April 27, 2026

April 🎀 : Life After The Storm ⛈




Hi,

alhamdulillah today i dah jawab 2 paper final exam. Syukurlah Allah mudahkan urusan i. I rasa esok i dah kena start serious in everything . I tak boleh nak share semua but iykyk. I rasa life lately banyak mengajar i . on the positive side i sedar yang i kena sayang diri i. kena jaga mental health kena focus more on me. Di fasa fasa i ingin  bertenang ni alhamdulillah bleeding i dah stop balik. Haritu dia datang dengan package cramp just like before i masuk hospital. I sampai takut sebab Ya Allah janganlah. Memang otak i hanya fikir mati masa tu. Tapi bila i ingat pesan doctor slowly i calm down . I pergi clinic ambik injection because that is the only way. 


Dr: awak dah pergi hospital ke?

Me : dah. (tipu) 

Dr: sure?

Me : hmmmm lepas ni saya pergi doctor.

i tengok muka doctor tu sumpah i rasa dia macam nak hempuk i tapi sebab maybe dia kesian tengok i sakit agaknya. Lepastu dia bagi nasihat jangan stress stress. Yelah itu beyond my control la. sebab kerja pun memang stress. Hahaha. So what i did in between calls kalau i free i zikir. Lantaklah orang fikir aku bajet alim ke apa ke yang penting aku kena sihat. I kena lose weight cepat. 


sekarang i banyak tengok content orang pergi gym. orang workout cuma i tak boleh angkat berat for now sebab nanti dia bleeding balik. nanti bleeding lepastu cramp mula la aku overthinking macam tak sabar nak pindah alam padahal dosa pun banyaklah una. =')

dah dah sekarang saya dah berjanji May saya kena happy. How? i dont know yet. Maybe kena consume benda benda happy la kot. Btw the positive side hari hari bersenam ni kan i suka tengok my cheek dia macam ada natural blush. At least i less hate my face.Macam slowly i accept my flaws sambil i cuba untuk physically fit. So ini saya suka! A slow progress is still a progress so enjoy the process jela. Even dekat office kan i rasa ada beberapa individu yang kalau nampak i je nak bagi makanan. Tahulah kita gemuk . Lagi kita cakap kita nak diet lagi dia hulur makanan. 


X : iris.. nah kek  i buat

Me: tak mau i nak diet

X: ambiklah iris... you kena makan sikit

Me: i dah makanlah petang tadi.

X: iris tak baik tolak orang bagi makanan.

me : :/


korang doakan i berjaya capai target tau. Semoga result degree i setiap semester 4 flat or paling tidak pun dean list la. i doa hari hari supaya  Allah bagi i cantik luar dan dalam. May Allah protect my heart and my mind and soul  dari negative thoughts.In this very short life Spread kindness no matter how hard your life is. Even sometimes life throws you lemon or watermelon ke . If you can choose to be anything, be kind.


sekian,


Love,


Una Mn









and needs

April 20, 2026

Helpful Numbness

 





Hi

mungkin post ini akan lebih kerap di sini sebab risau kalau post apa apa dekat social media akan trigger. sesiapa walaupun kita tak ada niat. harini i think  my heart feel numb mungkin sebab dah terlalu banyak menangis jadi syukurlah .

susah nak explain rasa ni. Mungkin sebab  solat tahajud malam tadi. lepas everything settle i cant sleep . 

i dapat tidur kejap je. around 4 am i bangun i solat. sebab pada siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan pada Allah? Mungkin ni cara Allah nak bagi i lebih dekat pada dia. 


lepas solat hati rasa tenang sangat. tenang setenang tenangnya. Tiba tiba muncul rasa numb. i rasa Allah bagi rasa ni sebagai hadiah untuk ubat luka i. Tipu la tak terkesan tapi i dah serahkan semua pada Allah

segala rasa sedih ni i anggap Allah bagi sebab Allah nak uji 

kuat tak iman i untuk lawan rasa ni. 

adakah i akan berdendam? jawapannya tidak.  sebab memang i sedar itu salah i . dah walaupun  mungkin ada rasa macam malu sikit sebab i rasa ramai dah tahu tapi tak apa sebab nama pun ujian kan?

Allah dah bagi banyak pada i. bagi banyak benda benda gembira sebelum ni. Baru 9  bulan lebih kena uji takkan i nak mengalah betul tak?

i nak bersangka baik pada dia. Mungkin ini yang terbaik . Mungkin rasa sakit ini yang i perlukan .to be better in life. To  reflect on myself. Oh silap aku dekat sini. nanti jangan buat lagi okay?

i think i need to stop overly attached to people. tak kisah la sesiapa pun. when you are being too available orang nampak you tak ada value. sama jugak kalau you terlalu mengalah. Kalau you salah dah minta maaf sekali cukup.  Jangan banyak kali nanti orang benci. Especially when  you are not physically attractive. Kita pulak gemuk kan  orang pun rimas.  anggap ini semua life lesson. suka tak suka rupa paras sangat penting .


doakan saya okay. Ada orang dekat thread cakap dulu dekat i. 

"cuba awak bayangkan kalau nanti awak selfie ribu ribu like , awak cantik so sila cut sugar" 

dia actually bukan perli i la dia bagi semangat.


actually all i want ialah bila i tengok cermin i suka itu je dah cukup. I tak tahulah cousin i yang dekat mekah tu kat she can sense i tengah sedih. Banyak betul reels dia bagi dekat i . I sayang you bella . I didnt tell her anything but she know even she didnt read my blog. she just finished her work. Maybe telepathy tu kuat kot. 


all i say to her i am sad but thats okay. Semoga cita cita kami nak main snow sama sama tercapai . walaupun macam dunia ni nak kiamat  kan tapi tetaplah kita berusaha untuk capai segala impian kita.  Walaupun i tak tahu berapa lama lagi Allah bagi i usia ni. tadi i bleeding balik kita fikir positive mungkin ni period tak habis. Mungkin hormon kot una dah jangan fikir bukan bukan.


Okaylah i nak jawab midterm


see youu when i see you


una mn