December 10, 2025

Good news pagi hari and work dilemma

 


Hi guys..

harini pagi pagi i baca good news. Evertts made it to top 5!!! as fan  i happy. i rasa fan yang over excited. Tapi takpe kita excited lebih lebih kan. Janji tak kacau orang. Apapun result dia jumaat ni i tetap je sokong dia . Tapi kalau boleh kita naklah dia menang. Anyway since abpbh kena bayar kalau masuk and ticket sold out dah pun. Kita doa dari jauh jela. Teringin nak pergi sebenarnya nak  jumpa one last time for this year sebab next year jadual tak menentu lagilah susah nak jumpa kan. kitanya tak kerja office hour.


oh btw korang kan class english i dah start kan. i punya assignment kena pick movie and cerita kan about that movie. As leader group i kena bahagikan tugas. Ni i menulis ni i tengah pening nak bahagikan macam mana teammate i ada 10 orang termasuk i. 


Work dilemma ..... 

i jujur i tengah belajar suka kerja ni. Hari hari i kena hadap ragam manusia.  I  on the way kerja tu i kena bagi pep talk dekat sendiri dulu.  Whatever happened hadap jela. Tadi i jumpa manager i . Tbh i appreciate her intention . She just want me to take calls independently. I selalu cross check with f before i submit apa apa request on behalf of customer.  Being misunderstood is something yang i rasa i dah tak ada energy dah nak explain. 


I tak salahkan dia if her view on me tu macam i tak bagus and kena speed up. Cuma i a bit sad la actually.

dia macam okay sedih tapi i biarkan je diri di salah anggap. Somehow i am used to it. I know i should defend myself tapi tadi i penat sangat. i prefer diam .


i cuba untuk tahan dekat sini sampai i dapat pindah different department. tapi tu semua atas rezeki Allah la kan. Malas nak fikir lama lama nanti gila.


F somehow nampak perubahan i. she try to pujuk i. dia tanya i manager cakap apa iris?

i  ni masalahnya taknak bebankan kepala f. so i cakap tak ada apa. call me stupid but entahlah .


kadang kadang i fikir am i being too nice or am i doing the right thing?macam mana pun i akan cuba sedaya upaya untuk kurangkan kebergantungan i pada f. I honestly have so much that i need to improve


i am aware. sebab macam i cakap banking ni process dia banyak. I tak boleh cerita details. and ada je updates yang i kena aware. 

i take this as a challenge. Takpelah una.. you do what you can


Let go and Let God. 


Allah know what is the best for you! 


sekian


yang malas nak bergaduh



una mn

December 7, 2025

Cili kampung and shopping make up after so long

 




hi guys..

i ingatkan i  taknak shopping apa apa harini. I harini ada class english.  habis class i keluar nak tengok klepet. After movie i keluar makan  dekat cili kampung. Dah lama nak cuba kan.  baru ada kesempatan.btw cerita tu best and i puji meerqeen sebab dia bawa watak berbeza dari watak dia selalu bawak. dia gila gila dalam ni. 

sebenarnya harini genap kami 7 tahun as husband and wife. Knowing him for 9 years husband  i tak pernahnya sweet. so kali ni dia bagi ni i macam terkejut sikit la. Actually last year dia ada bagi. HAHAHA tapi haritu i fikir no more flower dah. Kadang kadang  i pelik how can i fall for him dulu. Husband i awal kenal ya Allah ya tuhanku ... stress aku. Tapi bila fikir balik hmmmm i terfikir jugak how can he fall for me? ke dia sebenarnya tak fall pun . Dia cam okay bosan. boleh jugak kalau khawin? HAHAHA.Honestly i  ni insecure. So bila dah ramai sangat cakap kadang kadang kita sedih and terima je bulat bulat.I pernah berurut dengan someone ni. dia cakap. kurus sikit husband kau tu ada rupa. Bila bila je dia boleh tinggal kau. 


i mean like helloooo makcikkkk sampai hati anda :/. sometimes people forget i am human too. Be it family members or friends. I nak kurus tapi kata kata macam tu sangat tak membantu. Anyway sis maafkan tapi lupakan ? oh tidak . susah nak lupa. 


i humble enough to know i am replaceable. I know for sure ramai perempuan cantik dekat luar. But i know that my energy and my effort towards someone i love tu payah sikit nak cari. I kalau sayang orang be it partner, family, friends , or celebrity yang i minat . kita all out kita tak main main. Anyway sebagai manusia biasa i banyak flaws. semoga i mampu berubah jadi lebih baik, physically and mentally . Btw tadi i beli make up. i mintak suggestion dari sales assistant kat sephora tu.




i beli nars orgasm edge blush,sephora  lose powder, huda beauty colour corrector, tarte concealer. 

dekat mac i repurchase lip cream bodacious.  Harini jugak my setting spray from sea make up sampai.

I nak belajar clean make up guys tapi muka kita tak flawless. yang tu kau sabar jap. i am working on it.

tadi i dapat sikit sikit tips make up dari  SA tu. esok i pergi kerja i cuba technic dia bagi tu. 


korang doakan semoga segala i nak tercapai okay? anyway i tak sabar nak tunggu my cousin ika pergi umrah bulan ni.nanti i akan kirim doa untuk semua. i dah cakap siap siap dah dekat dia doa apa i mintak. i mintak dia doakan i cantik kurus sihat. I nak kirim doa untuk fevertts sekali. so adik adik fevertts ku jangan risau kita kirim doa untuk korang. semoga semua berjaya , kaya,cantik bahagia paling penting!  kalau untuk fevertts kita doa takkan untuk evertts tak kan? of course kita send doa untuk evertts  and aaliyah.  semoga berjaya dalam bidang masing masing. kaya, bahagia, sihat aminnn


Esok nak kerja ni guys . so i nak sambung baca novel i beli haritu to sleep.  okay itu saja update saya .

esok lusa i update lagi hahaha.


till then


ttyl

una mn

December 6, 2025

Keluar dari comfort zone and una taknak pindah?

 



hi everyone


tahu tahu dah december kan?  work lately agak mencabar tapi i suka. banyak benda i belajar. 

since i serving singaporean customer i  mula mula ada rasa sikit risau la. You know language barrier tu adalah jugak sebab most of them start call je terus cakap cina. Walaupun i belajar mandarin tapi dekat sana bahasa dia campur hokkien semua so of course sis tak reti. Everytime i dapat call i cuma cakap macam ni


can u speak simple english? so i slow slow la guide them and try to understand apa diorang nak. 

navigating the system a bit challenging jugak sebab yelah banyak kan. Dulu i pernah kerja macam ni for grab serving singaporean customer . System dia simple je. Tak susah.  Bank however a bit challenging. Product knowledge kena power. Lepas tu kena rajin membaca, rajin tengok email. 

lebih kurang macam i kerja bytedance dulu.Hari hari baca updates tapi bezanya dekat bytedance i tak cakap dengan orang. I kena glue my eyes to screen and tengok video and decide what should i do based on knowledge i ada.

bank different. Kita handle manusia. silap sikit memang naya. HAHAHA

tapi that's life.  oh anyway bulan ni class i cuma english je. i guess diorang nak suruh kami settle muet cepat cepat.  Anyway korang satu lagi sis rasa sis nak start bawa bekal pergi kerja.

maybe i can meal prep and bawak pergi kerja. jimat masa . semalam f buat coaching dengan i.  f beritahu i silap dekat mana. I  nak belajar as much as i can sepanjang period masih ada orang guide ni sebab on january i kena start dah pandai pandai sendiri.

tbh kerja ni bukan kerja impian i tapi i take it as a challenge. Sebab kita takkan pernah tahu potensi sebenar kita unless kita berani keluar dari comfort zone.


so here i am beranikan diri keluar dari comfort zone.  Kadang kadang i saja fikir mungkinlah  Allah bagi i rasa kena surgery haritu buat i insaf and rasa nak berubah. rasa nak kurus . start jaga makan. walaupun susah sebab i sedar i ni sweet tooth. i suka cafe hunt. suka minum air manis. bila dah gemuk dah sakit baru reti nak insaf.


who knows kalau Allah tak bagi i sakit? mungkin i tak reti nak insaf.


 i know sekarang i masih je gemuk but at least i cuba .  susah macam mana pun i cuba. hari hari i nasihat diri sendiri jangan give up. hari hari i bagi diri i semangat.Buat untuk diri sendiri una. kau kena sihat banyak benda kau nak capai dalam hidup ni. i dari kecik memang ambitious. 


una dan segala impian una. dapat tak dapat tu belakang cerita. i suka hidup i ada purpose. i rasa hidup i lebih bermakna,  oh anyway haritu i subscribe tonton lagi device ke 3 untuk undi evertts. no he didnt know i did that.  i think he dont have to know. i suka tulis sini sebab i rasa nanti dah tua i baca balik i mesti happy sebab wow i ada energy yang supportive. gittew.  


i tak ada anak lagi and mungkin takkan ada anak. iykyk. i dont mind at all. maybe i will spend my old days with my cousin bella. kita  jadi acik acik lepak mall coffee coffee . HAHAHA.entahlah tapi untuk menjayakan itu i kena kaya dulu la. anyway tadi interior designer call i . entah siapa bagi nombor.


i cakap rumah i tak siap lagi.  dia cakap hmm tak lama lagi siap la tu. it is a sign or? entahlah i tak ready nak fikir.  i sayang damansara sangat sangat. pindah puchong yang hampir dengan  cyberjaya/putrajaya buat i nervous. 


apa apa pun keputusan i buat nanti semoga tepat dan tak buat i semak kepala otak. hahaha


jujurnya  i berat hati. tapi tulaaa dah terbeli kan?  korang doakan  urusan i dipermudahkan. 

macam i cakap sebelum ni. dalam hidup ni selain kejar cita cita i cuma nak gembira.


hidup gembira tenang aman damai. taknak bermusuh dengan sesiapa.


kalau  you rasa i jahat okay you betul. kalau you rasa i annoying okay suka hati you.

kalau you rasa i perempuan gemuk menyampah tengok muka okay jangan tengok.


jangan bimbang jangan risau jangan goncang.


as much as you dont like me...  i can confirm that our feelings is reciprocated okay?

i pun mungkin tak suka you jugak . HAHAHA



okay sekian luahan hati saya harini..



till then


ttyl 


una mn

Good news pagi hari and work dilemma