September 21, 2016

stress dan buah oren



hai guys


sejak dua menjak ni aku rasa agak stress di tempat kerja. bukan sebab ketua  aku bagi banyak kerja tapi sebab aku memang dah sedia banyak kerja. biasalah kerja zaman sekarang mana ada tak stress . semua tempat sama je. bila condition macam ni berlaku , aku belajar nak faham semua orang. betul kata orang mustahil kau dapat benci orang kalau kau faham keadaan dia macam mana.

aku sebenarnya stress sebab aku tak capai target aku. tu je. aku ada certain target yang aku set tiap tiap hari apa aku nak buat. kerja apa aku nak settlekan haritu. tapi macam biasa .. mestilah ada halangan dan ujian melintang pukang dalam hidup ini. 


aku ni pelik sikit. kalau aku stress aku suka duduk sorang sorang makan buah oren .(buat masa sekarang) . tak tahulah apa kena mengena buah oren dalam kes aku ni, nak kata effektif pun tak jugak tapi sekarang habit aku macam tu sekarang. 

 sic aku si shyafiq tu memang dah sedia ada banyak kerja. kadang kadang aku kesian gak tengok dia. tak meletup ke otak dia fikir pasal beban kerja dia yang melambak lambak tu kan? aku yang jadi assistant dia pun rasa tak sanggup je tengok paperwork melambak lambak .nak menjawab dengan orang atas, angkat call explain macam macam. kadang kadang nak pergi toilet pun tak sempat guys. serious. 

aku terima kenyataan yang dalam adult world ni hidup kau penuh dengan responsibillities. staff aku sekarang alhamdulillah okay okay. degil tu biasalah tapi boleh la cooperate jugak. semua orang ada kisah hidup masing masing yang aku rasa aku tak perlu cerita kot kat sini. Apa yang aku boleh buat sekarang ialah tolong shyafiq tu apa aku mampu , and work as a team. kerja staff pun aku buat sebab aku rasa aku tak ada beza pun dengan diorang. diorang manusia macam aku jugak. kalau aku boleh tolong apa salah aku tolong.


aku rasa aku nak independent sikit la lepas ni. asyik asyik kacau ketua aku . kadang kadang dia tengah cuti pun aku kacau. kesian la pulak. nanti dia cuti 10 hari aku akan trylah avoid  kacau dia selama 10 hari. tengoklah camne nanti berjaya ke tak. aku harap orang hq pun try untuk tak melibatkan dia untuk benda kecik kecik yang aku boleh settle. 


aku ni maybelah kuat menangis, kuat membebel dah jugak sekarang tapi dalam hati aku ada taman,kahkahkah. aku respect privacy orang sebagaimana aku nak orang respect privacy aku. 



one thing aku belajar sepanjang aku bekerja kat sini ialah how to make people trust you, sometimes people don't really have a choice. aku sekarang just buat kerja aku, berkawan dengan semua orang.and kalau cuti aku akan keluar release tension. 










September 7, 2016

wonder-ful wednesday



harini ialah hari off aku. mula mula aku tak ada plan apa pun harini sebab aku rasa badan aku memerlukan rehat. tapi ini una kan. kalau aku cuti je mesti ada makhluk ajak keluar. (astaghfirullahalazim) ter riak pulak. x bukan nama sebenar ajak aku keluar pergi curve. memandangkan aku memang ada benda nak beli aku pun on je lah. 



ni aku punya lunch tengah hari tadi. ramai kata aku diet sekarang. now think again. diet ke camni guys? kahkahkah.

mirror selfie again. sebab kalau aku selfie muka depan depan ketara pulak 
kedutan bawah mata yang dah mula nak nampak and jerawat jerawat dekat muka
oh noooo :(

bila agaknya aku dapat saiz badan macam patung ni? wuuu.. 

harini aku just keluar tengok wayang cerita mechanic lakonan jason statham. 
best gak la.. dalam cerita tu ada scene dekat malaysia. penang and dekat thailand.
aku bagi cerita ni 3 1/2 bintang je sebab cerita ni terlalu straighforward.. pada pendapat aku la


tapi different people different taste kan?

oh ya sekarang kan aku dah mula nak kumpul duit sikit sikit untuk beli benda benda yang aku suka. aku rasa nak try out new lens dari nobluk. teringin gak nak mata lawa lawa macam pari pari . 


oh ya pasal depression haritu.. aku nak try latih diri supaya lebih bertenang
lebih sabar dan lebih fokus pada kerja dan bukan cinta. aku rasa selesa macam ni. selesa single macam ni. 



mana tahu kot kot aku terjumpa jodoh kat istanbul nanti? mana tahu?

k dah la cukup cukup mengarut tu una.

night night 

love 

una mn







September 5, 2016

split personalities and on going wishlist




hello people.


sekarang aku ada 2 wishlist lagi yang aku kena tunaikan sebelum habis tahun 2016.
aku dah berjaya knock 2, wishlist tahun ni so terima kasih  tuhan. Alhamdulillah. cumaaaa
status aku sekarang yang single membuatkan wishlist aku tahun depan bertambah pulak iaitu cari calon suami. kahkahkah.. wtf una?




takpe takpe aku cool je sekarang ni. okay aku tipu. sebenarnya 2,3 menjak ni aku agak tak ketentuan hala sikit. hati aku rasa tak tenang. rasa tak bahagia . maybe sebab banyak sangat aku simpan dalam hati ni. aku tak luahkan sebab aku rasa tak semua benda kita perlu cerita. kepada manusia manusia yang selalu dengar masalah aku terima kasih banyak banyak. sebenarnya banyak lagi aku simpan beb. tu kalau aku cerita semua sampai subuh tahun depan tak habis tu.


sekarang aku tengah struggle cari duit and isi masa lapang dengan hobi aku . sambil sambil tu aku jugak tengah explore benda baru. benda benda yang buat aku happy.


hmm . biasalah bila kita ada wishlist ni kita perlu komitmen yang agak tinggi untuk laksanakan wishlist kita. lagi lagi bila ko tahu spesis engko spesis liat sikit.

berangan je pandai.. kahkahkah..


sebenarnya kan kawan kawan.. tak susah pun nak capai kalau disiplin ko tinggi. kalau disiplin ko ke laut. kau bye bye je la dengan wishlist kau yang kadang kadang tak tercapai akal tu,



kawan rapat aku selalu cakap aku ni perangai agak kebudak budakan . too childish but only a few yang tahu.. kalau makhluk bernama una ni cakap dia nak A.. she won't stop for nothing.

my degil-ness ni kadang kadang tahap astaghfirullhalazim jugak. tapi in term of capai wishlist tu harus dipuji. (ini paksaan puji aku cepat)


kalau korang kenal aku lama sikit korang akan faham my true colour.


yes i seems childish, but never underestimate my ability to make your life like living hell. 
gilaaa perasan aku kan? aku gelar diri sendiri ( the da vincii of death) . because trust me.. oleh sebab aku masih ada naluri kemanusiaan and ada iman walaupun senipis kulit bawang sebab tu aku tak buat. aku tahu apa apa pun kita buat kat dunia ni akan berbalik pada diri kita balik. 




oh ya semalam aku rasa macam kena penampar sebijik dekat muka . bukan penampar betul? penampar dengan kata kata la. even dia message je tapi sampai kot. sampai rasa macam jantung aku kena cincang lumat lumat.



seorang perempuan perlu  berkelakuan seperti perempuan. tak kira kasar mana pun kau . tak kira segila gila mana pun perangai kau. know your worth. know your boundaries. you get me? - min


min thanks.. aku cuba k. btw min ni lelaki. bila lelaki tegur benda benda macam ni kita perempuan kena ambik serious. kena rasa macam.. ohh selama ni aku dah melampau kot?

takpelah slow slow. yang penting jangan hipokrit. be a bettter version of yourself . tak terlambat pun nak berubah kan?



k la aku rasa macam nak minum green tea ni. makin gems plak rasa

ttyl
love 

una mn

September 1, 2016

Farewell to my old love c, and welcome to my life my baby H. and uncompleted wishlist.


hello people..
finally i managed to buy a new laptop! since you know my old laptop stop functioning like normal. (lagipun dia dah tua... dia dah 7 tahun). so it's time to get a new one. tapi apa apa pun aku tetap sayang yang pertama sebab it is my first baby :( . Banyak gilaaaaaa kenangan aku dengan laptop tu. dengan laptop tu la aku buat assignment college dulu. Dengan laptop tu la dulu aku bussiness. Dengan laptop tu jugak aku create blog ni!laptop tu la selalu teman aku waktu bosan.selalu aku main game kegemaran aku sampai pukul berapa pagi sebab aku takut duduk sorang sorang kalau roomate aku semua balik kampung dulu.and dalam laptop tu jugak ada complete movie harry potter yang aku minat sangat sejak zaman kanak kanak ribena sampai dewasa ni. omggggg gilaaa tak sayang? :')





to my new baby love

i love you jugak. tapi awak kena terima hakikat yang kita masih tak boleh move on dengan laptop lama kita. kita harap awak berkhidmat la baik baik untuk kita ye. 

perks of being my baby

1) kita takkan madukan awak selagi awak tak buat hal sayangs
2)kita ni ganas sikit tapi inshaallah kita akan gentle gila dengan awak
3)awak tak payah risau la, kalau dulu kita noob sangat pasal computer ni sampai tak reti guna
  antivirus sekarang kita dah ada tahu la sikit sikit. so if you ada virus , let me know okay?
4)kita sekarang agak busy dengan kerja sebab yelah kita bukan kerja office hour macam dulu, so if kita guna awak macam orang gila tak kenal matahari dan bulan pun cuma waktu kita cuti je la.



aku tahu korang rasa nak belasah aku bila baca baca kisah emotional aku yang entah apa apa ni. followers perlu tahu, aku memang pelik macam ni. you know if i am truly love people or my fav things i akan emotional gila  nak mampus. Yela, dulu masa laptop lama aku sakit tenat pun aku siap buat special entry pasal dia tau harap dia sembuh. Well hargailah species macam aku ni k? kahkah



oh ya, sekarang aku dah berjaya knock aku punya wishlist yang ke berapa untuk tahun ni eah? aku lupa . so ada dua lagi. dua lagi wishlist yang belum complete. hidup sekarang kena struggle lebih, walaupun kau noob gila nak mati.tapi tuhan dah janji, kejayaan akan datang pada yang berusaha dan yang tak reti putus asa. 


yela contoh macam aku. ya tuhan.. sesiapa yang kenal aku di dunia nyata tahu betapa kelam kabutnyaaaa makhluk bernama una ini and betapa gila/physocopath/ceria tak bertempat/kuat menangisnya aku ni. but every person got their own split personality. so the other side of me tu too dark la. too mean so better aku emotional a bit.


okaylah japgi aku rasa aku nak tulis benda lain pulak. different entry la tapi.


ttyl 
love 
una mn








💝 Anniversary Trip To Jakarta