May 11, 2014

Entry bergambar dan bervideo : Sunday activity with love at the curve and ikea damansara ;D

hai guys !!!



harini aku telah berjaya lari dari kelaziman aku. Selalunya weekend aku akan lepak setia city mall sebab dekat dengan rumah sewa aku. Jimat masa, tak rempuh jem . Tapi minggu ni aku ke the curve damansara. 
One of the main reason aku ke sana ialah untuk pergi makan meatball kat ikea tu ha. Ikea dengan the curve kan berdepan je . So kami parked dekat the curve kemudian terus masuk ikea. Ramainya manusia masa tu tuhan je la tahu... Kaki aku ni naik lenguh berpusing cari seat sementara  si dia line up untuk beli meatball. Bila makan dah kenyang , aku pun ingat nak lah berselfie sekejap tapi ada brother belakang ni tak puas hati... secara sindiran pergi tanya meja sebelah meja kami duduk ni ada orang ke tak. Eh nak je aku cakap.. ko tak nampak ke aku depan ko ni? and plus minuman aku belum habis lagi masa tu. Tapi memikirkan kita hidup ni bermasyarakat, maka aku mempersilakan dia duduk.Dia pun ambik seat aku dan sidia. Lepastu boleh senyap je. Oh my god! BERTERIMA KASIH PUN TAK!



sebelum makanan sampai. Oh ya kalau korang tak dengar klik dekat atas sebelah kiri video ni,mula mula 
halakan mouse ke situ, dah keluar simbol speaker klik je. :) 


Bila makanan dah sampai ......

Si dia ajak aku keluar bila dah tengok muka aku dah bertukar jadi hulk tu. Heeeeeeeee kemudian aku baru teringat... haritu RoyalSwek ada buat gathering macam tu for viner. Aku teringin sangat nak jumpa diorang. Tapi tak ada rezeki. Tak terserempak pun. Yelah the curve and e curve tu besar gila weh. Dengan crowded gila macam tu , dengan festival ke apa ntah tengah2 siap ada lagu kebudayaan lagi. It was too loud! So to save our eardrums , and to complete our jalan jalan today, we decided to watch a movie called "bad neighbour" Best gila... cuma tak sesuai untuk tontonan kanak kanak dan remaja bawah 18 tahun. (actually ianya tak sesuai untuk orang yang belum khawin pun).


sebahagian daripada RoyalSwek. Actually aku teringin nak jumpa diorang lagi lagi anita yang pakai spec
tu. 

after movie session, aku ingat nak ajak dia pergi try makan dip n dip dekat laluan antara the curve and e curve tu. tapi dia kata dia masih kenyang. so we saved it for the next time. To be completely honest , today is the first day, aku jejakkan kaki kat  the curve, e curve and ikea and i must say the contractor/architect/designer must be brilliant. Kenapa aku cakap macam tu? sebab aku tak sesat walaupun sekali tak kira betapa besar sekalipun tempat tu. I'm impressed! sebab aku jenis cepat confuse dan sesat. So thumbs up! 



so basically that's all for today entry. 


till the next entry 







May 4, 2014

Butik Pilihan Saya :)


aku di zon keliru skang

kenapa semua benda nampak cantik?
kenapa semua benda nampak unik?
dan semua benda yang unik dan cantik tu mesti MAHAL?


 Aku ada masalah begini, bila aku tengah "berduit" semua baju nampak buruk.
dan bila aku hampir pokai semua benda tengah sale.
semua benda nampak cantik.


Aku ni suka fashion. Cuma fashion aku tak sama dengan perempuan lain.
well tak adalah pelik sangat. Aku ni simple je orangnya.

kadang kadang tu aku tiru style orang tu pakai tudung,
aku ikut tutorial buat twist sana sini. Last last tak kena dengan muka aku yang _______ ni
so aku pun adjust la sampai dia jadi kena.
A little adjustment here and there ,  and the final look not like  the tutorial
not even close.



pelik?

ye kot.

aku messy . messy sangat . kadang kadang aku suka.
tapi kebanyakan masa aku tak suka.


Rasa cemburu pulak tengok orang lain pakai kemas je :(

okay okay aku ni bebel bebel pulak kat sini.


oh ya alang alang aku dah bebel kat korang ni aku nak share la my current favourite boutique


salah satunya ialah ...

RANO RABELLA 

macam mana aku tahu pasal butik ranorabella ni? actually aku ni suka bukak keek liyana a.k.a lilly the talking flower dan kebetulan lilly ni kawan baik kepada zaim helmi zaini wartawan tv3 tu. So sebagai peminat setia lilly ni aku mestilah stalk dia kan?. Bila stalk stalk tu  nampak dia pakai baju butik ni dan dia salah sorang model atau partner butik ni . Bila scroll punya scroll eh cantik cantik jugak baju kat sini harga pun not bad . Infact lebih murah dari ZARA,H&M,MANGO semua tu . Kalau korang peminat tiga butik famous ni korang harus stalk  instagram ranorabella ni sebab korang boleh dapat baju yang style lebih kurang sama dengan kualiti yang sama juga . Okay malas nak cakap banyak tengok je la gambar gambar bawah ni.










haaa macam mana ? cantik cantik kan?


sebenarnya aku ada minat lagi satu butik milik actress jelita " fazura" . aku malas nak copy banyak banyak gambar sebab semua baju baju dia jual cantik cantik. Tapi antara semua tu aku suka satu baju ni. Baju ni memang sangat sangat cantik di mata aku :)





actually baju fazura pakai ni 2 piece tau.. tapi nampak macam satu piece je kan? Baju ni sangat simple yet fancy . Sesuai dengan manusia macam aku . Haiiiii lepas ni aku nak ajak cousin cousin aku pergi house of doll lah nampaknya ! :)



P/s : Apa style/butik kegemaran korang? sharelah dengan aku! :D


💝 Anniversary Trip To Jakarta