January 27, 2023

Me time day & rindu nak jadi bookworm!

 


Hai korang

so harini offday kedua i.. i ambik peluang untuk pergi me time .

perempuan biasanya akan ada hari yang dia kena me time pergi spa or salon kan i tak terkecuali .

i pergi hannan medispa je sebab tu yang paling dekat dengan i.  i saja nak try ice globe facial dia.

kebetulan ada promo lagi cuma rm99 . selalunya every month i pergi mani pedi sekarang i rasa i  boleh buat kat rumah je sebab i dah barang barang dia kat shoppe.


i pun tak berapa suka colour kuku. style i suka pun cuma french nail . so rasa membazir pulak pergi spa . 


i suka buff je bagi kilat. husband i pun pandai gunting rambut tau korang . i sangat jimat bab self care ni hahaha. dia more like husband care.


dia pandai buff kuku i, pandai gunting rambut, dia jugak tolong warnakan rambut i and coin massage . 

so kalau i bazir pun dekat muka la dengan massage kalau i nak betulkan urat ke or saja nak fancy fancy.








oh ya i melalut.


okay tadi before i pergi facial i basuh kereta i yang dah berbulan tak basuh. sebab asyik hujan kan

even sekarang masih je lagi selalu hujan tapi i rasa semak tengok kereta tu kotor so i bawak la dia pergi carwash.


i sampai ipc i terus ke hannan medispa.  i duduk dalam beberapa minit diorang bawak i masuk check skin dulu. macam yang i buat haritu la saja nak tengok skin progress. surprisingly skin i makin okay.


even lately i macam tak berapa jaga sangat my skin.maybe sebab i sesuai dengan current skincare . so i will stick to it.








lepas habis facial i pergi masuk popular. sajalah nak cari buku. i sebenarnya rindu diri i yang dulu.i masa kecik memang suka sangat dengan buku. tak kisah la komik ke buku ilmiah ke i confirm ambik dan baca. my fav place nak baca buku cuba teka kat mana? library? no....

rumah opah sedara i .. i panggil opahlang. opahlang ni ada ramai anak lelaki 

dia adik kepada opah i. so rumah dia memang syurga comic. majalah macam mastika pun ada. kalau i pergi rumah dia.... i akan melekat dekat rak buku tu.

i belum jumpa lagi setakat ni orang yang boleh challenge collection rumah opah lang.sejak  opahlang meninggal in 2012 i rasa kehilangan. jadi makin lama makin kurang membaca. yela 2012 i baru habis belajar mana ada duit sangat nak beli buku . gaji awal kerja dulu pun. tak banyak mana. focus simpan duit dengan habis dekat makanan je . tapi sejak dewasa ni i kurang membaca makin lama makin kurang. tapi i still suka beli buku bila i ada duit lebih .


so i beli buku yang i rasa potensi i nak baca tu tinggi. i beli buku  mandarin and korean. as you guys know i memang tengah belajar mandarin. and i memang keen to learn new language . i rasa 

bila kita bila belajar bahasa lain kita buka peluang untuk diri kita sendiri terutamanya dalam kerjaya la.


i hope one day i will be able to speak fluently in mandarin, korean and japanese. 


cool kan?!


lepas beli buku i singgah bens di ipc untuk beli sedikit stock makanan breakfast and balik.


sekian itu sajalah benda i buat semalam.

 okaylah korang i nak sambung kerja ni lepastu petang ni i ada movie date dengan husband

kitorang nak pergi tengok pathan.



till then


ttyl


una mn

January 17, 2023

Third Wishlist completed ( Tiffanny hardware 916 gold)

 



hai assalamualaikum korang.

harini alhamdulillah i manage to settlekan wishlist yang ketiga untuk tahun ni.

syukur atas segala rezeki yang Allah pinjamkan pada i.


secara jujur i sebenarnya nak fokus simpan emas 999 tapi tu la kan perempuan ni rambang mata haha.

i will try my best untuk control dari beli terlalu banyak gold jewelleries.


bukan tak okay beli jewelleries ni cuma yelah my main focus untuk hari tua .

even i pun tak tahu hidup sampai bila tapi anggap jela ya sampai tua.


kronologi


i scroll instagram masa break kerja. scroll punya scroll nampak ada satu kedai emas ni online.

so kedai ni actually owner dia my friend cousin . so i sajalah join. so dia punya staff layan je i nak tengok emas even i tak cakap nak beli. i tanya dia tiffanny hardware ada tak?


si dia tunjuk and bagitahu harga semua. so kitorang whatsapp  and i decided to buy it there.

habis je kerja pukul 4 i terus gerak ke sana. kedai tutup pukul 5. i sampai wangsa maju around 4.35-4.40 macam tu. Ya Allah guys korang betul betul kena pergi kedai sebab dia free upah, kedai dia cantik layanan dia macam korang ni vip.


pasal parking tak payah risau ada je parking space berbayar kalau tak ada space parking depan kedai.


\


i beli ni rm269/gram  berat dia : 20.17gram 

so harga dia : rm5425.73


okay lah  so ni la close up dia


i cari dah lama benda ni. i tanya dekat banyak kedai memang tak ada ready stock kebanyakannya kena custom and i bukan manusia yang jenis sabar nak tunggu hahaha.

yang jauh nak beli online pun boleh



i dapat freebies jugak i dapat sejadah dari turki, tasbih  and cookies. 

kedai ni baru je launch haritu selama ni diorang beroperasi online je

so sila lah pergi ye.


i promote ikhlas  sebab i suka tengok melayu melayu kaya jual emas ni. 



okay itu saja i nak share 

inshallah my next wishlist bukan barang lagi.
kalau i tak kedepankan apa apa wishlist lain la.

till then ttyl 

una mn








January 14, 2023

Second Wishlist 2023 completed!

 



hey guys....


seperti mana title ... yes harini barang yang i tunggu akhirnya sampai. alhamdulillah i managed to settlekan wishlist kedua i. gold bracelete 916 again but this time i beli yang paperclip

secara jujur i dah lama puasa beli emas perhiasan sejak i start beli emas 999.

tapi tu la ya perempuan nafsu shopping lebih. emas pun banyak betul design cantik cantik.


alhamdulillah ya .
tbh rantai tangan ni tak berat mana harga dia pun affordable.

ni emas keberapa entah i beli dengan akak nita ni.
emas dhia asnim ni memang trusted guys.

jadilah ye kumpul sikit sikit dari tak ada. 




macam ni rupanya bila dah dipakai.



k tu jela ye korang. semoga segala impian dan harapan kita untuk tahun 2023 tercapai.


till then

ttyl

una mn





It was never luck ✨🦋