August 16, 2021

Vaccinated With My Second Dose & Offday Activity

 


Hi guys,

i cuma nak share yang i dah terima  my second dose yesterday!!!!alhamdulillah for now simptomnya sama saja. lapar dan mengantuk. proses second dose kalini cepat je sebenarnya cuma yang buat jadi lambat sebab ada orang yang nama sama macam i pergi bawak balik card i ! hahahahahaha  masa i dapat card tu i tengok nama eh izzatul husna. i izzati husna. i terus inform orang yang jaga situ and cepat cepat diorang call the other person. lepas i dapat card i , i pun balik. 





sebelum balik husband and i pergi ninso cari table cloth sebab my current one dah comot . tapi tunggu dalam kereta jelah sebab nak kurangkan pergi ke tempat orang ramai. after ninso we went to tropiccana garden mall untuk beli groceries and our lunch . masa ni i terpaksa masuk sebab i have to do the number 1.you know number 1? ala tak tahu ke ? number 1 ( i want to pee) . number 2 tu yang lagi satu lah. faham kan. so  alang alang tu i ikut la beli sekali groceries sebab i nak cepat. so kita stock up lauk masak je and sedikit snack. i beli boost and famous amos jugak sebab alang alang dah keluar kan? i sejak dua menjak ni rajin buat video tau. sebab sajalah nak simpan bentuk video pulak. actually this is not new sebab i dari dulu pun suka buat video. cuma bila meningkat usia dah jarang buat maybe sebab before ni busy sangat kan. sekarang ni bila terperap dekat rumah and wfh mestilah rindu nak buat semua benda yang boleh buat dulu.



ni video semalam i dah compile compile. 
follow la my tiktok kalau nak ni username i : unamn91
video tiktok tu i terpaksa share dekat youtube sebab i nak masukkan dekat blog ni. 
blogger ni dia terima format youtube je. kalau i masukkan dari phone terus dia taknak terima
tak tau pasal apa.


apa nak gambar tuan blog?
eh malulah. 

HAHAHAHAHA
walaupun tak ada orang yang mintak i saja lah nak letak.


gitu sis feeling cantik kan?


okay itu cerita semalam.
harini pulak ada offday kedua sis.  so as usual i memang rehat  tak masak. 
so husband cakap dia nak belanja fishbowl. i nak ikut tapi dia bagi duduk dalam kereta je. untuk mengelakkan i bosan i jadi driver. so as usual dia akan record video untuk i edit. 
so we  went to one utama untuk beli fishbowl , lepastu i drive thru starbucks ,beli air stocks air mineral and balik rumah. 
actually  antara sebab kitorang keluar tadi nak pergi laundry. baju dah bertimbun. sekarang kan musim hujan. i rasa memang nak belilah washer and dryer combo tu. senang sikit .
sis memang tak berapa rajin nak sidai sidai ni. baju pun dekat wardrobe i ni banyak yang gantung daripada lipat. let's just say lipat baju is my least fav chores. kalau basuh pinggan i tak kisah banyak banyak. tapi selalunya memang jarang la pinggan bertimbun. my mom taught us untuk sentiasa basuh pinggan lepas guna and tak biarkan dekat sinki. 


untuk video harini  dipersilakan tonton.
hahahahaa



i memang suka buat video sebenarnya.  cuma tak berapa nak aesthetic. inshallah sis cuba bagi jadi aesthetic. i selalu tengok video mimi, khairultbh, eika dekat tiktok. i suka gila video diorang. 
tenang je . maybe jenis clean and perfectionist. i jenis serabai. 

but i thinK you guys can tell kot.


ahahahhahahha

k lah korang i nak sambung binge youtube ni. 
lately i suka betul dengar cerita hantu . 
sampai kena kacau.

korang nak tahu?
next post i cerita.


till then

ttyl

una mn














August 10, 2021

Offday Routine during pandemic




hi guys. 
pertama sekali sedekahkan alfatihah untuk arwah siti sarah raisuddin yang meninggalkan kita awal pagi semalam. hati memang rasa terkesan dengan pemergian beliau. looking at her children made me sad. 
memang semenjak pandemic routine harian kita berubah .  as for me yang wfh since early pandemic i punya routine sebagai isteri and also sebagai pekerja perlu memasak mengemas i perlu jaga juga i punya mental health. my coping mechanism selain makan i juga suka main game.  
so this is my current fav .

project makeover.





i sekarang dekat level 1100++ 
 bestnya game ni dia bukan macam game makeover bodoh bodoh budak selalu main tu.
dia macam candy crush. lepastu kan kita akan dapat duit so duit terkumpul tu kita boleh renovate rumah character dia. and make over character. and dia bukan macam never ending character macam game homescapes tu.  dia ada banyak character. so settle satu character kita akan move to another character pulak. so tak adalah kita bosan main. 

 
beli ipad bulan 4 haritu adalah the best decision i made this year. 
sebab pandemic yang berlarutan ni dah habis stock movie dah nak tengok.
so ipad ni banyak membantu i untuk mengisi masa lapang.

selain bermain game i jugak suka melukis .
i jujurlah i tak pandai lukis and i memang tak berseni.

hahahaha
tapi inilah hasil lukisan i hasil procreate.


semua lukisan i macam budak budak kan?
okay first three picture kat bawah tu bukan i lukis la obiously sebab tu memang dah ada dalam ipad ni.
honestly i tak banyak pun explore lagi ipad ni. samalah macam macbook. 
i rasa maybe i akan ambik masa untuk explore function diorang. as for macbook i boleh cakap i guna mostly untuk tengok youtube, tengok movie, tulis blog and also untuk update my wishlist or income file. 
i memang suka buat book keeping . most of my wishlist pun barang i suka, gadget and houseware.
so memang masuk book keeping i. i ada file hard copy dimana i letak semua resit resit i. 
so senang la nanti untuk income tax purposes.

i suka shopping, suka makan and sometimes as normal human being i overspend.
so untuk avoid i terlalu banyak lari budget i memang akan control apa yang perlu. 



setakat ni inilah routine i during pandemic. i cuba untuk buang bad habit and tambah new good habit. 
korang doakan i ye. 

i perasan lately i mungkin stress due to tak boleh keluar sangat.  new virus delta ni buat i tak ada choice . dulu i masih dapat keluar once a week untuk beli barang dapur. sekarang husband i cakap untuk elak i kena jangkit better for me stay at home saja.  immunity i belum kuat.lagipun i baru dapat vaccine 25 july haritu. so second dose would be this sunday. so lagilah i tak boleh keluar. 
cuma adalah 5hb haritu i dapat keluar teman husband cucuk vaccine. tu pun i insist nak teman. 
kalau tak husband i memang tak bagi pun i ikut. 

semoga kita semua bebas covid satu hari nanti. amin amin.

i cuma nak nasihatkan yang masih ada kerja hargai kerja korang. 
and simpan cash and gold tau.

sikit sikit takpe janji ada.

we never know what future brings.

better be safe than sorry kan?

till then

ttyl

una mn





 

August 7, 2021

Teman husband for His First Dose

 


Hi guys!!

2 hari lepas kan i ambik replacement leave. and kebetulan husband i tak vaccine lagi. so alang alang tu i teman dia pergi walk in vaccine dekat tropicana mall .  sehari sebelum tu dia dah siapkan form and dapatkan appointment . so we supposed to gerak dari rumah pukul 9. tapi kitorang gerak pukul 9.40 . tahu sebab apa? adalah makhluk pandai double park kereta i letak nombor call tak angkat angkat. lepastu i call management office ask for their help. tak lama lepastu guard datang. lepastu baru la manusia tu keluar.

lepas dia alihkan kereta kami pun bertolak ke tempat vaccine yang tak jauh pun dari rumah. sampai sana i drop off husband dekat depan and terus pergi parking. ramai jugak orang datang. i punya agenda haritu nak cari caramel sauce, whip cream and beberapa barang dapur sebab dalam tropicanna mall tu ada village grocer apa salahnya kan? sambil menyelam minum air. HAHAHAHA


so i pusing pusing cari semua barang i nak. cuma caramel sauce je habis. then settle beli barang i tumpang duduk dekat kafe yang belum bukak. sebab i fikir macam malas nak masak. so rasa macam nak beli je makanan yang ada kat situ. tapi nak gerak penat pulak sebab i pergi beli 2 botol besar susu and benda lain lagi. selepas setengah jam tunggu dekat situ i decided untuk tunggu dalam kereta je. 


masuk kereta tak lama lepastu my husband cakap dia dah siap cucuk. so apelagi , kami pun pergi mall satu lagi. pergi ipc shopping centre sebab i nak tapau makanan. i went to boat noddle my husband pulak beli sushi and crispy popiah. then lepas beli makanan i baru teringat makanan hamster kat rumah dah nak habis and i nak caramel sauce. oleh sebab kami dah tapau makanan i pun malas nak berjalan lama lama sebab yelah covid case kan tengah banyak. i offer untuk duduk dalam kereta and bawak makanan dah di tapau tadi tu sementara my husband pergi cari barang lain. 


disini i selitkan video i . siapa ada youtube subscribe la kalau suka.
ni i buat suka suka je ni. ahaha


and then lepas settle beli barang hamster on the way balik i teringat pulak yang i sebenarnya cari laptop cleaner dengan wipe dia and also i cari sticker palm rest untuk macbook. yelah i punya yang lama dah tak elok. i taknak beli dekat shoppe sebab last time i beli dia macam terlipat. so bila pasang tak cantik.

so oleh sebab i yang drive tak cakap banyak i pusing balik pergi terus kedai ustaz dekat kota damansara.

sampai sana i suruh husband i pergi. hehe pandai kan i?

yela dia tak suka drive i je selalu drive so keluar ni kenalah suruh dia ahahhaa.

tapi tetap tak ada guys palm rest tu yang ada cuma kain lap laptop tu je dengan pembersih dia . i tak sabar tunggu my second dose lepas ni boleh kot cari dekat loyat kalau bukak . 



sekarang i tengah confuse jugak kenapa  semua tempat i cari caramel sauce hersheys habis eah?

dekat shoppe habis. dekat supermarket tiga tempat dah i pergi habis. i bukan apa i nak kurangkan minum starbucks.so i nak buat sendiri la air kat rumah. tapi habis pulak..

sejak pkp ni craving dia melampau lampau. maybe sebab i bosan tak dapat keluar. yelah korang bayangkan la i dah wfh since early last year. and waktu malaysia dah kurangkan case i lah manusia paling happy.yelah dapat balik kampung. boleh bercuti. tengok kes naik melonjak lonjak ni maybe masuk office  tahun depan. maybe.

percaya tak i cakap i tak pernah masuk office lagi walaupun sekali?


sila percaya because it's real!


kalau case covid dah tak ada korang nak pergi mana?

i nak ajak my big family buat barbeque.nak ajak my husband buat aktiviti luar maybe jungle trekking ke, hiking ke or pergi camping. best kan?

maybe  then baru plan honeymoon dengan my husband.


korang pulak?


klah korang i nak sambung kerja


till then ttyl


una






August 4, 2021

Una and her starbucks obsession

 

hi guys.

as you guys know i memang fan of starbucks . and lately i minum setiap hari. memandangkan air dia agak pricy and i minum dalam 2 cups a day. i rasa i membazir . yela i selalu beli green tea latte cold foam, butter beer and caramel cream.  gilir gilir la flavour mana. once in awhile i akan order java chip. chochlate cream chip and caramel machiato. the amount of money i spend dekat starbucks are ridiculous.HAHAHA so i decided to purchase starbucks cup untuk i buat sendiri.



ni air malam tadi. green tea latte cold foam.
 i rasa i might beli coffee machine jugak sebab i kadang kadang kerja malam and i memang brew coffee starbucks sendiri. i beli beans dekat starbucks and sepanjang i kerja malam i akan beli.
ada jugak my friends tanya why tak beli brand coffe lain je lagi murah.
you think i tak cuba?

siapa tak suka berjimat kan?
sebab setakat ini cuma starbucks yang tak buatkan kepala i pening bila minum
secara jujur i bukan heavy coffee drinker. 
i minum coffee hanya kalau i teringin atau untuk kerja.
i mostly minum dairy product .sekarang faham kenapa i gemuk?
HAHAHA


so berbalik kepada cerita tadi. since i rasa i boleh je simpan lebih kalau bukan sebab my starbucks addiction tu i nak kurangkan lah. so nak feelings kan.
i beli ni


i saja beli jenis transparent macam ni so bagi vibe macam beli dekat kedai.
ni pulak hasil air i buat tadi.


i tak tahu nama air ni apa. i suka suka buat je
tapi i namakan dia nutella choc cream.
sebab i guna choclate drizzle and i campur nutella sikit dalam susu and ice and i blend.
actually i nak buat butter beer tapi whip cream and caramel sauce i habis.
esok i  teman husband pergi cucuk vaccine so maybe esok i pergi beli.
semoga adalah eah. jimat sikit duit i.

k korang tu jelah for now. i nak sambung kerja.

till then
ttyl

una mn






It was never luck ✨🦋