September 26, 2021
Tenanglah atuk di negeri abadi
September 23, 2021
Pengalaman una cuba beli rumah
hi korang
harini punya topik maybe hot topik untuk orang yang mencari rumah untuk dibeli.
and ada yang buat research baca tapi tak berani nak apply or malu ke no worries im here. maybe lepas baca pengalaman i ni you guys dapatlah input sikit sikit.
okay i jujurnya dah lama listing kan projek yang i mungkin boleh beli and i ada apply jugak beberapa projek under rumah mampu milik. oleh sebab i rasa macam lama sangat dah i tunggu rumah selangorku i still mencari rumah yang i rasa okay . rumah yang i cari pulak critieria dia simple je mampu bayar, guarded house and parking okay.
honestly guy lepas i teliti rumah rumah di klang valley. i mendapati affordable house kebanyakan di cyberjaya, dengkil, semenyih,bangi . area macam petaling jaya, damansara harga dia melambung tinggi.
so obviously , peluang i nak beli rumah area sini agak tipis sebenarnya. i tak adalah nak rush terus beli property since i sebenarnya in the middle nak settlekan ptptn kan. i saja nak tambah input sikit cara nak beli rumah waktu sekarang ni. sekarang kan ada house ownership campaign (hoc).
satu hari i nampak ads tentang apartment di damansara rm270k . lepas i kira kira okaylah affordable jugak
projek D'vine Residence. kalau korang familiar dengan kawasan dekat bangunan mustapha kamal tu ha dekat situlah nanti projeknya. diorang akan naikkan satu township dekat situ. so agent invited me to zoom meeting. i ajak husband i join sekali and i tengok dia punya presentation. rumah dia cantik. neighbourhood okay. cuma i tak beli sebab dia 550 ft je . for me i need a bigger space.
tapi kalau korang jenis tak kisah nak beli dipersilakan beli. sebab korang yang first home buyer ada discount and tak perlu bayar installment selagi projek tak siap. projek ni siap 2025. monthly installment dalam rm1100. cuma nanti bila projek dah berapa percent siap korang kena bayar progress fee tapi tak mahal pun berapa ratus je.
esoknya i nampak ads dekat facebook pasal houzkey maybank. i masuk website maybank i isi detail. saja saja sebab i tertarik dengan headline rumah dari rm1000 . i dapat call dari alice agent property .
waktu tu i baru nak solat isyak . she asked me if i free nak ajak zoom meeting. after solat i ajak husband
join sekali zoom meeting. rupanya projek dia ialah mutiara hilltop di puchong. i macam tergamam jugak sebab projek ni harga dia half million. mahal kot installment dia . tapi my gut feelings said why not dengar dulu?
so alice and her colleague kent brief me about the project.40 min jugak. so they ask me for my document and i bagi. tbh i pun tak tahu i lulus ke tak sebab i beli nama sorang sorang. i tak combine dengan husband. and i ada commitment yang agak tinggi for now. honestly i dont think boleh lulus pun.
kalau tak lulus i okay. kalau lulus pun i okay.sebab honestly this is first time i sampai tahap i sign booking form. before this memang setakat tanya bagi document and rejected due to high commitment.
i cerita sikit eah procedure dia. korang kalau dah isi form dekat maybank website tu, nanti agent akan ajak jumpa or zoom . nanti dia terangkan semualah.kalau masa tu korang minat dia akan suruh choose unit rumah terus. so masa nak booking tu korang dah tahu dah unit rumah no berapa, tingkat berapa, view apa.
lepastu korang kena isi booking form dan sign. booking fee adalah rm1000.
dokumen diorang mintak ea form, kwsp with breakdown for 2020 & 2021,payslip 3 month or 6 month,
supporting document (saving, investment stock,asb dividen)
lepas diorang submit tu kita akan dapat maybank2own account . dekat situ kita akan nampak status application kita. rumah ni akan siap tahun 2024.
September 15, 2021
Dah boleh dine and zus coffee!
Hi guys...
korang buat apa? i macam biasa tengah kerja. i update ni memandangkan pagi ni tengah tak banyak task
so why not. i rasa most of you guys yang rajin baca blog i tahu i kerja apa. yang tak tahu mesti ingat i mengular. i bukan kerja office biasa or admin yang ada paperwork. i content moderator so my task 100%
online. so tak ada task why not kita isi dengan menulis disini?
okay masa off day i hari jumaat and sabtu lepas . i ambik peluang untuk dine in. actually haritu masa i service kereta i dah dine in dah dengan adik i. husband jelah baru dapat dine in since dia fully vaccinated on 9 september. memang dalam kepala dah set nak makan steambot. yelah dalam banyak banyak makanan steambot je tak boleh tapau kan. kitorang makan dekat pak john steamboat di tropiccana mall je . lately i macam suka pergi sini. maybe sebab the curve pun tak banyak kedai dah.
September 5, 2021
My baby service time
Hi guys
semalam kan my baby iriz ( my car) harus diservice . i made an appointment 2 days before and i diminta datang pukul 1. since condition di damansara masih membimbangkan everyone yang datang service were not allowed to wait at the service centre. so i call my brother to pick me up . i masih paranoid lagi nak naik grab. since i tak tahu siapa duduk dalam grab tu. too risky kan.
mujur rumah adik i, ammar dekat je dengan i . dalam area yang sama. sementara menunggu we went to one utama and had our lunch there. my first dine in after fully vaccinated . lepas makan kitorang jalan masuk kaison , kedai kedai baju just to kill time. after 2 hours i received a call said that my car dah siap service. diorang basuhkan lagi kereta i.
balik dari service kereta i pun dah penat jalan jalan kan so i terus pergi drive thru starbucks and mcd.
i tunggu lama gila okay masa drive thru starbucks. idk diorang ada promotion ke apa. but memang i tunggu 1 hour . after tapau dinner at mcd i balik terus.
i cant wait until my husband complete his 14 days after second dose. 10hb ni dia dah boleh dine in dah. rasa macam nak makan steamboat . since kj announced that we will move to endemic phasa which mean we will live with the viruses i think tak salah kot nak dine in sebab we are helping bussines. we are helping the economy. I hope that everyone boleh chill and jangan marah dekat orang yang dine in.
okay?
k korang tu je for today. harini my second off day
i dah siap masak sedap sedap tau.(puji diri sendiri)
till then
ttyl
una mn
September 2, 2021
My Ptptn Debt Journey (milestones that i proud of)
Hi guys..
as you guys know i memang dah lama plan nak settlekan ptptn.
ini adalah salah satu wishlist i tahun n yang belum tercapai tapi in progress.
ini adalah satu satunya wishlist yang i cerita sebelum ianya complete. sebab i memang kalau tak luahkan rasa tak tahu nak channelkan dekat mana perasaan excited ni. bayar hutang ni for me is an achievement
tak kisah la kalau orang lain tak rasa benda ni as achievement sebab pendapat orang tidak penting bagi i.
jujur kan? HAHAHA.
sebab hutang i consider medium to high. kalau orang yang belajar gov maybe hutang tak banyak sangat dengan ptptn. i belajar private college dulu. so i berhutang 24k. sebab i dulu kerja gaji tak banyak mana i jujurnya tak bayar. early last year i rasa macam nak beli rumah. tapi semestinya i kena settlekan hutang dulu. kalau korang kenal i secara dekat korang tahu i tak suka berhutang banyak banyak. sebab hutang banyak banyak menyerabutkan kepala. sebab tu sampai sekarang rumah i tak ada coway ke cuckoo ke memang tak ada. tak tahulah di masa depan i akan beli tu not sure.. but i prefer benda yang cash je.
so early last year hutang i adalah rm25.7k . sekarang alhamdulillah lepas i bayar rm2000 malam tadi.
balance dia dah tinggal bawah rm4000. 3k++ je tinggal. i rasa happy dengan milestones yang i dah capai.
actually kalau tak last night i nak bayar rm3000 tapi my money floating dekat investment account.
so i biarkan je dia kat situ. korang doakan my journey nak bayar hutang di permudahkan.
memang betul actually hutang dah boleh settle awal lagi kalau i tak beli macbook , ipad air, iphone 12 pro, treadmill and emas haritu. but for me.. that is my coping mechanism. i kena treat myself with something supaya i rasa happy je nak kumpul duit. nak bayar hutang berpuluh ribu ni bukan rasa penat bekerja je tapi penat perasaan. HAHAHA
macam biasa i akan letak gambar sebagai kenangan.
-
haa.. pelik2 jer mood una pagi ni kan? haha ok.. una memang sukakan cabaran kalau xde cabaran bukan hidup namanya allright let's start.....
-
memandangkan sekarang ni musim test muet. yelah menurut mpm atau nama panjangnya majlis peperiksaan malaysia. calon calon muet bagi bulan ...
-
hi everyone! today i'm gonna do a quick review on hannan medispa treatment. 100% genuine and this is not a sponsored post becau...


































