February 16, 2021

Treadmill dah sampai and theme baju Raya 2021?

 


Hey guys... Selamat malamm..

entry harini kinda straightforward. saja nak update yang treadmill. I beli tu dah pun sampai petang tadi. penantian selama  hampir 3 minggu berakhir. selama 3 weeks ni dalam 3 kali jugaklah i check dengan fitness concept and gdex . selepas 2 email dah 3 phone call dengan gdex akhirnya sampai jugak treadmill i. I beli on January and I expect sampai dalam one week ke sebab I beli dengan official store gdex dekat shoppe. hq dia dekat Subang jaya je guys masalahnya. takpelah kita anggap jelah hq dia pindah pergi planet Marikh. so ini lah dia treadmill I tu. 



dia datang dalam kotak besar ni. berat gila. nasib baik abang tu hantar depan pintu rumah.



comel je saiz dia tak ada la sebesar treadmill dekat gym tu tapi sturdy . bukan Jenis nipis . 
berat dia 68kg and dia boleh tampung berat untuk orang sehingga 110kg.
nak pasang dia pun senang je. husband I pasang tak sampai 10 minit dah siap.





ni i saja try tadi naik dalam 20 minit slow walk je. i habis kerja tadi i try .
dia ada tulis masa, calory burned, heart rate . and dia equipped dengan usb slot and jack.
so boleh la korang dengar lagu
so tak ada iwatch pun boleh monitor hahaha tapi Kalau u nak fancy fancy apa salahnya beli jela.
I pun suka. cuma i tunggu yang baru keluar.
bak kata pepatah "alang alang membeli, beli yang latest"
tu pun kalau sis bersabar la. 




for now I letak sini dulu sebab nak dekat dengan plug point. 
nasib baik I belum beli sofa baru lagi. tapi tu la Kalau beli kena alih lagi . 
doakan I berjaya lose weigh.yelah korang tahulah kan pkp tak kemana mana. so i need equipment untuk exercise. 


pasal Baju raya pulak i  decide nak beli awal memandangkan i tengah mood shopping. daripada I beli benda bukan bukan baik i beli benda i perlu. so yeahhhhh itulah sebabnya I beli awal.
baju raya tahun ni i beli kain pasang je. i beli 2 pasang and i hantar dekat tailor untuk habit. tailor tu makcik i je. hahaha tapi dia jahit sedap pakai guys. selalu tak tempah dengan dia sebab dia memang sentiasa full orang hantar Baju. raya ke tak raya ke memang orang hantar Baju. haritu saja tanya dia ambil lagi tempahan baju raya tak.dia kata boleh lagi. dengan sepantas kilat sis beli kain and lace.

 nak buat Jenis apa? sis ni simple orangnya. 
sis suka baju kurung biasa je. even dulu masa pernah kurus dulu pun tak ada beli Baju kurung modern.  janji pakai selesa. 
theme tahun ni dusty purple and maroon. 
baju raya husband dengan sampin pun dah beli online and dah sampai dah pun
baju melayu dia  esok sampai.

alhamdulillah lega rasanya settlekan awal. boleh fokus benda lain pulak
 doa dalam hati harap2 dapatlah balik raya tahun ni. 
tapi tengok kes Harian ni macam tak ada sinar pun. 
I dah niat nak banyakkan ambik gambar dengan keluarga and kawan kawan... terutamannya husband la. 
sebab selama 5 tahun kenal and tahun ke 3 perkhawinan  kitorang tak ada banyak gambar berdua pun. 

so lepas ni i akan cuba ambik gambar or video banyak banyak untuk kenangan di masa depan.

k tu je la korang for now.

till then ttyl

Una Mn









February 8, 2021

shoppe haul from make up addict to skincare addict and I beli treadmill !!!

 



hey guys..

lama tak menaip.. lamalah Sangat... hahahaha

sebenarnya I busy dengan kerja and ada changes in schedule. okay sepanjang I tak menulis di sini I spend most of the time scrolling shoppe. ingat tak I cakap I punya shopping mood membuak membuak.

memang waktu pkp I punya perangai macam ni. soooooo daripada i membazir beli benda bukan bukan 

I beli benda bermanfaat sikit. 


1) I beli treadmill!!!! 

okay treadmill nya delay. agak lambat sampai ye. sebab delay CNY. mula mula tu sis bengang jugaklah. Sebab  seller tu lambat respond tapi yeah kita beli discounted item kan kena banyak sabar semestinya ramai yang beli!



kau tengok expected sampai dia Nyah. berzikir i kat rumah tunggu. sekarang status dia dah di pickup Oleh gdex. jadi sis bertenang jela ha kat rumah ni. daripada bersemangat nak kurus terus jadi longlai gitu. HAHAHA. ni i beli on 29 January. ko rasa? dah berapa hari dah?
rasa sebenarnya nak je pergi picked up sendiri dekat gdex. tapi bila tengok berat dia 68 kg tak jadi.
I pay for the service sekali gitu. normal price dia rm4000. kalau ikutkan hati nak pergi beli kat ipc je . tapi Sebab pkp sis tak redha la nak kena saman rm1000 pulak kan Kalau kena tahan roadblock naya je. and haritu before beli dah call fitness concept ipc centre dia cakap any purchase now beli dekat official store punya website or shoppe punya official store. so kalau korang nak beli......
sis suggest ko tunggu habis pkp je la nyah Kalau Jenis x boleh menunggu.
nanti treadmill dah sampai sis buat entry baru untuk dia k.


2) sis beli decoration bunga untuk menghiasi meja kerjaku. gitu barulah lawa.
yang ni baru sampai semalam. sekali glass dia sis beli semestinya di kedai sama!! jimat 






3) yang ni sampai sekarang tak sampai masih in transit from china. sis beli world map untuk Tampal dekat dinding and lampu yang jenis cantik tu. fairy light ke? ah ye kot tu nama dia 

   



4) yang ni dah sampai dh. sis beli konon nak tampal dekat dinding jugak. ada barang barang buat journal tapi Bila fikir balık nanti comot Kalau habuk susah nak bersihkan . so sis buat barang journal je la. basically benda biasa je haritu lupa ambik gambar sis ambik video je. korang Kalau nak beli jugak boleh cari shopee shop name looter




5) sis beli skincare lagi. ni baru tadi latest purchase I made. sis top up barang the ordinary je  and beberapa barang lain. untuk the ordinary I beli hyaluronic acid, niacinamide,retinol and alpha arbutin. untuk skincare lain sis beli ahc ageless real eye cream for my under eye, laneige skin refiner 2 bottle, lineage lip sleeping mask,3w clinic sunblock and lastly adieu honey and milk scrub.total after discount dalam rm200++





okay sekarang I realised that I am more to skincare. believe it or not on march I akan masuk 30 series.amaigad. I am closer to 50 series than being a baby now can you imagine?!!. I always rasa diri I budak budak lagi. I mean I still watch upin ipin , boboiboy,doraemon. tapi walau bagaimana pun haruslah kita sedar bila umur makin tua kena banyak luangkan masa menjaga itu ini. sebab I sedar I bukan orang senang most of my income I simpan . yang lebih2 tu baru I beli barang. this year self care kena lebih sikit. 

Kalau bukan kita nak happykan diri sendiri siapa lagi? takkan nak harapkan partner 100%?. 


I ada fikir nak beli elliptical jugak sebenarnya tapi i dont decide yet nak beli bila. Sebab rumah sewa i ni tak besar mana. treadmill sampai nanti i letak dekat living room je dulu. actually I excited sangat tunggu dia sampai . tapi tula kenalah faham kan Kalau lambat sampai. cny punya pasał.


ada beberapa wishlist yang i dah tambah Kalau tak ada tiga je this year. korang doakan everything berjalan lancar for me k. till then



ttl


una mn



It was never luck ✨🦋