September 23, 2022

ALFATIHAH UNTUK OPAH YANG TERSAYANG

 


hai guys ..

lama i tak menulis . lately sis busy sikit dengan kehidupan sejak 2 menjak ni. 2 minggu lepas sis dapat call dari my cousin yang opah dimasukkan di hospital. dalam pukul 5 pagi 8 hb. opah tak sedarkan diri & ada pendarahan dikepala. malam tu sis kerja on night shift dan shift habis sekitar jam 7.30 pagi. untuk mengelakkan kejadian tak diingini jadi sis tidur dahulu beberapa jam sebelum memandu ke rumah my cousin ila. ila hantar 2 anaknya di ampang. dan bawa dua dari mereka iaitu amanda dan zaref. 

me, ila, abg mil, zarif and amanda terus ke hospital teluk intan. di pertengahan jalan kami singgah ke tg malim untuk ambik jannah sekali.





sampai disana cuma 2 orang dibenarkan naik serentak. kami bergilir gilir naik untuk melihat keadaan opah. bila my turn sampai i naik dengan my cousin fadhilah.  .cuma mampu pegang tangan dan cium opah. dalam hati cuma mampu berdoa dan bisikkan pada telinganya. opah beri respond walaupun matanya tertutup mulutnya menguap berkali kali seolah olah cuba bercakap. 




malam itu i hantar ila balik ke ampang semula dan bergegas pulang . alhamdulillah diberikan emergency leave oleh company.



esoknya(9hb) opah sedar. ila dapat video call and bercakap dengan opah.amir pun sempat melawat opah dan opah dapat mengenali amir dengan pantas. mendengar berita tu kami  sangat lega. tapi malamnya dapat berita opah tak sedarkan diri semula.


10hb

selesai my night shift  dalam 7.30 pagi dan tidur 2,3 jam sekali lagi ila and me putuskan balik lagi di kg. kalini ila bawak semua anak anaknya. abg mil tak dapat ikut. i pack my work laptop sebab takut tak dapat el sekali lagi. kalini opah koma tak dapat respond apa apa. selesai melawat opah kami pulang ke tg malim rumah paklong maklong dan bermalam di sana. sebab badan dah terlalu penat dan i have to work that night . esoknya lepas settle night shift  maklong sediakan sarapan dan kami makan. oleh kerana cuaca yang hujan lebat kami putuskan balik ke kl petang sedikit.


keadaan opah yang semakin hari semakin membimbangkan . sebagai cucu yang dijaga dari kecil tipulah hati tak risau dan sedih. cuma mampu berdoa dari jauh untuk opah. 20 hb malam hati rasa tak sedap sangat entah kenapa. asyik teringat opah cuma tak terluah. kebetulan haritu hari selasa dan sis perlu ke office malam tu. kerja dari office jadi tak dapat nak check handphone selalu. (office protocol)

siap berpesan pada adik adik & buat arrangement balik jika ada apa apa. i asked ammar to pick my sis & lil brother untuk balik sekali meanwhile me have to pick my cousins & her family .


21 september 2022.

sis habis kerja around 7.30 & drive home. sampai rumah i dapat banyak phone call dari keluarga mengatakn opah tak stabil. again kerana i just finish my work sangat bahaya for me to drive from damansara to seri kembangan (50 min from my home) . i took a rest sekejap. sebelum putuskan balik dengan my cousin. the reason why i have to pick her sebab dia punya kereta rosak. sampai di rumah ila around 1.30-2.00 . abg mill drive meanwhile me at the front seat & ila at the back seat with her children. 

i received a call from my cousin jannah : dengan suara tangisan teresak esak 

" ijat... opah dah tak ada"


i was blank. i didnt cry at all. mungkin antara percaya dengan tidak.  i have to keep my calm. i asked ila and jannah to calm down and redha. secara jujur asalkan opah dah tak sakit lagi. kata ika dia dan maklong sempat menghadap arwah disaat terakhir. opah dapat menyebut lailahaillah. 


sekitar 4 lebih kami tiba di bilik mayat teluk intan. opah belum dimandikan. we request to open. 

kami cium dahi opah. barulah air mata mahu mengalir.


betullah opah dah tak ada.



dua orang makcik tukang mandi jenazah sampai. siapa yang ingin memandikan opah diminta kedalam. 

pada masa itu i just wanna keep my calm & redha. i chose not to. 


mungkin pada mata orang dipandangan sebagai cucu yang tak mengenang budi or what not.


hakikatnya hanya kita sendiri kenal dan tahu diri kita.


tak ingin meraung dan meratap. tak mahu jika roh opah lihat dan turut sedih. 

selesai mandi kami diberi kesempatan menatap wajah opah lagi.


opah nampak bersih dan wangi. wajah opah kini tersenyum. mungkin opah dah diperlihatkan amal kebaikannya. dalam hati sis berharap opah berada di tempat terbaik disisi tuhan..



now opah dah jumpa atuk.

jannah cakap opah letak gambar arwah atuk di dalam buku selawatnya. 

mungkin dia rindu. sekarang opah dah boleh jumpa atuk, pakngah makngah.


opah dikebumikan pada esok paginya 22/09/2022. sedikit ralat kerana opah lambat disempurnakan.

namun lega melihat proses pengkebumian opah berjalan lancar walaupun hujan lebat pada paginya. 


opah dikuburkan bersebelahan dengan kubur atuk.

ijat sayang opah dan atuk.

jika ada yang membaca sedekahkan alfatihah buat insan insan kesayangan saya


Maznum binti muhammad  
(1/4/1943-21/09/2022)

 dan datukku

 razali bin tahir 

   13/5/1936 - 25/9/2021




terima kasih opah atas jasa menjaga ijat dari baby sampai 12 tahun.
even ijat dah tak duduk dengan opah lagi selepas itu kasih sayang opah dan atuk sentiasa
dalam ingatan dan kenangan paling penting dalam hidup ijat.



                                      
















September 4, 2022

Try K town Korean Bbq Grill House By Zizan Razak For The First Time

 



Hai Korang ..
tadikan i berkesempatan pergi ke ktwon korean bbq grill house .
yes yang zizan razak punya tu.

i pergi dengan cousins i bella and fatimah.

i tak dapat nak berceloteh banyak,
i belanja gambar k?









ni pajeon tau korang. berbaloi dengan harga pajeon dia memang besar and puas makan


ni masa letak arang. yang dalam mangkuk kecik kecik tu semua banchan (side dishes)
siapa rajin makan korea tahu banchan tu apa.
okay banchan dekat sini semua free refill.





kami ambik this platter memandangkan kami lebih suka seafood. Nama dia Haemul Set B.
kami add on daging jugak . Pada awalnya kami nak short rib tapi habis so kami ambik
chuck ribs


ni style makan macam dalam kdrama tu. 
korang boleh letak kimchi, letak daging ke or seafood dalam tu lepastu balut
and makan. 


ni daging chuck rib tu.nampak sikit tapi sebenarnya kenyang makan 


yang ni scallop


okay total kitorang kena bayar rm420+++ 
for me berbaloi dengan harga and makanan kami ambik pun dekat luar memang mahal.


rate berapa?

everything A+++ 100/10

tak tahu nak complain apa. even nasi dia pun sedap .

so yeah will definitely come again.

pasal parking semua korang tak perlu risau .
memang mula mula nampak macam tak cukup parking sebab i masuk ikut depan.
bila keluar balik rupanya ada parking bawah dekat basement . dekat bawah pun nak naik atas ada lift and keluar lift sampai dah dekat dengan ktown. 

bayar parking pun touch n go so tak payah risau pasal kena guna duit cash ke apa.







 i tak sempat selfie kat sini. tbh i datang sini tak make up pun.
i just datang untuk makan HAHAHA



air i ambik strawberry frappe, wawa ambik peach frappe and
 bella ambik Genmaicha(brown rice tea)



lepas tu kami on the way balik singgah sunway pyramid dulu beli my fav egg tart dekat area lobby hotel sunway and starbucks .




lepastu lepak lepak kejap rumah makcik i dah reda sikit jem baru i balik damansara

sekian itu sajalah aktiviti hari cuti i harini.

ttyl


una mn






It was never luck ✨🦋