November 28, 2012

kalah dan menang patut bersama



ammar : aku nak malaysia menang malam ni kak.
aku : apa-apalah woi aku lapar . pergilah masak.


ini antara dialog aku dengan adik aku yang nombor 4 tadi. aku mintak jangan dijudge  sikap aku yang malas masak tu sebab last-last aku jugak yang kena masak  tadi =-=' .





jadi setelah masak burger cheese kegemaran diorang kami kumpul depan tv makan sama-sama . adik aku dah kalut cari siaran bola. dengan terpaksa aku pun kena tonton sekali. untuk pengetahuan korang aku tak minat bola sebab aku rasa aku rabun walaupun tak pakai cermin mata. aku jadi pening tengok orang kejar-kejar bola yang satu. teringin aku jadi bola dekat manchester united tu. terasa teruja jugak kalau dikejar mamat hensem sekalian alam kan. kannnn.dari pengalaman aku tengok bola 2 tahun kebelakangan ni sebab dah bosan dah tak ada apa nak buat , aku rasa kagum juga tengok team malaysia main dengan penuh semangat 2 tahun lepas. teruja jugak dengar lagu lagu bola yang gemuruh tu. sungguh aku teruja daripada dulu tak suka langsung sekarang boleh la layan sikit-sikit . yang aku kurang berkenan ialah supporters malaysia ada yang bila menang menjulang bila kalah mencampak . sikap macam tu aku tak berapa suka. ape orang panggil? "lalang" . eh tapi aku bukan suka suka nak label lalang cuma pendapat aku kalau player kurang semangat bagilah semangat jangan jatuhkan semangat .keji caci maki yang bukan-bukan effect kalah dengan singapore ahad lepas la tu :3 .and kepada wartawan atau journalist please... stop gossiping player okay? . mereka bukan artis .cukup-cukuplah tu jaga hal tepi kain orang .
 



malaysia cantik  dan semoga perangai rakyat malaysia pun sama-sama cantik :)
 
 
 
kepada harimau malaya congratulation atas kemenangan melawan laos 4-1 tadi. semoga terus fokus untuk next game. and kepada malaysian people kalau lepas ni malaysia kalah atau menang ingatlah  menang atau kalah itu adat permainan. takkan sentiasa menang je kan? take it easy . janganlah stress sangat sampai tumbuk dinding ke nak potong kemaluan ke nak lari bogel depan pavillion ke no no no...jangan buat deal macam tu next time. it is just a game. ya aku tahu game macam ni mampu menaikkan malaysia di mata dunia but for me lebih baik malaysia naik di mata dunia dengan adab dan sopan , dengan cendekiawan, dengan tatasusila, dengan teknologi dan paling penting dengan agamanya. aku ingin tengok malaysia yang macam tu. kalah kita akur menang kita sorak .stop jadi lalang and be nice :)








 
 
p/s: till the next entry




November 21, 2012

pengalaman interview dan tanpa kerja? (entry panjang dari biasa)

 
tarikh penulisan mungkin 21 tapi kejadian ini berlaku pada 20 november :)
 
 
rasa dah lama jugak aku jadi penganggur ni, jangan tanya aku kenapa aku tak kerja . jangan tanya .  haha ayat nak cliche kenapa entah ko ni .
okay sebenarnya dah lama aku terfikir-fikir. makin difikir semakin gila
ayat boleh tahan banglanya  juga. ramai tertanya-tanya aku tak bosan  ke duduk rumah? hari-hari menghadap muka parents , muka adik-adik, menghadap tilam dan bantal( yang sebenarnya)  , menghadap twitter yang saban hari mendengar bebelan aku tanpa jemu . mungkin sepatutnya soalan berbaur kebosanan tu korang patut tanya kat parents aku, tak bosan ke diorang menengok anak perempuan sulung diorang melepak dirumah je , hari-hari menghabiskan keju je * dia ni minat keju, jadi menghabiskan beras amatlah tak relevan* dirumah tanpa berkerja. aku yakin korang mesti tertanya-tanya dalam hati sebenarnya aku ni orang mana? ceruk dunia mana aku duduk sampai dah tak ada kerja langsung untuk aku? . yaaaa mesti korang tertanya-tanya kan? kan?
*bunyi cengkerik*
okay walaupun korang tak tertanya-tanya aku dengan sendirinya menganggap korang tertanya-tanya. biarlah aku nak syok sendiri pun . biasanya blogger memang syok sendiri . hewhew* gelak terencat*
 
deannn sampai hati u gelakkan i :(
 
actually aku bukan orang KL  ,  korang tak payah tanyalah aku orang mana. aku saja nak biar korang main teka teki  mana tahu tiba-tiba aku boleh pop quiz ke give away  ke, siapa boleh meneka dengan betul aku kasi hadiah :)
Oleh sebab aku bukan orang KL maka bila aku dapat mana-mana interview atau offer kerja dekat sana aku terpaksa memilih. aku taknak pisang berbuah dua kali. walaupun dalam kes aku ni, pisang dah berbuah lebih 10 kali, tapi sebab semangat aku yang jitu *kononnya* tadi ataupun semalam aku dah hadirkan diri ke interview di sebuah company yang aku taknak sebut dekat sini. pandai-pandailah teka. ceh teka lagi? seriously?
 
ah diam , suka hati aku la , entry aku.
 
jawatan dia project co ordinator.
 
mula-mula aku tengok specific tugasnya aku rasa macam aku boleh buat tapi
bila dah diinterview,dah di briefing aku terus jadi macam kambing tertelan tong gas. tapi jangan tanya dulu aku dapat ke tak. sebab dia ada saringan. interview peringkat ke 2, minggu depan . kalau aku ni dapat impresskan dia maka minggu depan aku akan jadi calon shorlisted. jika tak  ready la nyanyi lagu akademi fantasi , tarik-tarik beg. aku memang tak well prepared. dia bagitahu pasal interview tu hari isnin which means 19 tu pun dah malam uolzz dan interview suruh datang 20 pukul 3 petang . mungkin dia ingat rumah aku dekat. mungkin dia tak baca alamat rumah . mungkin geografi dia tak dapat A masa pmr. LOL una jahat! oleh sebab aku tak well prepared maka aku terpaksa terus terang aku tak sempat baca habis profile company diorang, dan aku cakap aku tak faham tugasnya sebenarnya apa supaya memudahkan aku di masa akan datang. lecturer aku dulu pun paham dah dengan sikap aku ni, tak faham tanya .bukan sekali. ada sampai yang bosan dah layan aku. eh kejap aku nak cerita pasal interview ke pasal zaman study aku ni?
 
sorry i digress


eh tapi aku bersyukur tau sebab dapat peluang interview ni , walaupun resultnya nanti mengecewakan at least aku dapat pengalaman interview yang baru. baru kali ketiga :P .
yang pertama di cheras bulan 5 dulu ke bulan 6 tak ingat , company construction jugak. tapi itu sebagai QS. lepas beberapa hari , aku dapat panggilan suruh masuk bekerja. salah aku tak check map.salah aku tak mintak waktu nak cari bilik sewa. atas faktor tempat tinggal , aku terpaksa dengan tebal muka menolak mula-mula dah confirm dah tempat tinggal tapi ada masalah lain. aku redha:( . aku rasa aku ada cerita pengalaman aku tu kat korang dah )
yang kedua pulak, aku dapat jadi site engineer dekat bukit raja dalam bulan julai. aku sangat happy masa tu. aku masuk kerja untuk beberapa hari dan berhenti sebab tak ada transport,dan safety (pasal safety tu aku dah pernah cerita jugak)  poor me. poor them... majikan aku memang baik masa tu. aku akan ingat mereka sampai bila-bila. tak lupa jugak kawan sekolej aku afifah yang cadangkan aku ikut interview tu. dan bila aku dah berhenti position aku di ganti kawan sekolej aku jugak, aku panggil ustaz. mungkin rezeki aku bukan disitu :)


inilah dua manusia yang sudi teman tadi .
yang ketiga yang tadi tulah. nak aku cerita ke keadaan interviewnya macam mana? mula-mula aku diberi kertas profil suruh isi. yang menarik tu kan korang tahu tak ada sesetengah company ni dia bagi soalan yang tak ada kena mengena langsung dengan bidang tu tau. tapi aku faham soalan tu mesti ada tujuan, nak selidik peribadi pemohon tu macam mana, dan juga nak hilangkan sedikit gemuruh sebab soalan dia kelakar. bagi aku kelakar. but then bila tukang interview tu datang aku gugup semula, tapi aku control la jugak . dia kata "tell me about yourself"
 dia cakap je macam tu aku cerita la pasal aku, mujur aku tak hilang fokus .kalau aku hilang fokus ada jugak aku ceramah kat dia suruh prayforgaza -..-
mujur aku tak lupa diri.. mujur tu.




ini aku masa nak gi interview tadi, sungguh tak korporat . sorrylah i tak ada baju office wear ni.
tak ada saiz .


then comes the awkward conversation bila dia tanya apa yang aku tahu pasal company dia, pasal tugas aku kalau diberi jawatan tu. macam aku cakap dekat perenggan atas tadi. aku terus terang je aku tak berapa nak faham. yang aku tahu dia punya projek banyak buat untuk syabas.
dia kata kat aku, tugas ni nanti kena pergi site dekat pj dan dekat kl. segala projek yang diberikan kepada project coordinator atau project manager perlu di buat anggaran masa mula, masa tamat, kena jumpa client deal harga, kena letak anggaran kos semuanya perlu dibuat  oleh diri sendiri (kalau aku dapat). akan selalu sorang-sorang. akan berjemur tengah panas. secara tiba tiba aku rasa aku tak layak je . ni bukan nak rendahkan diri sendiri tapi yerlah aku kan tak ada pengalaman kerja . well memang ada kerja site tapi berapa hari je. itupun site engineer bukan satu projek aku yang urus. katanya nanti akan ada staf bawahan.
jadi bila selesai interview, aku telah ingatkan diri sendiri, sila cermin diri sendiri lain kali sebelum apply. walaupun kelayakan dari segi certificatenya aku layak tapi dari segi ilmiah dan persediannya aku zero. jadi sila menangis sekarang T-T
memang iklannya tulis diploma civil , tapi bidang kerja macam nak budak degree hoi. sila menangis sekali lagi T-T
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s:  thanks kepada yang terlibat teman aku ke sana. wahidah dan encik pipi i love you and pakcik md esa(ayah wahidah) tq bagi duit, sudi hantar sampai depan pejabat. una hargainya pakcik! XD
 
 


November 8, 2012

teguran untuk pengarah filem malaysia.

aku tak berniat nak menyinggung hati dan perasaan sesiapa  dan tujuan aku menulis entry ini adalah untuk memberi teguran walaupun tidak diminta sebab aku rasa sebagai seorang manusia aku boleh memberi teguran .ini tentang industri perfileman yang aku rasa agak dekat dengan masyarakat sebab rata-rata orang malaysia suka pergi tengok wayang sebab aku sendiri pun memang kaki wayang.



 
 
aku tak nak sentuh hal agama kat sini sebab aku rasa aku sendiri jahil cuma apa yang aku nak sentuh soal moral sedikit saja. well aku rasa korang pun perasan semenjak dua menjak ni filem-filem di malaysia asyik-asyik pasal rempit,gangsterisme. aku tahu niat pengarah hanya untuk memberi kesedaran kepada golongan-golongan rempit  dan seangkatan dengannya , tapi apa yang aku nampak kesannya ialah pada budak-budak , remaja yang meningkat dewasa.
aku tak tahu apa yang membuatkan film maker, penulis skrip berfikir yang filem-filem macam tu boleh memberi pengajaran. dari kaca mata penonton apa yang aku nampak ianya macam satu galakan, satu bentuk "ajaran" secara tak langsung yang membuatkan budak-budak, remaja dan dewasa meniru aksi-aksi atau perangai yang tak sepatutnya.walaupun tujuan filem itu untuk mendidik rakyat tapi semestinya lepas menonton filem, tak ada golongan "kurang baik" yang pergi ke masjid gara-gara terpukul dengan ending membawa kebaikan sedangkan banyak babak dalam filem berunsurkan pergaulan bebas, gangsterisme,peluk perempuan sana-sini. aku berani cakap tak ada yang terpukul dan tiba-tiba sebak dan keluar wayang je terus lari ke tangga masjid..sebab apa? sebab babak yang dikeluarkan dan ditonjolkan dalam filem banyak yang negatif dari yang positif
 i cannot brain this. 


ini yang sepatutnya diterapkan dalam filem, tapi bila kamu memilih untuk
memaparkan perkara yang tak baik.
cuba fikir macam mana audiens nak menjadian ianya sebagai contoh
walaupun endingnya sedih nak mati, endingnya hero filem jadi baik,
 hero filem pergi masjid atau bertaubat
at the end, audiens cuma meniru benda-benda tak elok dalam filem tu saja
 


 
well aku tak kata yang filem tu perlu banyak watak-watak  dalam masjid,watak ustaz tapi sekurang-kurangnya kita masih boleh buat scene yang menarik tanpa scene-scene yang over negatifnya . sebenarnya kita tak perlu nak keluarkan perkataan "sensored" untuk buat lawak, kita tak perlu nak gunakan contoh gangsterisme untuk berikan pengajaran. tak perlu nak ada babak rogol , babak peluk perempuan, babak over romantik macam laki bini, babak peluk-peuk macam taknak lepas. i dont see the point . filem patutnya lebih mendidik rakyat , no wonder ramai orang suka tengok filem inggeris even filem inggeris ada scene lucah , we just can cut that scene, filem mereka tetap menarik tanpa scene lucah tu sebab scene lucah bukan modal utama filem tersebut. let's go to the science fiction. hopefully tak ada pengarah nak butthurt dengan aku sebab ni. dan tak ada yang saman aku sebab aku memberi teguran yang ikhlas lagikan bertapis. let's change for good . jangan fikirkan untung saja, fikirkan masyarakat malaysia. aku teringin nak tengok pengarah kat malaysia ni buat satu filem yang berunsurkan science fiction dan ada terapkan sedikit unsur islamik. ada mana-mana pengarah yang sanggup ambik cabaran ni? :)
 
 
 
 
sekian - audiens yang memerhati -una.

November 2, 2012

kembali pulih *entry gembiralah sangat*

aasalamualaikum.
 
ingat tak beberapa hari yang lepas aku cakap laptop aku rosak? kalian ingat ? ingat ?okay kalau ingat bagus tandanya korang ni membaca blog ni ahad lepas, sebab kalau dah bukan pembaca tanya la trillion kali pun , nak ingat ape  kan? hehehe. okay setelah menangis satu malam suntuk *ini tipu* abah tergerak hati nak baiki laptop aku, sebab dia takut aku ambik laptop kesayangan dia yang bentuk kayu yang memang aku minat tu.
jadi untuk mengelakkan laptop dia jadi mangsa rakus anak pertama dia yang memang kalau tak ada laptop boleh sawan, dia telah memutuskan untuk membaiki laptop aku . *bunga api*
 
 
 
 
 pagi isnin tu , subuh-subuh hening lagi abah nak kejut sembahyang subuh macam biasalah lepas sembahyang subuh biasanya aku baring balik .
*ceh baring balik konon cakaplah kau tidur balik una oiii* . plastik
tapi pagi tu aku tak dapat baring semula lantaran terkenangkan laptop kesayangan, yang patah berderai hancur, kalau korang tengok pun mesti korang kata dah dah lah tu bawak bawaklah beli laptop baru.
tapi abah mempunyai pandangan berbeza, bagi dia selagi ada harapan lebih baik di repair *sebab dia sayang duit dan dia sangat penjimat* jadi abah bagi kepercayaan sepenuhnya pada kawan baik dia , uncle X . dia cina, dan sememangnya uncle X ni boleh dipercayai . servis dia sangat-sangat first class. kenapa panggil uncle x? sebab aku tak tahu nama dia, kalau aku tahu nama dia dah konfirm-konfirm aku tulis nok, macam korang jugak kalau aku terjumpa korang tapi tak kenal mungkin korang boleh dapat nama minah atau mamat  x , y , z dan sebagainya  tehee :D. aku memang suka suka letak nama orang macam tu . konsep yang simple dan boleh dicuba kalau korang bukan jenis makhluk peramah di pertemuan pertama  gituuu.
dah kenapa aku cakap servis dia first class? sebabnya aku hantar isnin pagi. hari selasa aku dah dapat laptop aku balik.dan aku dapat free adapter  *angkat kening*. seronok bukan? 
 
jadi ini adalah gambar laptop aku setelah mendapat sentuhan uncle X.
tatatata tadaaaa
 
 
dulu banyak scratch atas ni, tapi uncle buat apa entah sampai jadi begini licin :)
 
dulu belakang ni hancur, tapi uncle dah tukar baru *jejoget*





 
uncle uncle baik betul.. kenapa uncle taknak tukar jadi ini?


 
 
ahhh kau una, dah bagi kfc nak kenny rogers .
 
 
 
 
 
p/s: bersyukur sangat laptop dah pulih bolehlah blogwalking dan sevagainya :)

💝 Anniversary Trip To Jakarta