January 27, 2023

Me time day & rindu nak jadi bookworm!

 


Hai korang

so harini offday kedua i.. i ambik peluang untuk pergi me time .

perempuan biasanya akan ada hari yang dia kena me time pergi spa or salon kan i tak terkecuali .

i pergi hannan medispa je sebab tu yang paling dekat dengan i.  i saja nak try ice globe facial dia.

kebetulan ada promo lagi cuma rm99 . selalunya every month i pergi mani pedi sekarang i rasa i  boleh buat kat rumah je sebab i dah barang barang dia kat shoppe.


i pun tak berapa suka colour kuku. style i suka pun cuma french nail . so rasa membazir pulak pergi spa . 


i suka buff je bagi kilat. husband i pun pandai gunting rambut tau korang . i sangat jimat bab self care ni hahaha. dia more like husband care.


dia pandai buff kuku i, pandai gunting rambut, dia jugak tolong warnakan rambut i and coin massage . 

so kalau i bazir pun dekat muka la dengan massage kalau i nak betulkan urat ke or saja nak fancy fancy.








oh ya i melalut.


okay tadi before i pergi facial i basuh kereta i yang dah berbulan tak basuh. sebab asyik hujan kan

even sekarang masih je lagi selalu hujan tapi i rasa semak tengok kereta tu kotor so i bawak la dia pergi carwash.


i sampai ipc i terus ke hannan medispa.  i duduk dalam beberapa minit diorang bawak i masuk check skin dulu. macam yang i buat haritu la saja nak tengok skin progress. surprisingly skin i makin okay.


even lately i macam tak berapa jaga sangat my skin.maybe sebab i sesuai dengan current skincare . so i will stick to it.








lepas habis facial i pergi masuk popular. sajalah nak cari buku. i sebenarnya rindu diri i yang dulu.i masa kecik memang suka sangat dengan buku. tak kisah la komik ke buku ilmiah ke i confirm ambik dan baca. my fav place nak baca buku cuba teka kat mana? library? no....

rumah opah sedara i .. i panggil opahlang. opahlang ni ada ramai anak lelaki 

dia adik kepada opah i. so rumah dia memang syurga comic. majalah macam mastika pun ada. kalau i pergi rumah dia.... i akan melekat dekat rak buku tu.

i belum jumpa lagi setakat ni orang yang boleh challenge collection rumah opah lang.sejak  opahlang meninggal in 2012 i rasa kehilangan. jadi makin lama makin kurang membaca. yela 2012 i baru habis belajar mana ada duit sangat nak beli buku . gaji awal kerja dulu pun. tak banyak mana. focus simpan duit dengan habis dekat makanan je . tapi sejak dewasa ni i kurang membaca makin lama makin kurang. tapi i still suka beli buku bila i ada duit lebih .


so i beli buku yang i rasa potensi i nak baca tu tinggi. i beli buku  mandarin and korean. as you guys know i memang tengah belajar mandarin. and i memang keen to learn new language . i rasa 

bila kita bila belajar bahasa lain kita buka peluang untuk diri kita sendiri terutamanya dalam kerjaya la.


i hope one day i will be able to speak fluently in mandarin, korean and japanese. 


cool kan?!


lepas beli buku i singgah bens di ipc untuk beli sedikit stock makanan breakfast and balik.


sekian itu sajalah benda i buat semalam.

 okaylah korang i nak sambung kerja ni lepastu petang ni i ada movie date dengan husband

kitorang nak pergi tengok pathan.



till then


ttyl


una mn

No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta