Hi,
Post ni ialah post yang dah beberapa minggu i tangguh . Tapi i rasa nak senang i compile je la terus. Ni macam my gym diaries sampai ke harini
Macam i cerita sebelum ni i ambik personal trainer. So i nak tulis apa yang i belajar tapi to remember everything macam susah tapi i akan cerita sedetail boleh. Blog ni kan tujuan dia untuk simpan memory sebanyak boleh. Manalah tahu nanti i dah tua (kalau umur panjang) i boleh la mengenang masa muda i yang penuh side quest HAHAHA
Okay after i sign up gym and pt on 22 september 2026, berapa hari before my session dengan coach i ada datang gym on 24 september 2026 . And kebetulan coach i ada kat depan. So i datang tu petang habis kerja. Dia cakap haritu ada class yoga. Dia encourage i pergi
I underestimate yoga tau. Sumpah aku ahh yoga.... macam uncle auntie cina buat kat taman tu kan.
jap tu taichi. La lebih kurang la dalam kepala i. Nampak senang ... tapiiiii kalau you saiz doraemon.
HAHAHAHAHAH ini satu penyeksaan. I rasa nak menangis sejam tu. Banyak kali la trainer tu tanya okay ke? are u okay?
tapi lepas dia tanya tu... come on you can do it. Easy je . easy
HAHAHAHAHAHA .
akulahhh dalam hati... easy for you miss girl. For me... easy to die HAHAHAHAHA
i rasa macam kematianku akan tiba waktu tu jugak.
dalam kelas ni tak ramai . cuma diorang semua dah berbulan i je baru.
honestly sakit la. Bayangkan session dengan coach pun belum lagi masa ni .
but sakit yang sedap. I tak tahu nak explain. Painful ? yes
will i do it again? yes!
26 August 2026
first session. masa ni tak ada ambik video.
First session ni lebih kepada assestment tak silap i .
i cant remember what we did but i rasa dia ada ajar machine lah. Hahahaha
28 August 2026
i masuk urban dance class. Imagine me badan keras kena dance lagu ateez so bad tu
HAHAHAHAH. buruk betul . Ada yang record .. i dah doa dalam hati tolong la jangan post. Aib tu semua tu HAHAHA. but it was fun
29 August 2026
My second class with coach.
i kena pegang stick ayun kaki kiri kanan.
kena buat child pose, cobra pose , scapular mobility
scapular ni sakit sebab i tak biasa. Sebab i frozen shoulder
pastu i kena duduk atas box dia suruh bangun duduk je.
3rd september 2026
i datang gym sehari selepas i pindah .
i think 2 jam lebih jugak i dekat situ. I cuba pakai abductor , eliptical .
lepastu apa benda entah i cuba je.
4th September 2026
I had another session with coach. I kena duduk bangun atas box pegang dumbell dekat depan. i tak tahu nama exercise ni apa. (he told me but kita banyak makan semut )
Lepastu baring and pegang dumbell jugak and luruskan tangan ke atas push the dumbell upwards kalau tak silap nama dia dumbell chest press.
Lepastu ada this one movement kena tarik this one cable to my stomach. I think it is seated cable row.
5th september 2026
i buat plate loaded pulldown machine. Kena tarik dari atas ke bawah. Machine ni yellow colour.
lepas tu i buat literal raise . Lepastu baling bola ke dinding wall ball throws kot nama dia.
After that i buat naik treadmill sekejap
11 September 2026
Harini coach ajar shoulder press machine . Lepastu this exercise i paling tak suka yang ni sebab berat tali dia. Battle rope kot nama dia. I tak ingat. Besar dia lagi besar dari tali orang tarik tali tu.
Dulu i selalu nampak orang exercise guna ni dekat video i tak terfikir seberat ni. I rasa nak menangis hahaha. lepastu buat incline smith machine bench press. I tanya gemini sebab macam biasa coach ada cakap tapi i lupa HAHAHA. Lepastu i kena baring and buat sit up. Tapi bukan atas lantai atas bench . Susah for me sebab kita pulak macam teletubbies terlebih minum susu. =')
16 September 2026
i kena naik turun pegang kettlebell. Again i tak tahu nama exercise ni apa.
harini kena buat seated cable row jugak. And then i kena bent my knees sikit angkat berat sikit. Berdasarkan chat gpt nama dia barbell bent over. Tapi takpe nanti i cross check balik.
Lepas tu coach asked me to lontar bola over macam main basketball .
mula mula i tak pandai
coach : una pernah main netball? ni macam main netball je
me : tak pernah.
coach : "sight*
me : what you expect i was a fat kid .
coach : ( gelak )okay okay
tapi jujurla memang i pernah je main cuma sekali dua itu pun i memang panik. kita introvert and tak suka rebut rebut. Kalaulah i masuk tournament dulu mungkin jadi macam ni
apa ni rebut rebut. nah ambik jela.*hulur bola* lepastu satu team dendam dengan aku HAHAHAHA
12 september 2026
i tak ingat sangat kitorang buat apa. kalau tak silap ada tarik something and terbalikkan. and there are few others . Tapi lepas exercise biasanya akan buat cobra pose child pose for cooling down
13 September 2026
kena naik turun atas this platform and bawak kettlebell . Naik turun je . Lepastu i kena buat
seated cable row . And ada satu lagi i kena sandar kat cermin turun macam nak rukuk tu pegang satu batang besi lepastu ada weight. Tak susah tapi tak senang. for some reason i tak tahu kenapa i suka tengok atas.
=')
selalu kena tegur. He jokingly said nak pakaikan helmet kucing dekat kepala i sebab kepala i tu memang kerja nak pandang atas je. I guess refleks la sebab i swim memang kepala jarang masuk air. Dah macam turtle HAHAHAHAHAHAHA. Lepastu lontar bola lagi macam main netball
17 September
kena squat. i rasa harini ialah leg day . i guna leg extension machine. Dia tak susah
tapi tak senang jugak. Tapi lama lama okay. Lepastu kena buat farmers walk i kena bawak 2 kettlebell tak ingat berat dia berapa but i just have to walk. Lepastu kena tarik plate berat tu and terbalikkan. Lepastu i have to angkat bola ke atas and angkat kaki tinggi paras perut and jalan. Lepastu russion twist kot nama dia. This one kan i pernah buat i though my technic was correct but i just learn the correct one here.
21 september 2026
Ada session petang dengan coach. kalau tak silap i dia ada ajar exercise glutes.
Sebab i tak biasa so macam tak berapa pandai . Kesian coach muka dia macam nak marah tapi kena sabar.
but anyway he is a good coach only i still struggling because i spend my whole life eating. Exercise ? what is that?
i rasa this one year je yang i betul betul exercise and that was 2007. Itupun. sebab kita masuk silat
tournament .
24 September 2026
i kena duduk atas box and tarik badan i naik . lepastu i kena bend my knees and besi tu sampai paras pinggang. Again i tak tahu nama exercise ni apa. He told me i dont remember. I nak tanya balik tapi takut
HAHAHA. Then ada this one exercise i kena tarik sampai ke muka. semua exercise i buat ni ada je the video coach i rakam. I tak rasa nak post sebab kita insecure. Kalau i dah kurus nanti i post la.
=') . Oh harini kena buat farmers walk jugak. And then angkat besi and bangun.
Lepastu ada this one machine dia ada kipas. I kena berlunjur lepastu kan tarik kedepan ke belakang.
So dia suruh sampai 500 kalau tak silap. Dia tak susah tapi tak senang.
25 September 2026
i tak ingat but ada session jugak harini. I think almost the same with others .
29 september 2026
harini ramai orang kat gym sebab ada class.
i kena angkat berat jugak. Exercise dia tak susah sangat.
lepastu i kena baring and angkat kaki. Perut i memang rasala.
kalau tak silap i ada buat literal raise jugak.
and end with cobra pose child pose.
and lately ada tambah yang baru . this one i sampai tergolek weh
HAHAHAHA
sebab tu i tak pernah nak record malu . tapi teringin la jugak nak ada weigh loss journey tapi sebab insecurities kita lebih tebal dari kamus dewan . Nantilah eahhh dah fit sikit ke.
1st october 2026
minggu ni kitorang ada 2 session je. coach pun cuti. i pun cuti 9 days starting today.
today i buat inbody tau korang. I macam biasa takut. I know my body . I know how hard for me to lose weight with the environment yang ada sekarang. The only positive environment i ada ialah something i have to create myself or bila i pergi gym. Looking at strangers work out somehow made my day. some of them inspire me to be better too. My coach also tak jemu bagi nasihat kadang kadang even i tak cakap apa apa and i am thankful for that.Maybe muka i dah cukup melambangkan betapa burn outnya sis.Even he is young but i can tell he is way wiser than me. He told me something that happened to him in the past too but i am not intend to share here. Looks like everyone have their own struggles and fight their own demons. He fought his and i shall fought mine. I think overthinking ni steal joys from our life.Macam lari setempat penat tapi tak dapat apa apa. Selalunya i okay je. I truly enjoy my life .Cuma you know bila resuts tu stagnant kan i rasa macam ouch.. tapi gotta move on and try to be better la. Coach gave me new pdf harini. I also said something stupid . I rasa i need to stop having this negative self talk. I can do this. It will get better , it always does.
Sebenarnya ada banyak lagi benda i nak tulis dekat sini.
hopefully i can stay with this program sampai i betul betul dapat berat ideal i.
And for that i need money. Kadang kadang i rasa dia boleh baca apa i fikir
muka i nampak macam tak nak hidup dah ke?
he asked me to focus on my passion . i have until end of this month to make my dream come true. btw kalau korang need personal trainer you can contact him dekat tiktok nama dia khairul adib @khrldb7.
i tak sure dia sekarang ada slot ke tak sebab client dia ramai but can dm him directly and ask. Tapi kalau dia busy korang cari jela personal trainer lain dekat peak fitness sogo tu ramai je korang. I think they are all friendly.
okaylah sampai sini dulu cerita i.
nanti i akan tulis lagi post benda lain pulak sebab otak i dah penuh.
till then
ttyl
Una Mn
No comments:
Post a Comment