February 16, 2021

Treadmill dah sampai and theme baju Raya 2021?

 


Hey guys... Selamat malamm..

entry harini kinda straightforward. saja nak update yang treadmill. I beli tu dah pun sampai petang tadi. penantian selama  hampir 3 minggu berakhir. selama 3 weeks ni dalam 3 kali jugaklah i check dengan fitness concept and gdex . selepas 2 email dah 3 phone call dengan gdex akhirnya sampai jugak treadmill i. I beli on January and I expect sampai dalam one week ke sebab I beli dengan official store gdex dekat shoppe. hq dia dekat Subang jaya je guys masalahnya. takpelah kita anggap jelah hq dia pindah pergi planet Marikh. so ini lah dia treadmill I tu. 



dia datang dalam kotak besar ni. berat gila. nasib baik abang tu hantar depan pintu rumah.



comel je saiz dia tak ada la sebesar treadmill dekat gym tu tapi sturdy . bukan Jenis nipis . 
berat dia 68kg and dia boleh tampung berat untuk orang sehingga 110kg.
nak pasang dia pun senang je. husband I pasang tak sampai 10 minit dah siap.





ni i saja try tadi naik dalam 20 minit slow walk je. i habis kerja tadi i try .
dia ada tulis masa, calory burned, heart rate . and dia equipped dengan usb slot and jack.
so boleh la korang dengar lagu
so tak ada iwatch pun boleh monitor hahaha tapi Kalau u nak fancy fancy apa salahnya beli jela.
I pun suka. cuma i tunggu yang baru keluar.
bak kata pepatah "alang alang membeli, beli yang latest"
tu pun kalau sis bersabar la. 




for now I letak sini dulu sebab nak dekat dengan plug point. 
nasib baik I belum beli sofa baru lagi. tapi tu la Kalau beli kena alih lagi . 
doakan I berjaya lose weigh.yelah korang tahulah kan pkp tak kemana mana. so i need equipment untuk exercise. 


pasal Baju raya pulak i  decide nak beli awal memandangkan i tengah mood shopping. daripada I beli benda bukan bukan baik i beli benda i perlu. so yeahhhhh itulah sebabnya I beli awal.
baju raya tahun ni i beli kain pasang je. i beli 2 pasang and i hantar dekat tailor untuk habit. tailor tu makcik i je. hahaha tapi dia jahit sedap pakai guys. selalu tak tempah dengan dia sebab dia memang sentiasa full orang hantar Baju. raya ke tak raya ke memang orang hantar Baju. haritu saja tanya dia ambil lagi tempahan baju raya tak.dia kata boleh lagi. dengan sepantas kilat sis beli kain and lace.

 nak buat Jenis apa? sis ni simple orangnya. 
sis suka baju kurung biasa je. even dulu masa pernah kurus dulu pun tak ada beli Baju kurung modern.  janji pakai selesa. 
theme tahun ni dusty purple and maroon. 
baju raya husband dengan sampin pun dah beli online and dah sampai dah pun
baju melayu dia  esok sampai.

alhamdulillah lega rasanya settlekan awal. boleh fokus benda lain pulak
 doa dalam hati harap2 dapatlah balik raya tahun ni. 
tapi tengok kes Harian ni macam tak ada sinar pun. 
I dah niat nak banyakkan ambik gambar dengan keluarga and kawan kawan... terutamannya husband la. 
sebab selama 5 tahun kenal and tahun ke 3 perkhawinan  kitorang tak ada banyak gambar berdua pun. 

so lepas ni i akan cuba ambik gambar or video banyak banyak untuk kenangan di masa depan.

k tu je la korang for now.

till then ttyl

Una Mn









1 comment:

Wahidah BME said...

Yeay! Semoga raya tahun ni kita dapat bergambar selengkapnya dengan suami dan keluarga. Teringin sangattt. Aamiin Ya Mujib. 1 2 3 go! Goodluck sahabatku 😘

💝 Anniversary Trip To Jakarta