March 29, 2023

ke bazaar ramadhan ttdi after so long

 




hai guys.. so tadi kan i sempatkan diri untuk ke bazaar ramadhan ttdi . memandangkan husband i kerja and i pulak harini cuti lagi. semalam i cuti sebab kitorang makan dekat ktown. harini i rasa nak makan makanan bazaar.



sampai sana parking dekat bangunan ahp tu full guys. i kena pusing 1 kali jugak and finally tergerak hati masuk area ahp tu sekali parking dah tak full maybe sebab orang ramai nak balik sebab nak hujan. elok je i nak park kereta hujan pulak . mujur dalam kereta i ada payung.  tapi korang tahu la kan berpayung pun basah sebab payung dengan payung dekat tempat sesak. agak struggle nak beli barang. 



husband i kirim nasi briyani  dia kata balik malam nanti dia nak makan. i punya tujuan utama datang situ nak try popia pak ya sebab nampak sedap. lepastu i beli lauk untuk sahur . i beli ayam madu. and untuk kuih i beli apam beras. makan sorang sorang ni tak adalah selera sangat. 


i sampai rumah almost nak berbuka sebabnya hujan, waktu orang balik kerja  memang bertambah tambah jem. before sampai rumah i singgah speedmart beli ais. i rasa i memang dah agak kronik la habit makan ice i ni. i memang dari dulu suka makan ais tapi lately ni la dia sehari tak dapat kunyah ice hidup i macam tak lengkap.   i even plan untuk beli mesin buat ice tu tau. cuma i cari tak jumpa jumpa. bukan ice maker macam diorang selalu beli tu. i nak ice maker opal tu. orang panggil ice nugget or ice pallet. i selalu tengok asmr orang makan ice macam tu.  sedapnyaaa :'D. Meh la i bagi contoh rupa dia.




ice pallet tu pulak dia petak petak kecik. sedap korang :'D. dia macam ice yang ada dekat air taco bell.

nak tahu korang kena la pergi beli. hahaha


inshaallah next monday lepas habis shift i 11 malam i nak balik sabak bernam untuk cat rumah. 

selasa tu husband i nak habiskan cat bahagian tangga. kalau sempat kami akan cat bilik sekali.

inshaAllah. maybe selasa petang kami akan ke bazaar ramadhan sana. i memang jarang jarang dapat pergi bazaar due to my work schedule. tapi tengoklah nanti bila bila i rajin i cuba pergi lagi. lagipun lately petang je damansara asyik hujan tu yang menambahkan kemalasan lagi.



i hope this year i dapat puasa penuh sebab malas nak ganti ganti.even raya tahun ni maybe raya i akan hilang seri but i will try my best untuk make my raya less suram.



k tu je for now 



till then



ttyl


una mn








March 25, 2023

Class pertama level B mandarin at kunkwan & puasa pertama di office!

 


Hai semuaaaa..  harini  i kena masuk office at 2pm tapi sebelum tu pada pagi 9.15 -11.15am i ada class dengan pei shan laoshi. this is my first class untuk level b. 
after sebulan tak ada mandarin class (macam sem break la) finally back  being part time student.
level b ni more to practical . laoshi ni even dia india tapi dia memang certified laoshi 
untuk mengajar mandarin.  sebutan dia jelas and i suka sebab dia bubbly. tak boring . 






me with my digital notes. i selesa kumpul notes i dekat ipad sebab senang untuk i study. tak ada la hilang2 .
kalau kertas tercomot la hilang la


okay habis je class i nap dalam sejam lepastu i siap siap untuk masuk office.

oleh sebab this year ialah puasa pertama i dekat office .
ya puasa pertama even i kerja company ni dah 3 tahun

sebab 2 tahun i work from home sebab pandemic.
i masuk office last year pun dah habis raya. so harini ialah hari pertama i berpuasa di office.

oleh sebab i malas nak jalan jauh cari makanan or order grab. i decide bawak makanan ready to eat je


korang tahu pek kembara tu?


i beli dekat petronas and bring it to the office HAHAHAA




rasa dia bagi i boleh la .

nak kata sedap sangat tak tapi boleh la buat hilang lapar

i salah beli sebenarnya i ingat ada heating pad
rupanyaaaa tak ada

sebab dia ada yang ada heating pad.

so kena bubuh air je pastu dia akan masak dalam pouch tu


tapi tak apalah office sis ada microwave.


so i makan jelah. 


and then i ambik snack dekat vending machine and makan sebab portion dia tak banyak pun


lepas makan sis solat maghrib and rest kejap before continue working.


i rasa bersyukur jugak sebenarnya sebab not everyone dapat rasa office ada surau

(based on what people telling me)


i bersyukur office i ada surau, ada vending machine air and makanan free so i tak kebulur pun kalau terlupa bawak makanan)


i want to appreciate every little things yang i ada sekarang


and for that  alhamdulillah





oh ya ni sebenarnya last day i will be working on this building sebabnyaaa


we're moving to next building HAHHAHA


pindah block dengan building je


because company nak maximise space sebab currently kitorang wajib datang office 2 days/week

lagi 3 hari kami wfh.


with headcounts yang banyak they need bigger space.





gonna miss this floor so much.


i memang macam tu jenis sentimental HAHAHA


oh ya yang paling i happy parking dekat office boleh pakai tng dah
tak payah la i pergi bayar dekat machine lagi dah.


even office i dekat je dengan mrt station i tak tahu kenapa i lagi suka drive


and next month i akan masuk kerja malam

i akan drive jugak selagi  harga parking tak mahal


kalau hari biasa and time working hour biasa memang i kena naik mrt sebab mahal weh!!!


k la beb


till then


ttyl


una mn




March 15, 2023

Facial day and bought new book!

 


Hi guys... 


harini 15 march 2023 merupakan offday kedua i untuk this week. semalam (selasa) i nak keluar but i was too tired . biasalah i kan kerja even i jarang update kerja i macam mana. semenjak i tukar masuk video team banyak benda  i nak kena catch up. lepas arwah abah meninggal, tambah beberapa urusan peribadi and kerja i think i need to pamper myself. 



so harini i book facial dekat my fav place hannan medispa. i pergi lepas zohor. after facial done i pergi popular sebab i nak beli buku yang dah lama i belek belek tapi tak beli beli



alhamdulillah ada discount member so after discount i kena bayar around rm63 ++ je
after that i jalan jalan kejap dalam ipc tu. i masuk harvey norman cari idea nak bagi hadiah khawin apa dekat adik i nanti


yelah ammar nak khawin bulan 5 ni 
so i have to cari hadiah khawin la untuk dia.

lepastu i solat dekat ipc before i gerak ke mall lain iaitu one utama

sebabnya i nak makan yakiniku

this time i makan sorang je sebab my husband kerja.


i ambik 200gram as usual. cukuplah eah ini pun i habis rm70++

i addicted makan benda ni sebab sedap gila . 

okay after makan  i jalan jalan lagi
masuk sephora, muji, uniqlo 


(all my fav shop)

and then i pergi solat maghrib dekat situ sebab i memang mood harini nak jalan je 

ikut hati i memang nak shopping  sebab tadi masa i masuk cheetah i jumpa baju hogwarts!!!

korang tahu kan i obsess dengan harry potter so i kalau boleh nak beli baju tu.


tengok harga dia not bad tapi short sleeves la pulak. 

and ada sweater kot dia punya fabric je tak okay for me. i rasa kalau pakai mesti berpeluh sebab dia agak tebal. 


kita kan negara di garis khatulistiwa kalau beli baju kena pilih fabric betul betul



ni bukan cerewet ni bijak



eh tiba puji diri sendiri HAHAHA

lepas puas jalan jalan cuci mata i pun balik rumah


bukan main happy kan sis dapat buku baru?


pendapat i macam ni bila kita kerja penat penat kita kena ada benda yang kita reward diri kita
no matter how small.

kalau i .. i mengamalkan konsep berfikir yang panjang.

i guna konsep ni dekat semua barang i beli


macam masa i beli gadget gadget i dulu.


i will ask myself


do i need this?

why i need this ?

betul ke you nak benda ni sangat sangat una?

biasanya benda benda yang keinginan dia i nak sebab terinfluence by others takkan kekal lama dalam otak i


contoh masa ps5 keluar dulu memang banyak kawan i beli i tak beli beli.


masa i beli macbook, i watch , ipad semua i beli sebab i know i memang lama nak so bila keluar baru i terus beli yang baru. 


yang penting jangan hutang


beli cash okay.


okay untuk buku i beli tadi nanti i update review pasal buku tu.

sekian itu saja for today..



till then


ttyl


una mn
















March 12, 2023

Alfatihah untuk abah

 



salam guys. entry kalini lain sikit sebab i akan ceritakan kronologi pemergian abah. sejujurnya berat hati ni nak taip entry ni . tapi sebagai salah satu kenangan i kena jugak tulis.


1 march 2023 

i dan husband decide balik sabak bernam sebab kami lama tak balik. plan nak tinggal sampai sabtu

sampai je kami disambut abah and mama


2 march 2023 

i pergi facial dekat elly spa di sungai besar. i colour rambut sekali (telap air) since i ada masalah kulit kepala psiorisis biasanya masalah ni akan kurang kalau i colour rambut. i dont know why but it works.

dah plan dengan abah mama esok (jumaat) nak makan steamboat dekat rumah memandangkan mama ada beli tempat grill and steamboat tu. habis facial i beli barang barang steamboat.


3 march 2023


kami makan steamboat sama sama. abah nampak ceria. banyak kali jugak abah makan.as usual i suka update story instagram. adik i aqilah nampak . and dia pun plan nak balik sabtu tu. makna kata bila i balik damansara dia pulak akan sampai.


4 march 2023 (sabtu)

i bergerak balik ke damansara sebab haritu i kena masuk office and husband pun dah kena kerja.



6 march 2023 (isnin 5:57 pagi)

i dapat call dari adik i aqilah dalam keadaan menangis teresak esak . kakak, abah tak sedarkan diri kesian mama. balik kak. cepat cepat i mandi siap siap. tergerak hati call adik i ammar. tanya ammar dia tahu tak pasal abah. rupanya ammar tak tahu. kebetulan minggu tu ammar tak balik sebab service kereta. so keretanya dekat bengkel. mujur rumah kami tak jauh. i ke rumah dia untuk ambik dia. ammar drive i duduk sebelah. dalam hati rasa mungkin abah okay . mungkin abah pengsan je. 7.16 pagi i dapat whatsapp dari kakyong  saudara sebelah mama. 


" salam takziah..... arwah ada sakit ke?" 

i tersentak  sekejap lepastu pandang ammar. 



ammar... abah dah tak ada...


i call aqilah untuk kepastian. 


hello ilah... betul ke abah dah tak ada?

ye kak.. aku nak beritahu kau tapi mama tak bagi takut korang bawak laju. (sambil menangis)


air mata mula laju. segala kenangan terimbas balik. betul ke ni abah dah tak ada?


kami sampai di hospital sabak bernam. mama dengan aqilah tengah buat report police untuk reportkan kematian. sehabis baik cuba tenangkan diri.  i capai telefon dan baca yassin untuk abah.


proses agak lambat sebab abah meninggal di rumah . mama tak benarkan post mortem sebab risau abah sakit lagi. mama kata arwah abah turun bawah jam 4 pagi. bagi makan kucing. siap basuh baju. mama jumpa abah duduk dalam keadaan qiyam di kerusi malasnya jam 5.40 pagi. 

abah pergi dalam keadaan baik. sangat baik. cuma proses test covid menyebabkan arwah hanya dapat di kebumikan selepas maghrib. 


sebab test covid perlu di hantar ke sungai buloh. proses pengkebumian berjalan lancar selepas maghrib.

ramai kawan kawan abah datang melawat.  adik yang berada di pulapol juga sempat balik dan dapat mandikan abah . 





company bagi i cuti sampai jumaat. oleh kerana  banyak jugak urusan perlu diuruskan 

sis duduk di sabak bernam sampai sabtu pagi then balik ke damansara kerana kerja.

ammar banyak uruskan hal abah.  aqilah balik ke sabak bernam untuk kerja di sana and teman mama. aiman pun sama.  niat abah kami teruskan. abah nak ke mekah untuk umrah dengan mama. 

dan i inshaAllah akan gantikan tempat abah. i dah siap urusan passport pada khamis.


semoga badal haji abah juga berjalan lancar. 




sedekahkah alfatihah buat  arwah abah  mohd nasir bin basri.


me didukung abah. 



abah and me


abah, fauzi, ammar and aqilah.











It was never luck ✨🦋