January 25, 2025

Reunited after a year ; bella ajak shopping ysl?

 




hey guys...

semalam after ayear ++ tak jumpa we finally jumpa lagi. my cousin kan kerja jauh so this time dia balik cuti. dia baru je touch down 19 january lepas and kami hanya sempat jumpa semalam. as usual i pick her up . kami ke trx mall.


plan awal nak lunch dekat santai tapi kedai tu penuh sangat . so kami end up lunch dekat yakiniku kuro.

since bella tak pernah try lagi i saja je la ajak dia. my cousin ni tak suka sangat makan daging or ayam.

dia memang suka sayur. i suggest dia yakiniku sebab ada benda lain dia boleh makan. i pulak dengan my usual order harami+karubi.




lepas lunch kami ke loccitane sebab bella ada sensitive skin. so her colleague suggest her untuk try oil from loccitane. i pun ada sensitive skin so i cuba la tester dekat situ. bau dia memang nice  and sangat membantu melembapkan kulit. kita kan kerja dalam aircond. balik rumah dalam bilik pun aircond jela 24 hours. Manalah kulit tak kering :') i tak cakap pasal dia tau i cakap pasal i.




so she bought the oil. after that kami masuk macam macam kedai.  kitorang masuk seibu , carhatt, mimpi kita, apple store, . bella tengah cari hadiah for her colleague jugak sebab  haritu birthday dia her colleage bagi coklat mahal and she just want to return the favor la.  so i gave her suggestion. i memang suka teman teman orang shopping. i tak tahulah kalau korang. bagi i tu sangat  fullfilling.


and here come the main agenda. bella is just like me. anak pertama. suka benda mahal. opssour parents memang tak berapa suka our "hobby" .  tapi for me beginilah  asalkan we still saving up money. kita tak susahkan orang. tak berhutang . masih ada harta sendiri pedulikanlah apa orang cakap.yang penting kita rasa penat kerja kita "terbayar" .  tapi luckily her mom faham je dia.  if my mom that would be different case hahaha.


so semalam i do my cousin duty. i gave her support. moral support untuk dia pergi je beli bag yang dia nak. so kami masuk ysl disambut sangat baik. jadi ni adalah salah satu hint untuk korang yang nak beli luxury handbag macam ysl pergi jela trx. they treated us sama je macam customer lain. susah  tau nak masuk kedai macam tu jumpa staff peramah. all staff dekat sana semalam murah senyum and sangat helpful. 


so bella  minta masa berfikir and janji akan datang balik after buat decision. kami pergi coffee coffee dulu and dia ambik masa berfikir sekejap. after some consideration she decide untuk beli. hasil dari kata kata semangat dari cousin dia ni jugaklah. hopefully makuda tak bacalah eah blog i. :p




sebab 2 years ago masa i pergi jeddah dengan bella bila buat price comparison Malaysia memang jauh lebih murah. even when i went to jakarta last year malaysia punya sales memang on top. so yeah beli kat malaysia je eah. 



lepas buat keputusan i teman dia shopping ysl beauty dulu. dia beli perfume.  libre & black opium both 90 ml. lepastu adalah dapat free sample. i tak ingat dia beli apa lagi yang i ingat 2 perfume tu je.btw beli dekat trx ada tempat engrave tau guys.  i shopping tak? tak! 


i menahan diri sebabnya dulu i ada beli black opium dia bukan tak wangi cuma dengan badan i , i rasa tak berapa ngam. kalau libre okay. cumaaaa masa before bella balik haritu kan i ada  kirim 4 botol, perfume dari saudi so i dont think i need to buy any perfume hikhik.

lepas dia shopping dekat ysl beauty yang for make up and perfume tu baru kami patah balik ke ysl  untuk beli bag. so she choose  this one. sorry i tak ambik gambar sangat dalam kedai tu . i tak ambik gambar the bag up close sebab  i busy admiring other bag :p .

she didnt buy the bag yang dia pakai ni. dia beli yang atas meja tu ,
yang dia pakai ni antara shortlist la sebab dia tanya i mana cantik. i tunjuk yang tu sebab 
i memang suka ala ala croc skin. kedua sebab dimata i nampak mahal. 
tapi yang dia beli pun not bad sebab ysl logo dia gold jugak.

initially orang yang assist dia nak suruh dia beli niki bag.
tapi entahlah di mata i niki tu buruk. the texture everything is not nice at all.

macam goyard la beg mahal tapi condition macam pasar malam.

omg una meluahkan fakta.
but the one she chose very nice.
sama sama nampak cantik macam the croc one.

harga dia?

drumroll please . lah tiba nak drum roll

HAHAHA
baca  macam amy mastura sengau * hebelas hibu hengah je*

ya RM 11,500 je.

yang croc i suka tu mahal sikit.

almost rm15k.

kalau sis tak memikirkan this year sis kemungkinan masuk rumah mungkin sis akan beli jugak.
tapi mujur semalam saya waras. HAHAHA
risau jugak sebenarnya sebab orang yang assist tu baik gila. 
yang perempuan baik.

yang lelaki helok . 

i mean ekhem handsome eh baik.

lawa kan paper bag for ysl bag ni.
warna merah . maybe sempena cny.



after shopping kami dah lapar balik and we went to santai for dinner. lepas dinner i pergi cari cookies yang husband i kirim. after that i send her home. jam ya guys dengan hujan lebat tapi tu la sebab nak lepak bukan dapat selalu kan. berapa kali setahun je. 

kenapa tak ajak ika and fadhilah keluar? actually sebab ika dekat shah alam and semalam jumaat.

jumaat= jem. fadhilah kan dalam pantang . actually haritu fadhilah dah balik terengganu tapi masa i keluar semalam dia ada di sunway sebab nak uruskan ambik kunci rumah dia. yaaa rumah dia dah siap guys!!


rumah sis? korang doakan dipermudahkan la . actually macam i cakap sebelum ni i tak kisah dia lambat sikit siap. kalau diorang kena denda dengan i. i lagi suka. boleh la kita renovate sehabis baik bila rumah tu hihi.


oh anyway i dah penat ni. i nak main game . esok nak kena kerja.


till then



ttyl


una mn










January 16, 2025

Team building Activities at Sutera Dining Bangsar

 


hye guyss..


harini adalah hari dimana i kena join team building! setelah banyak team building i tak dapat join sebab kekangan masa.  i think the first team building i join masa i pindah team ni ialah 2 years ago? HAHAHA


and this is the second one after 2 freaking years! 

so event ni my colleague yang plan . i datang untuk makan. diorang buat acara makan makan + karaoke je sebenarnya. they pick sutera dining di bangsar shopping centre.


i datang office dulu untuk letak laptop i sebab malas nak bawak ke hulu kehilir. sebab i actually kerja harini. my shift start at 2pm sampai 11pm.  team building ni 3 jam je lepastu kena balik office kerja.


so after letak my things we carpool. since i drive to work today i invite some of my colleague pergi dengan i. sangeetha, kathy, khalish naik 1 kereta.  yang lain ada yang naik grab ada yang carpool jugak


okay bear in mind i nak tulis an honest review dekat sini. to sutera dining steamboat please educate your staff untuk treat their customer better. i know bangsar ni tempat orang have have.  kalau kita pergi lv ke , pergi prada ke gucci ke staff layan kita macam tu kita faham sebab tu cara diorang nak dapat sales.

tapi ni kedai makan. sis memang sakit hati dengan layanan dari staff situ .

kalau kedai tu busy i faham tau maybe penat ke apa. tahu tak kedai tu kosong. cuma kami je dekat situ.


okay kami datang berapa belas orang je.  sesiapa yang pernah makan hotpot or steamboat macam pergi sukiya , bbq town, pak john, seoul garden . korang mesti pernah ambik air dua gelas terus untuk sorang sebab malas nak ulang alik pergi ambik air.


konsep dekat kedai tu all you can eat jugak cuma beza dia. air kena order , makanan semua macam daging ke seafood ke kena order baru diorang hantar. the only thing kami boleh ambik sendiri ialah sayur, mee, bihun and sauce.


okay sebab i jenis tak suka nak panggil waiter tu banyak kali and i tahu i jenis kuat minum air.

i asked him for 2 glass of drink for me . kalau ada rules tak boleh order 2 glass dalam satu masa sepatutnya waiter lelaki tu bagitahu i. ni dia diam tak cakap apa apa. 


so i think no issue la sebab i pergi banyak tempat steamboat and ada 2 glass satu masa not an issue. 

kalau kedai tu ramai orang diorang tak cukup glass i faham tau. ni kan guys kedai tu kosong.

only us.

ada satu  waiter/manager perempuan ni dia ambik gelas i. dia cakap dengan muka macam mintak penyepak . oh my god. she is lucky i tak suka make a scene. tapi....  lepas tu memang staff dia la annoyed sebab i sekejap sekejap panggil mintak air.

to owner steamboat tu , you kedai cantik. ada karaoke pulak. the only thing that buat kedai you maybe tak ramai orang ialah staff you.  so yeah.


i think i sorang je perasan the issue. most of my colleague perasan. why the service is sucks . i tak hina orang kerja f&b . i pernah kerja f &b . i know how tiring it is . tapi tak pernah la blast it on customers.


lepastu the way she look at us macam kita ni tak mampu. :/ 

you pun staff je . you bukan owner. even owner kedai kebanyakannya humble. i think orang orang yang kerja tempat tempat yang di anggap "atas atas" ni kena sedar diri la. you kerja kuli. i pun dekat office ibarat kuli. kita ada majikan ya wak. jangan nak feeling sangat .

Ha puas hati kita melepaskan geram harini. anyway i am thankful ada colleague yang  ceria so taklah hambar sangat.  meh lah i belanja gambar


kitorang dipecahkan pada 3 meja. yang karaoke duduk dekat meja panjang di dalam. i duduk dekat luar 
. i duduk dengan my friend farah afiqah, hajar, another farah jugak, kathy, and  tl nuha.

lepas makan i join diorang . masuk dalam tengok diorang karaoke. yang menyanyi tu reena. yang berdiri tu syaf.



alia bagi present to our tl nuha.
yang baju biru tu la kathy.



geng geng table dalam. 
geng budak budak bising dekat office.
hahaha . tapi diorang tak ada sunyi pulak.



some of us. oh btw reena bawak plus 1 sebab ada yang tak join harini.
baju merah tu adik reena.

habis makan makan  kami sorang satu dapat la a little something . tumblr and small fan yang orang pegang tu

kathy dah balik dulu dengan hajar diorang naik grab.

i dengan nuha, khalish and sangeetha balik office sama sama. 

i start kerja at 5:15 pm


and itu sajalah aktiviti harini

penat , and even adalah sakit hati sikit dengan service tapi hati still happy dapat spend time macam ni


esok i nak balik rumah mama jap


till then

ttyl

una mn

















January 10, 2025

Visit My new niece and try thaikor for the first time

 


Hey guys... 

so tadi i dengan husband pergi melawat our new niece. ni anak dari my cousin fadhilah.

bila i tengok muka dia alahai comelnya and muka anak dia iras makngah. i belikan dia baby fitness frame.

dia macam mat tapi ada mainan gantung gantung. 



kami berbual la dalam sejam lebih macam tu. 
lepastu kami  ke ioi mall putrajaya sebab husband i nak try thaikor

memandangkan harini ialah hari jumaat husband i solat jumaat dekat dalam mall tu jelah.
cuma hopefully pihak mall boleh la pasang aircond ke apa.

husband i cakap panas.

lepas dia solat kami terus  thaikor



dari segi view. ya memang cantik. i pulak duduk tepi pool
feeling sangat .

btw ni off topic la
dulu zaman zaman college pernah berangan nak akad nikah tepi  pool
;')


berangan lah una!

takpelah dapat makan macam ni dengan husband pun okay dah



i terpengaruh review tiktoker cakap tempat ni best.
okaylah best jugak cuma my personal preference je la.

i suka pak john steamboat.
sebab i suka pineapple.
i ni kalau buat steamboat dekat pakjohn i suka grill steamboat makan dengan udang.
ya aneh tapi i suka.








lepas makan thai kor sis pergi shopping!

i sebenarnya nak cari kasut kerja selesa. 
dah meningkat usia ni kan 
nak something yang selesa dengan kaki.

somehow i miss my energy masa umur i 20's

zaman college i pergi kelas pun nak wedges tinggi-tinggi

sekarang?

sekian terima kasih  
HAHAHA
harga kasut dekat sini 200++ ke atas.

sis nak bagi tahu satu benda. 
kasut kerja ni selalu kalau sis beli ratus ratus mesti sneakers
tak pernah terfikir nak beli kasut boring macam ni :')



tapi ... sebab bila pakai memang rasa okay
rasa macam kaki di sayangi .
kita abaikanlah kasut ni macam style orang tua :)

oh btw balik tadi ya Allah guys.
rasa macam whylaaa

why laa balik lambat


tahu kenapa?
kami stuck jem 2 jam

ioi putrajaya nak balik rumah i dekat damansara tu  taklah lama sangat patutnya

jarak 50 min kalau tak silap selalunya.
tapiiiii


yihh fikir balik pun rasa penat.

i redah jelah.

tiba tiba terfikir punya teruk jem puchong ni

rumah nanti dekat puchong .

:")

semoga husband i kaya boleh beli rumah lain
aminnn

so rumah tu boleh la kita investment ke apa ke kan

i love damansara so much.

nak balik rumah mama?
lalu latar . dekat je 

nak pergi lepak dengan cousin ika yang duduk dekat dengan setia alam tu?
ada dash highway.

basically after almost 7 years duduk sini i rasa attached.
mixed feelings ni guys.


i jumpa jodoh pun dekat damansara

ttdi damansara to be exact.
even wilayah kl tapi hmm i rasa jodoh i dengan damansara kuat

first i jumpa husband dulu back in 2016 in damansara.

2017 i tukar kerja kan sekejap sunway sekejap kl
in 2018 i kerja ttdi damansara balik.

dah khawin i stay damansara jugak.

so 9 years la i spend my life around damansara.

maybe sebab tu kot i berat hati.

i serah semua dekat Allah

semoga yang baik baik saja inshaAllah















January 6, 2025

new addition in razaly clan

 



hi guys... 

2  hari lepas  4 january 2025  kami ada penambahan ahli keluarga baru!!! razaly clan bertambah. cicit razali dah berapa eah sekarang? somehow i wish my atuk , opah , pakngah makngah and abah masih ada.


macam mana i berharap arwah abah masih hidup untuk tengok cucu dia  aleesa, macam tu jugak i harap arwah pakngah makngah ada lagi untuk tengok cucu diorang dari fadhilah.  fadhilah my cousin yang tak pernah bercinta tu  Allah hadirkan jodoh pada 2022 and 2 tahun khawin keluarlah baby  seketul.


nama belum finalized and i am not willing to post until their parents post  gambar anak diorang di social media.   


bila sis tengok muka alahai... comel . muka dia masa baru keluar macam muka arwah makngah. 

sis tumpang gembira.  even sis macam susah nak percaya my cousin jadi mak orang dah. 


even adik sis ammar pun macam tak percaya dia dah jadi daddy. i mean  even dia dah besar dah 29 dah umur budak tu. i still nampak dia macam budak kecik yang pergi sekolah.



:')


sindrom anak pertama. adik adik still nampak macam budak budak di mata sis.


2025 ni sis takkan update wishlist ke? maybe yes maybe no . tengoklah mood.


wishlist tu ada cum private as usual. last year sis complete semua dah cuma tak update je.


oh btw sis tengah bingung nak bagi hadiah apa untuk newborn baby ni. 

baju kan nanti sekejap je baby pakai. nak  bagi apa eah?


i already buy present for my cousin bella. birthday dia this month. salah satu bentuk terima kasih jugak dekat dia sebab sudi belikan 4 botol perfume favourite sis dari saudi. i mean benda tu ada jual di mekah and madinah je or di saudi je . Malaysia tak ada. alang alang dia nak balik sis kirim la 4 botol terus.


haritu her mom pergi umrah dia dah belikan 1 and pass to her mom. ni sis sembur selalu sikit lagi habis la tu.



cant wait for her to come home this month. 




nampak tak 4 botol tu? ni dia tolong belikan siap siap.
harga dia sebotol sar 128 = rm153.42

so total = Rm613.66 
for 4 botol

1 botol 75 ml kalau tak silap sis

edp guys.

murah kan?


kalau nak the same quality dari negara colonizer  sebotol i rasa diorang mesti dah jual 
rm700++ 

girl math . sis untung gila beli ni .

HAHAHA





i menggunakan sebaik mungkin benefit baru company sis. 
diorang bagi kita makan kita gunalah. so i kan kerja malam.
kadang malam dah kenyang so i guna buat beli this viral chochlate.
i cuma kena tambah rm5.90 je 

kalau tanya i. i rasa okay je rasa dia.
tak wow sangat tapi tak la jugak tak sedap
but my husband sangat suka this chochlate.




oh this month i tukar laptop baru. ni 2 january haritu i pergi tukar
. new year new work laptop gittew,

tai tu la besar sangat tak muat bag kerja sis.
bag kerja ni pun cousin sis bagi. 

thank you cousin ku sayang.


oh btw

i doakan siapa yang baca post i dimewahkan rezeki.

let's be better for 2025.

jangan ada dengki iri hati .
jangan jadi stalker suka call number orang pakai no orang lain lepas orang angkat senyap

haaa siapa terasa tu terasa la ya.


aip. 


SEKIAN

TTYL

UNA MN



January 1, 2025

Happy New Year Everyone!!!

 



hi guys...

i just nak wish happy new year to everyone. i rasa happy sebab even last night i kerja night shift and i literally sambut new year dekat my working table . mujur last night i wfh so tak adalah i kena dengar husband i cakap awak ni  kerja dari tahun lepas tak balik balik pun rumah . HAHAHA.



i happy sebab apa tau. sebab i dapat masak. ya sebab i habis je kerja pagi tadi i masak 2 lauk

kari ayam dengan pucuk ubi goreng rangup pedas. i mean kalau kari ayam tu senang je. cuma pucuk ubi rangup tu leceh sikit nak buat. so i macam proud la dengan kerajinan. i tu.


lagi satu sebab company i dah implement new thing this month. ada pro and cons la sebenarnya. our meal allowance yang masuk gaji tu di ganti dengan free meal. kitorang order by grab nanti charge dekat account company. we can order as long as kitorang masuk office. so that's the catch.

so i kan kerja night shift i boleh order la start today.


ya .. i kerja . ya harini i kena masuk office . takpelah kerja public holiday = money kan.


kalau korang tanya i . i kesah ke kena kerja public holiday? i jawab i tak kisah as long as i dibayar.


i tak tahu lah how it   goes tonight. sebab selalu kalau i order grab bayar sendiri pun tempat riders drop off makanan tu pun penuh kadang kadang penuh dengan order.


hopefully ada disediakan a bigger space sebab kami nak turun bawah ambik masa  jugak  

adakah sis kena datang office awal tonight? maybe i should just datang office awal.



hmm what should i order tonight? :) . jangan ada eah kata sis batak ke apa. i rasa menyesal tak utilize banyak benda . salah satu benda i tak guna sepanjang 4 tahun lebih kerja company ni ialah grab company ride. ye sis bodo. sis baru buat.  sejak kena masuk office in 2022 (sebab 2020 sampai july 2022 fully wfh)

sis tak pernah guna lagi grab ride company bagi. 


so yang ni kitorang boleh guna start 9 malam sampai 6 pagi tak silap i. i lupa dah.

so applicable for night shift and morning shift la.  kau sabar jap nanti sis guna .

.

k la guys sis  nak makan sat .


semoga 2025 membawa berkah and rezeki yang banyak tak putus seperti telaga zam zam


k bye semua


till then


ttyl


una mn




It was never luck ✨🦋