April 22, 2022

shopping raya with husband and beli emas untuk tersayang

 



Hai guys..

so harini i nak cerita sikit aktiviti untuk 2 hari ini. so cerita ada 2 pecahan la yer. 

walaupun korang tak  kisah i nak cerita jugak because blog i suka hati i lah HAHAHA


21/4/2022

macam biasa pagi tu i tidur dulu sebab i kerja night shift habis 7.30 pagi. around pukul 1 lebih i bertolak ke pusat service proton tak jauh dari rumah i. i dah book for appointment untuk tukar brake pad. sampai sana i di beritahu service ambik masa lama sikit sebab ramai orang. lepas check check semua. dah service orang proton cakap i kena tukar brake disc sekali tapi dekat situ tak ada stock . jadi lepas tu i still kena cari bengkel lain untuk tukar brake disc. so dekat proton i habis dalam rm300++ macamtu . i tunggu 3 jam ye. korang bayangkan 3 jam lama gila. sampai kematu i duduk situ. sebenarnya i tak terfikir yang akan lama macam tu. plan asal i nak pergi cari emas for my mom and mil. i nak bayar nazar sebenarnya sekali tu nak pergi cari baju raya my husband sekali. Tapi Allah ada plan lebih baik.


pukul 6 macam tu kereta i settle. so i pergi cari bengkel. dapatlah bengkel dekat kota damansra. tapi i kena tunggu sparepart sekejap. korang tahu tak berapa lama bengkel tu ambik masa settlekan brake pad i?

setengah jam korang. setengah jammmmm je.  hahaha so kereta i settle dalam 6 lebih nak dekat pukul 7. kami decide haritu tak jadilah pergi kl cari baju. cuma nak cari tempat berbuka je. so mall paling dekat ialah the curve. so we went to the curve. sampai sana agak lambat sebab jem . so tinggal berapa minit je nak berbuka. kami decide berbuka dekat starbucks the street sahaja. 


mujur adalah jugak nasi. tapi pedas yer. i suka pedas tapi dia punya pedas ni taklah pedas sangat sebenarnya tapi sejenis manusia yang bukan suka makan nasi berkuah banyak macam ni.
i prefer nasi i kering. nak kuah pun sikit sikit je. so basically that explained why korang tak pernah nampak lagi i pergi penang beratur nasi kandar ke apa semua. i simply tak suka nasi berkuah banyak or berkuah bergenang macam ni. tapi tulah rezeki kan makan jelah .
plan asal nak pergi makan kfc je kat situ nak benda senang. tapi kfc pun ramai beratur masa tu ye and tempat lain fully booked haha.

lepas makan kami jalan jalan kejap dalam tu. lepastu i shopping sikit baju untuk jalan jalan for my abah.
lepas shopping kami pun balik sebab i kena kerja.



22/4/2022 

as usual sebab malam tadinya i stil kerja. so i tidur dulu pagi tu. around  3 macam tu kami berdua keluar pergi destinasi pertama iaitu kedai emas anuar di sungai buloh.  so sampai sana alhamdulillah masih 
belum ramai sangat orang.


so ni i beli  satu for my mom satu for my mother in law. 
jangan tanya i takkan cerita because biarlah rahsia. 
kalau benda tu i beli untuk i sendiri maybe i akan cerita . tapi ni i nak bagi dekat orang
so tak payahlah tahu. kenapa i tulis macam ni?
mesti yang baca rasa macam hekeleh siapa kesah. siapa nak ambik tahu.
alhamdulillah baguslah tandanya tak nosy.
i have quite a few "friends" yang taklah rapat pun tapi kalau boleh
semua benda nak ambik tahu.  kalau boleh apa harta i ada semua kena isytihar macam tu.
i pernah ye dapat soalan berapa gram emas i ada kat rumah. 
NOSY KAN?

hahahaah  so if you tak nosy alhamdulillah you dikurniakan common sense yang bagus.


okay berbalik pada entry .  

lepas beli emas ni i terus pergi kl untuk menunaikan hasrat husband i.
i tak tahulah kenapa dia memang suka pergi tempat crowded.
i personally tak suka pergi tempat crowded . i boleh kata ini kali ke 2 i pergi jalan tar untuk cari baju raya 
kali pertama dulu pun dengan dia . bukan sombong tau guys. bukan cakap tak ada standart ke apa.
jangan salah faham pulak. tapi kalau terlalu sesak tak best tau nak shopping. 
tapi tu la dah husband suka kita layankan jelah. 
so kami pergi parking dekat sunway putra mall sebab bagi i lebih mudah nak cari parking dekat situ.
so dari situ kami naik train terus pergi masjid jamek. lepas 2 jam jumpalah baju 
yang dia berkenan. 

bila i tengok tengok tak adalah murah jugak baju dekat jalan tar.
husband i beli baju melayu jenama rizal exclusive rm198 ye harga dia.
kain dia okay la sedap. i cakap dengan husband lepas ni baju raya kita beli awal i tak 
sanggup bersesak macam ni. kalau dia nak jugak pergi jalan tar pergi la sorang i taknak teman lepas ni

again bukan sombong ke berlagak ke  NO. tapi kenapa nak susahkan diri bersesak kalau boleh senang .
dah harga dia mahal beli jela online. and kitorang pulak terlupa nak book tempat berbuka ya. kitorang berbuka dalam kereta dengan air mineral and roti i beli dekat bakery sebab tak ada tempat dah semua penuh HAHAHA.
balik tadi ingat nak la singgah 4 fingers dekat hartamas. 
sampai sana ayam kena tunggu 30 minit.
i pulak dah tak ada masa ya nak tunggu tunggu .
so kami sudahnya order grabfood je and makan kfc dekat rumah HAHAH.



jadi kesimpulan dekat sini  buatlah preparation raya awal. 



k tu jelah korang.

i nak kerja . till then


ttyl
 una mn




No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta