September 23, 2021

Pengalaman una cuba beli rumah

 


hi korang

harini punya topik maybe hot topik untuk orang yang mencari rumah untuk dibeli. 

and ada yang buat research baca tapi tak berani nak apply or malu ke no worries im here. maybe lepas baca pengalaman i ni you guys dapatlah input sikit sikit.


okay i jujurnya dah lama listing kan projek yang i mungkin boleh beli and i ada apply jugak beberapa projek under rumah mampu milik. oleh sebab i rasa macam lama sangat dah i tunggu rumah selangorku i still mencari rumah yang i rasa okay . rumah yang i cari pulak critieria dia simple je mampu bayar, guarded house and  parking okay. 


honestly guy lepas i teliti rumah rumah di klang valley. i mendapati affordable house kebanyakan di cyberjaya, dengkil, semenyih,bangi . area macam petaling jaya, damansara harga dia melambung tinggi.

so obviously , peluang i nak beli rumah area sini agak tipis sebenarnya. i tak adalah nak rush terus beli property since i sebenarnya in the middle nak settlekan ptptn kan. i saja nak tambah input sikit cara nak beli rumah waktu sekarang ni. sekarang kan ada house ownership campaign (hoc).



satu hari i nampak ads tentang apartment di damansara rm270k . lepas i kira kira okaylah affordable jugak

projek D'vine Residence.  kalau korang familiar dengan kawasan dekat bangunan mustapha kamal tu ha dekat situlah nanti  projeknya. diorang akan naikkan satu township dekat situ. so agent invited me to zoom meeting. i ajak husband i join sekali and i tengok dia punya presentation. rumah dia cantik. neighbourhood okay. cuma i tak beli sebab dia 550 ft je . for me  i need a bigger space. 


tapi kalau korang jenis tak kisah nak beli dipersilakan beli. sebab korang yang first home buyer ada discount and tak perlu bayar installment selagi projek tak siap. projek ni  siap 2025. monthly installment dalam rm1100. cuma nanti bila projek dah berapa percent siap korang kena bayar progress fee tapi tak mahal pun berapa ratus je. 




esoknya i nampak ads dekat facebook pasal houzkey maybank. i masuk website maybank i isi detail. saja saja sebab i tertarik dengan headline rumah dari rm1000 . i dapat call dari alice agent property .

waktu tu i baru nak solat isyak . she asked me if i free nak ajak zoom meeting. after solat i ajak husband

join sekali zoom meeting.  rupanya projek dia ialah mutiara hilltop di puchong. i macam tergamam jugak sebab projek ni harga dia  half million. mahal kot installment dia . tapi my gut feelings said why not dengar dulu?



so alice and her colleague kent brief me about the project.40 min jugak. so they ask me for my document and i bagi. tbh i pun tak tahu i lulus ke tak sebab i beli nama sorang sorang. i tak combine dengan husband. and i ada commitment yang agak tinggi for now. honestly i dont think boleh lulus pun.


kalau tak lulus i okay. kalau lulus pun i okay.sebab honestly this is first time i sampai tahap i sign booking form. before this memang setakat tanya bagi document and rejected due to high commitment. 


i cerita sikit  eah procedure dia. korang kalau dah isi form dekat maybank website tu, nanti agent akan ajak jumpa or zoom . nanti dia terangkan semualah.kalau masa tu korang minat dia akan suruh choose unit rumah terus. so masa nak booking tu korang dah tahu dah unit rumah no berapa, tingkat berapa, view apa.



lepastu korang kena isi booking form dan sign. booking fee adalah rm1000.


dokumen diorang mintak ea form, kwsp with breakdown  for 2020 & 2021,payslip 3 month or 6 month,

supporting document (saving, investment stock,asb dividen)



lepas diorang submit tu kita  akan dapat maybank2own account . dekat situ kita akan nampak status application kita. rumah ni akan siap tahun 2024.


unit name harus tutup walaupun belum tentu sis lulus. 
semalam status dia pending processing . harini status dia dah pending validation.

bagusnya houzkey ni dia bantu rakyat marhaen beli rumah. cuma korang kena financially and mentally ready. installment bila kita dh duduk nanti cuma rm1.2k-1.3k depending to our profile.
mantainance dia 0.30 persft. so in my case would be rm300. ini dah include sinking fund.
lepasni if permohonan i lulus i kena sign borang lain. and untuk dapatkan houzkey i kena bayar 3 months
deposit houzkey. so dalam 3 ribu lebih macam tu.

rumah ni bukan  rent to own tau yang property bawah nama bank.
property memang nama kita.  ada discount bumiputra, discount untuk first home buyer.

tapi bank tetap bank. sebab dia dah mudahkan kita beli rumah.
and tak perlu bayar progress fee. 
lepas 5 years installment dia back to normal. 


around 1.8k -2k monthly. 

so korang yang dah berjaya beli tu just kumpul la duit banyak banyak. 
lambat lagi back to normal 2029.  buat biz ke apa ke dalam tempoh 8 tahun tu.


so kalau korang minat pergi isi detail dekat website maybank k sekarang?

i pun tak tahu lulus ke tak macam i cakap.
i share sebab i rasa benda ni bermanfaat untuk di share.


kalau tak lulus i anggap rezeki i dekat rumah lain.


k tu jela korang for today .

till then

ttyl

una mn



update : loan i approved  guys. basically i berjaya beli this mutiara hilltop
click here to read how i find out loan i lulus.















No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta