Sabtu lepas company aku ada organized majlis berbuka puasa untuk consultant dan staff staff dia .
Tempatnya adalah di Sunway Fuzion yang terletak Sunway Resort Hotel and Spa, bersebelahan dengan pyramid. Aku bawa si dia sebagai teman, jadi kami parking dekat basement pyramid sebab malas nak cari parking dekat hotel tu. Yelah kami bukan nak menginap datang nak makan je. Dalam hati ni memang dah teruja habis, sebabnya aku memang suka makanan ramadhan buffet kat sini.sedap.... dia punya hidangan semua best best. Tahun lepas company kami buat dekat sini jugak cuma bukan fuzion , atlas kalau tak silap. Mula mula sampai..
aku terus cari tempat tahun lepas , yang betul betul depan ice rink cuma kena naik lift sampai third floor . Masa tu si dia ni tengah ralit tengok orang skating. aku tengok tempat lama tu gelap, macam ada renovation sikit. Bila tanya .. rupanya ada jalan kecik menghubungkan antara tempat buffet tahun lepas tu ke tempat baru ni. So jalan punya jalan. Dah sampai hujung aku cum jumpa 1 lift hotel. Lift untuk ke lobby, tadi orang tu kata kena pergi Level 1? ni dalam lift ni tulis lobby je.
Perghhh masa tu aku nak bertukar jadi anakonda dah... orang ni silap bagi direction ke?
jangan main main dengan orang yang tengah lapar. Dahlah pukul 7.30 waktu tu. So aku tak puas hati masa tu aku tanya receptionist depan lift . 2 orang perempuan yang tengah makan nasi bungkus.
Aku tanya .. cik mana sunway fuzion yang ada ramadhan buffet tu? Dua dua tu geleng kepala..
rupanya diorang tak tahu.. so dekat situ ada pintu kecik untuk keluar.. aku pun keluar la.. keluar keluar je nah! sebesar alam pintu masuk hotel. Alhamdulillah .. Masuk masuk je 2 orang penyambut tetamu yang bersopan santun tunjukkan kami jalan sampai betul betul depan pintu lift. Masuk lift.. tekan level 1 sampai sampai je terus nampak buffet tersergam indah.
Macam ni la lebih kurang rupa view dari pintu masuk hotel. Masa aku snap ni masa nak balik |
Pintu gerbang jer pun dan mengujakan. Nanti khawin konfirm nak honeymoon kat sini *gatal* |
Masa kat atas level ice rink . Aku kemain berbaju kurung dia bantai pakai sweater je. Sabar je lah.. |
Lepastu tak banyak cerita kami terus cari contract manager kami iaitu miss long , dia tunjukkan table kami. Dan masing masing cepat cepat ambik pinggan dan cari makanan yang berkenan di hati.
Perut aku punya lapar sampai aku tak "check in" dan snap gambar sebelum makan dah.. Bila dah third plate barulah aku snap gambar dan "check in" .
Ini dah third plate dah masa ni. Semua pun sedap. terumatanya pizza tu dengan shepard pie tu.! :D |
Sembang apa tak tau. hahaha kelakar juga miss long ni kan? |
view from out door buffet place. Yang indoor punya makanan berat berat.. yang out door punya makanan macam satay , roti canai. |
port salad .. yang ni aku tak ambik sebab salad senang je nak buat. |