May 31, 2016

kreatif


sometimes we can't really write or tell anyone about how we feel.
sekarang aku dalam musim bunga bunga. tak tahu nak kata bunga bunga apa. aku mampu post post lagu berkaitan je. seronok jugak rasa macam ni sebenarnya. biasanya bila rasa camni otak aku lebih kreatif. 






oh ya, life sekarang busy dan boleh kata ada waktu stress ada waktu gembira.
aku harap aku kuat semangat. berapa lama aku kat sini aku pun tak pasti. 
aku cuba la sedaya upaya.moga ALLAH kuatkan semangat aku. 
aminnn tu jelah aku mintak.

aku redha dengan segala ujian dan moga rezeki melimpah ruah mengalir dalam hidup 
aku selepas ni. aku harapm yang mana rapat dengan aku boleh berhenti seketika tanya pasal
hal hal lama. hal hal yang aku taknak ingat. 


let me choose, let me decide for my own life.




p/s: it is not too much to ask kan?




May 21, 2016

faham ke tak faham?





ola people.

harini aku rasa disakat sampai menangis oleh si gila shyafiq and tara. mati mati aku ingat phone kesayangan aku dah hilang . bila shafiq nampak aku dah start nangis baru reti nak pulangkan phone aku balik. tak pasal pasal tara kena bising. bila ingat balik kelakar la pulak. haish sabar je la nasib baik aku sayangkan korang kalau tak putus kawan! hahahaha 


oh ye sejak dua menjak ni emosi aku ak berapa stabil sikit. kekadang tu happy , sedih . biasalah manusia ni hidup ada pressure kan. aku tak suka orang pressure aku sebenarnya. aku rasa macam segala keputusan pasal hidup aku patut di tangan aku bukan orang lain sebab aku pun selama ni tak masuk campur hal peribadi orang. so equal lah kan ?


bab kerja pulak makin lama makin banyak aku belajar. bila aku tanya shyafiq dia kata ada banyak benda dia tak ajar aku lagi. fokus aku sekarang nak pick up sebanyak mana ilmu yang boleh dari mamat tu since dia ni perfectionist tahap dewa so banyaklah benda dia tahu. aku ni karang ikut kepala aku memang lingkup la bussiness nanti. 



aku harap aku lama la kat taman tun sebab haritu aku jumpa encik raden dia macam nak suruh aku pindah je. tak tahu la dia berbasa basi ke memang dia nak aku pindah bila outlet bukak. haritu masa aku jumpa om rimash pun dia macam nak suruh aku pergi area dekat rumah aku. aihhh susah cenni .


aku harap aku stay ar situ . banyak benda tak belajar lagi ni. kalau dah pandai nak pindah takpe. 


okay bye .. mesti korang tak paham apa aku merepek kan?



kalau aku pun tak paham diri sendiri, tak payahlah pura pura paham aku pulak






May 20, 2016

can you take a break?




aku selalu rasa irritate with people yang asyik dia je betul. asyik dia je suci murni orang lain banyak dosa. serious aku rasa annoyed. macam konfirm je hari hari diri sendiri melahirkan pahala. aku banyak mendiamkan diri sebab aku rasa unnecessary untuk bagi feedback since it doesn' lead to any positive things pun. 




cuma aku ak boleh terima bila orang pertikaikan pasal rezeki aku. why?

aku rasa macam benda tu tak perlu pun. kau bukan tuhan. apa hak kau?



since you are not getting any richer than before pun bila kau  cakap pasal orang ni. apa yang  aku nampak kau ni pathetic. yes,.. pathetic . sebab kau tak ada apa pun sebenarnya tapi sebab kau nak perhatian kau downgrade hidup orang. tuhan je tahu betapa menyedihkannya hidup kau sebab hati kau busuk. sedih. orang yang kau dengki tu hidup bahagia je. kau je mereput fikir hal orang tak sudah sudah.


semoga tuhan jauhkan aku dari bersikap demikian. hidup tak lama. dosa dengan tuhan, kau bertaubat tuhan boleh ampunkan . dosa dengan manusia?



fikir fikir sendiri. dahlah aku pun 2,3 menjak ni mood tak berapa baik. nak pergi tenangkan diri jap. 

May 6, 2016

nak shopping tapi nak jimat? =-='






hai korang.

lama gila aku tak tulis apa. haha tak adalah lama sangat tapi lamalah jugak bagi aku. hmmm sejak dua menjak ni aku rasa hidup aku macam lifeless la. itu tak kena itu tak kena. aku nak shopping tapi semua benda aku tak berkenan. aku rasa macam semalam aku dah melakar sejarah tau. aku masuk shopping complex tetiba aku rasa boring. seumur hidup aku tak ada lagi aku rasa camtu. tak tau kenapa semalam aku rasa camtu. adakah itu tanda tanda keinsafan dah berbunga guys?


kau dah kenapa nak guys guys setiap perenggan una? =-='


oh ya.. aku sebenarnya dah ada wishlist benda nak beli tapi banyak gila aku hold sebab aku rasa nak buat priority list walaupun aku sendiri tak boleh percaya diri sendiri . yelah kejap lagi benda list yang priority tu la aku abaikan. tak percaya tengok ah. dia spesis otak nak kena skru ketat ketat, cepat sangat hilang arah tujuan. adakah aku memerlukan kompas? -.-



semalam aku masuk daiso aku beli screwdriver je boleh paham tak betapa behavenya aku semalam? lepastu  aku masuk yubiso aku beli krim muka yang murah gila tu dengan body wash kegemaran aku and stokin. kalau waktu mood biasa selagi duit dalam dompet aku tak tinggal balance seringgit selagi tu aku tak berhenti beli. lepas tu aku masuk padini dengan h&m satu baju pun tak berjaya "usik" hati aku. selalunya kemain lagi mata daripada dua boleh bercabang jadi 16 kalau masuk tempat tempat macam tu. 


tapi biasalah macam aku cakap maybe itu cuma keinsafan sesaat sebab harini aku punya mood shopping dah membuak buak balik.kita tengok jelah apa pulak aku beli kejap lagi . itu pun kalau ada saiz aku la.




haiz teringin la nak kurus macam model tu. tapi tulah baik aku senyap je nanti kena bising dengan kawan kawan aku. mintak mintak la diorang tak baca entry aku ni. aminn
 



k gerak lu paperojer

💝 Anniversary Trip To Jakarta