October 26, 2014

Tahniah Amir and Get Well Soon Pakngah!

2014 has been the toughest year of our family and most likely the happiest too.
Dugaan dan kegembiraan adalah sama banyak . Mula mula aku nak ucapkan tahniah kepada newleyweds 
Amir my lovely brother(cousin) and his wife kak lynn yang cantik jelita (ni puji ni harap harap dapat duit raya tahun depan ekekeke :D) . Sorry tak dapat hadir. sepatutnya aku hadir semalam tapi ada halangan pulak. takpelah tak perlu aku ceritakan panjang lebar dekat sini. dah jenuh 2 hari dah aku buat dosa memberi carutan tanpa henti kepada beliau di dalam hati. Beliau adalah Project Manager kami. 
Dia adalah punca kenapa aku tak dapat hadir semalam. okay enough with the makian. tak elok maki maki ni una. kata sempena maal hijrah nak berubah ? macam mana nak jadi perempuan melayu terakhir macam ni?





okay , melalut.

begini ceritanya ..

tahun ni dah dua sepupu aku bertukar status, seorang sepupu perempuan yang dah khawin awal mac haritu dan seorang lagi sepupu lelaki yang baru bertukar status semalam. Dua dua sepupu ni aku sangat rapat waktu kecik kecik dulu. diorang la kawan kawan aku pun aku mana ada kawan lain *nangis dalam gua*
Ada sesetengah orang tak berapa rapat dengan sepupu kan? tapi family kami tak sepupu adalah manusia yang paling rapat dengan kami. ikatan kami ni sangat sangat kuat . dah macam unbreakable vow dah. ala unbreakable vow yang snape dengan mak draco malfoy buat dalam cerita harry potter tu. ekekeke melampau sangat pun. taklah actually memang kami rapat.Mungkin sebab mak ayah kami semua dah rapat jadi kami pun turut sama rapat. Aku rasa aku pernah cerita dalam entry entry sebelum ni kot, amir ni adalah satu satunya abang sepupu aku. aku anggap macam abang kandung dah. Rahsia dia masa kecik kecik dulu ada dalam poket tau! jadi bila tak datang semalam mestilah aku sedih. Jujur la aku nangis. nangis gembira tu ada nangis sedih tak dapat join sepupu yang lain pun ada gak.Dalam gembira semalam ada jugak sedihnya. 
Pakngah dan makngah  aku iaitu ayah amir (anak atuk aku merangkap abang kepada mama aku) dan mak amir tak dapat menyaksikan anak pertama mereka bertukar status. sedih kan ? sebab pakngah sakit kena admitted dekat ward so makngah kena jaga dia . dia sedar cuma belum boleh dibenarkan keluar lagi.So menurut cerita atuk aku yang pergi waktu amir akad nikah semalam, ada salah seorang sepupu aku call la makngah dengan pakngah nak bagitahu bahawa sekejap lagi amir dah nak akad nikah dah. Atuk aku cakap makngah dengan pakngah menangis. bila aku dengar cerita tu aku pun nangis.cengeng kan aku?  korang jangan tak tahu disebalik muka pembunuh bersiri aku ni, ada hati yang lembut selembut kapas ececey. Apa apa pun tahniah kepada amir dan kak lynn.  Dan kalau ada makcik pakcik yang terbaca entry ni, mohon jangan nak tanya soalan . kau bila lagi? hahahaha! aku tak mau khawin lagi oiii! 


Alhamdulillah i'm happy for both of you :D



gambar ni pecah pecah tapi aku tetap nak letak jugak eventhough aku tak ada dalam gambar. hehehe. tak pe minggu depan iollss datang k? mih mih mih! :D


my beloved pakngah. Get well soon pakngah! kami doakan pakngah cepat sihat ye ye ye?
dalam gambar ni mungkin hassan tengah tunjuk video atau gambar akad nikah amir.



khabarnya maklong paklong pun tengah tak berapa sihat.semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

The greatest gift of all is my family..


" No matter where YOU go"
I won't be very far 
cause in my head i'll be right there
where you are 
Love has no distance baby love
Love has no distance baby , NO
not when it comes to YOU and me :) 



P/s : We will remain strong! :)


October 12, 2014

Movie Review : Annabelle





Annabelle mengisahkan tentang sebuah patung berhantu yang mengganggu kehidupan pemiliknya. 
Pada mulanya patung tersebut hanyalah patung biasa, namun setelah satu tragedi yang berlaku yang menyebabkan patung tersebut berhantu. Mia, seorang ibu muda yang sedang mengandungkan anak pertamanya sering diganggu sewaktu tinggal bersendirian di rumah kerana suaminya , John berkerja sebagai doktor sering sibuk dan bekerja pada waktu malam. Gangguan demi gangguan, berlaku sehinggalah Mia bersalin, dan mereka berdua membuat keputusan untuk membuang patung tersebut dan berpindah ke rumah lain. Di rumah baru sewaktu membuka kotak terakhir mia terlihat patung tersebut ada di dalam kotak itu dan berhasrat untukmenyimpannya kerana ianya adalah pemberian suaminya. Tanpa mengetahui risiko yang diambil, dia meletakkan di bilik bayinya leah. Kejadian yang lebih dasyat dan mencemaskan semakin kerap berlaku, patung tersebut inginkan nyawa. apakah kesudahannya? Saksikanlah sendiri. Tak best tau kalau cerita banyak banyak. hehe


Movie rated : 9 1/2
Yay or Nay ?  YAY!!!!!!

Berdasarkan kisah benar .




Kanan adalah patung anabelle yang sebenar. Kata pun dari kisah benar kan? cuma tak tahu berapa peratus kebenaran tu. :)


CERITA INI SANGAT SANGAT SERAM DINASIHATKAN MEREKA YANG MEMPUNYAI PENYAKIT LEMAH JANTUNG,DARAH TINGGI TIDAK MENONTON FILEM INI.









October 7, 2014

Aku yang pelik.


hai.. assalamualaikum..

pernah rasa tak tiba tiba rasa serabut gila kusut sangat sangat. Padahal tak ada apa benda sangat pun nak tensionkan? Pernah? macam ni lah.. aku ni memang tak faham kenapa perempuan perlu melalui masa masa begini. Macam pagi tadi.. aku stress tau.. secara tiba tiba otak rasa tertekan. Kadang kadang aku rasa aku ni makhluk asing . Kau pahal nak stress stress tiba tiba. Kau ingat stress tu best ke?itulah jeritan yang tak mampu ku luah pada diri sendiri.



itulah aku kadang kadang rasa nak je tanya mama aku. mama aku ada bau bau bacang dengan albert enstein ke. Kenapa otak aku ni aktif sangat berfikir. Pernah jugaklah aku menangis sedu sedan dekat bilik aku semata semata sebab minyak naik harga 20 sen. Kejadian minyak naik harga tu boleh aku kaitkan dengan masa depan aku tau. Suka hati je aku ramal macam tu. Patutnya aku fikirlah macam mana nak tambahkan pendapatan  ye tak?. And satu lagi aku ni jenis clingy and insecure. Sebab yelah.. selalu sangat jumpa makhluk makhluk yang pandang rendah kat aku. Confident level aku ni kalau nak compare macam tangki minyak.. kiranya confident level aku paras E tau.  Susah kan?



Selalu jugak aku stalk makhluk makhluk lain buat kerja rileks je. Aku ni entah kenapa insecurities tahap melampau lampau. Kadang kadang aku rasa semua orang benci aku, kutuk aku. 


T_T


SEBAB TU LAH AKU MENULIS KAT BLOG NI.



dalam ramai ramai aku ni mungkin antara yang pelik korang akan jumpa. Aku ni jenis ikut gerak hati.
ni nak citer aku ni unik sangat la kan.. padahal takla unik sangat pun.

pelik je lebih


aku punya perangai ni kadang kadang suka sangat manjakan diri sendiri. Pelik? memang .. sesetengah orang kedekut nak beli apa apa untuk diri sendiri kan? kalau aku .. aku tak.  pastu pesen suka berdialog dengan diri sendiri..



contoh  : jalan jalan tiba tiba nampak make up yang dah lama idam nak beli atau blouse yang cantik, atau tudung yang warna gojes gila. Tiba tiba je aku akan berdialog dengan diri sendiri macam ni .

"eh lawanya shawl ni ... nak tak? "sambil peluk shawl kemas kemas*. 

mestilah nak... " aku jawab balik soalan yang aku tanya tadi. 

Ni bukan monolog dalaman ke apa ye. tak eah

ni jenis bersuara yang orang boleh dengar. Kalau tiba tiba orang sebelah tengah pilih tudung lari aku tahulah pasal apa. Mungkin diorang pikir aku gila. HAHAHA,

pesen gerak hati plak bila semuanya secara tiba . contoh : harini korang tengok aku jalan kaki kan?
 tup tup esok aku dah bawak kereta sendiri. Tu contoh eah. 


buat masa ni aku belum buat kerja gila macam tu. yang paling gila pun aku buat shopping retail waktu aku patut berjimat. pernah la satu hari member aku ajak keluar aku cakap malaslah la keluar aku kena berjimat ni. duit tak ada. Tup tup petang tu aku upload gambar pergi shopping ber bag bag. T_T. sejak itu kami putus kawan *gurau*



itu memang satu tabiat buruk yang entah bila aku dapat buang. orang orang yang kenal aku semua cakap aku ni jenis unexpected gila. Maybe sebab jiwa muda aku yang jenis suka nak have fun kot.
Setakat ni alhamdulillah.. aku have fun dengan cara shopping, get away ke sana sini je tak pernah terlintas nak pergi club ke apa. Sebab aku masih tahu jaga batas batas yang ditetapkan . eceh.


opah aku ada cakap aku ni jenis dahi sontok (dahi tak berapa luas). kalau buat apa mesti tak fikir panjang. aku akui . aku ni jenis clumsy sikit. kalau korang belum pernah jumpa orang clumsy .. korang harus jumpa aku. ya.. WAJIB. biar korang reti erti CLUMSY. ekekeke.

amboi seronok nampak mengutuk diri sendiri. 


tak ini bukan kutuk ini fakta




dan sejak 2 menjak ni.. aku rasa gerak hati aku ni melampau lampau sangat, Mujur aku punya gerak hati tak mintak benda bukan bukan. contoh nak khawin dengan anak raja ke, model sehensem daler yusuf ke. Kalau tak jenuh jugaklah aku nak penuhi. aku on je tapi diorang la taknak. HAHAHA. 


hahaha dasar mata keranjang! ;D


dah dah cukup cukuplah aku nak merepek lama lama kat sini. 


hari pun dah petang aku kena balik


ni update pun curi curi waktu office hour..Biadap betul pekerja macam ni.. 



p/s: babai korang .. :*










October 2, 2014

new presentative yang garang macam singa

Hai , assalamualaikum.

Harini hari paling sibuk dan merisaukan hati aku. 
We have here our new sime darby representative. 
bad news is.. Dia seorang perempuan.
Korang tahu je la perempuan punya cerewet macam mana.
Dia semak semuaaaaaa . Dia go through every pages . Dah la pagi tadi kena reject dengan
Resident engineer. So terpaksa buat pembetulan. Dan pembetulan tu pulak buat the reports looks like roti kirai. Just now she's commenting about our RFI which is fine ,  that was a minor mistake. Tapi dia punya dah macam singa lapar. Tak dapat nak bayang macam mana kalau dia marah pasal our progress and claim plak.

Masa cepatlah berlalu tak sabar nak balik ni,


P/s : selamat menyambut hari raya aidiladha korang!

💝 Anniversary Trip To Jakarta