March 24, 2014

Selamat pengantin baru dan DDA mini gathering,

Akhirnya.. kawan satu tempat kerja, merangkap teman bercerita, yang setia tadah telinga dengar aku bebel hari hari telah pun bernikah semalam, dan majlis mempelai juga berlaku semalam di taman gadong jaya , labu negeri sembilan.


Hiruk pikuk suasana tak perlu diceritakan lah di sini, aku dari sejak sampai memang makanan je lah yang aku cari :P. Kemudian barulah aku reti nak cari member member  masa zaman study dulu. Oh ya , member aku yang khawin ni bukan sahaja teman satu office aku,malah teman sekelas aku dulu. Mesti beliau tension melihat muka aku dimana mana kan? HAHAHA! 


k dah taknak cakap banyak! kita layan gambar naaa.


ini kejam! aku tak ada dalam gambar ni, sebab aku dah balik. Masa session aku ada, afiq belum sampai! hehe ini sebahagian dari keluarga DDA kami, ada 2,3 orang bukan satu course dengan  tapi satu college. Alah lebih kurang keluarga la jugak tu ;D


Okay ini pulak gambar cikpipah kita yang aku sebut sebut diperenggan di atas, bersama anak buah beliau bernama "mikail"
masa scene ni aku ada kat situ sambil mengira gula gula yang aku berjaya sebat di candy booth beliau. Oh well , aku tak pasti
mikail ni menangis sebab aku ambik gula gula banyak sangat ke atau sebab dia tak cam mak ngah dia. Mihmihmih ;D


ciklia dan simbol peace berpisah tiada . Aku rasa esok esok dah tua tak cam anak dia yang mana senang je , orang kata mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, pasti anak cucu beliau akan mewarisi simbol ini :P 






dan simbol peace cik lia berleluasa di mana-mana, pengantin turut terkena tempias virus virus peace cik lia. Oh tuhannnn.... *rofl*


ini sajalah jejaka jejaka DDA yang ada , lagi beberapa orang manusia tak datang,
kalau diorang datang hancur dah pelamin pengantin tu diorang kerjakan hehehe
dari kiri onchair, afiq, awe. ohh lagi sorang iollz punya partner taknak interframe, time ni dia pergi isi minyak  :)

sekian itu sahajalah yang dapat aku update, mana gambar tuan blog?
taknak letaklah karang ada yang muntah plak, kita letak gambar orang handsome dengan lawa je kali ni mihmihmih :D





March 13, 2014

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 .




Seperti kita semua maklum pada 8/3/2014  pesawat boeing  777 , MAS MH 370 telah pun hilang pada 2.40 pagi semasa berada di perairan laut china selatan menuju ke beiljing. Timbul berbagai spekulasi yang ada kalanya masuk akal juga. Kehilangan pesawat ni menjadi lebih misteri dengan kewujudan 2 orang yang menggunakan passport palsu menaiki pesawat terbabit.

gambar sumber google, 2 individu yang menggunakan passport curi.


Mesti korang tertanya Tanya kemana perginya pesawat tu kan? samalah macam aku . Lagi memeningkan bila ramai pula rakyat Malaysia ni berubah profession menjadi perisik antarabangsa. Masing masing mengeluarkan teori masing masing. Yang jenis alim sedikit mengatakan kapal tersebut di sorok jin , yang jenis percaya pada sains menganggap kapal terbang tu  di hijack, di serang US, dan jatuh menjunam di dalam laut. Dan ada juga yang meramalkan dengan mengeluarkan terjemahan surah yassin dengan menyamakan angka angka surah dengan waktu kejadian.

Pendapat aku pulak?

pendapat aku, kita tak payah susah susah fikir, memang naluri ingin tahu tu tinggi tapi lebih afdhal berdoa untuk kesejahteraan mereka yang terlibat.



Secara jujur, sebagai rakyat Malaysia aku rasa marah juga dengan dua perempuan aussie tu, sebab menyebarkan gossip tentang co pilot fariq abd rahman. Pendapat aku dalam soal ini, tindakan perempuan aussie tu adalah melampau dan tindakan CNN menyiarkan berita itu adalah berat sebelah. Kenapa aku berkata sedemikian? Sebab CNN menyiarkan berita ketika mana fariq tidak boleh bercakap bagi pihak dirinya . Sangat tak adil bagi fariq dan keluarganya. Sudahlah keluarga beliau tengah bersedih, disiarkan pulak berita yang memburukkan dia. Dan yang lebih menyakitkan hati bila ada rakyat Malaysia yang terus memburuk burukkan fariq , percaya bulat bulat cerita luar . Agaknya semua orang dah hilang akal?

Dan kemunculan bomoh vip yang membuat upacara secara terang terangan di KLIA. Mungkin niatnya baik untuk membantu(prasangka baik). Cuma caranya tak kena. Bagi aku kalau kita ikhlas nak menolong, tak perlu exposed , dan terdapat unsur unsur tahyul biarpun menggunakan ayat Al Quran. Dan sekarang satu dunia mentertawakan kita. Aku malas nak ulas panjang panjang hal ni.
Rakyat Malaysia pun tolong berhentilah men "famous"kan orang orang begini. Cukup cukuplah tu. Jangan Bash orang lagi. Mungkin tok bomoh tu silap, tapi dia juga manusia macam kita. Bukannya kita maksum, entah entah silap kita juga bertimbun ye tak?



selain daripada isu di atas ada juga segelintir yang menuding jari kepada pitbull secara tiba tiba. kerana lirik lagunya yang berbunyi begini



Big news, Pitbull, Tom Cruise, Mumbai
I lit up their December nights like the Fourth of July, Vanilla Sky
Thriller in Manila, knocking them out like Pacquiao
No Ali, No Frazier, but for now it's off to Malaysia
Two passports, three cities, two countries, one day
Now that's worldwide, if you think it's a game, let's play (dale)



kerana ada nama Malaysia dan 2 passport  ada segelintir manusia yang aku tak tahu letak dalam kategori bijak ataupun terlalu bijak mengatakan pitbull terlibat dalam kehilangan pesawat MAS MH370. dah jadi viral dah pun. astaghfirullahalzim...


Untuk pengetahuan korang lagu ni dh di upload tahun 2012 lagi, dan lagu ni dibuat kerana pitbull nak meraikan kejayaan konsert dia pada tahun 2011, konsert tahun 2011 tu menyebabkan dia kena pergi ke banyak Negara termasuk malaysia. Kan tahun 2011 ada konsert pitbull kat Malaysia ni. pasal passport tu pulak, dah bila orang selalu travel ke banyak Negara stamp dah penuh mestilah kena ada passport baru sebab tak ada tempat nak stamp dah.Ate kome dah lupa ke pitbull penah datang sini? aku yang tak suka gi konsert pun tahu.Lagipun aku rasa lagu ni tak pelik langsung, bukan dia ada cakap pasal kapal terbang yang terhempas pun. Biasalah tu kalau dalam lagu dia ada nama Negara tu kan dah lirik wajib bagi dia. Tu ha tengok betul betul selain Malaysia ada nama manila which is located in philipines and Mumbai , India. 

untuk penerangan lebih lanjut boleh baca blogserius



P/s: Satu demi satu ujian diturunkan di Negara kita, wahai rakyat Malaysia bersatulah dan hentikan menjadi manusia paranoid sila kembangkan sel sel otak anda agar berhubung dengan sewajarnya.

P/s2 : Kurangkan spekulasi, lebihkan doa. Amin.






💝 Anniversary Trip To Jakarta