December 6, 2019

HAPPY ANNIVERSARY , 💕







hey guys semalam kan awal awal pagi  my husband dh ajak i keluar kitorang memang ada plan nak keluar sambut our anniversary awal since this saturday i kena kerja . Ya korang tak salah baca. i dah pun bertukar kerja  as usual i taknak disclose my workplace yang tahu je tahu. i baru je start last october. so far so good.
better salary packages, still two days off but rarely on weekend la cutinya. but nevermind 
umur umur macam ni tak penting sangat dah cuti weekend ke tak, lagi lagi bila kau duduk damansara/klang valley ni. all about money.

eh dimana kita tadi? maafkan saya.
initial plan dia kami nak celebrate dekat KL sahaja . nak fine dining  pada hari jumaat which is today.
tapi i ada concern sedikit nak fine dining. i tak choosy but most of fine dining i pernah pergi sebelum ni tak dapat buat i kenyang and rasa dia so so je.  so i taknak.  
so yesterday was unplanned. shyafiq ajak i keluar pergi genting premium outlet.
so we went there and dia belikan i handbag yang i suka. 
i simple je orangnya i dapat handbag colour i suka, design simple i ambik je.
so dia belikan i bag charles and keith . 
and in return i belikan dia baju dekat soda.
i believe in equality. girls jangan hanya nak dibelanja suami/tunang/bf sahaja. sesekali
belanja diorang apa yang you mampu.
Relationship ni simple je kita je buat teruk.
No need belanja iphone latest pun semata mata
For the clout or nak compete dengan kawan.
A simple tshirt pun boleh buat orang happy if dia ikhlas nak dengan 
You. 
At this age fame does not attract me anymore 
But financial freedom.
I dengan shyafiq tengah berusaha ke arah itu.



so ini our dinner semalam dekat korean retaurant yang i suka.
tak lain tak bukan b.bap. lepas balik dari gpo kami terus singgah sini




so this is me now. gemuk tanda bahagia.




so this is the person whom never fail to annoy me every single day 
but yet manage to make me stay.





spot me in this picture


i ada sedikit ucapan untuk manusia annoying di atas since dia memang suka baca blog i.
esok , 7hb 2019 kita dah setahun jadi official partner (husband and wife).

thanks for tolerating me. hahaha i know i am hard to handle at times.
i hope you understand every decision i made is for the sake of us two. 
1st year checked ....


to many years ahead !!!!


UNA MN

November 24, 2019

New Job and New Friends XD







Hi guys!
sedar tak sedar kan dah nak hujung tahun next month dah genap setahun perkhahwinan aku dan 
shyafiq. sekarang aku dah  kat tempat baru. mesti korang macam ish kejap kejap tukar kerja kan?
hehehe job hopping ni perlu lagi lagi kalau korang nak gaji cepat naik. 
so seperti biasa aku takkan disclose aku kerja apa cukuplah yang rapat sahaja yang tahu.
and goals aku for 2020 pun aku malas nak share sebab kadang kadang manusia ni pelik.
benda tu goals je tapi dia punya dengki astaghfirullahalazim .
jadi benda dah jadi baru kita cerita la eah.

oh anyway ini antara kawan kawan batch aku. mostly semua umur muda lagi lingkungan 23 tahun.
yang girl  rambut curl tu nama dia mina dialah trainer kami. antara trainer yang sporting 
and gila gila. 




masa ni kami ada late night class sebab tu muka masing masing macam apa XD


semua ni gila gila yang diam sikit cuma jo dengan arif. XD

aku tengah tak sabar nak tunggu next year. 
may every wishes come true and my hardwork paid off XD



July 14, 2019

Why make enemy when you can make friends?





Hi guys it's been a while since my last post here.

almost 8 months menjadi wife orang and i  never 

been happier than this. We had our arguements like other couple , challenges and also they were something  happened yang i lupa nak update dekat sini. ( i thought so) before khawin haritu ada satu conflict yang i taknak cerita but hikmahnya now i dengan ex kepada suami i
berkawan baik sekarang alhamdulillah. she's married and dah seorang anak perempuan funny story is masa i cari rumah sewa dulu tak plan pun nak berjiran dengan exgf kepada husband i now we are jiran blok!!
we exchange food haritu and chat macam dah kenal lama .Now siapa kata perempuan selalu bitter dengan perempuan lain? Tak ye.tak... not me. well it is actually depend  kalau ex dia jenis gedik gedik memang takada lah aku nak berkawan baikalhamdulillah  she is NOT like that and i could see she is a devoted wife to her husbandPast is past.  and oh ye since selepas khawin ni kami jarang makan di luar jadi sis dah start rindu korean food sis.for weeks i craving for kimchi . Lagi lagi lepas tengok vlog dorothy T_T
tu la dah tahu craving layan pulak asmr tu dah kenapa una?



oh ye la rasa nak tukar la layout blog ni kepada layout lama tak mesra nuffnang layout yang ni.
tengoklah kalau rajin i tukar la jap lagi.


p/s: why make enemy when you can make friends?




June 3, 2019

Breakfasting with razaly clan 2019 (latepost)

Hi guys 👋👋
Last week on 26 may my cousins and i out for iftar together . We went to the H @ hartamas.More like
Ice breaking session since my husband tak sempat nak berbualSangat dengan my cousins. Separuh je dari kami dapat jumpaSince yang lain ada masih kecik and ada yang busy kerja.
So this is basically everyone yang dapat join



trying to selfie with a crying kid? nope!
hahaha





Yana ,her husband jabbar & their son
Zahirul 🙈

Geng mak mak ( yana,ila and kak lynn )


And this is us
  

wani and her fiance sol.

gang budak nakal zaman kanak kanak . sorang dah khawin
tinggal lagi dua. yang hassan dukung tu bukan anak di anak dia kecik lagi tengah menyusu 

Yusuf anak amir dgn kak lynn dah pandai jalan dah dia XD



family maklong cuma ila abg mir, fariz, jannah.
family arwah pakngah makngah (alfatihah) semua kecuali lokman
family aku  aku dengan fauzi je dapat join
family makuda tak ada wakil since sorang tak sihat sorang kerja overseas
family pakandak makandak pkah and wani + tunang wani


others tak dapat join since masing masing busy kita jumpa di wedding wany this october yay XD


p/s: photo taken by multiple camera so thats why quality dia macam tu
uwu 

May 23, 2019

Work . Life . Balance ❄️💐




Hello guys 😘
Last post sis janji nak bagi resepi kan? Haha maybe nanti la sis tulis. Harini I nak tulis pasal  benda lain. Impulsive me 😅

Dulu i ada problem nak berkawan dengan perempuan. I only have few friend yang i percaya. Yang pernah keluar sekali which is wahidah. My best friend since high school. And this workplace change everything. I found few people that i can say... they are like family to me. I malas nak cerita i kerja mana but this workplace is legit best la sebenarnya. Stress tu mana mana ada. Once your work is done you can go home anytime. 

Work Life Balance 

But for some reason i might have to go.benda tu buat aku rasa berat hati sangat sangat.  Sebab my friend here memang really supportive , party people(in a good way).they know how and when to have fun. We play games . They best game that we play before we start our day at work is teka movie,shibuku 369,lego, and all the grouping part game that makes entire team work together. Basically kerja dekat sini seronok sebab kawan kawan and aktiviti yang boleh dibuat. Style kerja macam dekat office google sebab this is american company. 


I will miss you guys nanti. Haih... berat hati but yeah. Life must goes on. 
Aku tak sure bila but when everything is settle i must go for good. 

Alhamdulillah for today achievement.
I wish i could do better tomorrow 😉

First Ramadhan As A Wife ðŸĪŠ


Looking back,
I have nothing to regret. Everything happened for a reason and
I am truly happy being a wife to shyafiq.
When we celebrate his birthday recently.he iust too keen to eat the chicken 😂
This year is the first year we will be celebrating raya together as a husband and wife. This ramadhan
Is even more special to me because i usually did not wake up for sahur but since dah jadi wife  orang kenalah bangun sahur oi... Kena preheat the lauk, or masak baru if needed.

Betul orang cakap.. no matter berapa lama kita bercinta we only get to know our partner once we marry them. I discovered that my husband suka tengok doraemon we watch it everyday waktu tengah sahur. He is a loving  and caring partner. Not cliche .. he is not a sweet talker  and jarang la dia puji me apa apa. Which is good Sebab i pun tak suka sweet talker. Cringe weh... sesekali takpe. 


But dia ada soft spot for babies in which i like anddddd animal. Because of that.. i bought him hamsters. We name them breezy and bubble. 



This year kami rancang balik my side which is perak la kampung opah. Cant wait to show him around the place i grew up 🙃😉. 


And oh today i cook siakap 3 rasa for him. I legit bought 2 ekor ikan saiz besar
sebab 1for berbuka 1 for sahur. Next post i’d write the recipe if i rajin. 😋


Till then.
Night night 😉




March 3, 2019

i dont wanna be a plain jane! :/




hey guys !

diam tak diam sekarang dah pun march. march is my fav month since it is my birth month. 
cuma berharap dimurahkan rezeki dari segala sudut anddddd selepas 3 bulan menjadi isteri orang baru aku sedar selama ni aku prejudis kepada orang berkhawin. Dulu la selalu aku fikir you just tukar status jadi isteri orang je. buat kerja rumah sikit sikit takkan penat. tapi tu dulu sekarang aku dah faham kenapa. yelah sebab dulu bila cousin aku berkhawin or kawan rapat aku tukar status aku selalu rasa diorang berubah menjadi manusia yang boring sebab dah taknak keluar dengan aku dah macam waktu diorang masih single. andddd sebelum khawin diorang suka pakai make up lepas khawin dan serabai sampai aku selalu fikir diorang pemalas.


NOW MAKAN DIRI!

hahahaha 

aku belum ada anak pun lagi dah guys tapi rupa dah macam apa . 
this is things that i try to change for good. Nak berlawa lawa sama macam zaman anak dara (lawa ke) sebab benda benda macam ni penting untuk self confidence.

sebenarnya bila dah khawin kau akan automatik jadi perfectionist. nak rumah kemas sentiasa which is good but tiring. ada keinginan nak cantikkan rumah. nak suami makan air tangan sendiri je . breakfast, lunch dinner.

you get up first and you go to sleep last sekali. benda benda ni semua adalah time consuming + energy. so sebab kau buat chores ni setiap hari jadi kau terpaksa cut time untuk berdandan dan lebih memilih masa tidur + napping.



solution?
bahagi tugas antara suami dan isteri. suami i tugas dia basuh baju, keringkan baju dan buang sampah. 
i jenis mop lantai seminggu sekali so sapu rumah i buat waktu malam. i pelik sikit. 
anddddd since i kerja office hour. i suka masak malam malam esok tu i bawak benda tu untuk bekal. breakfast makan benda sama atau sometime i buat cekodok ke, pancake, cucur bilis ke. whichever sempat. kalau ikutkan jarak dari rumah ke tempat kerja 15 minit je tapi sebab jem. i kena keluar 40 minit awal kalau nak sampai on time . KL kan.... bagilah bahagian mana mesti jem.
kalau i bangun lambat i make up kat tempat kerja je. kalau bangun awal i akan make up dekat rumah.


so far okay alhamdulillah rasa happy sebab dah boleh nampak depan mata dia nak main game ke tidur ke tak marah marah dah sebab dah nampak depan mata . kalau dulu dia tak reply message mula fikir bukan bukan . wellllll perempuan  XD



sekarang i tengah cuba balancekan kerja dengan kehidupan seharian. hope to get financial freedom as soon as possible.  sebab i don't wanna die being boring and dull.


p/s: husband ajak pergi travel tak lama lagi. doakan cuti sis lulus  XD





 

February 7, 2019

2019 CHANGING MY PERSPECTIVE AND BACKSTABBING ISSUE?




hi guys!!! the picture up there resemble my mood for now.
Alhamdulillah..... i got to leave office early today. Since some of you ask me where do i work.
what i do for living i just gonna drop some hint.
i work in kuala lumpur  but i stay in damansara (for good). 
i work in the office nothing really different here only that i didn't work for 8 hours clocking time.
 i will be paid by the result. If the result / sales i brought in were considered good enough
 i can go home regardless what time it is.
some of you might know this kind of job . Sounds fun isn't ?
But this job also got challenges too just like any other industries.

2 months being a wife to shyafiq change my perspective about life taught me patience,sincerity and also responsibility. i learn to tolerate more and accepting his flaws as he can also cope with mine.
eventhough his new hobby is to gas me whenever he can. not to mention the smell. I swear to god if was born genius like einstein i might weaponize his fart to beat  atomic bom at nagasaki during the cold war.

i hope he wont read this...

incase you read this husband...
i would like to tell you that i love you so much regardless how smelly your fart is.

HAHAHAHA,

for now i just wanna save more money for our vacation and also for house deposit.
i also will  start my project x (side income). To those who keep downgrading me , thank you. You made me want to do better. To those who keep spreading fitnah,backstab me(because i can tell) i hope  ALLAH will give you happiness so you will forget mine. inshallah 

P/S : let's pray for better luck on 2019 ! 


XOXO

UNAMN   XD

January 21, 2019

Miss kepada MRS. Aku dah khawin woi! XD







Hi korang. dah berbulan i tak update blog kesayangan ni. Bukan niat nak rahsiakan tapi i nak mengelak konflik sebenarnya. Tapi tuntas, dugaan dan konflik tu tetap ada.Waktu post ni ditulis i dah pun sebulan sah menjadi isteri orang. 7/12/2018 selepas maghrib  kami  diijabkbulkan dengan sekali lafaz . The best part is my father yang walikan. Betullah orang cakap bila dah sah jadi suami isteri ni automatik rasa tanggungjawab tu datang.

Majlis kami serdehana sahaja tapi puas hati makanan semua sedap.hahaha (BENDA NI WAJIB WEH) bagi aku tak kisah khawin dekat hotel ke kat rumah yang penting lauk sedap dan cukup.


ni aku belanja sikit gambar khawin kami








yes guys i gemuk. aku nak kurus tapi tula impian yang setiap tahun terkubur bersama
angan angan yang lain HAHAHA


after the wedding kitorang pergi short get away dekat KL je. it was fun sebab duduk dekat 
ran pacific residence Memang fine gila suites dia. sebab dia dekat dengan north tower
swiss garden. boleh masak and price dia murah je. Tapi sayang aku tak bawak swim suit.so tak boleh
mandi swimming pool
T_T

actually masa sanding aku tak pakai inai sebab tak sempat
so untuk menampakkan aku baru khawin
aku pun pergi masjid india but inai dekat situ. rm15 je sebelah tangan murah
kan?
XD


after a few days my husband balik miri for 3 weeks +++
lepas dia settle urusan dia baru kami start duduk together. Basically kami rent apartment dekat damansara bermulalah tugas suri rumah XD.


Ni gambar awal bulan haritu masa kami grocery shopping for the first time together.
masa tolak trolley tu kadang kadang terfikir eh aku dah khawin eah?
macam mimpi.....
tu takpe  lagi . Masa short getaway haritu..
bangun pagi buka mata rasa nak menjerit bila nampak kelibat orang dekat washroom.
bila dah terkebil kebil beberapa minit baru sedar oh aku dah khawin.
so no more privacy for me. 

this picture was taken a week ago when we went out untuk browsing furniture
dekat ikea. Masa ni kami siap kira berapa budget nak buat macam ni macam tu
sesiapa yang kenal aku secara rapat akan tahu bahawa aku memang dah buat ikea, curve tu macam rumah ke dua aku. yelah perabot ikea 
kan mampu milik. sesuai untuk commoner macam aku ni
lulz.

Buat mereka yang bertanya soal anak. inshallah 
nanti kalau aku mengandung tak payah risau aku mesti akan update
dekat instagram perut buncit aku tu. sebab tu sekarang aku tak update gambar aku sangat risau orang confused aku mengandung ke tak .Nampak tak
bijak kan aku?


Buat masa kami tengah atur hidup kami plan nak beli rumah pulak nanti inshallah.

p/s: anyway thanks kepada keluarga yang membantu melancarkan majlis ,