April 28, 2022

3rd wishlist 2022 completed

 


Hi guys...


so entry harini sangat simple. i just nak simpan sini sebagai kenangan. so tadi i berjaya settlekan wishlist i yang ke 3 untuk tahun ni. ya betul wishlist tahun ni banyak pasal emas. so i tadi mula mula pergi emas anuar tapi tak ada stock dalam budget yang i nak. 


lepastu kami pergi kedai emas jelita yang tak jauh dari situ. sebaris je sebenarnya. 
ramai sangat orang. so i tengoklah ada around my budget so i pun beli. 
i beli yang roti bun 2 tu sebenarnya.  yang rantai tangan satu lagi tu i beli this year jugak tapi bulan 1 .
sebelum dikecam sebab pakai 2 . ni masa i try muat tak . sebab i beli gancu box.
alhamdulillah memang muat muat selesa.




ni saja je i posing dalam kereta. i beli emas ni untuk buat masa depan . 
untuk masa masa susah. memandangkan emas makin lama makin naik harga  kan.


i habis around rm4.5k+ macam tu.    
dah dewasa ni malas nak fikir. orang cakap riak ke menunjuk ke
niat i cuma simpan kenangan untuk diri sendiri. 
kalau suka baca. tak suka jangan baca.
gitcheww.

lagipun harta or posession kita ni semua Allah punya. tak salah hargai 
kerja keras kita and hargai diri sendiri.


k tu jelah korang  for now



till then 

ttyl

una mn








April 22, 2022

shopping raya with husband and beli emas untuk tersayang

 



Hai guys..

so harini i nak cerita sikit aktiviti untuk 2 hari ini. so cerita ada 2 pecahan la yer. 

walaupun korang tak  kisah i nak cerita jugak because blog i suka hati i lah HAHAHA


21/4/2022

macam biasa pagi tu i tidur dulu sebab i kerja night shift habis 7.30 pagi. around pukul 1 lebih i bertolak ke pusat service proton tak jauh dari rumah i. i dah book for appointment untuk tukar brake pad. sampai sana i di beritahu service ambik masa lama sikit sebab ramai orang. lepas check check semua. dah service orang proton cakap i kena tukar brake disc sekali tapi dekat situ tak ada stock . jadi lepas tu i still kena cari bengkel lain untuk tukar brake disc. so dekat proton i habis dalam rm300++ macamtu . i tunggu 3 jam ye. korang bayangkan 3 jam lama gila. sampai kematu i duduk situ. sebenarnya i tak terfikir yang akan lama macam tu. plan asal i nak pergi cari emas for my mom and mil. i nak bayar nazar sebenarnya sekali tu nak pergi cari baju raya my husband sekali. Tapi Allah ada plan lebih baik.


pukul 6 macam tu kereta i settle. so i pergi cari bengkel. dapatlah bengkel dekat kota damansra. tapi i kena tunggu sparepart sekejap. korang tahu tak berapa lama bengkel tu ambik masa settlekan brake pad i?

setengah jam korang. setengah jammmmm je.  hahaha so kereta i settle dalam 6 lebih nak dekat pukul 7. kami decide haritu tak jadilah pergi kl cari baju. cuma nak cari tempat berbuka je. so mall paling dekat ialah the curve. so we went to the curve. sampai sana agak lambat sebab jem . so tinggal berapa minit je nak berbuka. kami decide berbuka dekat starbucks the street sahaja. 


mujur adalah jugak nasi. tapi pedas yer. i suka pedas tapi dia punya pedas ni taklah pedas sangat sebenarnya tapi sejenis manusia yang bukan suka makan nasi berkuah banyak macam ni.
i prefer nasi i kering. nak kuah pun sikit sikit je. so basically that explained why korang tak pernah nampak lagi i pergi penang beratur nasi kandar ke apa semua. i simply tak suka nasi berkuah banyak or berkuah bergenang macam ni. tapi tulah rezeki kan makan jelah .
plan asal nak pergi makan kfc je kat situ nak benda senang. tapi kfc pun ramai beratur masa tu ye and tempat lain fully booked haha.

lepas makan kami jalan jalan kejap dalam tu. lepastu i shopping sikit baju untuk jalan jalan for my abah.
lepas shopping kami pun balik sebab i kena kerja.



22/4/2022 

as usual sebab malam tadinya i stil kerja. so i tidur dulu pagi tu. around  3 macam tu kami berdua keluar pergi destinasi pertama iaitu kedai emas anuar di sungai buloh.  so sampai sana alhamdulillah masih 
belum ramai sangat orang.


so ni i beli  satu for my mom satu for my mother in law. 
jangan tanya i takkan cerita because biarlah rahsia. 
kalau benda tu i beli untuk i sendiri maybe i akan cerita . tapi ni i nak bagi dekat orang
so tak payahlah tahu. kenapa i tulis macam ni?
mesti yang baca rasa macam hekeleh siapa kesah. siapa nak ambik tahu.
alhamdulillah baguslah tandanya tak nosy.
i have quite a few "friends" yang taklah rapat pun tapi kalau boleh
semua benda nak ambik tahu.  kalau boleh apa harta i ada semua kena isytihar macam tu.
i pernah ye dapat soalan berapa gram emas i ada kat rumah. 
NOSY KAN?

hahahaah  so if you tak nosy alhamdulillah you dikurniakan common sense yang bagus.


okay berbalik pada entry .  

lepas beli emas ni i terus pergi kl untuk menunaikan hasrat husband i.
i tak tahulah kenapa dia memang suka pergi tempat crowded.
i personally tak suka pergi tempat crowded . i boleh kata ini kali ke 2 i pergi jalan tar untuk cari baju raya 
kali pertama dulu pun dengan dia . bukan sombong tau guys. bukan cakap tak ada standart ke apa.
jangan salah faham pulak. tapi kalau terlalu sesak tak best tau nak shopping. 
tapi tu la dah husband suka kita layankan jelah. 
so kami pergi parking dekat sunway putra mall sebab bagi i lebih mudah nak cari parking dekat situ.
so dari situ kami naik train terus pergi masjid jamek. lepas 2 jam jumpalah baju 
yang dia berkenan. 

bila i tengok tengok tak adalah murah jugak baju dekat jalan tar.
husband i beli baju melayu jenama rizal exclusive rm198 ye harga dia.
kain dia okay la sedap. i cakap dengan husband lepas ni baju raya kita beli awal i tak 
sanggup bersesak macam ni. kalau dia nak jugak pergi jalan tar pergi la sorang i taknak teman lepas ni

again bukan sombong ke berlagak ke  NO. tapi kenapa nak susahkan diri bersesak kalau boleh senang .
dah harga dia mahal beli jela online. and kitorang pulak terlupa nak book tempat berbuka ya. kitorang berbuka dalam kereta dengan air mineral and roti i beli dekat bakery sebab tak ada tempat dah semua penuh HAHAHA.
balik tadi ingat nak la singgah 4 fingers dekat hartamas. 
sampai sana ayam kena tunggu 30 minit.
i pulak dah tak ada masa ya nak tunggu tunggu .
so kami sudahnya order grabfood je and makan kfc dekat rumah HAHAH.



jadi kesimpulan dekat sini  buatlah preparation raya awal. 



k tu jelah korang.

i nak kerja . till then


ttyl
 una mn




April 19, 2022

Teman Husband Beli New Iphone 13 pro max

 


Hi guys.. semalam kan i teman husband pergi beli iphone baru dia.
dia beli iphone 13 pro max in alpine green . memang tujuan asal keluar semalam hanya nak cari iphone dia je. mula mula kami pergi ipc tapi tak ada stock . lepastu kami jalan kaki pergi the curve .
sampai machine the curve memang tinggal satu je stock. actually kami cari dari awal bulan haritu.asyik habis je. takpelah dapat jugak . 



sis tumpang excited je. iphone sis masih elok ye. yelah iphone sis 12 pro.
i mengamalkan konsep selagi tak rosak takkan tukar untuk mengelakkan pembaziran.
i suggest korang buat benda sama unless korang memang ada income yang banyak sampai tak tahu nak buat apa duit tu so tak apalah haha.

 

sebelum di judge bukan bukan. i nak beritahu yang my husband punya previous
iphone ialah iphone x ye. tu pun dah dead dah phone nya.
inshallah i encourage dia buat benda sama. selagi tak rosak jangan tukar phone baru.
phone ni tools je korang. bukan satu benda yang perlu kita sentiasa tukar.
unless you memang kerja pakai phone and require latest phone so tak apalah.







so besar kan pro max ni?
besar and berat.


ni dia size comparison. yang kiri tu phone i. iphone 12 pro in graphite and kanan tu phone husband i .
so kalau korang suka phone besar besar silakan beli. benda i suka dekat phone husband i ni ialah camera dia. camera macam lebih jelas even dalam gelap. iphone i pun boleh snap gambar dalam gelap cuma 13 pro max ni lebih jelas lagi ya.


upgrade yang lain lain i tak perasan sangat. cuma tu jelah i boleh cerita.

k tu jelah korang


till then 


ttyl

una mn

April 16, 2022

Fantastic Beast & The Secrets Of Dumbledore

 


Hi Guys... post ni khas untuk para potter head semua.
korang setuju tak kalau i cakap antara 3 movie fantatastic beast yang ni yang paling best?
i dont know apa pendapat korang tapi bagi i movie ni best sikitlah even villain dia dah tukar.
sebelum ni kan grindewald di lakonkan oleh johnny depp tapi oleh sebab issue dia dengan amber heard
watak dia dilakonkan oleh mads mikkelsen.


sejujurnya i suka dua dua actor . 

i taknak bagi spoiler so i cuma boleh cakap cerita ni sangat sangat best.
dia punya plot sangat kemas. senang faham and tak heavy sangat compared to other 2 movies.

i rasa watak fav i dalam filem ni queenie sebab dia boleh baca isi hati orang .



another fav ialah grindewald sendiri sebab dia punya strong personality




okay this is me now. mok kan?
ah malas fikir HAHAHA


k tu je nak cerita korang.


till then 

ttyl 

una mn












April 11, 2022

Berbuka Puasa Di Royale Chulan The Curve & Telekung baru saya

 


Hi guys...

semalamkan  i dengan husband keluar tengok movie around 3.45 macam tu. husband ajak tengok

cerita the lost city. oleh sebab movie habis around 6 so we decided untuk makan buffet hotel je . i tengok movie dekat one utama sebenarnya then habis je movie kami terus pergi the curve sebab kami plan nak break our fast dekat royal chulan the curve.


masa ni belum ramai orang tapi around 7pm macam tu fully book sebenarnya . penuh orang ha.


so here the food station




kalau boleh i jujur la eah. makanan dia okay okay je. nak kata tak sedap tak jugak. nak kata sedap sangat pun tak jugak.my fav dekat situ dia punya cakes and kerabu sotong ke entah nama dia. buffet dia bagi i okayla kena dengan harga. rm88 je guys. antara paling murah. why i cakap murah? kalau tak kitorang nak pergi sunway resort hotel & spa dekat sunway and they charge rm198 per pax. sebab i selalu makan buffet situ dulu. last year tak silap i tak ada buffet . 2020 pun tak ada this year diorg bukak so i nak pergi. cumanya semalam nak pergi tak sempat .

untuk first trip i ambik ni je. 

settle makan.. kami pergi jalan jalan dalam curve sambil shopping raya sikit sikit.


i beli new bedsheets set and also tudung raya from waarna.
jadilah kan. 



settle shopping kami pun. balikkkk.. harini pulak my telekung raya sampai. ni i beli from Hanna Mirae je korang. i suka sangat telekung ni sebab sejuk and material dia sangat sangat best.




so telekung ni datang sekali dengan beg telekung yang comel, sejadah kecil and ada free gift sampul raya.
for me selain daripada cari baju raya . kalau telekung kita belum bertukar why not beli satu yang baru?
inshallah nak solat pun selesa. 

nak jumpa orang pun cantik. nak jumpa tuhan pun cantik

kan kan?


k tu jelah korang i bebel. 

till then

ttyl

una mn












The most unhinged decision i ever made