October 7, 2026

Pindah Rumah & Valuable Life lessons

 





Hi guys,

after a month i pindah baru i terfikir nak buat entry pindah rumah. Actually i took time with this one sebab terlalu banyak memories dekat rumah lama tu. I am so thankful for the good and the bad one.  2nd september 2026 i finally move out from that house. I bersyukur urusan lancar  i ambik cuti dari 2nd september sampai 6 september  sebab nak uruskan rumah.


I ambik mover yang i jumpa from thread. Dapat harga sangat reasonable  rm650 je sekali mover 2 orang. I rasa serba salah sebab barang i banyak juga yang besar besar. So i bagi tips sikit buat duit makan and i belanja diorang zus. 


Untuk aircond, aircond rumah lama i  i mintak aircond installer to datang dulu untuk cabut and cuci and then dari rumah i di damansara diorang datang ke rumah i yang sekarang ni. 2 aircond  baru for 2 bilik  1 aircond lama i letak living room. Untuk small room tempat i letak treadmill i tak letak aircond lagi.  


The whole process pindah senang je yang buat i macam  a bit panic sikit ialah installer aircond ni kan diorang berdua baik sebab dia tahu aircond i ambik masa lama nak sejuk. So diorang tunggu lama sampai lepas maghrib. Kerja renovation  dibenarkan sampai pukul 5.  Sampai guard naik atas tanya bila diorang nak balik


installer aircond : kakak.. kerja tak settle lagi. cakap kami  tidur sini 

me: ha? okay

tak lama tu betul  guard naik 

guard : hi miss, this 2 person tak balik lagi?

me : (dengan berbekalkan kepercayaan kepada tuhan i cakap)  Oh .. they sleep here

guard : (Muka dia puzzled) oh okay


he then.. walk away. 

dekat sini ada pro and cons. Pro dia i puji sikap tawakkal i dekat sini. Cons dia...i nak menyeru korang jangan buat benda ni sebab even you think they are harmless which is they were. Even they wont do anything to you tapi this is one way for you to get wrong impression from others. In my scenario i really hope not but i never know what guard tu think of me . My intention masa tu cuma nak aircond rumah i sejuk. Even ada la orang teman i tapi tak manis jugak sebab aku sorang perempuan 


andddd to make things worse korang  before pindah i install lampu kipas sendiri. Kipas dah settle masa tu lampu je belum sebab kipas cuma 4 tapi lampu ada 16 points. Si bijak una ni kan tahu tak lampu apa yang dia install dulu sebelum pindah? Lampu bilik air ! 

I repeat ... Lampu bilik airrrrrr!!!!  Lampu bilik lampu living room tak install!!! Hari i pindah patutnya lampu tu la my priority kan? Eh takkkk  i excited pasang katil i dulu HAHAHAHAHA.  

Masa dah petang  nak maghrib tu baru i perasan . Itu pun installer aircond tanya. 


installer air cond : Kakak lampu tak ada?

me : Oh i lupa pasang (dengan muka tak bersalahnya)

Tahu i pakai apa? candle bath and body works tu supaya adalah cahaya sikit 

HAHAHAHAHA dah la bercandle light dinner i malam tu. I makan  dengan candle tu sebab i was so hungry. 

sebab installer aircond tu kesian dekat i even  diorang pasangkan satu lampu je dekat bahagian dapur. Even tak sempurna la dia pasang dengan wayar terjuntai dia suruh i kemaskan sendiri but still i could not thank them enough. diorang pun i belanja la zus and tips .  

oh lepas pindah tu esoknya i pergi gym. Tak ada session dengan coach cuma i nak tahu the best route to the gym . Even sampai sekarang i  masih tak hafal lagi jalannya . 


habis dari gym i balik rumah lama kemas rumah lama and then pergi dentist for scaling and pergi saloon sebab i potong my super long hair and colour. I punya scalp cuma okay kalau i colour rambut. I dont know the science behind this.


jujurnya i berat hati sangat masa pindah,rumah sewa i tu i duduk 8 tahun . For 8 years i duduk apartment lama tu dari tak ada apa langsung. Motor pun arwah abah bagi. Dari tidur tilam nipis, fridge  tak ada  tv tak ada. Setahun i macam tu. Fridge tak ada setahun  tu nak jimat duit punya pasal whatever i masak malam tu esok i will eat the same thing for lunch.

I biasa beli ayam seekor kalau tak beli ayam i beli sardin. tengoklah . Kalau nak rasa makan udang i tunggu hari pasar malam . Dekat damansara damai ada 2 pasar malam hari selesa and jumaat. You know udang yang jual dekat pinggan tu. Satu pinggan rm5. So i beli la 4 pinggan.  Kenyang la sikit makan udang. Sebab tu i tak reti masak sikit sikit. Sebab i pernah hidup dalam rumah setahun tak ada peti ais.I was happy regardless.  

I remember my only entertainment adalah anak hamster i breezy and bubble. Kadang kadang i lepaskan diorang main dekat langsir. Even breezy tu garang sikit tapi sebab  diorang la peneman i dari zaman i susah dulu. Dekat rumah tu menyaksikan dari i kerja Aig buat cold call and then i kerja call centre jugak rezeki tak lama  and then i dapat kerja dekat bytedance . I work there for good 5 years. Even i kena retrenched but i am still thankful sebab Allah bagi i rezeki i banyak melalui kerja dengan company tu. I dah pernah tulis dulu. I dapat beli my first car, macbook, ipad , i watch first house dari kerja situ. I habis bayar ptptn for diploma pun hasil i kumpul kerja situ.  for that i am forever thankful.


 i tak menyesal i pilih duduk situ even i can get somewhere lebih comfy lepas kerja baru . To me takpe hidup sederhana dulu .Sewa rumah tu dulu cuma rm600. Kawasan situ melayu cina india semua ada. Rasa macam kampung. Pagi pagi ada makcik berniaga nasi lemak depan block.  Lantai rumah tu pulak pecah pecah. sebab mozek kosong. Dapur i pun macam nak roboh sebab old house kan.  Seboleh boleh i try to make it work. Tiles dia tahu tak nak pijak  macam risau sebab tiles dia macam kembung. Nasib kau la kalau pecah. Dah satu kerja i kena guess tiles mana yang selamat untuk i pijak HAHAHA.


but that's okay. aaa i miss my old room already. Dekat bilik kecil tu i banyak spend masa i. Tengok podcast hantu malam malam . Una and habit tak bagus una.I remember last year i sakit sampai kena surgery. Abnormal bleeding and unbearable period pain. Lepas surgery i kena bed rest for a week and then i kena retrench. Mungkin ada hikmah semua benda tu jadi. I almost lose my life and to lose a job right after that i just feel numb. I percaya selagi i hidup rezeki Allah mesti ada untuk i. Dekat situ jugak i met few internet friend yang dulu enjoy tengok diorang livestream games. Jadi background noise i buat assignment jawab exam malam malam.  I kena covid early this year pun to kill time i  have them as background noise too . I ada terrible insomnia  due some  of medication and my unhealthy habit glad that even temporary they made my life better. Well at least, some of them inspire me to be a better human. I learn to appreciate beauty ; flowers. 

As introvert surprisingly i learn  alot from people i met. Their stories somehow  help me to understand life better. To know what kind of person i want to become and what kind of person i need to stop behaving.

I learn the hard way that even some connection so meaningful to you, not necessarily it will reciprocate and no one to be blame for that.Just like  a puzzle. It just not a fit. And your value in life is not define by other but by you.  


Jap kenapa panjang ni una?


the point is dekat rumah tu i lalui banyak benda. Through hardship some i dont even want to share here because terlalu personal. Thank you for 8 years.  Rumah tu rumah kedua paling lama i duduk. Rumah parents i pun i duduk 3 tahun je. The first 12 years of my life i duduk rumah arwah opah atuk. Which somewhere i can never go back to. Rumah tu belong to someone else now.  8 years bukan sekejap of course i will cherish every moment i spend dekat rumah tu. Masa i pulangkan kunci dekat agent pun i cry like a baby dalam kereta. Una senang attached kalau selesa. Sebab itu i will avoid to be attached anyone for now. Friendship break up somehow lagi sakit dari love break up. Ada a few of my girl friends asyik ajak i jumpa. 


i minta maaf dulu kalau i bagi banyak alasan. For now i jujurnya tak rasa nak jumpa sesiapa.I bukan sombong i cuma insecure. Nantilah if i rasa ready nak jumpa i will let you know. Tolonglah jangan kecik hati. 

ada yang cakap ohh jumpa kawan dekat fan club fevertts tak apa pulak? tu lain. sebab dekat fc tu semua orang excited nak jumpa evertts. Nobody will ask about me.Tak ada small talk personal life. We just meet and interact with eg and go home


Jumpa kawan different. Ada small talk which can lead to oversharing HAHAHA. Macam semalam terovershare dekat coach. takpe lah i anggap macam exchange topic since he shared to me what happened to him jugak. Some of darkest time of his life  . No, i takkan cerita what happened but it made me speechless.  I am thankful we had that conversation because from that i  learn everyone ada stories to tell.  

I selalu remind diri sendiri i tak susah even i tengah lalui 1 phase i tak tahu nak pergi mana and apa arah tuju i lepas ni.Mungkin  i am not supposed to know pun. Just do  whatever i can while  Allah show me the way. life will get better , it always does

Jangan lupa doakan palestine tau korang. Even until now diorang masih belum merdeka. 


okaylah dah panjang sangat entry kali ni

almost 4:30 am in the morning

i nak kena tidur


till then 

ttyl


 Una






October 2, 2026

October : May You Bloom Like Flowers

 





Hi everyone,

harini i busy kemas rumah and i bought barang basah from tiktok sebab esok i akan hosting my first housewarming. I  invite my mom and siblings to come over. I ajak jugak makcik i yang i pernah duduk rumah dia 2 tahun.  Buat masa sekarang i tak ada kemewahan boleh bagi my mom. Duduk dengan dia cuma 3 tahun i still cant communicate with her well. Yang i tahu i dapat gaji i transfer duit. Being an eldest daughter you used to be alone most of the time. You have bottle up feelings.  I cant help that. Kadang kadang lagi senang luahkan benda dekat strangers yang tak tahu sangat pasal hidup kita . Because to me they dont care and they will forget. 


sebenarnya ada banyak benda yang i dengar lately.  A few people already reach out to me. I understand that maybe you truly wants to check up on me. I am fine. I am totally fine. Kalau ada benda yang i refuse nak jawab ke or you nampak i  sedih  dekat social media ke


trust me ... it just me overthinking about my future je


i cuma burn out kerja. I taknak nampak manusia tak bersyukur dengan apa Allah bagi. I bersyukur sangat cuma i cant deny that this job cost me my inner peace. Dulu mungkin i nak sangat jadi corporate girl. Ada my own desk. Nak kurus cantik. Ootd cantik cantik


now i just want a simple happy life. I still want to earn money but i want to do business and writing. Kita ni Allah cipta untuk beribadah and i want to plan my daily activities based on waktu solat . You know what i want ? I just want to have a simple business dekat mall it can be like small store yang jual makanan. I wanted to have few staff and i nak jual retort food ke or my own cafe maybe? Then i can go masjid , pergi usrah ke, dengar talk. Between maghrib and isyak i teringin nak ada time just for me and Allah . Baca quran. Just how arwah opah ajar i dulu. Kalau ada readers yang baca jangan fikir i alim sangat tau. Jawapannya tak and belum lagi. Tapi tak salah kan ada cita cita macam tu? I still manusia biasa yang masih suka buat benda random tapi under control la. I masih introvert weirdo yang cuba jadi manusia yang at least kalau werdo pun biarlah jadi weirdo beriman HAHAHAHA.


i've accepted long time ago i will never be anyone cup of tea . But i want to be my own cup of tea. 

Prioritizing my inner peace and hopefully i get to be  beautiful too. Maybe not as beautiful as those young girls out there  but just simply my version of beautiful. Imagine a happy una with size xs .. awww. i will be over the moon. Until that day come i gotta commit . InshaAllah. i tak ada nak prove dekat siapa siapa pun. I just do this for me. For this little version of me yang still hopeful, my childlike spirit. I am a fun person underneath because of her. 


yang selalu bagi i semangat dalam diam doakan kebaikan untuk i regardless we know each or not,

thank you . semoga semua  benda yang baik baik berbalik pada korang jugak. Banyak benda yang terjadi sepanjang setahun ni ada yang i rasa better i keep it to myself. Only a few people that i trust know.   Those that i trust wont blab about this . one of it is my trainer. It just slip when i talk to him yesterday.  I tak cerita banyak takut member trauma. That is the last thing i want to do in this world. Traumatizing others with my problems. The other would be none other than my cousin bella.  She is far away from me . Haihhh i tak sempat nak rindu dia jugak sebab almost everyday she will send me reels . Japan japan 

ya sayangku bella. I kena kurus la cepat cepat. At least kalau jadi pergi japan biarlah aku lawa sikit kan?

even i masih takut naik flights. I google 6 ke 8 jam kan flight to japan? Those hours percayalah i takkan tidur i akan baca yassin sepanjang flight. Bila la ketakutan naik flight i ni akan hilang?  Bukan tak pernah naik tapi everytime i naik i memang akan panic attack. I remember my flight to jakarta dulu. Mat salleh kat sebelah i gelak gelak siot betullah.  I harap kalau jadi la plan kitorang bella takkan annoyed =')


someone pernah cakap dekat i... 

una kalau nak mati dalam rumah boleh mati.

Ya tahu... i cant help it! i hope i can find cure for this =')


okay lah korang i nak kena siap pergi beli barang for house warming . I hope everyone will get a wonderful october . Whatever that you guys want and wish for may be granted by Allah


May this October you bloom like flowers

okay tu jelah for now.


till then

Love,


Una Mn


October 1, 2026

Una Gym Diaries

 






Hi,

Post ni ialah post yang dah beberapa minggu i tangguh . Tapi i rasa nak senang i compile je la terus. Ni macam my gym diaries sampai ke harini

Macam i cerita sebelum ni i ambik personal trainer. So i nak tulis apa yang i belajar tapi to remember everything macam susah tapi i akan cerita sedetail boleh. Blog ni kan tujuan dia untuk simpan memory sebanyak boleh. Manalah tahu nanti i dah tua (kalau umur panjang) i boleh la mengenang masa muda i yang penuh side quest HAHAHA


Okay after i sign up gym and pt on 22 september 2026, berapa hari before my session dengan coach i ada datang gym on 24 september 2026 . And kebetulan coach i ada kat depan. So i datang tu petang habis kerja. Dia cakap haritu ada class yoga. Dia encourage i pergi


I underestimate yoga tau. Sumpah aku ahh yoga.... macam uncle auntie cina buat kat taman tu kan. 

jap tu taichi. La lebih kurang la dalam kepala i. Nampak senang ... tapiiiii kalau you saiz doraemon. 

HAHAHAHAHAH ini satu penyeksaan. I  rasa nak menangis sejam tu.  Banyak kali la trainer tu tanya  okay ke? are u okay?


tapi lepas dia tanya tu... come on you can do it. Easy je . easy  

HAHAHAHAHAHA .

akulahhh dalam hati... easy for you miss girl. For me... easy to die HAHAHAHAHA

i rasa macam kematianku akan tiba waktu tu jugak. 


dalam kelas ni tak ramai  . cuma diorang semua dah berbulan i je baru. 
honestly sakit la. Bayangkan session dengan coach pun belum  lagi masa ni .
but sakit yang sedap. I tak tahu nak explain. Painful ? yes 
will i do it again? yes! 


26 August  2026
first session. masa ni tak ada ambik video.
First session ni lebih kepada assestment tak silap i . 
i cant remember what we did but i rasa dia ada ajar machine lah. Hahahaha


28 August 2026

i masuk urban dance class. Imagine me badan keras kena dance lagu ateez so bad tu
HAHAHAHAH. buruk betul . Ada yang record .. i dah doa dalam hati tolong la jangan post. Aib tu semua tu HAHAHA. but it was fun


29 August 2026
My second class with coach.

i kena pegang stick ayun kaki kiri kanan. 
kena buat child pose, cobra pose , scapular mobility
scapular ni sakit sebab i tak biasa. Sebab i frozen shoulder 
pastu i kena duduk atas box dia suruh bangun duduk je.


3rd september 2026 
i datang gym sehari selepas i pindah .
i think 2 jam lebih jugak i dekat situ. I cuba pakai abductor , eliptical . 
lepastu apa benda entah i cuba je.



4th September 2026
I had another session with coach. I kena duduk bangun atas box pegang dumbell dekat depan.  i tak tahu nama exercise ni apa. (he told me but kita banyak makan semut )
Lepastu baring and pegang dumbell jugak and luruskan tangan ke atas push the dumbell upwards  kalau tak silap nama dia dumbell chest press.
Lepastu ada this one movement kena tarik this one cable to my stomach. I think it is seated cable row. 



5th september 2026
i buat plate loaded pulldown machine. Kena tarik dari atas ke bawah. Machine ni yellow colour.
lepas tu i buat literal raise . Lepastu baling bola ke dinding  wall ball throws kot nama dia.
After that i buat naik treadmill sekejap 


11 September 2026
Harini coach ajar shoulder press machine . Lepastu this exercise i paling tak suka yang ni sebab berat tali dia. Battle rope kot nama dia. I tak ingat. Besar dia lagi besar dari tali orang tarik tali tu.
Dulu i selalu nampak orang exercise guna ni dekat video i tak terfikir seberat ni. I rasa nak menangis hahaha. lepastu buat incline smith machine bench press. I tanya gemini sebab macam biasa coach ada cakap tapi i lupa HAHAHA. Lepastu i kena baring and buat sit up. Tapi bukan atas lantai atas bench . Susah for me sebab kita pulak macam teletubbies terlebih minum susu. =')


16 September 2026
i kena naik turun pegang kettlebell. Again i tak tahu nama exercise ni apa.
harini kena buat seated cable row jugak. And then i kena bent my knees sikit angkat berat sikit. Berdasarkan chat gpt  nama dia barbell bent over. Tapi takpe nanti i cross check balik.
Lepas tu coach asked me to lontar bola over macam main basketball .

mula mula i tak pandai

coach : una pernah main netball? ni macam main netball je
me : tak pernah.
coach : "sight*
me : what you expect i was a fat kid .
coach : ( gelak )okay okay 

tapi  jujurla memang i pernah je main cuma sekali dua itu pun i memang panik. kita introvert and tak suka rebut rebut. Kalaulah i masuk tournament dulu mungkin jadi macam ni

apa ni rebut rebut. nah ambik jela.*hulur bola* lepastu satu team dendam dengan aku HAHAHAHA





12 september 2026 
i tak ingat sangat kitorang buat apa. kalau tak silap ada tarik something and terbalikkan. and there are few others . Tapi lepas exercise biasanya akan buat cobra pose child pose for cooling down



13 September 2026 
kena naik turun atas this platform and bawak kettlebell . Naik turun je . Lepastu i kena  buat 
seated cable row . And ada satu lagi i kena sandar kat cermin turun macam nak rukuk tu pegang satu batang besi lepastu ada weight. Tak susah tapi tak senang. for some reason i tak tahu kenapa i suka tengok atas.
 =')
selalu kena tegur. He jokingly said nak pakaikan helmet kucing dekat kepala i sebab kepala i tu memang kerja nak pandang atas je. I guess refleks la sebab i swim memang kepala jarang masuk air. Dah macam turtle HAHAHAHAHAHAHA. Lepastu lontar bola lagi macam main netball


17 September 
kena squat. i rasa harini ialah leg day . i guna leg extension machine. Dia tak susah
tapi tak senang jugak. Tapi lama lama okay. Lepastu kena buat farmers walk i kena bawak 2 kettlebell tak ingat berat dia berapa but i just have to walk. Lepastu kena tarik plate berat tu and terbalikkan. Lepastu i have to angkat bola ke atas and angkat kaki tinggi  paras perut  and jalan. Lepastu  russion twist  kot nama dia.  This one kan i pernah buat i though my technic was correct but i just learn the correct one here.

21 september 2026
Ada session petang dengan coach. kalau tak silap i dia ada ajar  exercise glutes.
Sebab i tak biasa so macam tak berapa pandai . Kesian coach muka dia macam nak marah tapi kena sabar.
but anyway he is a good coach only i still struggling because  i spend my whole life eating. Exercise ? what is that?
i rasa this one year je yang i betul betul exercise  and that was 2007. Itupun. sebab kita masuk silat
tournament .

24 September 2026 
i kena duduk atas box and tarik badan i naik .  lepastu i kena bend my knees and besi tu sampai paras pinggang. Again i tak tahu nama exercise ni apa. He told me i dont remember. I nak tanya balik tapi takut
HAHAHA.  Then ada this one exercise i kena tarik sampai ke muka. semua exercise i buat ni ada je the video coach i rakam. I tak rasa nak post sebab kita insecure. Kalau i dah kurus nanti i post la.
=') . Oh harini kena buat farmers walk jugak.  And then angkat besi  and bangun.
Lepastu ada this one machine dia ada kipas. I kena berlunjur lepastu kan tarik kedepan ke belakang. 
So dia suruh sampai 500 kalau tak silap. Dia tak susah tapi tak senang. 

25 September 2026 
i tak ingat but ada session jugak harini. I think almost the same with others .

29 september 2026 
harini ramai orang kat gym sebab ada class. 
i kena angkat berat jugak. Exercise dia tak susah sangat.
lepastu i kena baring and angkat kaki. Perut i memang rasala. 
kalau tak silap i ada buat literal raise jugak. 
and  end with cobra pose child pose. 
and lately ada tambah yang baru . this one i sampai tergolek weh
HAHAHAHA
sebab tu i tak pernah nak record malu . tapi teringin la jugak nak ada weigh loss journey tapi sebab insecurities kita lebih tebal dari kamus dewan . Nantilah eahhh dah fit sikit ke.

1st october 2026
minggu ni kitorang ada 2 session je. coach pun cuti. i pun cuti 9 days starting today.
today i buat inbody tau korang. I macam biasa takut. I know my body . I know how hard for me to lose weight with the environment yang ada sekarang. The only positive environment i ada ialah something i have to create myself or bila i pergi gym. Looking at strangers work out somehow made my day. some of them inspire me to be better too. My coach also tak jemu bagi nasihat kadang kadang even i tak cakap apa apa and i am thankful for that.Maybe muka i dah cukup melambangkan betapa burn outnya sis.Even he is young but i can tell he is way wiser than me. He told me something that happened to him in the past too but i am not intend to share here. Looks like everyone have their own struggles and fight their own demons. He fought his and i shall fought mine. I think overthinking ni steal joys from our life.Macam lari setempat penat tapi tak dapat apa apa. Selalunya i okay je. I truly enjoy my life .Cuma you know bila resuts tu stagnant kan i rasa macam ouch.. tapi gotta move on and try to be better la. Coach gave me new pdf harini. I also said something stupid  . I rasa i need to stop having this negative self talk. I can do this. It will get better , it always does.


Sebenarnya ada banyak lagi benda i nak tulis dekat sini. 
hopefully i can stay with this program sampai i betul betul dapat berat ideal i. 

And for that i need money.  Kadang kadang i rasa dia boleh baca apa i fikir
muka i nampak macam tak nak hidup dah ke?

he asked me to focus on my passion . i have  until end of this month to make my dream come true. btw kalau korang need personal trainer you can contact him dekat tiktok nama dia khairul adib @khrldb7.
i tak sure dia sekarang ada slot ke tak sebab client dia ramai but can dm him directly and ask. Tapi kalau dia busy korang cari jela personal trainer lain dekat peak fitness sogo tu ramai je korang. I think they are all friendly.

okaylah sampai sini dulu cerita i. 
nanti i akan tulis lagi post benda lain pulak sebab otak i dah penuh.
till then

ttyl

 Una Mn




 

September 23, 2026

A post to regulate my emotions

 






Hi,

dear diary,

lately princess penat. HAHAHA ala geli pulak.  princess princess. Lately i always running errands so i macam overwhelmed sikit. Syukur alhamdulillah for everything. i rasa i kena exercise good thought everyday. 


tapi ada juga beberapa perasaan negative i nak luahkan dekat sini supaya otak i lega.dah la i terlepas buat quiz for subject bulan ni. hilang 10 marks i. sedih tau.. tapi itu semua takdir Allah una. 


dear una,

please protect your peace, your energy and stop over analyzing. Dekat tempat kerja i banyak diam and focus jawab call sebab idk why every single time i get comfortable to talk to someone  people have a wrong idea

i'm just being friendly. How i know? on this days and age apparently gossip lagi laju dari covid.

= ')  . My past experience taught me a lot . I tak suka attachment i will avoid to get closer to anyone at all cost . I'm stuck with saturn phase  over few months now. I malas nak explain lebih. if you get it you get it

no saturn phase ni bukan astrology. Only specific person who smart enough will figure this out

What i do everyday is not to force this feelings to be gone but to let it flow and fade. Hence why i rasa i kena cari hobi yang boleh buat happy. Una suka hidup yang  ada purpose

more than anything i just want to be happy

i just hope that one day i tengok cermin tak ada rasa nak baling cermin tu dengan batu bata

i just want to be able to smile at the mirror and feeling i am good enough 

not to please others but me


i dont know why i am such a bully to myself. I kalau nampak je orang cantik orang glow up

i will feel very happy for them  but  when it comes to me why is it so hard for me to appreciate my own milestones specifically masa process lose weight ni?


if you feel drained jangan baca entry ni sampai habis. I have to channel this very negative energy yang terkumpul dalam otak i . i taknak cerita dekat sesiapa because i feel it is so unfair for others to listen to such a  heavy story. I faham semua orang ada their own struggle and banyak masalah hidup sendiri. Lagipun  apa i rasa ni semua adalah perasaan yang patutnya i boleh control. But punishing myself because of my own feelings wont do anything good either. Adakah una kena pergi pijak rumput ?

at this point i rasa bukan setakat kena pijak rumput. Mungkin i kena guling guling atas rumput tu sekali.

this bad thought need to go . I bukan nak cakap i islamic pun. I am far from perfect

i still tak menutup aurat sempurna. Masih lagi jahil orang kata cuma i nak hidup tenang dan bahagia. I pernah dengar ceramah orang yang dia dah tahu kan kerja dia ada interest ibadah dia tak diterima. Hati i jadi sedih. What options do i have now? 

secara jujur i dah terlalu burn out dengan kerja sekarang. I know staying here means i have to stay so i can pay my bills... tapi i taknak hidup bergelumang interest dah. If para strangers adalah terbaca blog i ni..

i humbly ask you to pray that "Nur Izzati Husna Binti Mohd Nasir " berjaya dapat kerja baru work from home, gaji banyak, bahagia, tenang, cantik, putih, kurus, sihat.

please? 

PLEASEEEEE... 


oh sejak i ambik personal trainer ni i banyak dapat random advise dari trainer i. Kadang kadang i tak cakap apa apa pun dia bagi. I tak tahulah muka i nampak macam tak bersemangat ke or nampak sangat muka orang tengah banyak fikir


one thing that stuck with me ialah he asked me to detached from things that i want . Okay this word mungkin tak 100 percent sama tapi lebih kurang la apa dia cakap

him : una .. you need to learn to detach from the things that you want. Macam you nak kejar rama rama. Kalau you kejar rama rama .. dia lari kan? instead of doing that you buat la taman cantik cantik bagi dia datang


me : okay *angguk angguk*



and then yesterday... i tak buat exercise betul. I kena tegur which is fine sebab memang tugas dia kena ajar sampai i pandai. tiba tiba dia bagi advise lagi

i tak tahu macam mana boleh sampai topic kerja. i told him tak suka kerja i sekarang i taknak kerja bank

i nak jadi penulis. so dia suruh i buat benda i suka. 


even before he said this.. this thing dah lama bugging me. I tak tahu apa yang membuatkan i tak berani sangat nak siapkan manuskrip and send my work to publisher. the worst thing that can happened kena reject je pun kan?


kan?

orang cakap jangan bagitahu plan kita nanti jinx. Knowing me that announce it or not when it comes to this i memang berat  sikit. So i nak challenge diri sendiri to send my manuscript to publisher before this end of october.


untuk itu sekali lagi stranger...  doakan yang terbaik untuk i. 

I dont mind being alone. All i want for now ialah  jadi secantik yang i boleh, sihat, kaya, hati tenang bahagia. freedom to choose the life that i want.  Tolong Ya Allah.. doaku yang paling serious


makbulkan ya.  Janji dah kurus nanti i tak backflip pakai bikini.

Kita cuma nak beli abaya cantik cantik lari kat taman kejar butterflies je HAHAHAHAHAHA



okaylah korang

i penat 

i kena tidur,


yang masih menunggu doa dimakbulkan tuhan


Una 







August 24, 2026

The most unhinged decision i ever made

 


Hi korang

i ada banyak benda i nak cerita. Pasal rumah  every progress tapi tu nantilah. I cuma nak share 1 benda ni yang i taknak lupa this is one of my wishlist. I never thought this time will come because honestly i contemplating nak buat benda ni lama dah dah.


I finally hire someone to bully me professionally HAHAHAHA. As you guys know i tengah nak turun berat. I rely on chatgpt to track my calorie. Lately i busy sangat with class, work and back and forth to my home 1 lagi sebab nak uruskan banyak benda (itu i akan cerita asing) . So dulu i consistent  i penat macam mana pun i mesti exercise .Momentum tu dah ada sekarang i dah exhausted dah tak exercise hari hari . I tak boleh biar macam ni . I tak suka diri i malas. One thing about me i punish myself more than others. I kerja pulak shift. 


di umur macam i, perempuan pulak macam macam nak kena jaga. stress level i kena kurangkan, kena allow diri sendiri berehat, kena cari kerja baru this work honestly i tak boleh nak cope. selain sebab interest sebab work load sendiri. So una kan.. una suka challenge. una suka fun

I have to choose my "fun". So i scroll tiktok one day termasuk live this one coach. I tanya dia soalan


me : coach.. what is your suggestion for this weight. tinggi i 163cm . I nak tahu work out routine sesuai. I track record  i pakai chat gpt je


coach A : una you kena full body exercise. You nak i guide boleh dm je i .

me: dm'ed him


coach A: explain sikit then  we set appointment jumpa dekat Gym on saturday


i sampai gym i cuma fikir oh i nak body consultation je . I sampai i terus cari toilet sebab i stuck jem sejam setengah . 


me : saya nak pergi toilet 

coach A: show me the toilet. 


okay masa pergi toilet lalu loker loker. So the gym is huge. I tengok surrounding. Okay .lepas tu coach mintak naik penimbang . Keluar result.  Lepastu dia show me around the gym. Lepastu baru dia cerita sikit apa benefit yang ada


ada 25 session one to one session. for 3 months and ada 35 session for 4 months one to one. Dia akan susun semua my diet everything. I have to report to him everyday apa i makan. He will advise me on my calorie intake. I ambik 4 months  35 session. 


lepastu every week minimum jumpa 2 kali dia guide me exercise. 


for personal trainer  package .... i paid 5.2k+

untuk gym membership i go for 6 months. i got 1 month free.  I tak boleh just ambik pt je kena jugak membership sekali. So demi ilmu because i have done this for a year . I ada turun but i still didnt know the right thing to do.  And i think it's okay i cuba. 


Sometimes bila kita malas kita perlu orang guide kita even kita degil.  tapi kalau i degil i la rugi. I paid him kot. If anything i kena jadi student baik dengar cakap.for a start dia suruh i beli weight lifting gloves. I dah beli semalam dekat decathlon. My first session with him will be this wednesday. Sebab dia ada client lain jugak . Kalau tak dia minta jumpa esok. So after i habis kerja i have to rush ke sana. 


I dapat sign up merch. At this point ... i suka ke tak suka ke  i kena kurus. HAHAHA. To justify my a bit financially questionable decision i told my cousin bella. Guess what? she said? baguslah tu . HAHAHAi know i can count on you to justify my unhinged decision =') . Anywaayyy wahai stranger semua yang baca blog i , i doakan korang mewah rezeki and doakan i sekali okay. I nak wfh! 





my heart still in saturn i already know this gonna take longer because i hardly fall.
If i fall , i fall hard and deep. 

but whenever i ingat  i doakan . Kalau tak silap... ustaz  cakap kalau kita doa benda baik dekat orang, nanti malaikat doakan benda baik untuk kita. Doa ni bila bila je boleh sebut korang tak sepertinya kat tikar sejadah je.
May all of us dapat semua benda yang baik baik okay?

As  for now seorang una cuma harapkan doa doa stranger. Benda lain i tak fikir sangat
i nak kerja baru, nak sihat, nak kaya, nak cantik, nak berjaya dunia akhirat. Eh tamak pulak


till then

Ttyl 

Love,

 Una Mn


August 18, 2026

Book Review : Building Meaningful Relationship By Ustazah Nur Hidayah Azman

 




Hi guys,
2  weeks ago i beli buku lagi . i nampak ustazah hidayah promote this book. Sebab i suka the first book so i got the second one.  secara jujur i tak expect i akan habis baca dengan cepat. What makes this book fun ada journal! I suka journal  i gues no surprise la orang yang suka menulis ni kebanyakan suka journal. 






apa pendapat i pasal buku ni? senang nak digest. Straightforward.  i paling suka ayat yang ni. this resonate with me so much. 




i believe everyone yang kita jumpa or crossed path dengan kita akan ajar kita 
one thing or two . Depending on how we see things .


sebab kita juga manusia yang selalu buat silap  and we might hurt others too
and from reading this book we can sit and reflect on how we treat others,
being human meaning we are far from perfect , we are bound to make mistake 
and it is important for us untuk belajar dari silap kita.

this book i bought from iman 
if korang nak beli jugak click here

i think ada banyak buku i teringin nak beli dekat sini
i ada nampak buku komik gaza harga dia tak mahal pun.
if you guys ada anak ke or nak bagi your siblings/ students ke beli la buku  kat sini okay
affordable  sangat harga dia

i sebenarnya tak pandai nak buat book review . 
i rasa korang kena baca sendiri and find out more.

how i define a book is a good book.

1) the content 
2) the paper texture
3) the cover

this book passed All three 

1) content wise  macam i cakap dekat atas . straighforward easy to digest. People like me yang english dia bukan level level cambridge pun boleh faham. And then font dia i suka.

2) paper texture. Hmm  i rasa semua orang yang suka beli buku tahu apa i maksudkan. Ada sesetengah paper dia ada bagi effect "sandy" . This one tak. 

3) The cover. If you dont know  antara fav colour i ialah pink and red . So 10/10 sebab ada 2 colour ni


saya minta maaf dulu la kalau ada yang cari buku ni termasuk blog i and nak tahu review buku ni
i tak professional. HAHAHA

jangan kecewa okay? as non professional and not so islamic una i rasa semua orang sesuai baca buku ni.
Even you introvert tahap chronic . After all  you will still communicate dengan orang unless you duduk gua bertapa dekat gunung ledang tu i no comment la

tapi kalau bertapa gunung ledang pun maybe you boleh baca jugak 
sebab maybe kawan you jin jin islam yang ada masalah relationship  who knows?
Hmmmm... They might need this book! 

HAHAHAHAHHAA 

Astaghfirullahalazim

okay okay saya gurau je..

tak tak.. 

menekan nekan pulak reviewnya


okaylah sebelum i merepek lebih jauh baiklah i tidur

till then,



Your non professional book reviewer

Una Mn













August 5, 2026

Kudrat 1968 High Council : Cast Reveal




Hi semua orang ..

tadikan i sempat pergi cast reveal kudrat 1968. Event tu i dapat notification last minute . I am lucky few fevertss yang dapat pergi sebab i perasan dekat telegram admin tanya siapa free nak datang event kudrat cast reveal tu.  Event bertempat di the campus ampang. Event akan start pukul 8 tapi pukul 6 lagi i dah sampai. I sampai dah ramai yang ada. I met  feverts yang lain. I cakap jujur i sebenarya penat sebab semalam i baru habis  hunting furniture for rumah baru tapi demi nak gembirakan hati sendiri i pergi  jugak . 




parking dekat situ boleh tahan senang very convenient. Kami dapat goodies from astroshow. Ada la dapat  wonda coffee. Tbh event tu tak lama pun sebab event start around 8 dalam sejam lebih dah habis dah. 



Yang lamanya lepas event i tunggu evertts habis  interview dengan media but as a fan i faham. btw Kudrat 1968 High Council ni akan keluar dalam 2 format tau korang. 4 episode dekat astro and then akan keluar movie . bila?

TBA (to be announced). 


Watak evertts dalam ni ialah ghaffar . Selain evertts ada Mierul Aiman as kuda (tengku uda),  Dai Fuad as PA, zarif Ghazzi  as Abbas, Chech Harith as Mazli, Akmal Asyraf as Piji. Dekat tengah tu sharul kamal dia yang nyanyi main soundtrack ni. Sedap jugak suara dia . 


after dia keluar event nampak dia keluar he look tired tbh kesian juga. Ramai fan nak bergambar kan. Sampai turn i ,  i cuma mintak dia wish i for final exam je. Surprisingly dia masih ingat i study . 



Evertts : una exam lagi ?

Me: Una tiap tiap bulan ada exam evertts.

nampak la muka dia pelik tapi malas nak explain banyak sangat.  so i make it short and sweet and after dapat video i  minta diri balik. Tbh i sumpah dah penat. Esok kerja unaaa HAHAHA

the things i would do  for people i truly care for need to be studied . Be it for friend, family or celebrity.Tbh young una will be surprised. I am not the kind of person who will join any fan club.




I guess never say never because you will never know. I memang suka surprise diri sendiri kadang kadang.

Macam haritu i ingat akan ambik kitchen cabinet dengan this one contractor but i ambik dengan this one company yang tak site visit pun. I just randomly go yesterday to factory untuk cari dining table tapi situ ada jual bed set ada mattress sekali and ada buat kitchen cabinet jugak. This girl beyond happy

Thank you Allah for making my life easier. I cant do all of this without you

truly we can plan all we want... tetap Allah jugaklah the best planner . 

 dalam gambar ni muka i tak nampak langsung. i memang sengaja . doakan i tak insecure lagi okay?



okay la korang 

i need to sleep 


till next entry !


ttyl 


 Love 

 Una Mn



July 29, 2026

Killing 2 birds in one stone , not all leaf falls but that he knows it by ustazah nur hidayah.

 




Hi,

beberapa lepas buku yang i beli from wardah sampai. Mind you i dah tunggu nak beli buku ni even before launching. Buku ni author dia ustazah from singapore i pernah post pasal  dia i think a few months  back.Masa dia launch i cuba beli online tapi payment method diorang cuma paynow . I tak ada paynow . I I minat ceramah dia sebab kita ni suka nak practice english. Suara dia soothing, lepastu dia speaking korang. Macam dengar podcast . As someone yang susah tidur baiklah aku dengar orang ceramah  boleh jugak invite rasa mengantuk dari dengar podcast cerita hantu and invite  benda bukan bukan pulak.


Korang pernah terfikir tak nak guna syaitan in a good use? I mean syaitan kan tak suka kita dengar ceramah or baca buku agama.  

Kita dengar ceramah and baca buku = dapat pahala = syaitan tak suka

syaitan tak suka =  dia buat kita mengantuk = insomnia saya tiba tiba pulih dengan izin Allah

di sini , syaitan di pergunakan = una baca buku agama = una dapat pahala = una dapat  banyak information berguna



cat be like : kau merepek apa ni cetan?


killing 2 birds in one stone isn't it? eh tak macam banyak je burungnya. macam melempar 1 batu dan semua burung mati. so slay .


Alhamdullillah road to jannah 

HAHAHAHA 

oh book review? 

nanti i buat sebab kita ni konon book review takut tak jadi. I dah habis baca  tapi rasa nak baca balik sebab ada beberapa kepingan ayat yang i suka.Sangat resonate dengan i . 










thanks to wardah bookstore yang buat i dapat beli this book without having to go to singapore. Tapiiiii i rasa i might go to singapore for wardah bookstore. So cantiklah korang. If korang nak tahu i memang sukaaaa bookstore. Asalkan buku. Tsutaya tu i dah buat macam second home .  Buku and notebook i memang suka. Lepastu i ternampak video haritu alif pergi. yihhhhh jiwaku meronta ronta.  


okay la i nak keluar ni . sebagai seorang muslim yang kacip i minta maaf kalau tidak menunjukkan contoh yang baik dalam entry ini. Risau pulak kalau  ustaz ustazah baca. tujuan i hanya satu untuk menghiburkan diri sendiri haaa gitchew.  



iklan sikit before we end this entry
i see potential . i manifest this.
Allahumma inni as aluka.. una secantik ini.


sekian, yang baik datang dari Allah

yang comel, cantik.. hmm on the way  HAHAHAHAHAHA



si kacip tapi not so muslimah yet,


 Una Mn

Pindah Rumah & Valuable Life lessons