Hi guys!!
2 hari lepas kan i ambik replacement leave. and kebetulan husband i tak vaccine lagi. so alang alang tu i teman dia pergi walk in vaccine dekat tropicana mall . sehari sebelum tu dia dah siapkan form and dapatkan appointment . so we supposed to gerak dari rumah pukul 9. tapi kitorang gerak pukul 9.40 . tahu sebab apa? adalah makhluk pandai double park kereta i letak nombor call tak angkat angkat. lepastu i call management office ask for their help. tak lama lepastu guard datang. lepastu baru la manusia tu keluar.
lepas dia alihkan kereta kami pun bertolak ke tempat vaccine yang tak jauh pun dari rumah. sampai sana i drop off husband dekat depan and terus pergi parking. ramai jugak orang datang. i punya agenda haritu nak cari caramel sauce, whip cream and beberapa barang dapur sebab dalam tropicanna mall tu ada village grocer apa salahnya kan? sambil menyelam minum air. HAHAHAHA
so i pusing pusing cari semua barang i nak. cuma caramel sauce je habis. then settle beli barang i tumpang duduk dekat kafe yang belum bukak. sebab i fikir macam malas nak masak. so rasa macam nak beli je makanan yang ada kat situ. tapi nak gerak penat pulak sebab i pergi beli 2 botol besar susu and benda lain lagi. selepas setengah jam tunggu dekat situ i decided untuk tunggu dalam kereta je.
masuk kereta tak lama lepastu my husband cakap dia dah siap cucuk. so apelagi , kami pun pergi mall satu lagi. pergi ipc shopping centre sebab i nak tapau makanan. i went to boat noddle my husband pulak beli sushi and crispy popiah. then lepas beli makanan i baru teringat makanan hamster kat rumah dah nak habis and i nak caramel sauce. oleh sebab kami dah tapau makanan i pun malas nak berjalan lama lama sebab yelah covid case kan tengah banyak. i offer untuk duduk dalam kereta and bawak makanan dah di tapau tadi tu sementara my husband pergi cari barang lain.
and then lepas settle beli barang hamster on the way balik i teringat pulak yang i sebenarnya cari laptop cleaner dengan wipe dia and also i cari sticker palm rest untuk macbook. yelah i punya yang lama dah tak elok. i taknak beli dekat shoppe sebab last time i beli dia macam terlipat. so bila pasang tak cantik.
so oleh sebab i yang drive tak cakap banyak i pusing balik pergi terus kedai ustaz dekat kota damansara.
sampai sana i suruh husband i pergi. hehe pandai kan i?
yela dia tak suka drive i je selalu drive so keluar ni kenalah suruh dia ahahhaa.
tapi tetap tak ada guys palm rest tu yang ada cuma kain lap laptop tu je dengan pembersih dia . i tak sabar tunggu my second dose lepas ni boleh kot cari dekat loyat kalau bukak .
sekarang i tengah confuse jugak kenapa semua tempat i cari caramel sauce hersheys habis eah?
dekat shoppe habis. dekat supermarket tiga tempat dah i pergi habis. i bukan apa i nak kurangkan minum starbucks.so i nak buat sendiri la air kat rumah. tapi habis pulak..
sejak pkp ni craving dia melampau lampau. maybe sebab i bosan tak dapat keluar. yelah korang bayangkan la i dah wfh since early last year. and waktu malaysia dah kurangkan case i lah manusia paling happy.yelah dapat balik kampung. boleh bercuti. tengok kes naik melonjak lonjak ni maybe masuk office tahun depan. maybe.
percaya tak i cakap i tak pernah masuk office lagi walaupun sekali?
sila percaya because it's real!
kalau case covid dah tak ada korang nak pergi mana?
i nak ajak my big family buat barbeque.nak ajak my husband buat aktiviti luar maybe jungle trekking ke, hiking ke or pergi camping. best kan?
maybe then baru plan honeymoon dengan my husband.
korang pulak?
klah korang i nak sambung kerja
till then ttyl
una
No comments:
Post a Comment