October 7, 2026

Pindah Rumah & Valuable Life lessons

 





Hi guys,

after a month i pindah baru i terfikir nak buat entry pindah rumah. Actually i took time with this one sebab terlalu banyak memories dekat rumah lama tu. I am so thankful for the good and the bad one.  2nd september 2026 i finally move out from that house. I bersyukur urusan lancar  i ambik cuti dari 2nd september sampai 6 september  sebab nak uruskan rumah.


I ambik mover yang i jumpa from thread. Dapat harga sangat reasonable  rm650 je sekali mover 2 orang. I rasa serba salah sebab barang i banyak juga yang besar besar. So i bagi tips sikit buat duit makan and i belanja diorang zus. 


Untuk aircond, aircond rumah lama i  i mintak aircond installer to datang dulu untuk cabut and cuci and then dari rumah i di damansara diorang datang ke rumah i yang sekarang ni. 2 aircond  baru for 2 bilik  1 aircond lama i letak living room. Untuk small room tempat i letak treadmill i tak letak aircond lagi.  


The whole process pindah senang je yang buat i macam  a bit panic sikit ialah installer aircond ni kan diorang berdua baik sebab dia tahu aircond i ambik masa lama nak sejuk. So diorang tunggu lama sampai lepas maghrib. Kerja renovation  dibenarkan sampai pukul 5.  Sampai guard naik atas tanya bila diorang nak balik


installer aircond : kakak.. kerja tak settle lagi. cakap kami  tidur sini 

me: ha? okay

tak lama tu betul  guard naik 

guard : hi miss, this 2 person tak balik lagi?

me : (dengan berbekalkan kepercayaan kepada tuhan i cakap)  Oh .. they sleep here

guard : (Muka dia puzzled) oh okay


he then.. walk away. 

dekat sini ada pro and cons. Pro dia i puji sikap tawakkal i dekat sini. Cons dia...i nak menyeru korang jangan buat benda ni sebab even you think they are harmless which is they were. Even they wont do anything to you tapi this is one way for you to get wrong impression from others. In my scenario i really hope not but i never know what guard tu think of me . My intention masa tu cuma nak aircond rumah i sejuk. Even ada la orang teman i tapi tak manis jugak sebab aku sorang perempuan 


andddd to make things worse korang  before pindah i install lampu kipas sendiri. Kipas dah settle masa tu lampu je belum sebab kipas cuma 4 tapi lampu ada 16 points. Si bijak una ni kan tahu tak lampu apa yang dia install dulu sebelum pindah? Lampu bilik air ! 

I repeat ... Lampu bilik airrrrrr!!!!  Lampu bilik lampu living room tak install!!! Hari i pindah patutnya lampu tu la my priority kan? Eh takkkk  i excited pasang katil i dulu HAHAHAHAHA.  

Masa dah petang  nak maghrib tu baru i perasan . Itu pun installer aircond tanya. 


installer air cond : Kakak lampu tak ada?

me : Oh i lupa pasang (dengan muka tak bersalahnya)

Tahu i pakai apa? candle bath and body works tu supaya adalah cahaya sikit 

HAHAHAHAHA dah la bercandle light dinner i malam tu. I makan  dengan candle tu sebab i was so hungry. 

sebab installer aircond tu kesian dekat i even  diorang pasangkan satu lampu je dekat bahagian dapur. Even tak sempurna la dia pasang dengan wayar terjuntai dia suruh i kemaskan sendiri but still i could not thank them enough. diorang pun i belanja la zus and tips .  

oh lepas pindah tu esoknya i pergi gym. Tak ada session dengan coach cuma i nak tahu the best route to the gym . Even sampai sekarang i  masih tak hafal lagi jalannya . 


habis dari gym i balik rumah lama kemas rumah lama and then pergi dentist for scaling and pergi saloon sebab i potong my super long hair and colour. I punya scalp cuma okay kalau i colour rambut. I dont know the science behind this.


jujurnya i berat hati sangat masa pindah,rumah sewa i tu i duduk 8 tahun . For 8 years i duduk apartment lama tu dari tak ada apa langsung. Motor pun arwah abah bagi. Dari tidur tilam nipis, fridge  tak ada  tv tak ada. Setahun i macam tu. Fridge tak ada setahun  tu nak jimat duit punya pasal whatever i masak malam tu esok i will eat the same thing for lunch.

I biasa beli ayam seekor kalau tak beli ayam i beli sardin. tengoklah . Kalau nak rasa makan udang i tunggu hari pasar malam . Dekat damansara damai ada 2 pasar malam hari selesa and jumaat. You know udang yang jual dekat pinggan tu. Satu pinggan rm5. So i beli la 4 pinggan.  Kenyang la sikit makan udang. Sebab tu i tak reti masak sikit sikit. Sebab i pernah hidup dalam rumah setahun tak ada peti ais.I was happy regardless.  

I remember my only entertainment adalah anak hamster i breezy and bubble. Kadang kadang i lepaskan diorang main dekat langsir. Even breezy tu garang sikit tapi sebab  diorang la peneman i dari zaman i susah dulu. Dekat rumah tu menyaksikan dari i kerja Aig buat cold call and then i kerja call centre jugak rezeki tak lama  and then i dapat kerja dekat bytedance . I work there for good 5 years. Even i kena retrenched but i am still thankful sebab Allah bagi i rezeki i banyak melalui kerja dengan company tu. I dah pernah tulis dulu. I dapat beli my first car, macbook, ipad , i watch first house dari kerja situ. I habis bayar ptptn for diploma pun hasil i kumpul kerja situ.  for that i am forever thankful.


 i tak menyesal i pilih duduk situ even i can get somewhere lebih comfy lepas kerja baru . To me takpe hidup sederhana dulu .Sewa rumah tu dulu cuma rm600. Kawasan situ melayu cina india semua ada. Rasa macam kampung. Pagi pagi ada makcik berniaga nasi lemak depan block.  Lantai rumah tu pulak pecah pecah. sebab mozek kosong. Dapur i pun macam nak roboh sebab old house kan.  Seboleh boleh i try to make it work. Tiles dia tahu tak nak pijak  macam risau sebab tiles dia macam kembung. Nasib kau la kalau pecah. Dah satu kerja i kena guess tiles mana yang selamat untuk i pijak HAHAHA.


but that's okay. aaa i miss my old room already. Dekat bilik kecil tu i banyak spend masa i. Tengok podcast hantu malam malam . Una and habit tak bagus una.I remember last year i sakit sampai kena surgery. Abnormal bleeding and unbearable period pain. Lepas surgery i kena bed rest for a week and then i kena retrench. Mungkin ada hikmah semua benda tu jadi. I almost lose my life and to lose a job right after that i just feel numb. I percaya selagi i hidup rezeki Allah mesti ada untuk i. Dekat situ jugak i met few internet friend yang dulu enjoy tengok diorang livestream games. Jadi background noise i buat i assignment jawab exam malam malam.  I kena covid early this year pun to kill time i  have them as background noise too . I ada terrible insomnia  due some  of medication and my unhealthy habit glad that even temporary they made my life better. Well at least, some of them inspire me to be a better human. I learn to appreciate beauty ; flowers. 

As introvert surprisingly i learn  alot from people i met. Their stories somehow  help me to understand life better. To know what kind of person i want to become and what kind of person i need to stop behaving.

I learn the hard way that even some connection so meaningful to you, not necessarily it will reciprocate and no one to be blame for that.Just like  a puzzle. It just not a fit. And your value in life is not define by other but by you.  


Jap kenapa panjang ni una?


the point is dekat rumah tu i lalui banyak benda. Through hardship some i dont even want to share here because terlalu personal. Thank you for 8 years.  Rumah tu rumah kedua paling lama i duduk. Rumah parents i pun i duduk 3 tahun je. The first 12 years of my life i duduk rumah arwah opah atuk. Which somewhere i can never go back to. Rumah tu belong to someone else now.  8 years bukan sekejap of course i will cherish every moment i spend dekat rumah tu. Masa i pulangkan kunci dekat agent pun i cry like a baby dalam kereta. Una senang attached kalau selesa. Sebab itu i will avoid to be attached anyone for now. Friendship break up somehow lagi sakit dari love break up. Ada a few of my girl friends asyik ajak i jumpa. 


i minta maaf dulu kalau i bagi banyak alasan. For now i jujurnya tak rasa nak jumpa sesiapa.I bukan sombong i cuma insecure. Nantilah if i rasa ready nak jumpa i will let you know. Tolonglah jangan kecik hati. 

ada yang cakap ohh jumpa kawan dekat fan club fevertts tak apa pulak? tu lain. sebab dekat fc tu semua orang excited nak jumpa evertts. Nobody will ask about me.Tak ada small talk personal life. We just meet and interact with eg and go home


Jumpa kawan different. Ada small talk which can lead to oversharing HAHAHA. Macam semalam terovershare dekat coach. takpe lah i anggap macam exchange topic since he share to what happened to him jugak. Some of darkest time of his life  . No, i takkan cerita what happened but it made me speechless.  I am thankul we had that conversation because from that i  learn everyone ada stories to tell.  

I selalu remind diri sendiri i tak susah even i tengah lalui 1 phase i tak tahu nak pergi mana and apa arah tuju i lepas ni.Mungkin  i am not supposed to know pun. Just do  whatever i can while  Allah show me the way. life will get better , it always does

Jangan lupa doakan palestine tau korang. Even until now diorang masih belum merdeka. 


okaylah dah panjang sangat entry kali ni

almost 4:30 am in the morning

i nak kena tidur


till then 

ttyl


 Una






No comments:

Pindah Rumah & Valuable Life lessons