ok aku dah melalut.. sebenarnya bukan pasal tu aku nak cerita, yang aku nak cerita ialah pasal kejadian itulah. Oleh sebab kawasan laluan balik dan pergi ke tempat kerja aku kawasan perumahan terancang, maka kawasan situ memang tak sesibuk jalan besar. jadi petang semalam ketika angin bersepoi sepoi bahasa, aku lihat dari kejauhan ada 2 buah kereta meluncur laju ibarat tiada hari esok mahupun lusa. Kedua dua buah kereta tu lagaknya macam jalan tu jalan abah dia . Tapi aku buat tak tahu saja sebab jalan tu bukan jalan aku, dan mereka dari arah bertentangan . Kereta pertama ialan bmw dan belakangnya mercedes . Dan secara tiba tiba kereta bmw itu membuat pusingan U dengan lajunya.
Aku yang gabra dan trauma (sebab sebulan yang lepas aku accident) cuba mengelak. Dan aku berjaya! Aku kira aku sudah boleh lega.. ternyata aku silap sebab kereta mercedes di belakang kereta bmw itu tadi turut membuat pusingan U tanpa rasa bersalah mahupun teragak agak. Sipi sipi lagi aku nak kena langgar kat situ. Hati dah panas ..
emosi dah tak tentu hala dah time tu lebih kurang camni la muka aku time tu? Apa korang ingat aku ni ayam ke korang nak langgar ikut suka hati korang?!!!!
(Sila baca dengar intonasi marah)
aku toleh ke kereta terbabit , muka dah bukan merah merah delima dah, ni muka merah merah bola api.
Oh lelaki, pakai shades muka berlagak habis. Aku potong dia sebab dia memang dah saja nak makan jalan aku ni, memang nak kasi accident la ni.. pastu dia hon aku .. Ya tuhan.. Allah je tahu perasaan aku masa tu ."ape masalah ko ni syaiton?!! kalau kereta ko calar aku taknak bayar lah!!! * aku menjerit tanda bengang*.
Memang kalau boleh aku nak paksa kedua dua makhluk yang"spoiled" tu turun dari kereta lalu melempang mereka berdua dengan kelajuan cahaya. Aku pun hon dia balik , ni kira memang berani mati la nak cari gaduh. Dahlah aku sorang, aku pun lupa kemungkinan diorang ni anak orang kaya, dan mungkin juga ada bodyguard bersepah area setia alam . Aku toleh aku nampak lelaki tu bukak shades dia.. Muka memang sombong gila. Eh ko mintak penampar ke apa? aku tengah panas ni.." Mulut aku time tu nauzubillah, sumpah seranah tu memang takyah cakap. Biasalah iman pun sinipis kulit bawang... Dia tengok aku taknak mengalah dia hon lagi dan asak lagi aku supaya aku kedepan...
Eh dia buat lagi.. "Dasar jenglot!" kataku lagi.. Aku sumpah kau jadi mandul la S**L #$@%$%
kemudian aku sedar aku tengah buat benda bodoh masa tu, kalau dia dah bodoh kenapa aku nak ikut sekali? Aku pun dah penat nak gaduh, walau hati tengah panas, aku kena fikir gak minyak dah naik sekarang, kalau aku degil camtu gak aku sendiri yang susah.....
So aku pun potong kereta BMW yang mula mula cari pasal dengan aku tadi. . Aku hon hon banyak kali , dia taknak pandang. nampak rambut ! lah perempuan! . Ni mesti kes bf gf gaduh ni. Apesal korang gaduh mesti babitkan aku dan nyawa aku? Mengapaaa??? jerit aku dalam hati.
eh pasal bf gf tu aku memandai je, tapi yelah rasa macam yer, dah buat apa pulak lelaki tu nak kejar sangat perempuan tu kalau tak ada hal kan? .
Kesimpulannya disini, jika anda tak sayang nyawa anda, orang lain sayang nyawa diorang. So please stoplah bawak kereta laju laju tu. Laju laju nak kemana ? Nak ke kubur?
P/S: Aku tak tahu kenapa orang suka sangat nak langgar aku, kat muka aku ni ada cop "SILA LANGGAR SAYA" ke ? =-='
P/S LAGI : lama dah aku tak update kan..sorry yer busy nanti aku blogwalking :)