aku bukan terdesak nak khawin pun.






p/s: umur 25 ni baru nak fikir plan hidup. hahaha lantaklah. age is just a number. 

Result Level D dah keluar !!!