December 29, 2025

Dear Diary What the F**k

 





Hi  semua orang

maaflah title ganas sikit.  vibe entry kalini chill chill je sebab i dah habis jawab final exammmm!!!

This mark the end of semester 1 .  I jawab exam tu semalam. Even i tak tahu i buat betul ke salah tapi entahlah guys  benda dah jadi dah pun.  Apa pun result i kena terima . Oh btw january nanti i ada beberapa urusan i kena buat. My ptptn kena resubmit balik application and tadi i dapat tahu i still kena pergi the team building. Sebab tu la kenapa title post harini ganas. I tak suka kena paksa korang. I tahu purpose of this team building. Physically i think i am not capable untuk main game tu semua. Faham tak!

kalau i jatuh siapa larat nak angkat :/ . Lepastu i think korang pun tahu my condition. I kan tengah nak kurus kan . even i exercise dekat rumah i just pakai treadmill je. I ada beli benda yang berat tu apa nama dia tah. Korang i angkat benda tu  kan every single time i exercise angkat berat i mesti bleeding balik. T_T

penat tau tak. Kita nak kurus .  Kalau i tak angkat berat pun contoh i zumba ke or angkat kaki i paras perut kau tunggu malam tu perut sakit sangat sangat . I malas nak fikir negative sebab doctor dah suruh i fikir positive je so yeahhh ni la i nak buat sekarang ni. 


korang rasa i patut buat apa? walaupun korang silent reader korang mesti setuju kan i tak payah pergi pun team building tu. :"D (siapa setuju i bagi choki choki)


Hmm ke patut i pergi je lepastu i buat buat pengsan. HAHAHA. Haihh. I kannn lebih rela diorang kata team building tu diorang ajak picnic pastu i kena masak. I lebih rela masak bagi orang makan. Lepastu kita sembang sembang daripada you ajak i buat aktiviti macam tu. I self aware i ni berat tahu  tak.

berat mata memandang berat lagi berat badan i. I dah la sensitive nanti karang siapa siapa masuk team i mesti bengang kalau kalah. hmmm :"D


okay enough about that part. Korang  berbaki lagi 2 hari nak masuk new year ni  i berharap tahun baru ni 

kualiti hidup i semakin okay. I nak gembira je. I nak kurus, sihat, cantik. Kalau umur i panjang i akan cuba pastikan 2026  hidup i semakin ceria . Tak kisahlah umur i berapa pun. i tetap rasa there are so much to explore. I tak nak set limitation dekat diri sendiri dah. I hope la kan orang orang yang baca blog i ni semua dapat benda benda yang baik dari i. I hope la i give a good vibe and good energy to people 

it's okay if people hate me for my look. i mean understandable i am not everyone's cup of tea.

I hope  apa apa perkataan yang i taip dekat sini tak menyakiti sesiapa. Sengaja or tak sengaja.


sekian,

yang nak fresh start


una mn



December 27, 2025

Makan makan with my family before the year end

 



Hi korang...

Tadi i pergi kl east mall for the first time. Walaupun esok final exam i peduli apa. Hidup ni bagi i kita kena enjoy juga . With limitation of course! Pertama sekali i happy i dapat jumpa my niece. She is  so active. Btw i dengan siblings tak lah jauh sangat rumah tapi kita jarang sangat jumpa . Kami makan dekat gula cakery. Memang tak diet la cerita dia harini. 🫢



Lepas makan kami pergi masuk toy r us before kami berpisah. I went to tomei. I nak cari cincin untuk diri sendiri . I nak tukar my ring. I taknak 2 nak 1 je. I punya ring gold one so i nak tukar jadi emas putih. Ada saiz tapi it looks funny sebab i punya jari mok 😂😂.


Lepastu i went to time square for mani pedi and callus removal. Settle semua tu i pergi lepak ampang park. Selalunya bila i balik kerja i lalu situ i suka sangat tengok orang main skateboard. Tapi selalu i tak lepak la sebab dah penat. Tadi i lepak situ sebab i rasa okaylah why not lepak kejap and enjoy the view


I tak lepak lama pun. Sebab lepastu i balik rumah terus sebab fikir esok nak  final exam. I nervous sebenarnya korang tapi takpe kita cuba. Korang doakan ya segalanya berjalan lancar. 



Btw semalam i dapat berita sedih. My agent medical card and hibah meninggal dunia semalam. She was a very nice and warm. Dia meninggal sebab sakit. Pengsan dekat rumah. Semoga amal ibadahnya diterima disisi Allah.

Sedekahkan alfatihah untuk nurul syazwani binti kamaruddin. 


Okay la korang i penat i nak tidur dulu


Good night!!


Ttyl


Una mn







December 25, 2025

Sembang christmas dan insecurities yang membunuh

 





Hi everyone

harini  i happy sebab i kerja. entry lepas i cakap i punya cuti last minute kena tukar kan.. tapi luckily i, S & N  dapat swap offday and kami bertiga kerja harini. the other 3 cuti. Harini i join next batch punya group sebab orang yang usually guide kami cuti jugak harini. they will be working on saturday. So i can meet my niece aleesa. Ni kira macam our yearly tradition makan makan before year end. 


oh btw korang final exam i ahad ni. wish me luck tau! ikut hati i nak jawab cepat cepat je. tengok nanti macam mana.  Harini i pergi kerja bawak kereta. balik tadi i send my teammate pergi lalaport sebab ada team building. i supposed to go too tapi i taknak. Tapi dengar cerita sooner or later i still have to go. Eish i seram sejuk la tadi. Masuk je parking i terus meremang. I tak tahulah kenapa i rasa semacam. I pun tengah  period. Hmmmm.


btw harini super relax call tak banyak. I berkenalan dengan budak batch tu. Ada  dan, farhana and hani. Diorang semua peramah. Ada guide nama shah. he is nice too.  I tengah cuba diet tau korang . They gave me cupcakes la, buah la. so comel. 

 i have one week left before this ojt end.  Esok start la week 6. I am so nervous tapi hopefully i still get the help i needed. Kalau schedule tak berubah ... I dengan A might work in the same shift. 


semalam i ada meeting dengan HRBP . so adalah benda benda dia tanya. I  openly said that i am still learning and please sabar dengan i. oh hrbp i orang philipines. I lupa nama dia apa tapi let name him X


X: can u share your journey in ojt iris ?  any improvement that we can make to make the training experience better?

 

i : i am still learning. it's been challenging and please bear with me. If anything that need improvement 

   is me. only me .

X: (pandang i concern ) iris.. are you about to cry?  please dont say that. You not giving yourself credit enough. 


i: i think i can do more.

x: be patient iris.. everything need time. You are doing good



bila dia cakap macam tu i nangis. :/ i tak tahu apa masalah i. i mean why i keep doing things like this dekat diri sendiri. I hope one day i can love myself more and more. 


maybe sebab for now i tak suka apa i tengok dekat cermin . Kesian dekat una (iris: my contact centre name).  Susah jadi orang insecure ni. 



Sayang diri sendiri ya una.. kalau you tak percaya, tak sayang diri sendiri siapa lagi nak buat kan?Dont beat yourself up . If there is anyone yang should treat you right .. it must be you. Jangan harap sesiapa nak treat you better if you sendiri treat diri you macam sampah.


okay sekian luahan hati i harini.



sekian .. 


yang tak ingin lagi insecure


una mn


December 22, 2025

character development, cinderella resign jadi cinderella, skill gatal iris?






hi guys..

beberapa hari i mendiamkan diri sebab i busy.  this past few months mengajar i banyak benda. I think this year macam a reset year for me.  I keluar dari comfort zone and i kinda like it. I rasakan sebenarnya kalau lah i buat novel kisah hidup i sendiri mesti orang macam tak percaya .Dulu dulu masa zaman i masih sekolah masih naive bila i tengok cerita korea i selalu set dalam kepala hmm benda ni ada dalam movie je. 

 tak sangka i akan lalui benda ni betul. I enjoy every part of it. the goods and the bad one.  Sebab bila i baca balik kenangan i yang sedih sedih i pernah tulis dulu i rasa  benda tu penting untuk shape character diri i yang sekarang. So mungkin this chapter nak shape character i ke arah lebih baik?


oh tadikan korang  i ada meeting dengan encik D.  dia macam boss jugak la. orangnya baik murah senyuman. So dia mintak kitorang semua luahkan la apa apa challenges yang kitorang hadap sepanjang training. I share my parts which i rasa he  need to know jelah.  Jujurnya i bukannya nak salah sangka dengan orang. I rasa someone address my problems to him . sebab dia asyik tanya soalan tu dekat i.


hmm obvious ke eah i ni selalu kena benda bukan bukan kat office? kalau medic ada jonah.

contact centre ada i . :'D .  ke i je banyak fikir? itu yang kita tak tahu tu. He is nice . he just try to solve our  problems . Korang nak tahu tak i selalu dapat case pelik pelik. tapi tu la sampai situ jelah i boleh share. lebih lebih tak dapat . p&c kan korang.i rasa lumrah la kerja macam ni kena marah marah hari hari. Tapi nak tahu tak skill i acquire recently?

skill menggatal . hahahaa ya ALLAH ya tuhanku maafkan hamba. tak tak maksudnya macam ni. flirt to get yourself out of trouble.  jap macam salah je .

tapi dia kena dekat lelaki straight ar kalau gay tak jadi apa apa. I sumpah rasa nak muntah dengar suara sendiri yang terlalu lembut macam pijak semut pun tak mati. Kalau dengar suara sendiri tu macam alahai anak siapa ni sopan betul.    terpaksa la kan.   tadi ada customer tu i kena follow up. dia call lagi cakap dengan kawan i.  he want to speak to me and only me. 



A: babe kau kena call encik I .. dia nak cakap dengan kau jugak. dia taknak cakap dengan aku. dia mengamuk ngamuk tadi.

me: alamak seriouslah. (nervous)


sebelum call dia sis baca bismillah, ayat qursi, habis segala ayat sis baca. betul ke dia mengamuk. alamak. sis hembus hembus sikit dekat muka macamlah dia nampak muka aku. HAHAHA

mujurlah kan diorang taknampak muka sis. Kalau tak confirm dia jadi singa. HAHAHA . ni kita bukan kutuk diri sendiri. tapi kita self aware kita belum kurus . secara general  rupa saya tak mampu buat lelaki cair.  :/ 


tut tuttt (bunyi calling)

 me: hi sir.. this is iris ... i am calling from *** we spoke before ( nada paling lembut kalau  cinderalla dengar dia pun resign jadi cinderella) 

mr i : hey..ya iris.. (suara ceria lepastu mula bercakap luahkan  about the issue)

sis layan jela sebab obviously customer tak salah. he is right. i pinjamkan telinga i untuk dengan problems dia. i kena pujuk dia untuk bagi masa. 

lepas letak  call sis rasa lega. Alhamdulillah kuasa tuhan. Sis dah imagine dia mengamuk ngamuk  macam hulk tadi. Dengar customer ketawa i happy. 

begitulah ya kehidupan. demi sesuap chipsmore terpaksa la menggatal  bercakap sesopan mungkin.i rasa kalau my mom dengar dia pun ingin muntah.  kawan i sebelah meja pun ketawa geli hati. So dekat sini berapa skill i dah dapat? 

skill menggatal bercakap sopan macam perempuan melayu terakhir + skill memujuk. Siapa kenal i in real life tahulah muka sis dah la rbf. pujuk orang memang tak pandai. :'D . kalau jadi good listener mungkin boleh. bab pujuk ni ya Allah . tak reti aku. tapi mungkin sekarang dah boleh la kot.



A: amboi kau patutlah dia nak cakap dengan kau je. kemain gedik kau kan

me :  baiklah aku gedik dalam call dari gedik depan depan tak kuasa .



tapi problems solved for now....  and for customer yang perempuan tadi i  guna * cheat code* HAHAHAA

i cari manager lelaki! so masa nak transfer call tu i terpaksa cakap lembut dengan manager tu mintak tolong. tips dia kena buat buat panik.  suara  paling ayu i buat untuk minta tolong . HAHAHA macam setan . ibarat wanita  wanita lemah minta bantuan.  ðŸ‘€ðŸ˜‚

sorry la eah nak hidup kenalah. tapi maafkan saya encik  whatever your name is.  Yang penting  terima kasih sebab tolong. Semoga  duit encik kepuk kepuk setiap bulan amin!


i rasa kan i dah pandai berlakon. oh my god oh my god! inikah dia side effect masuk fan club artis?

HAHAHA tapi itulah dia kawan kawan .  Anyway i geram sebenarnya sepatutnya i masih cuti sabtu ahad tapi tiba tiba last minute diorang tukar cuti i. christmas patutnya i kerja. dia buat i kerja in saturday. I dah ada  janji dengan family untuk makan makan. Sejak arwab abah meninggal mama masih sambut birthday abah setiap tahun . Ini tahun ke 3 kami akan sambut birthday abah tanpa abah. I ikutkan jelah mungkin cara tu buat mama happy.  Sorry mama orang tak dapat cuti. 

i dah try appeal tadi. tengoklah esok macam mana. Kalau tak ada rezeki takpelah.


korang thank you sudi singgah baca . i know i banyak silent reader. kalau  baca una di phase umur 19,20 tu jangan gelak eah. I tahu i childish gila. I was so in love and so naive. So memang entry entry lama i cringe.  :'D


okay tu jelah eah for now. I nak kena exercise ni. semoga lemak degil i dah tak degil dah. 


sekian 


ttyl


 una mn





December 10, 2025

Good news pagi hari and work dilemma

 


Hi guys..

harini pagi pagi i baca good news. Evertts made it to top 5!!! as fan  i happy. i rasa fan yang over excited. Tapi takpe kita excited lebih lebih kan. Janji tak kacau orang. Apapun result dia jumaat ni i tetap je sokong dia . Tapi kalau boleh kita naklah dia menang. Anyway since abpbh kena bayar kalau masuk and ticket sold out dah pun. Kita doa dari jauh jela. Teringin nak pergi sebenarnya nak  jumpa one last time for this year sebab next year jadual tak menentu lagilah susah nak jumpa kan. kitanya tak kerja office hour.


oh btw korang kan class english i dah start kan. i punya assignment kena pick movie and cerita kan about that movie. As leader group i kena bahagikan tugas. Ni i menulis ni i tengah pening nak bahagikan macam mana teammate i ada 10 orang termasuk i. 


Work dilemma ..... 

i jujur i tengah belajar suka kerja ni. Hari hari i kena hadap ragam manusia.  I  on the way kerja tu i kena bagi pep talk dekat sendiri dulu.  Whatever happened hadap jela. Tadi i jumpa manager i . Tbh i appreciate her intention . She just want me to take calls independently. I selalu cross check with f before i submit apa apa request on behalf of customer.  Being misunderstood is something yang i rasa i dah tak ada energy dah nak explain. 


I tak salahkan dia if her view on me tu macam i tak bagus and kena speed up. Cuma i a bit sad la actually.

dia macam okay sedih tapi i biarkan je diri di salah anggap. Somehow i am used to it. I know i should defend myself tapi tadi i penat sangat. i prefer diam .


i cuba untuk tahan dekat sini sampai i dapat pindah different department. tapi tu semua atas rezeki Allah la kan. Malas nak fikir lama lama nanti gila.


F somehow nampak perubahan i. she try to pujuk i. dia tanya i manager cakap apa iris?

i  ni masalahnya taknak bebankan kepala f. so i cakap tak ada apa. call me stupid but entahlah .


kadang kadang i fikir am i being too nice or am i doing the right thing?macam mana pun i akan cuba sedaya upaya untuk kurangkan kebergantungan i pada f. I honestly have so much that i need to improve


i am aware. sebab macam i cakap banking ni process dia banyak. I tak boleh cerita details. and ada je updates yang i kena aware. 

i take this as a challenge. Takpelah una.. you do what you can


Let go and Let God. 


Allah know what is the best for you! 


sekian


yang malas nak bergaduh



una mn

December 6, 2025

Keluar dari comfort zone and una taknak pindah?

 



hi everyone


tahu tahu dah december kan?  work lately agak mencabar tapi i suka. banyak benda i belajar. 

since i serving singaporean customer i  mula mula ada rasa sikit risau la. You know language barrier tu adalah jugak sebab most of them start call je terus cakap cina. Walaupun i belajar mandarin tapi dekat sana bahasa dia campur hokkien semua so of course sis tak reti. Everytime i dapat call i cuma cakap macam ni


can u speak simple english? so i slow slow la guide them and try to understand apa diorang nak. 

navigating the system a bit challenging jugak sebab yelah banyak kan. Dulu i pernah kerja macam ni for grab serving singaporean customer . System dia simple je. Tak susah.  Bank however a bit challenging. Product knowledge kena power. Lepas tu kena rajin membaca, rajin tengok email. 

lebih kurang macam i kerja bytedance dulu.Hari hari baca updates tapi bezanya dekat bytedance i tak cakap dengan orang. I kena glue my eyes to screen and tengok video and decide what should i do based on knowledge i ada.

bank different. Kita handle manusia. silap sikit memang naya. HAHAHA

tapi that's life.  oh anyway bulan ni class i cuma english je. i guess diorang nak suruh kami settle muet cepat cepat.  Anyway korang satu lagi sis rasa sis nak start bawa bekal pergi kerja.

maybe i can meal prep and bawak pergi kerja. jimat masa . semalam f buat coaching dengan i.  f beritahu i silap dekat mana. I  nak belajar as much as i can sepanjang period masih ada orang guide ni sebab on january i kena start dah pandai pandai sendiri.

tbh kerja ni bukan kerja impian i tapi i take it as a challenge. Sebab kita takkan pernah tahu potensi sebenar kita unless kita berani keluar dari comfort zone.


so here i am beranikan diri keluar dari comfort zone.  Kadang kadang i saja fikir mungkinlah  Allah bagi i rasa kena surgery haritu buat i insaf and rasa nak berubah. rasa nak kurus . start jaga makan. walaupun susah sebab i sedar i ni sweet tooth. i suka cafe hunt. suka minum air manis. bila dah gemuk dah sakit baru reti nak insaf.


who knows kalau Allah tak bagi i sakit? mungkin i tak reti nak insaf.


 i know sekarang i masih je gemuk but at least i cuba .  susah macam mana pun i cuba. hari hari i nasihat diri sendiri jangan give up. hari hari i bagi diri i semangat.Buat untuk diri sendiri una. kau kena sihat banyak benda kau nak capai dalam hidup ni. i dari kecik memang ambitious. 


una dan segala impian una. dapat tak dapat tu belakang cerita. i suka hidup i ada purpose. i rasa hidup i lebih bermakna,  oh anyway haritu i subscribe tonton lagi device ke 3 untuk undi evertts. no he didnt know i did that.  i think he dont have to know. i suka tulis sini sebab i rasa nanti dah tua i baca balik i mesti happy sebab wow i ada energy yang supportive. gittew.  


i tak ada anak lagi and mungkin takkan ada anak. iykyk. i dont mind at all. maybe i will spend my old days with my cousin bella. kita  jadi acik acik lepak mall coffee coffee . HAHAHA.entahlah tapi untuk menjayakan itu i kena kaya dulu la. anyway tadi interior designer call i . entah siapa bagi nombor.


i cakap rumah i tak siap lagi.  dia cakap hmm tak lama lagi siap la tu. it is a sign or? entahlah i tak ready nak fikir.  i sayang damansara sangat sangat. pindah puchong yang hampir dengan  cyberjaya/putrajaya buat i nervous. 


apa apa pun keputusan i buat nanti semoga tepat dan tak buat i semak kepala otak. hahaha


jujurnya  i berat hati. tapi tulaaa dah terbeli kan?  korang doakan  urusan i dipermudahkan. 

macam i cakap sebelum ni. dalam hidup ni selain kejar cita cita i cuma nak gembira.


hidup gembira tenang aman damai. taknak bermusuh dengan sesiapa.


kalau  you rasa i jahat okay you betul. kalau you rasa i annoying okay suka hati you.

kalau you rasa i perempuan gemuk menyampah tengok muka okay jangan tengok.


jangan bimbang jangan risau jangan goncang.


as much as you dont like me...  i can confirm that our feelings is reciprocated okay?

i pun mungkin tak suka you jugak . HAHAHA



okay sekian luahan hati saya harini..



till then


ttyl 


una mn

December 2, 2025

Fevertts my happy pills and bucketlist una

 



Hai guys..

harini alhamdulillah kerja i okay compared to yesterday. semalam i rasa sangat teruk. I dah menangis dah pun. semua sebab kes hari jumaat. i nak explain pun tak boleh sebab benda privacy . I was not in right mind on friday. so semalam i menangis lagi.  Tapi sabtu i happy. I jumpa my fav celebrity and my other family iaitu fevertts. I suka tau stalk ig fevertts ni selain i stalk our starboy .  mochi, farah, ijan, dewi, adlina, tiqa , sha. syarul. Diorang rajin tau tak pergi event. Diorang supportive gila. I dapat rasa vibe and energy positive diorang tu. Eh tapi stalk yang baiklah bukan stalk yang tak baik. 



Sekarang kan bulan 12. so dalam sebulan ni i harap la dapat jumpa diorang lagi sebab bulan 1 i tak tahu shift apa and cuti bila. Setakat 3 kali jumpa ni kebanyakannya hari sabtu. Kalau  boleh kan ada event bagitahu la awal sis boleh arrange untuk join. i mean kalau tak ada aral i memang nak join sebab koranglah my happy pill hahaha. 

oh ni random jela i tiba tiba teringat sebab i read something he post tadi. i feel bad for him. I tak tahu la related ke tak dengan yang dia pernah tercerita dekat kitorang masa jumpa dekat air terjun last month 

evertts  cakap dia pernah kena fitnah .  kesian dia.  dia tak cerita lebih la tapi hmmm that's sad.  sebab artis ni kan diorang nak cakap lebih karang esok keluar artikel la . sekali lagi sis cakap ni... dia tak cerita detail i pun tak tahu siapa fitnah dia, dimana bagaimana sebab  as much as i like him sebab dia celebrity fav i .i faham  dia manusia biasa . Siapa je tak sedih kena fitnah kan? . Walaupun dia tak mungkin la baca post ni tapi i hope he know that he have nothing to worry about. Sebab orang yang nak percaya you tetap akan percaya you so focus pada orang yang percaya you je. Fevertts akan sentiasa support you inshaAllah.

At least i know that i will support you. even maybe lepas bulan 1 shift tak menentu i mungkin tak dapat nak join sangat event i will still support you by watching whatever  cerita yang you berlakon. 

tapi i will try to make time to join la sebab macam i cakap i love fevertts family . Korang add colours in my life. Kita kan bila stuck in routine kadang kadang  rasa alaaa benda sama je kita buat.


i taknak spend hidup i in a loop. So yeah this is fun.  Oh antara benda lain yang fun kan i rasa i teringin nak buat tapi  kena tunggu i kurus dululah. I teringin nak horse riding and archery . Bestnyaaaa !!!

lepastu i nak pergi hiking. Tunggulah when i berjaya nanti buang semua lemak degil ni. I nak buat semua benda ni. Dia macam "bucketlist" una sebelum mati. Kenapa lain macam sangat tajuk dia . Tak tak ..

i taknak mati lagi. I tak rushing lagi nak mati tapi umur tu rahsia Allah kan?


I nak belajar diving, i nak belajar memanah, berkuda, diving. I suka belajar . So hmm semua ni perlukan duit. Semoga Allah izinkan i capai semua benda ni.  Untuk badan sekarang ni i tak boleh buatlah. That's why i kena kurus supaya semua benda ni tak jadi sekadar impian je.  Anyway korang i sebenarnya ada je turun berat cuma tak nampak sangatlah. I takutlah nak jumpa doctor bulan 2 ni. Marilah kita berdoa i tak payah repeat procedure haritu. 


Oh anyway semalam i beli buku tau. I suka betul book store dekat intermark tu.  I tertarik dengan pen ada kat situ jugak. teringat arwah atuk bila tengok pen tu. Atuk i dulu ada pen macam ni and i suka pinjam. 

Pen dia mahal jugak cuma tak semahal i tengok tsutaya semalam. Nak tahu ke buku apa i beli? 



cerita ni kan macam  vibe cerita loki sebab tu i beli.
nanti i dah habis baca i review okay?






okaylah korang i nak tidur dulu. doakan i berjaya kurus, cantik, sihat okay? 


tu je la for now


ttyl


 una mn




November 22, 2025

what is wrong with iris 101, kembali ke zona tenang

 




Hi guys macam biasa i memang tapau semua sekali dalam satu entry.  Sebenarnya kan i tahu je ramai tak suka i tapi i tak kisah sangat sebab orang yang tak suka i tu pun tak penting dalam hidup i.  ada a few people yang i notice la reach out to me when they know about my retrenchment. I can read room .  I can feel the vibe. Kadang kadang i pelik jugak.  I ni sangat menghargai every little i ada . dia camnilah konsep dia ya. aku beli air boost pun aku gembira kau faham tak? 

some people find it annoying. Macam mana i tahu? i agak ke? taklah macam i cakap tadi. i kena retrenched tapi ada la a few reach out sebab concern. ada reach out because genuinely nak tahu. ada yang i know memang nak add salt to the pain.  Tapi sebab i ni nak keep my inner peace malas la aku nak layan. 


kita nak ke arah mood mood bertenang. kita nak positive je.  oh btw i kan cubalah minta tukar nama dekat department i. i taknak guna nama iris dah.  tahu tak semalam ada satu kejadian yang i kira aneh la. sumpah benda ni pelik.  At this point takpelah kalau kejadian tu jadi sebab manusia nak sabotage aku instead of benda lain yang nak sabotage aku.


haaa aneh kan?


okay macam ni. i kerja call centre. ada hardphone. every hardphone ada extension number berbeza. 

so pagi pagi before call taking i set up my pc. ada 1 software ni  i sorang je tak boleh masuk and guess what? my phone extension status tengah call orang. Tapi sebenarnya tak ada call siapa siapa pun.benda ni buat my manager pelik.  I pandang s.. s pandang i.


me: s .. at this point i dont surprised already. am i cursed? (muka letih)

s: weh what is wrong with you . kesian la youuu everyday ada je kan 

me: what is wrong with iris 101.  (senyum pasrah)


okay then they switch hard phone. i get another number.  i start lewat so i keluar break lewat dari team i. 

i habis rehat kan.. the hard phone switched back. dia pergi tempat asal dia.


me : f.. hmmm you changed the hardphone?

f: eh siapa tukar?

me: no i tak tukar.. i baru habis break

f: dia ambik and tukar balik


kalau kannnn  orang tukar sebab nak guna i faham tau. ni tempat tu kosong. cubicle tu kosong. 

it  was odd korang faham tak? tapi tulah i dah merayu nak tukar nama tak boleh. mari kita berdoa kepada tuhan yang maha esa supaya urusan hidup i di permudahkan.


lepas tu harini i supposed to submit my assignment. i tidur 4 pagi siapkan my part. i gave them time to buat lah. guess who buat hal lagi? the same person as last month. I terpaksa la menekan nekan sikit. I rasa kan semua orang yang decide nak sambung belajar ni kena ada disiplin dulu. You tak ada disiplin tak guna you belajar tinggi.  Sometimes it is not about certificate. Ada je orang yang chose to not sambung belajar tapi sangat berjaya dalam hidup. macam contohnya dato alif syukri.  Dia kalau nak malas tak effect orang lain takpe. I harini ingat nak pergi tengok movie tau. I terpaksa cancel sebab i nak tunggu dia siapkan assignment.  Me in my 30's i tak nak gaduh. i nak di fasa tenang.


i ada tengok video pasal hidup ni. Kita nak positive kena selalu pilih perkataan positive . Baiklah mulai harini i nak jadi positive kali sejuta.  bukan toxic positivity la. kalau sedih kenalah sedih. maksud i..

i nak bersangka baik je dengan setiap masalah.   I perasan kan makin banyak silent reader. 

i happy cuma korang kalau baca blog i masa i remaja jangan la judge. i sendiri baca macam cringe. But for some reason time i macam tu la i happy . ada banyak kakak abang blog rajin layan i.   rindu jugak dekat diorang.   Ada yang follow i dekat twitter. Masing masing dah khawin kan so maybe tak ada yang blogging sangat macam i. I suka blogging sebab i rasa  bukan semua orang good listener.  blog ni kalau dia manusia dia pun malas nak dengar cerita i. bayangkan dari umur i 19 dia kena dengar cerita i mesti dia dah muak. dari i bercinta putus, ada crush lepastu heartbreak. Dia macam bestfriend i . 15 years dia dengar masalah sis. Kalau dia manusia i mesti dah kena siku hahahaha


okay la korang .. i rasa sampai sini dulu kot.  Nanti i akan meluahkan kat sini lagi. I tengah study week ni. 

wish me luck korang


ttyl


 una mn





November 20, 2025

Una the baby of the group and training phase dah habis.

 




Hi guys.. 

harini  i macam overwhelmed sikit. Korangggg semalam kan i kan i failed all three  call asessment. 

Adakah i malu?  sikit tapi kawan i semua supportive. Punca i fail simple je. sangat simple.  I tak boleh la cerita details tapi  yang call i and evaluate i tu orang kerja situ jugak. Basically dia akan call i and evaluate my call handling.  Punca fail very minor very very minor . 

so harini i kena repeat.




and out of 3 calls type i lulus satu je.  lepastu i kena repeat lagi 2 type. nasib baik i lulus jugak. I pernah kerja customer service tapi dah lama tinggal. Macam i cakap my company ni sangat strict. So yeah understandable la . I  rasa hidup i sekarang macam  bewarna warni. Sebab i suka la kawan kawan  diorang supportive . I always be like the baby of the group walaupun diorang muda dari i. They love to pamper me so much. I happy i have them in my life right now tapi i taknak la jadi bimbo. 


I miss una . i mean i miss myself yang independent. Masa dekat bytedance i tak mingle dengan orang. I isolate myself. I naklah ada kawan and dalam masa yang sama i skillset yang bagus. Adakah i overstimulated?

i dont know.  Habis je call petang ada graduation. So after break free time tu our training lead suruh kami pergi buddy session. Me and ashley go to buddy dengan syakir. dengarlah call syakir.


kitorang kenal kenal la. sambil tu dia ajar la kitorang apa yang patut. Nak tahu i buat apa? okay ni i takut jugak sebenarnya takut syakir ingat i nak try dia. hopefully dia tak fikir macam tu la. kenapa i cakap macam tu . situation dia camni.


i dengan ashley masing masing connected dengan wire dia la boleh dengar apa customer tanya. Syakir explain pasal kes tu (i tak boleh disclosed) . I dengan ashley faham je apa syakir cakap tapi customer tu tak faham faham.  I dengar lama customer tu bebel. I tersandar dekat bucu meja and i tertidur. Dari segi posisi i macam tengah stare dia buat kerja tapi sebenarnya i tertidur!! HAHAHA


what the hell la unaaa.  Btw kitorang dekat tempat kerja semua pakai floor name. I sampai lupa nama sebenar ashley ni apa. Nama i apa pun i tak tahu diorang ingat ke tak. Syakir pakai nama betul dia.


so masa kenalkan diri tu syakir tahu nama i as "iris" jela. Thank god!!!  Kitorang duduk dengan dia 2 jam jugaklah. i tak tahu dia perasan ke tak i sebenarnya tertidur kat situ. maybe dia perasan la kot dia malas nak kejut . HAHAHA. Kalau ashley perasan dia memang akan tepuk i. 


 Anyway i sebenarnya agak nervous tapi i nak cuba kawal nervous i. As aries i kena process this thought cepat cepat. I tak suka la kena panic attack macam ni. Menganggu betul. I rasa i might be overwhelmed. 

i kan tengah degree. tak lama lagi final korang. next je i final dah. Ni i kena siapkan assignment i pulak

i suka hidup i busy macam ni sebab i rasa hidup i bermakna.  Korang doakan segala i usahakan berjaya okay?


i sayang blog ni. even korang korang ni silent readers je i okay . I mungkin tak tahu siapa masuk dan baca blog i tapi bila ada orang baca sedikit sebanyak i rasa happy. walaupun kadang kadang entry yang korang baca tu mengandungi una di masa lalu.  Una yang childish, una dalam phase sedih.   That is me guys.

Ambik yang baik dari i yang buruk jangan ikut okay?  Pasal iris dan segala masalah tu i sekarang cuba nak brainwash iris untuk jadi macam una. ada quality pada iris yang una tak ada . Cuma i nak iris jadi lebih tenang macam una. Iris social butterfly. Una kena belajar dari iris part yang tu. Una taknak jadi social butterfly pun sebenarnya una cuma nak ada connection je.Okay korang cukuplah luahan hati i harini. semoga Allah mudahkan semua urusan kita. 


ttyl


 una mn




November 18, 2025

naik grab kena pop quiz and pep talk

 


hi guys. .. i dah masuk minggu minggu genting .  siapa follow kisah i dengan diri i juga tahulah. Jap jangan pening. me and  iris. the other me. Dah macam pompuan gila dah aku menulis.  okay macam ni... semalam i decide nak terus pergi buat mani pedi and callus dekat time square. Sebab semalam i tak drive pergi kerja. Habis kerja je hujan lebat i terus book grab ke sana. Bila hujan memang jem teruk la KL ni. i tunggu dengan sabar.





i dapat driver grab yang super peramah. I layan jela dia sembang. Dia sembang pasal makanan dengan I.  I know i gemuk. I know pakcik tu tak tahu i ni tengah nak cuba diet. Dia mungkin tak tahu jugak i pandai masak. eh tibaaa . HAHAHA 


okay dia sembang dengan i buah ni sesuai buat gulai la apa la. Jiwa ku meronta.  Pakcik ni tak membantu betullah. dia memang nak buat aku lapar ke? 


pakcik  Grab : Izzati asal mana? 

me : hmmm asal  perak 

pakcik grab : perak mana?

me : dulu saya duduk dengan atuk opah saya dekat dengan bagan datoh

pakcik grab: sekarang duduk mana? 

me : (ini i tipu sebab i dont think he need to know) kota damansara


guysss i ingat sampai situ je. lah dia bagi sis pop quiz!! seksyen berapa?

 me: tak ingat baru pindah. 

HAHAHAHA

damansara ada banyak tempat kat dan tidak mungkin sis nak reveal damansara belah mana. i mean that is for me to know for you to find out. Gittew.  


pakcik grab: ohh sebelum ni duduk mana?

me : duduk pj.

pakcik grab : pj ? dekat tak dengan office david teo.


me: haaaa office david teo?


pakcik: haa office david teo awak tak tahu?

me: tak tahu pakcik.


lepas dia cerita durian pulak ya Allah. social battery sis dah habis. dah la jalan jem tau so dekat pun boleh jadi jauh. sis tak sombong tau. sis tahu pakcik ni dia nak sembang je. Sis appreciate je dia. cuma sis tak tak terfikir akan dapat pop quiz dari strangers dekat mana office david teo . HAHAHA


dia macam tiba tiba je soalan tu. :'D .  pakcik tu memang ramah sumpah sis bagi 5 star.  

pakcik grab : ni awak nak pergi time square buat apa izzati?

me : mani pedi je pakcik 

pakcik grab: murah ke mani pedi sini?

me: murah jugaklah sebab banyak kedai . 


pakcik grab : okay izzati nanti pakcik cuba .

me : (angkat thumbs up and kebetulan dah sampai i turun)



and today i naik mrt, pagi ni hujan. keluar mrt i mandi hujan renyai renyai. Lepastu cuba teka siapa demam? ya sayaaaa. Kau gatalkan dah tahu hujan boleh berhenti ambik gambar klcc la apa la. Kau macam tak pernah tengok je klcc tu una. Ni demam package ear infection sekali korang.  sakit dia tangkap ke gigi. 




Harini dah la belajar new system baru before mock call esok.   Around 11 camtu  kebetulan kami dapat card tng baru . company bagi. kalau i letak sini orang confirm tahu i kerja mana. Tapi kalau tak letak tak ada kenangan pulak. Okay i letak jela . lagipun blog i tak famous pun hehe




lepas ambik tng i sempat la buat  soalan yang trainer i bagi .  Masa tengah bincang tiba tiba telinga berdenyut , gigi i sakit and sakit dia  Ya Allah tuhan je tahu.  


L: Iris if you sakit go to clinic please and take mc. you cannot focus pun 

me: tapi i tak tahu system ni lagi

L : it's okay just rest for today ya? ucap L





i terus ke klinik panel di intermark.  lepastu jumpa doctor


dr : sakit apa sayang?

me : telinga i sakit  (sumpah aku manja nak mampus . btw dr perempuan so takpe)

dr:  (dr check)  Ya bengkak teruk la sayang. awak demam ni. ada sakit gigi?

me:  (angguk)


dr terus bagi mc . i ambik ubat and balik. I balik naik grab je today. I siap order grab untuk makanan  sebab nak makan ubat ni kena makan dulu. Lepas makan ubat i tidur pengsan.  Korangggg i ni dah la tengah nak diet. Banyak dugaan tau .  am i cursed? 


Tadi kannn i nampak dekat thread ada orang tu kan dia buat briskwalk 5km sehari dia kurus korang. 

korang doakan la eah i dapat kurus.  Ya Allah bantulah hambamu yang satu ini.  Aku tak mintak banyak ya Allah. Aku nak kaya, nak sihat, nak kurus, nak cantik, nak hmm settle hutang, nak sambung belajar sampai phd, lepastu hmm apa lagi hmm tiba tiba macam banyak pulak  ya Allah. 


takpe Allah kan maha kaya maha memberi. Tetaplah meminta pada yang satu. berharap pada tuhan bukan pada manusia. *tiup kuku*


sakit ni mungkin penghapus dosa kan una? count your blessings everyday.  syukurlah sakit maksudnya sebelum ni aku sihat. Syukurlah penat kerja sebab at least ada kerja. Syukurlah penat buat assignment at least dapat sambung belajar.


kena tukar mindset and our perspective. Teringat dulu masa lepas diploma strugglenya apply degree tak dapat . Dah dapat tak pergi pulak sebab takut mama abah tak cukup  duit.   battling with depression in silence sebab kita anak pertama tak boleh tunjuk lemah depan adik beradik. Battling with so many rejection . kena reject kerja. kena reject dengan crush . eh... HAHAHAHA


last last khawin jugak dengan crush. Tapi not recommended. Not for a faint heart. Kalau silent readers sis perempuan  dont do that. You will questioned your self worth later in future. You will have this though that kill you inside. You akan rasa if i dont make the first move maksudnya dia takkan buat la. So dia tak suka aku la?


trust me ... because i dah lalui benda benda ni. And lepas tu  mula cari flaws diri sendiri yang obviously memang banyak.  whatever happened dont chase a man okay?   be you... let the man chase you. ni kita bukan trauma dump ke apa. I just tell the reality. Paling tidak pun kena suka sama suka dari awal la.  sis ni aries. for some reason sis always attracted to a nonchalant guy. semakin nonchalant semakin suka. Aries march trait :/.


sekian pep talk dari kakak millenial 


ttyl


 una mn


November 15, 2025

Assumption yang betul?

 






Hi korang..


selamat hari sabtu..  macam biasa bila i menulis i mesti nak meluahkan segala yang terbuku di dada. i dah buat conclusion . I rasa nama iris tu tak sesuai dengan i . So many thing happened. i rasa siapa yang baca. blog i sejak mid october korang tahulah.  I tahu yang i kena percaya pada qada qadar Allah tapi ni kan blog i . Izinkan daku merentan. 


HAHAHA

iris ni kan macam i cakap the opposite of una. Una introvert iris tak.  iris dapat princess treatment .. una tak. Iris ni kelakar and a bit outspoken.  :/  . Macam i pernah cakap sebelum ni iris ni macam main character drama korea yang clumsy clumsy bodoh tu. Dia clumsy datang dengan package bodoh. 

Tahu tak the real me  suffer inside? Korang nak tahu tak  satu benda .. satu bakat yang una ada? Una ni walaupun taklah the brightest among all tapi una ada bakat score exam.


I bagi example . I as una which is the real me boleh dapat A+ or A for exam mandarin i even i masih belum fluent mandarin. I can excel writing in mandarin test even i masih baby at the language. that's una!

I punya bakat study last minute lepas tu score. Una in her 30's la . kita tak bincang pasal una in the past. Kekurangan una? insecure, introvert, tak banyak kawan.


iris pulak.... ambivert or extrovert. cuma for some reason.. iris is the chosen one. Kalau nak kejadian pelik pelik memang akan jadi pada iris. benda tu i dah cerita dekat entry lepas. i hate being iris sebab iris remind me of my old past self.  Kelam kabut tak bertenang langsung. hmmm  i nak tukar nama boleh tak? T_T


oh btw semalam kan L monitor la kami roleplay with sistem. I mula mula yang dah yakin dengan sistem tiba tiba blank. Faham tak blank? i tak tahu la kenapa. L my trainer tiba tiba datang kat i.


L: iris what are you doing?

me : hmmm i find the info la 

L : not here sayang.. you need to open up the other one. 

ash : iris kau okay ke tak?

me: stare dekat diorang berdua (buat muka nak menangis)


i dont know la kenapa i rasa i tak boleh pressured. I overwhelmed semua la. I tak suka la jadi bodoh ni. dah la bodoh outspoken pulak. Iris is not una. iris is the energy that i hate .


L : iris dont make me feel like a clown.  apa option i ada ? should burn myself or should i be a clown?

this is whennnnn i dont know wtf is wrong with iris. dia cakap benda bodoh. macam i cakap iris ni the opposite of una. Una takkan kejam nak cakap benda macam ni. L is indian lady.  S my team pun indian.


me as iris : (sambil ketawa) please dont burn yourself. later if you die people will do it for you. Just be a clown


the whole class pandang i.  :/ . i pun tak percaya i cakap macam tu. korang i rasa i memang kena pergi berubat la. macam tak betul je ni. macam bodoh je i rasa.  she laugh afterwards. the whole class laugh


s: iris.. you pernah dengar tak orang cakap kerana mulut badan binasa? you kan patut join podcast. 

 me as iris : i memang nak buat podcast. Thank you for your suggestion!


me inside... bila masa pulak bodoh aku nak join podcast?  Ya Allah entah entah betullah sangkaan i ada makhluk ikut i balik. i kat rumah okay je korang. aku rasa jin tu kan tersangkut dekat fineshyt mana mana kat office tu. i should be worried sebab i dah khawin . Kalau i tak khawin lagi pun the hell aku nak pergi sana cari jodoh. I just want to work la .



T_T.


i dah tekad. i nak ruqyah this whole day. i would do whatever necessary thing to ensure  tak ada benda pelik lagi jadi. Una memang not the brightest among all tapi una tak lembap sangat and very mindful dengan apa yang dia akan cakap dekat orang. I owe L an apology.  korang jangan takut tau i sumpah tak ada penyakit  pelik tu. I just rasa this past few week bila kat tempat kerja i bukan diri i. 


iris tu just my floor name je. It's not that deep. It supposed to be just my nama samaran je. Tak sepatutnya menukarkan my whole personality terus.


okay korang  harini i dah start boleh jawab midterm for both subject. Wish me luck tau!



sekian



ttyl



una mn





November 13, 2025

Fan girling level hard mode and bunian suka fineshyt?

 




Hi  guys..

dua hari lepas kan i perasan abpbh ni tak boleh undi 37 kali every 10 minutes dah. sehari sekali je . why la tiba tiba.  As part of family kacip  fevertts i memegang teguh prinsip  go big or go home.  I subscribe tonton dekat dua device nak undi punya pasal. So i kira fan girling level hard mode tak ni?


HAHAHA. kita memang all out la. kita benda macam ni kita tak bergurau.  I rasa last time i minat artis undi undi macam ni masa zaman dafi kot. HAHAHA yang tu melampau betul. dia tersingkir i menangis dekat hostel . Ingat balik macam lah kenapa pulak aku menangis. siapa yang meninggal.  ='D. Yelah time tu warden bukak tv bagi kami tengok. Kitanya empath. Kawan nangis kita menangis. HAHAHAHA.Masa i dekat previous job my batchmate ada sorang his cousin. Malu pulak  sis tercerita yang sis menangis masa dafi tersingkir. 


Sebab i dah level hard mode i cuma harap nasib menyebelahi evertts la. He is good  actor and he deserved recognition. Menang  ke tak as fevertts i  tetap sokong. Sebenarnya bagi i yang penting lakonan dia bagus orang ingat boleh kekal lama dalam industri.InshaAllah! 


btw korang tadi kan trainer i bagi kami pergi buddy session. I rasa wow sangat dengan my buddy. she is very good . very calm and attentive.  Thanks jadi buddy  farisha. Anyway i rasa i macam dah okay sikit dengan sistem. Nanti kalau K balik i nak berlagak dengan dia. Ya Allah unaaa ape ni awal awal niat dah tak bagus. i mean berlagak secara sihat la korang. Ada ke berlagak secara sihat? ada!!!


I sebenarnya kan rasa K dengan L ni dah jumpa la blog i. Hopefully ni sekadar sangkaan i yang meleset  jela.  Tapi takpelah kalau jumpa pun i tak kutuk diorang pun.  I agak la K mesti suruh L slow down sikit sebab yelah beberapa hari lepas i ada meltdown. I overwhelmed. I mula mula tahan je nak menangis tu.

Tapi my face say everything dah. I rasa iris  dengan una ni macam two different people. She is like me in the past. Korang jangan pening Iris tu my name at work. everybody at work panggil i iris. Iris is legit cry baby , tapi dia bubbly, ambivert.  She is me tapi childish version of me. When i  dekat luar i am una.. sampai office i jadi lain. Tapi tu la best jugak jadi iris korang. I dapat princess treatment from everyone. 


when i said everyone.. memang everyoneeeee . i pun tak tahu kenapa. I mean wow bestnya. Jap i fikir jap.ke sebenarnyakan  bunian eko rimba tu ikut i balik lepastu orang nampak i cantik dekat tempat kerja?

hmm i rasa bunian tu dia ikut i balik lepastu dia sangkut dengan fineshyt mana mana kat office tu so bila i sampai office je dia melekat dengan i . make sense tak?


ni kaciptologist level tertinggi dah ni. Maaf la i bergurau je. sumpah tak . I tak ada  penyakit aneh aneh tu. i rasa i cuma penat je. bila penat una memang pelik pelik sikit perangainya. Tu my coping mechanism terbaru i la. i kan ekhem diet kan  sekarang. I cuba control calorie intake. Maybe nilah side effect dia kot. Jadi sedikit gila. Sikit jela jangan banyak banyak. Risau pulak nanti family i ingat i betul betul kena sampuk. Tak pasal pasal i terfitnah  komuniti bunian. I taknaklah jadi orang pertama kena saman dari alam sebelah. I mean korang cuba bayangkan....


tiba tiba i kena saman dekat court bunian. gilaaaa HAHAHAA

eh una cukuplah kacip tu unaaa. oh anyway i masuk tau contest sooka tu yang menang 100k tu. Tak tahu i terpilih ke tak tapi please la i nak menang 100k. I dah la kena reject dengan ptptn. Kalau dapat boleh la i buat bayar degree i. lebih tu i habiskan bayar hutang kereta  ekhem lepastu hihihi i nak umrah lagi and lebih tu kan i boleh simpan duit sambung master sampai phd.



so bagilah saya menang. Kalau saya pergi umrah lagi semua ahli fevertts i bagi hadiah. i mean tak lah  mahal. i beli dekat madinah semua orang dapat perfume ke jubah ke hihihi.  lepastu korang boleh kirim doa i baca dekat depan kaabah. mana tahu makbul .Haaaaaa


amacam nak bagi tak i menang 100k tu? menarik tak proposal i? sebenarnya i tak faham diorang kira pemenang macam mana. I mean i tahu kena isi nama letak saiz t shirt macam tu je.  kalau ada juri baca blog i kan tahu tak kalau awak bagi saya menang awak bukan sahaja menyokong cita cita saya untuk sambung belajar, awak juga buat saya gembira sebab saya dapat umrah lagi.


okay sudah la tu semua i ada class ni. melampau sangat kaciptologist i harini. 

sekian,


yang nak menang 100k dari sooka,


una mn






November 9, 2025

Sunday talk and malam terlarang?

 



Hi..

nak tahu tak benda apa paling best ketika ini?bila mood hari hari okay ceria. kerja jadi smooth tu la benda i bersyukur. I minta maaf la kadang kadang i meroyan dekat blog ni. Bagi i lebih baik i lepaskan dekat sini dari i marah marah orang yang tak bersalah. Anyway jumaat lepas .. i habis kerja je  malam tu terus balik rumah mama.  i dah 3 bulan tak balik sejak i sakit dulu. Dalam tempoh recovery ni i tak balik sebab tak berani nak drive jauh sangat. Tapi sejak i dah start kerja balik ni i rasa i boleh kot since i commute mostly by driving. Stuck jem sejam lebih tu biasa.  Dia bukan apa tau korang sebab kadang kadang perut i cramp. 

Semoga i dapat capai apa yang i nak. btw tadi i pun dah repurchase retratudite dari erwin dawson. ya erwin yang tu. dia pelakon dari singapore. I ni obese tau korang . Benda i paling menyesal dalam hidup ialah ambik pil hormon masa lepas gugur dulu. Currently badan i paling besar yang i pernah experience. I jadi malu nak jumpa orang. kawan dengan orang pun taknak. Tapi semua tu berubah lepas i keluar hospital i think i got nothing to lose pun except for my weight. Kalau i avoid connection dengan orang i biarkan insecurities i take over sampai bila. 



People hate me or love me takkan tambahkan duit dekat dalam account i pun  kan?  so now i just nak buat apa i suka. Regardless of bunyi bunyi memekak dekat belakang. I rasa i banyak rasa inspired dengan KA. haritu kan lalu video dia tau.  Dia cakap pasal haters. dia kata kalau dia fikir apa haters cakap susah la. Takkan dia nak pergi check sorang sorang. Kau suka aku ke tak? 


i mean yeahhh he is right!   oh btw berbalik kepada retratudite tu  setakat ni sebenarnya i dah lose 10kg. cuma maybe tak nampaklah sangat sebab i masih gemuk.  Benda ni injection je dekat my perut.  I beli lagi. Korang doakan i kurus tau. I tahu jinx whatsover i tak patut cerita awal awal. Takpe lillahitaala i suka atau tak i kena kurus. Tipulah kalau taknak cantik. tapi this is about my health.

i taknak buat surgery dah i trauma. I trauma dengar pakar bius tu cakap tak jumpa tempat cucuk. bulan february tak lama je lagi korang. I dont think i want to repeat that procedure again.  i taknak rahim i kena buang. I tak kisah pasal anak. Anak tu no longer my concern. I just want to live happily.

whatever remaining time i ada i nak hidup untuk diri sendiri dan bukan orang lain.I pun in my fan girl era. I rasa sejak i masuk fevertts family i happy. walaupun diorang muda dari i tapi kan entahlah i suka jela. sebab i suka tengok how supportive they are towards someone they admire. Most of fan dalam fevertts support jugak celebrity lain. join event lain. buat masa ni yang sempat i jumpa evertts jela. Itu pun i dah happy tau. I suruh dia bagi wish dekat i adalah videonya i simpan. Buat semangat i nak kurus. Dia cakap dia on the way buat badan for next project. I doakan you berjaya evertts. He surely can. I pun boleh but long way to go. Tapi takpe  i enjoy the process.


Anyway haritu i dengar la someone talk s about me. I sebenarnya malas nak cakap banyak. biarlah kan.i dari dulu lagi asyik kena benda macam ni. I free hair ke i pakai tudung ke. Dari college dulu orang cop i kaki club la. Hanya sebab aku suka lagu pitbull. kenapa kalau suka lagu  macam tu confirm pergi club ke?mentang mentang dulu kita free hair , pakaian kita macam tu dulu orang cop kita kaki club . sabar jelah. 

padahal kita lepak cc main game and buka blog je. Tapi takpelah  terima kasih bagi kita pahala. :p

oh anyway i tadi tengok cerita malam terlarang. Balik je dari rumah mama i join class sociology habis class i tengok movie. I rasa cerita ni okay tapi mungkin boleh cantikkan lagi plot ni.

I review jujur plot dia i suka cumaaaa i rasa sex scene tak payah kot.  tak appropiate la. so sorry maafkan saya tuan director . i know tu camera angle tapi ummm tak yah la please tolong lain kali tak payah ya sex scene maaf sekali lagi.


my fav watak dalam tu  haji wahid. Sumpah sis love. Dia berlakon kan aura dia macam ala ala peaky blinders sikit. I mean the expression hmm that's the real G. 


okay tu je kot review ikhlas dari saya beserta luahan hati sis dekat atas. Kita random je awak

harap maaf


ttyl


 unamn

November 8, 2025

Hampir mati kerana ketawa . ='D

 

.







Hey korang

nak tahu tak apa benda kelakar jadi semalam? okay sebelum i cerita ni i nak korang janji dulu . janji berfikiran terbuka . janji jangan fikir bukan bukan . janji okay?  *finger crossed*

oleh sebab korang dah baca sampai sini i anggap korang dah berjanji. so kalau korang mungkir janji i doakan traffic light sentiasa merah and  mimpi ngeri setiap malam!   dramatik la una ni.

okay mari kita sambung cerita.  siapa siapa tahu i kerja mana tolong diam!  Macam ni korang i kan tengah phase training . Basically otak i dengan kawan i tengah serabut belajar system.   trainer kami ada 2 kejap k kejap L. K tu lelaki dia lebih fun and chill L pulak lebih strict. 


Sebenarnya i faham je kenapa dia strict. Semalam dia lebih chill dia ajak kitorang sembang. L pernah cakap dekat i yang i am being too harsh on myself which  i admit.  2 malam lepas  i punya stress sebab i rasa dalam ramai ramai i paling lembap.  So  i tidur dalam keadaan memikirkan kerja.


so i mimpi pasal kerja. benda macam ni biasa berlaku ya korang masa i tukar kerja je kalau i stress ke apa ke i confirm akan mimpi pasal kerja.  confirm!


dulu masa i kerja sales before i khawin malam malam before tidur tu kan mesti call my boyfriend (now my husband) i akan try close sale dengan dia. sampai menangis nangis :'D


so i nak cerita dekat L la yang i biasa macam tu. instead of cakap  macam ni  " you know.. i memang selalu mimpi pasal kerja kalau i stress. siapa siapa tidur sebelah i mesti dengan i mengigau" 


KORANG TAHU TAK APA I CAKAP???


me : L you know... i memang macam tu. i kalau stress memang akan mimpi pasal kerja . Siapa siapa je  tidur dengan i confirm dengar i mimpi.


L : WHAT?  siapa siapa je? what you mean siapa siapa je iris?!!!

my teammate : IRISSSS berapa ramai you dah tidur? (iris is my name at work)


me : ( i cuba nak betulkan balik ayat tapi i dah ketawa sampai tak cukup nafas) BUKANNN HAHAHAH BUKANNNNN!! I SALAH CAKAP. 

What you mean una siapa siapa je tidur dengan i. Berapa banyak je lelaki aku dah tidur? Rasanya baru satu and biar je kekal satu. In the event of this relationship tak kekal pun i dont intend to remarry.

MASA NI I RASA NAK BENAM JE MUKA AKU DALAM TANAH.SUMPAH

 TAHU TAK KENAPA?????


selain kitorang dekat situ ada  a few guy from it tengah setup pc!! diorang dengar !! diorang pun terkejut .i  boleh rasa  tempat tu tiba tiba sunyi. I know they are invested in my story. Diorang sangat dekat dengan kitorang and i can even dengar diorang gelak sekali. WEH MALUNYAAAA weh malu bodoh!!  Mesti diorang tak percaya apa diorang dengar. Takkan si doraemon ni tidur dengan ramai orang. aku risau diorang  ingat aku golongan dark side . 


i sumpah demi Allah hampir pengsan sebab darah i naik sampai otak. my blood rushed to otak. I cuba explain  sambil i ketawa. tapi tak boleh .  i rasa kalau i mati semalam sambil ketawa mesti muka i  macam orang tengah bahagia. Sah orang ingat i mati dalam iman.  Tapi fitnah yang tu i benarkan :'D


i berimaaann cuma i know la i am not there yet sampai nak mati muka senyum tu. HAHAHA benci bodoh diri macam ni. kau memang tak boleh normal ke una?



anywayy korang jangan pening i guna kejap kau kejap aku kejap saya. ini blog bukan karangan. okay. dah la tu je i nak cerita. semoga in future i tidak menimbulkan fitnah pada diri sendiri.



sekian


yang hampir mati kerana ketawa 


una mn

It was never luck ✨🦋