March 12, 2023

Alfatihah untuk abah

 



salam guys. entry kalini lain sikit sebab i akan ceritakan kronologi pemergian abah. sejujurnya berat hati ni nak taip entry ni . tapi sebagai salah satu kenangan i kena jugak tulis.


1 march 2023 

i dan husband decide balik sabak bernam sebab kami lama tak balik. plan nak tinggal sampai sabtu

sampai je kami disambut abah and mama


2 march 2023 

i pergi facial dekat elly spa di sungai besar. i colour rambut sekali (telap air) since i ada masalah kulit kepala psiorisis biasanya masalah ni akan kurang kalau i colour rambut. i dont know why but it works.

dah plan dengan abah mama esok (jumaat) nak makan steamboat dekat rumah memandangkan mama ada beli tempat grill and steamboat tu. habis facial i beli barang barang steamboat.


3 march 2023


kami makan steamboat sama sama. abah nampak ceria. banyak kali jugak abah makan.as usual i suka update story instagram. adik i aqilah nampak . and dia pun plan nak balik sabtu tu. makna kata bila i balik damansara dia pulak akan sampai.


4 march 2023 (sabtu)

i bergerak balik ke damansara sebab haritu i kena masuk office and husband pun dah kena kerja.



6 march 2023 (isnin 5:57 pagi)

i dapat call dari adik i aqilah dalam keadaan menangis teresak esak . kakak, abah tak sedarkan diri kesian mama. balik kak. cepat cepat i mandi siap siap. tergerak hati call adik i ammar. tanya ammar dia tahu tak pasal abah. rupanya ammar tak tahu. kebetulan minggu tu ammar tak balik sebab service kereta. so keretanya dekat bengkel. mujur rumah kami tak jauh. i ke rumah dia untuk ambik dia. ammar drive i duduk sebelah. dalam hati rasa mungkin abah okay . mungkin abah pengsan je. 7.16 pagi i dapat whatsapp dari kakyong  saudara sebelah mama. 


" salam takziah..... arwah ada sakit ke?" 

i tersentak  sekejap lepastu pandang ammar. 



ammar... abah dah tak ada...


i call aqilah untuk kepastian. 


hello ilah... betul ke abah dah tak ada?

ye kak.. aku nak beritahu kau tapi mama tak bagi takut korang bawak laju. (sambil menangis)


air mata mula laju. segala kenangan terimbas balik. betul ke ni abah dah tak ada?


kami sampai di hospital sabak bernam. mama dengan aqilah tengah buat report police untuk reportkan kematian. sehabis baik cuba tenangkan diri.  i capai telefon dan baca yassin untuk abah.


proses agak lambat sebab abah meninggal di rumah . mama tak benarkan post mortem sebab risau abah sakit lagi. mama kata arwah abah turun bawah jam 4 pagi. bagi makan kucing. siap basuh baju. mama jumpa abah duduk dalam keadaan qiyam di kerusi malasnya jam 5.40 pagi. 

abah pergi dalam keadaan baik. sangat baik. cuma proses test covid menyebabkan arwah hanya dapat di kebumikan selepas maghrib. 


sebab test covid perlu di hantar ke sungai buloh. proses pengkebumian berjalan lancar selepas maghrib.

ramai kawan kawan abah datang melawat.  adik yang berada di pulapol juga sempat balik dan dapat mandikan abah . 





company bagi i cuti sampai jumaat. oleh kerana  banyak jugak urusan perlu diuruskan 

sis duduk di sabak bernam sampai sabtu pagi then balik ke damansara kerana kerja.

ammar banyak uruskan hal abah.  aqilah balik ke sabak bernam untuk kerja di sana and teman mama. aiman pun sama.  niat abah kami teruskan. abah nak ke mekah untuk umrah dengan mama. 

dan i inshaAllah akan gantikan tempat abah. i dah siap urusan passport pada khamis.


semoga badal haji abah juga berjalan lancar. 




sedekahkah alfatihah buat  arwah abah  mohd nasir bin basri.


me didukung abah. 



abah and me


abah, fauzi, ammar and aqilah.











No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta