semalam ketika sedang menunggu mama on the way ke damansara, kami dikejutkan dengan berita pemergian atuk. plan asalnya semalam mama nak datang melawat anak anaknya disini dan menghantar my lil sister ke shah alam.25 september 2021 selepas subuh atuk menghembuskan nafas terakhir di sisi opah selepas subuh. waktu kami diberitahu jam sudah menunjukkan jam 9.30 pagi. agak terkilan dan sedih i dengan berita yang agak lewat itu pun di sampaikan oleh orang lain.
jujur i redha dengan pemergian atuk.atuk pun dah lama sakit. cuma sakitnya semakin melarat sejak pemergian pakngah satu satunya anak lelaki atuk. bila berkesempatan melawat atuk cakap dia rindukan pakngah. kami jadi makin sukar nak melawat akibat pandemik ni. bukan tak sayang bukan tak rindu. risau kami bawak penyakit pulang ke kampung. kami taknak dedahkan atuk dan opah dengan risiko penyakit yang kita tak nampak ni.
konflik keluarga yang sukar nak dijelaskan. mungkin tak perlu dijelaskan. semakin cuba di rungkai semakin sulit. bagi pihak sebelah sana jika membaca post ini tolong jangan dirumitkan perkara yang sudah rumit ni.
selama membesar dengan atuk jujur, tak pernah rasa kurang.mungkin 12 tahun paling bahagia dalam hidup. jasa atuk akan dikenang sampai mati. yang membesarkan orang dengan kasih sayang.tak pernah pukul walau sekali. yang mengajar mengaji, solat, puasa. yang ajar orang drive waktu sebelum ambik lesen memandu dulu. juga yang hantar orang sampai depan office waktu hari pertama kerja selepas grad.
atukku yang sangat sukakan handphone dan berjiwa muda. orang sayang atuk selama lamanya.
atas meja (me) tepi adik i bersama opah dan atuk di teluk batik
atuk siapkan goodies untuk majlis perkhawinan cucu sulungnya ila (my cousin)
atuk di majlis persandingan anak saudaranya.
awal tahun ketika kami balik melawat atuk yang uzur.
ceria dia melihat kami balik
luqman memujuk opah untuk makan. opah cuma jamah buah epal .
this house now belong to someone else. memori indah selama membesar di sini
akan kekal jadi sejarah indah. sebahagian anak menantu razaly.
rumah terakhir atukku sayang.
sedekahkan alfatihah untuk razali bin tahir @ shaari.
No comments:
Post a Comment