January 1, 2018

HAPPY NEW YEAR 2018 & Unforgettable Moment Of 2017





hello everyone .
it's been a while . selamat tahun baru semua!!!!! so for the first day of 2018 aku tak buat apa apa sangat 
just a lunch date with my boyfriend. hehehe XD


as usual aku bukanlah manusia yang terkinja kinja sangat nak sambut tahun baru. infact all my life 
aku tak pernah pergi sambut new year dekat dataran merdeka ke concert ke. Different people different way kan? actually satu je sebab dia. sebab aku lebih excited dengan bantal dan tilam.
for now i live tak jauh dari sunway pyramid.


sisturrrrrrr.... ketahuilah sesungguhnya bahawa..... dari pyramid tu nak keluar dari parking pun dekat setengah jam.. itu belum nak u turn bawah jambatan tu lagi sistur... klang valley ni dah la hari biasa pun jam dia teruk gila. tu kalau kau drive kereta jenis yang untuk travel ada banyak space tu. silap silap ko boleh buat kenduri dalam kereta ko tau. habis kenduri pun belum tentu ko boleh gerak lagi tu. dah siap berzikir ramai ramai baru dapat gerak tu pun secoet. 


oleh sebab saya dilahirkan bijak (perasan), maka saya membuat keputusan tidak keluar pada malam semalam. meskipun perut lapar macam orang gila tak makan setahun. ikutkan hati nak je aku pergi ss15 melantak rabokki grilled cheese tapi memikirkan jammmmm tak terdaya diri iniiii..



kenangan 2017 yang aku paling suka?


hmm ada banyak. banyak sangat fav aku. antarannya kelahiran anak kedua cousin aku ila yang bernama zidan harras. dia ni sejenis baby yang gebu tauuuuu. aku ni kan dalam fasa fasa sweet blood( darah manis. jadi bila tengok baby ni memang menggeletis dia lain macam. hikhik


lepastu hmm aku bertukar kerja. kerja apa, gaji berapa tu adalah private and confidential . yang pastinya aku suka dengan apa aku boleh belajar sekarang. so far okay la. hehe


next phase :D
ini sebenarnya macam sweet memory kitorang berdua. kitorang started untuk lebih serious. our relationship grow. dia pun dapat hadam aku ni sejenis singa yang kadang kadang jinak kadang kadang tak,and berkelakuan aneh lagi lagi bila tengah lapar. HAHAHAHA. 






berjaya berebut iphone x 256 dengan satu uncle cina. 

okay #doneriak . tak ini sebenarnya benda aku paling tak boleh lupa sebab baru terjadi beberapa minggu lepas. i've got him an iphone x . mula mula kitorang pergi dekat celcom centre di e curve . 
tapi stock dah habis. habis kedai phone area damansara tu kami cari memang tak ada. oleh sebab rumah aku dengan sunway pyramid sangat dekat. maka aku la pergi untuk dia. masa lunch break aku. 
masa tu memang tinggal satu unit je. terus aku mintak dia reserved sambil janji pukul 5.30 aku datang  balik . habis je kerja pukul 5 setengah terus aku shoot pergi celcom centre tu. masa tu ada satu uncle dah tanya pasal iphone tu. terus aku mencelah. sorry uncle i reserved that iphone already. 

muka uncle tu sedih gila. dia cakap. child i really wanted that iphone. as a birthday gift to my daughter. tapi aku insist nak jugak. rasa berdosa gila siot. tapi yelah karang aku bagi karang, adalah  makhluk duduk damansara tu merajuk dengan aku. sebab aku dah bagitahu dia aku dah dapat iphone tu. petang tu lepas habis kerja dia terus shoot datang pyramid. 

nampak tak muka bahagia dia tu? bersinar sinar spotlight pun boleh give up nak jadi spotlight XD.
ni muka lepas seminggu pakai. masih nampak bersinar ching ching kahkah.




May 2018 be a better year and we would continue grow together inshaallah.


k dah aku dah lapar ni perut dari tadi terfikir nak makan korea je ni. adakah aku akan keluar makan kejap lagi? itu yang kita tak tahu tu.




sekian. itu sahaja nukilan saya page 1 of 2018 :D


p/s: blog ni dah 8 tahun guys :D

💝 Anniversary Trip To Jakarta