October 31, 2010

ukur-ukurlah.)(bengang+berharap)

ok as u guys knew
una sekarang kat melaka
buat ukur pemancangan
agak2 mencabar kesabaran jiwa bila disini yer kawan2
semalam kami start buat pemancangan dalam pukul 2 macam tu
setelah di berikan kawasan
ok.. mula2 jalan kaki macam biasa..
tengok tempat
bapak sempit..
(dalam hati dah menyumpah2)
then bila dah cool sikit gi la nak tarik tape tu..
tiba2.. penyelaras cakap..
ok yea.. kita ade tempat ukur lagi best.. ok simpan tape ..
 jom3
eh... what the #%$^$%&
nasib baik naik van
first2 sampai kat kawasan baru tu rasa happy balik
 bila nampak kedai runcit
sebabnya fikir2 dalam hati
lepas ni bolehla beli air kalau haus
masa tu pulak cuaca memang baek punye
una pegang prisma
n kawan2 lain dah set alat
then start pancang
memang mula2 susah
then bila dah tinggal separuh
gila punya happy tak payah cakap
kami jangka siap cepat
hati dah yes yes yes dah
tiba-tiba jauh diatas sana kami terlihat satu geng gelap2
ok2 bajet mendung seketika
tiba2 angin kuat yang jeles akan kami telah bertiup sekencang-kencang nya
tak ada pilihan  lain ..cabut alat yang telah kami set dengan susah payah
mana boleh tak cabut
kalau alat tu rosak memang rase nak terjun bangunan je
harga alat tu sama macam pinjaman ptptn kami
rm24000
ok bengang ok bengang
dengan segala hormatnya kami kena ulang balik kerja semalam..
macam bodo kan?
seyes bengang ade
ade 6 task lagi weyh jangan buat gile
terima kasih wahai hujan kerana turun
tapi boleh tak jangan turun dulu?
T-T

October 28, 2010

misteri mimpi seorang kawan

sorry kawan2 una busy gegila
esok una kene pergi kem ukur  kat melaka
aiseyh penat2
5 hari kat sana.. so balik hari selasa..
tapi yang tak sedap hatinya.. setakat ini
sudah 3 orang bemimpi buruk
pada mulanya kami semua ni happy gila gaban
sebab masa ukur satu dulu kami ukur kat situ jugak
mimpi buruk pertama dia .. hampir jadi kenyataan ..
 nak tahu kenapa?
 macam ni.. hari rabu  minggu lepas pukul 3 pagi dia terjaga
dia kata dia mimpi bas kami ke melaka accident
n salah seorang daripada kami akan meninggal dunia
 n time accident tu kami naik bas persiaran
memang kami takut mula2 sebab dia mimpi pukul 3 pagi
n biasanya mimpi2 dalam waktu2 macam ni jadi kenyataan
tapi bila fikirkan kami pergi naik bas kolej
so kami anggap mimpi tu mainan tidur
n keesokan harinya waktu kelas ukur
tiba2 lecturer kami bagithu
kita ada masalah sikit sebab  bas kolej kita terpaksa hantar budak sem 5 ke kl
ada makmal
so kita akan naik bas persiaran
masa tu kitorang yang tahu pasal mimpi dia niyh
muka pucat
terduduk dan terdiam sekejap
una pun call datuk una
tanya dia apa maksud mimpi sebegini
kata atuk una
ada  sesuatu yang akan jadi nanti
kepada salah seorang antara kami
 datuk una suruh kami semua berjaga2
n jangan ''gaja''(seronok) sangat
una harap esok tak ada sesiapa yang akan ''pergi''
doakan kami selamat sampai

October 25, 2010

love the way i believe

esok ade test ukur kejuruteraan
sedang mengingat formula2
una yakin una boleh buat
yakin yakin yakin
keyakinan amat penting
fokus.. fokus .. fokus

i love the way i believe
it's makes me better ;))


sorry for inconvenient
i will blogwalking when am free
so much love...
stay cool... XOXO

eh,sedapkan?

ok late update lagi
 kau sengaja kan una?
 hehe
camni
memandangkan una tengah lapar
una nak cakap pasal  makanan
pergh!!!!!!!
una memang suka makan fast food,
western food,eastern food,kutub utara food kutub selatan food
ok tipu ok tipu..
haha
una pelik ngn roomate una
dia xske sayur,dia tak suka pedas
eeeeee geram jer sayur tu bagus tau
una ni memang peminat sayur
that's why la kenny rogers selalu kena serang
and and and
UNA MEMANG PENNGEMAR MAKANAN PEDAS KAw3
una xberapa minat makan berkuah makan dengan nasik
kalau pun ade yg una minat
itu hanyalah.. kari ayam black pepper sahaja!
n makan cicah sos cili(not sos tomato ok)

wahhh.......... memang lepas tu una makan seguni beras terus habis
(hyperbola jer tu)
una memang penggemar kari
yang kuah di pekat
tpi xlah pekat sgt
n ade rase rempah
ouh!!! damn .. rase nk rompak semua kilang rempah
lagi2 kalau makan kari penang
syyoooooooooookkk!!!
bau rempah dia je dah boleyh buat una terbang tinggi -tinggi
(haha alang2 terus promote blog hamzah ian)
shara jangan marah..;P
nikmat tuhan bagi
 memang lidah una i memilih sikit'
 makan ikut mood
mood kata harini nak makan ayam..
memang kalau seekor ayam pun habis
nyummy3...


warning:si teddy una ni tgh lapar.. jauhkan diri kalau xnak kene makan

October 24, 2010

cinta terpisah(cerpen)

Ada sepasang kekasih tini dan rizal
mereka sudah lama bercinta .rizal seorang yang friendly dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.kadangkala tini cemburu dengan sikap rizal
dia bimbang ramai wanita jatuh hati pada rizal
yelah rizal anak orang kaya.... 
ada rupa,ada harta
walaupun begitu tini cuba yakinkan diri rizal akan setia padanya
kerana rizal dengannya satu kolej
satu kelas
hubungan mereka akrab
bila rizal demam
pasti ade bubur nasi buat rizal
tini tiup-tiup bubur nasi yang panas
supaya rizal dapat makan dengan mudah
cinta tini terhadap rizal begitu besar
walaupun rizal kelihatan seperti tidak seserious tini
akan tetapi itu sudah cukup buat tini bahagia
suatu hari masuk seorang student baru
mereka berdua berkenalan
mia namanya
orangnya cantik
lebih cantik dari tini
lebih bergaya
mia selalu mencari topik untuk berbual dengan rizal
tetapi mia kurang senang dengan tini
tini cuma mampu menangis bila melihat kini rizal lebih mementingkan mia..
tini sedar
hubungannya dengan rizal sudah bagai telur dihujung tanduk
tetapi tini tetap mencintai rizal
sikap rizal juga jauh berubah
lekas naik marah
tiada lagi kata-kata sayang
hari demi hari
tini rasa kekosongan
suatu hari
hujan lebat di kolej
tini tunggu rizal mengambil tini
tini lihat kereta rizal berhenti
tini gembira
kerana dia fikir rizal ingin menumpangkannya balik ke rumah
tini meredah hujan menuju ke kereta rizal
tiba-tiba mia muncul.
mia menolak tini
terkial-kial tini bangun
dia menahan kesejukan

tini memandang wajah rizal
tiada penyesalan
''awak.. boleh tak saya tumpang kereta awak..
hujan lebat ni saya nak balik''

awak balik la sendiri saya nak keluar dengan mia.
malam nanti kita jumpa awak bagi assignment saya yang awak  dah siapkan tu ok?
rizal meninggalkan tini yang kesejukan di dalam hujan
menangis dia..
dia rindukan rizal yang dulu

 YA ALLAH..
tunjukkan padanya
betapa aku mencintai dia


malam itu rizal mengalami kemalangan
mia cuma cedera ringan
tetapi keadaan rizal amat menyedihkan
hatinya rosak
saat rizal didalam icu
 mia meninggalkan rizal
akan tetapi seseorang yang benar-benar menyayanginya
ada disitu
bila rizal sedar
sepucuk surat merah di sisinya


awak....
awak ingat saya lagi tak?
saya tini awak...
saya yang berjanji untuk bersama awak
disusah senang
saya tahu awak dah temui cinta baru
tapi boleh tak awak izinkan saya mencintai awak selama-lamanya?







Yang terindah
Terlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu
Sebegitu
Pudar kah sudah cinta yang ku beri
Berwarna warni segala
Yang dijanjikan ia




Usah biarku bersendirian
Usah biar hati mu di tawan
Usah biar diri ku di sini
Seorang menunggu tanpa teman



Usah lepas genggaman tangan mu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu
Usah lepaskan





Tak mudah ku melupa segala yang berlalu

Ku ingin selalu bersama mu
Ku tak peduli apa sebabnya
Engkau dan dia harus bersama
Mendungnya langit bila berkata
Kita patutnya masih bercinta
Usah lepaskan











lagu  itu untuk awak
awak nyanyi sendiri ye?
saya tak dapat nyanyi untuk awak macam selalu
sebab masa awak baca surat ni saya dah tak ada di dunia ni lagi
tapi hati saya ada bersama awak
awak jaga hati saya tau awak
hati saya milik awak
selamanya milik awak.




selepas membaca surat itu sedarlah dia
siapa cinta sejatinya
tapi disaat dia sesalkan semua
SI DIA TELAH TIADA






saya blogger baru(blogging for fun)










hye peeps
thnx to abg ben ashaari
cz organize benda2 macam ni
una ni blogger baru
baru berapa bulan
tak terkejut sangatlah kalau follower tak ramai
sebab blog una tak macam blog orang lain
ade banyak information
blog una macam diary
am not been here for traffic or followers yang ramai
cz this is macam diary on9
cz una nak kawan
truly friends
yang boleyh share my tears
yg conteng2kan hari una(erk betul ke ayat tue?)
hehe =-=''
kepada followers una
u make my day
blogging is for fun
mesti u guys cakap  una cam hipokrit
kalau xnk traffic kenapa letak nuff kan?
una saje2 letak sebab una nak poll tu
n dengan ini una nak cakap
if una ade follow u all
x semestinya u all kene follow balik
be honest
 kalau xsuke xpayah follow
sebab una pun jenis macam tu..
hak9
and and and
kalau korang nak share ape2 luahan perasaan kat sini
una tak kisah
cz that's the reason why i create this blog
una nak lepaskan perasaan hati di blog
and  and and
una ade fb

thanx again to abg ben for this chance
so kepada bloggers baru yang nak ramai kawan
u have my words right?





October 22, 2010

bila DDA naik angin ,pencuri hp lari lintang pukang

ola.. wah rasenya cam lambat jer update ni kan?
tapi xapelah
sebabnyer ade story nak cerita ni
hik9(betul ke ayat camtu?)
ceritanya macam ni
hp kawan una hilang petang semalam..
dia tertinggal dalam beg masa masuk library
phone tu hilang petang
then masa tu ade orang perasan seorang senior  bernama sha
kat belakang tu duduk lama2
then kami semua syak dialah pencurinya
cz una sendiri pernah nampak dia selongkar beg orang lain
then malam tu kawan2 kami semua ni nampak memang dia pakai phone kawan una ni
masa tu calling2 kawan sama kos dengan kami
dari aras satu sampai aras 4
so kumpul2 adelah dalam 20 orang macam tu
block jalan dia
then nak tahu alasan dia ape?
dia kata kawan dia bagi dia hp tu..
kawan dia tu pulak outsider.. bukan pelajar kolej kami
pastu kitorang tanya lagi
macam mana dia bagi?
dia kata pos
aik.. takkan pos petang petang tu gak dapat
bila tanya pulak lagi
 kawan duduk mana?
kawan duduk kat kuantan
lagi la terserlah kebodohannya
kenapa nak pos kalau berada dalam kawasan yang sama?
celaka disitu ye
then dia pulangkan phone tu
tapi benda takleh settle camtu jerkan?
kami berkeras nak tahu siapa pencuri
n kami nak dia mengaku
esoknya jumpa lagi kat library
phsyco punya phsyco .. dia tak mengalah gak
buat muka innocent la kan..
then kami cakap ambik kata putus nak bawak perkara ni ke pihak atasan
n kami nak jumpa dia malam ni nak tengok sampul pos dia tu
tiba2 plak dia cakap kawan dia bagi by hand
menipu disitu
una dalam hati rasa nak mencarut tapi sabar je dulu
kawan una yang sorang tu dah nak angkat penumbuk .
pastu pukul 8 mlam tadi
dia letak surat depan bilik dengan duit rm30
dalam surat dia mengaku dia ambik n mintak tak dibawa ke pihak atasan
sorry to say kami tak berkompromi dengan pencuri
so.. dengan segala hormatnya selasa ni kami akan ke HEP
untuk buat laporan
oleh sebab kat asrama ni pun banyak berlaku kecurian yang sama
tadi kitorang geledah bilik dia
jumpa macam2
video xxxx,phone  4 biji, n resit bank
tengok duit banyak
tapi kenapa mencuri?
n dengar cerita.. dia dapat bantuan zakat dan mara
tapi duit dia habis untuk puaskan nafsu dengan lelaki.
dia bayar lelaki tu dan dia badan dia free
erkkkkkk???
loya tekak dengar
n kes ni memang betul2 kes yang buat una rase nak terajang muka dia
ayah baru jer meninggal
bukan nak sedekah al fatihah ke yassin ke
sakit hati sungguh
una tak perfect nak judge orang tapi benda ni memang patut diambil tindakan
nota:DDA  TU  nama KOS KAMI (BUDAK CIVIL ENGINEERING KAT SINI MEMANG BRUTAL2.. PENCURI TU TERSILAP CURIK PHONE HUHU.. CURIK PLAK PHONE BUDAK2 YANG KEPALA ANGIN..



October 21, 2010

pesta pantai;) menari2

tadikan kawan una ajak una main satu permainan
teka bilangan anak
guna rantai emas
kalau membulat pusingannya
anak perempuan
kalau memanjang
anak lelaki
una dapat anak lelaki 2 anak perempuan 3
wah!!! banyaknya
hehe tapi kan cuma game seronok2 je
huhu kalau una cerita kat bf una ni
tersenyum lebar dia
(miang kaw una)
haha
btw 30 oktober ni pesta pantai kat kolej una
yerla sebab kolej una dekat dengan pantai
kalau dekat dengan sungai jadilah pesta sungai
wa ruginya tak dapat join!!!
sebabnya 29 oktober budak2 kejuruteraan awam (dda) sudah bertolak ke melaka
untuk pergi kem ukur
 rugi rugi rugi
 adui..
sebab ader game best haritu
mesti ade game cam budak2 tadika dulu2
(miss my kindergarten memory)
so kalau der game cam musical chair  ke nak maen.;(
haritu ladies night kat kolej pun tak pegi
promp night pun tak pergi
ikip idol pun tak join
haaaaaaa.. ikip idol tu ape?
ikip tu nama kolej una
ikip idol tu macam malaysian idol jugak
malam ni la acara menyanyi tu berjalan
dengar kata hadiah dia berupa wang tunai
hai.. kalau kolej una buat event
hadiah dia memang gempak
dengar citer kawan una yang gila2 tu nak masuk
kawan yang mana?
huhu..
aku harap korang menang la eah?
haha pastu belanja aku au
 sorry tak dapat support korang malam ni
aku der test esok
semua ini hanya di malay.. sia!
hanya di?
malay.. sia
haaaaaaa(tetiba kau berjiwa patriotik) erkkkk.=-=''

October 20, 2010

anni dan make up gambar anda~

hari ni bukan anni
tapi harini sudah genap 2 tahun 4 bulan kami bersama
doa2kan kami ye?
n btw una  nak kongsi something
gak harini
sebagai hadiah  kepada semua pembaca
yang tak baca tak dapatlah..;))
pernah terfikir tak nak make up kan pic sendiri?
 kalau kat Picnic KENE BAYAR KAN?
NI ade 1 tempat.. tak payah bayar
 ni free of charge
apa istimewanya tempat ni?
uakan dapat make up ur face macam betul2 make up
n tak nampak fake pun
itu semua bergantng kepada kualiti gambar
setakat ini una editkan pic kawan2 una je
una punya pic tak leh masuk sebab bigger sangat
sangat2 rugi oo muka orang leh edit
muka sendiri tak dapat.
 oh lupa nak bagitahu kena sign up dulu baru dapat edit
apa? leceh amboi sign up facebook boleh .. nak edit pic tak boleh
huhu ape2 la readers una dah lambat ni
nak mandi2 jap..
then gi college
bye2 kawan2ku sygs





October 19, 2010

sikacak yang tak tahan pedas..;P

wah 2 hari x bukak blog
 ade rindu  saya tak?(sila bagi respon saya tengah mengada ni)
okok sebenarnya kali ini una nak cerita hal semalam
una diekori
una tak takut
sebab ''mamat tu cute''
hak9
masa tu una tengah nak makan
ok tengah makan2 tu ade seorang lelaki berpakaian kot hitam
(smart ok?)
smart sangat..
masa tu una just buat tak reti jer sebab una tengah makan ngan bf una kan
karang touching lak dia
haha (una main2 je kawan2 una tak JATUH CINTA PUN dengan lelaki tu)
suka tengok je.. ITU SAHAJA
una makan kuew teow
lelaki tu pun makan kuew teow
n nak dijadikan cerita
tukang hantar tu tersilap bagi
kuew teow una.. una mintak kuew teow tu pedas2
thats means banyak cili padi
haha kelakar je bila una tengok dia menahan pedas.
merah padam muka dia
mata dia sepet,then dia tanya encik
kuew teow kat sini memang pedas ke ?
waiter tu cakap
bukan awak yang mintak extra pedas ke tadi?
una pun cakap ar kat waiter tu sebenarnya dia tertukar hantar
tapi nak wat camne dah makan kan?
terpaksa la makan
lepas je makan una ajak bf gi mall  nak kuar duit
n bf una tunggu kat luar
then una masuk dalam mall pergi amik duit kat mesin atm tu
terjumpa mamat tu
dalam hati cakap
''aik cepatnya dia makan''
dia pandang una dia senyum   cakap
''awak,lain kali jangan order extra pedas  saya tak tahan pedas''
una  just cakap sambil tahan gelak
' jangan risau..'kita tak kan jumpa lagi ,so saya boleyh order makanan pedas2''
pastu dia cakap
awak yakin ke kita tak jumpa lagi?
dia senyum pastu blah dari situ.
una agak blur2 la time tu,''kenapa dia harap terjumpa lagi n tetukar makanan lagi ke?
no way.. i love spicy food
jangan pisahkan aku dari kepedasan..;P
eh ...lupe tadi dia pegi mesin atm dia tak kuar duit pun
 dia taknak cash out ke?
haha rasanya dia cover malu kot sebab tak tahan pedas.






October 17, 2010

bapak ayam kolej( aku benci kau )

haritu una una ade terjumpa dengan musuh ketat di kolej
dia senior una n ambik kos wartawan
siap berhenti kereta konon2 nak menunjuk
alah2 xpayah tunjuk la.. kalau setakat kereta pinjam
n masa kat library hari yang sama
 terjumpa lagi
eisshhh sabar je la
sampai bila mamat ni nak menyemak kat kolej ni
patutnya dia dah habis
tapi tak habis2
dalam erti kata lain
dia ''REPEAT SEM''
mesti korang tertanya2 kenapalah una benci sangat dengan dia kan?
ok ceritanya macam ni
first2 una masuk kolej
dia ni abang fasi kat kolej
n dia pun usha2 kawan baik una
kawan paling rapat una sewaktu ketika dulu
then masa tu una tak kisah dan tak heran la
lantak diorang la urusan diorang kan
start kawan una kapel dengan dia
kawan una selalu tak balik hostel
n una risau..
tapi una tak nak tanya sebab taknak dia fikir una sibuk2 kan
then 1 hari lelaki tu pergi KL selama seminggu
konon2 ade kerja
 sepanjang 1 minggu dia langsung tak call even sms pun kat kwn una tu
dia menangis .. n cerita semua kat una
n dia buat pengakuan dia pernah tidur dengan lelaki tu
una betul2 terkejut tapi takkan nak marah kan?
una nasihat elok2 .
then malam lelaki tu balik kuantan
dia konon2 nak jumpa gf dia ni
siang tu kwn una potong rambut pendek sependek2 nya
walau dia tahu bf dia tak suka
(mungkin tu cara dia hilangkan tension)
bf dia cam tak kenal dia  n tiba2 nak marah2 una
aishh tu wat una hangin tu.
masalah kau dengan gf kau
jangan kau nak babitkan aku!
bf dia cipta beribu alasan la kan waktu tu
masa tu gf dia dah celaru kan
una just cakap macam ni jer..
kalau kapel dengan dia balik
kau jangan cerita ape2 kat aku
walau satu pun aku tak nak ambik tahu!
kawan una sayang kat dia then pilih nak jugak dengan dia
walaupun selepas tu dia nampak dengan mata kepala dia sendiri
bf dia curang dengan perempuan lain
una sayang hubungan persahabatan tu tapi nak buat macam mana
kawan una dah pun berhenti kolej
dan kami lost contact gara2 lelaki tak guna itu
n haritu una nampak dia usha budak baru lagi
 n una cakap kat bf una
kalau sampai kali ni ade budak lain jadi mangsa
una akan buat hidup dia pulak merana.
una tak faham berapa ramai lagi orang yang dia nak rosakkan
una betul2 tak suka lelaki macam tu
n menurut kawan2 una yang satu hostel dengan dia
lelaki tu sekarang dah jadi bapak ayam kat kolej
so bloggers rasa2nya patut tak una buat sesuatu untuk hukum dia?

💝 Anniversary Trip To Jakarta