December 29, 2011

harini bakal menjadi hari yang memenatkan.

assalamualaikum
good morning people. 
start dari semalam una dah kelam kabut. otak dah tak reti nak berhenti berfikir 
rasa nak tercabut otak ni terbahagi lapan.
semuanya gara gara sem ni una nak graduate dan una masih tak tahu bahawa una memerlukan sijil spm una
 yang masih bertapa di sekolah teknik kuala selangor dengan jayanya .



yeah! padan mukaku.
18 januari ni borang graduate  dah nak kena hantar .
segala result dari sem 1 sampai sem 5 wajib disahkan bersama-sama sijil spm
sekali lagi padan muka yang tak terhingga kepada diri sendiri kerana telah menghilangkan result sem 1 sehingga sem 3. dan dengan sungguh rasa bebal una terpaksa membayar  rm10 setiap result yang hilang.
T-T.

kecewa bukan kepalang.
una telah terpaksa rela men' skip kelas mr james
pada hari ini dan esok gara2 nak ambil sijil spm di kuala selangor
sesiapa yang tak tahu kedudukan geografi  mari una jelaskan bahawa bandar kuantan dengan kuala selangor bukanlah dekat . 

una bertolak tengah malam khamis . 12.30 dari kuantan sampai sahaja di klang sentral pukul 5.00 pagi. 
 exhausted bukan kepalang kerana bas terbabit lalu gombak, lalu pudu sentral , dan kemudiannya petaling jaya , shah alam  dan barulah klang. dimana sebelum ni tak payah lalu pun tak apa. =-='
una telah mengesyaki bahawa pemandu bas terbabit sengaja menyeksa una yang betul2 penat dan pening di dalam bas.



SO sekarang una sedang menunggu kaunter bukak ,
una harus bergegas ke ke kuala selangor an di kuala selangor kena ambil pula bas loncat sebab sekolah teknik kuala selangor agak jauh ke dalam sedikit ye tuan2 dan puan2.

 selepas selesai haruslah jua una balik ke rumah dan  sabtu petang una perlu balik semula ke kuantan T-T


una telah mengisytiharkan minggu ini adelah minggu penat seumur hidup.

p/s:kepada adik2 yang baru habis spm, sila ambil segera sijil anda nanti ye. kalau tak padanlah muka anda nanti =-='

December 25, 2011

result sem5 ,perasaan dan kata maaf. welcome to part 6 civilian! =D

assalamualaikum ,
dah lama rasanya tak menulis disini, sejak kekecewaan beberapa minggu lepas
terima kasih kepada semua yang sudi lawat blog ni.
THANKS! =)



mood una yang swing swing sejak beberapa minggu lepas tak mengizinkan.
tapi syukur alhamdullillah hari ini
tergerak hati nak menulis semula.
dah nak penghujung tahun 2011  dah kan?
so blog ni perlu pembaharuan sikit. muka alaf baru ngeeeeee.. :D
 header tahun baru, =)

oh ya sepanjang una tak online ni una sebenarnya dah kembali ke kuantan
menyambung semester ke 6 . cuti sudah habis brotha sista ku.

result macam mana?

alhamdulillah syukur.
tak dekan tapi ..
urm nak tengok result saya?



saya dapat 3.13 pointer
walaupun tak dapat dean list tak mengapalah
subjek yang dirisaukan sangat tu
iaitu subjek rekabentuk struktur  keluli dan kayu.
atau nama pendeknya design 1  dapat B+
masa keluar dewan tu dah fikir fail dah .
carrymark rendah sebab tu tak konfirm.

yang c- tu memang salah diri sendiri.
mungkin nampak cacat result ni tak apalah buat apa nak malu kan?
ni result saya dan ini hasil usaha saya.
tak perlu nak salahkan siapa2.
lagipun bukan senang juga nak survive dekat kolej swasta.
pelik ke? kenapa result cop UTM?
saya student franchais
belajar kat kolej swasta (ikip international college)
tapi under UTM
so nanti graduate konvo kat UTM skudai.


so semester ni harap dapat jadi dekan.
semester 6 would be last semester for me
  harap semuanya berjalan lancar amin.

subjek sem 6 ni

makmal 2
rekabentuk konkrit tetulang design 2
pengurusan projek pembinaan
hidrologi
kejuruteraan alam sekitar

dan satu subjek tambahan iaitu MUET
wajib ambik kalau nak sambung degree

wish me luck guys.

my lovely readers jom pergi blog mereka


p/s : sedang memikirkan hala tuju diri .


December 2, 2011

minta maaf rakan blogger

assalamulaikum dan salam jumaat
terlebih dahulu una mintak maaf sebab dah beberapa hari tak online
 tak melawat kawan-kawan
una sebenarnya tertekan dengan sesuatu perkara , perkara yang una rasa amat mengaibkan diri una dan keluarga
itu semua satu fitnah tapi apa guna kalau kita cakap pun orang bukan nak percaya
mulut mereka terlalu pincang
kadangkala rasa ingin berdiam diri sahaja tapi manakan tahan ?

kepada si pembuat cerita bertaubatlah, apa yang kau tak puas hati dengan kami?
kenapa berhasad dengki ?  fitnah tu terlalu besar.

kata orang lembu dodol jangan dibalun
orang yang diam tak semestinya dia tak tahu marah.


tolonglah jangan sebarkan fitnah lagi.
mungkin sekarang saya diam esok lusa belum tahu

💝 Anniversary Trip To Jakarta