February 28, 2018

please move on

 


hai guys.

sebelum aku nak cerita ni aku nak inform dulu apa aku tulis ni aku dah bincang dengan partner aku yang sekarang and dia okay je. aku beruntung ada partner yang baik dan memahami. he let me handle this issue dengan tenang. 


aku sebenarnya tak rasa aku perlu buat apa apa penjelasan lagi lepas satu entry aku buat setahun lepas. sepatutnya entry tu dah cukup lagi pun aku bukannya artis.


aku rasa dia baca entry aku yang tu.  


to my ex hopefully you understand why i took that step. kita berdua memang tak compatible. setiap kali kita bergaduh dan berbaik i said the same thing over and over again. there will come one day that i will leave you for good and never come back if you dont change.  and that day dah sampai pun kan?


ada siap hantar screenshot lagi from his facebook. ni ha screenshot dekat bawah ni




ramai suruh get back semula. dengan alasan tak kesian ke? tak sayang ke?  aku rasa korang yang perlu faham keadaan . kita masing masing dah dewasa. berhenti jaga tepi kain orang banyak sangat.

jujur bila baca aku tak rasa apa apa. macam aku cakap aku memang dah tawar hati.  dia pernah je buat facebook baru berkali kali. sepanjang 2 tahun kami putus ni. cuba follow end up aku block  and block. 

ada yang cakap... una kau tengok tu dia siap masuk group hiking. kau tak terjumpa ke? bukan kau dulu dengan dia rajin ke pergi hiking sama sama  masa college dulu?


rajin? kami buat aktiviti tu maybe adalah 2,3 kali. tu bukan rajin. apa dia buat none of my bussiness anymore la korang . stoplah kaitkan aku dengan dia.

bukan benci jujur aku tak benci pun. aku cuma taknak in contact je. dulu masa kami pernah putus sekejap yang tak sampai sehari dia pernah cakap. 

" if we ever break up janganlah lost contact. can we stay friends? "


tbh i tried. i tried to be still his friend but i cant. for me part of healing process is to not be in each others life again.  korang tak pernah dengar ke or korang tak tahu?

mostly perempuan move on semasa dalam relationship lagi. so the moment we walk away meaning that we totally over. zero feelings.


kalau pasal entry entry lama blog ni aku cerita semua dengan my current partner . dia supportive and tahu niat aku simpan entry entry lama sebab banyak menyimpan kenangan zaman college aku.


untuk imbau zaman bercinta lama dengan dia memang tak.  lagipun  aku tak rajin lah nak belek satu satu entry yang dah beratus ratus ni nak cari balik mana ada gambar muka dia and buang.  aku dah halalkan segala  hadiah aku bagi kau . terlebih terkurang dont worry. 


kalau aku cakap dia tak berjasa dengan aku tu aku menipu lah. thank you for everything. sorry kalau kau baca entry lepas tersakit hati ke apa ke. you know how brutally honest i can get. semoga kau dapat jodoh yang sesuai dengan kau. yang boleh jadi suri rumah macam kau nak. that person  not me. please do not try to contact me again. i hope you respect my decision.  


untuk itu aku harap korang berhentilah suruh aku get back.  as per what he said dekat atas.dia accept je kalau aku dengan orang lain.  so yang kawan kawan dia ni . cukup cukuplah. i mean i deserved to be happy.aku pun tahun ni nak khawin dah korang.


ya ... aku nak khawin.  dengan siapa? dengan mr paco aku la siapa lagi. aku pernah cakap aku taknak bercinta lama lama dah.  




sekian itu sahaja dari saya


tak perlu kot tulis panjang panjang lagi.


k bye








February 22, 2018

bakal menantu mama





hai koranggggg
lama tak menulis syok sendiri dekat sini. dalam keadaan blog aku yang tinggal nyawa nyawa ikan ni
tak sangka ada yang merindui tulisan aku. siap ada pm di facebook, menarik ke kisah hidup aku ni?
hahahaha  demi tak menghampakan peminat (perasan) saya kembali dengan entry baru.

ba dum tssss 

early this month, aku bawak dia balik ke rumah aku  untuk memetik bungan ditaman
berbincang secara serious a.k.a perjumpaan 6 mata antara dia and parents aku. oleh sebab dia tak tahu jalan , semestinya aku yang kena drive. Jadi menggeletis la manusia ni tadi. untuk pengetahuan korang semua orang yang naik kereta dengan aku akan mempunyai satu perasaan yang sama. 
iaitu perasaan serik yang amat dahsyat. padahal aku tak ada bawak laju pun. (denial).
mungkin darah jali racer yang mengalir dalam badan aku ni membuatkan aku perasan aku ni pelumba f1. 

sampai dekat rumah aku diorang ni berbincang la. tak lama lepastu jali racer pun sampai. hikhik.
untuk pengetahuan korang jali racer tu atuk aku. yang membesarkan aku dari kecil sampai umur aku 12 tahun. so mana tumpahnya kuah kalau tak ke bawah kan. pertemuan 6 mata tadi dah jadi bermata mata dah. ahh tak kuasa aku nak kira berapa banyak mata ada kat situ.


oleh sebab parents aku ni agak awkward and aku pulak jenis tak sabar berlaki kan..maka aku pun pergi berdiri terus ambik kalendar bagi ayah aku.  :3

tapi tuntas, lepastu adik aku marah aku. suruh aku duduk tepi buat malu malu macam orang dulu buat.aku jadi terkesima kejap bila aku dengar gesaan adik aku. adakah dia gila? dah siapa bawak abang ipar dia tu balik . mestilah aku ni yang bawak. dah aku yang bawak, aku nak malu buat apa? 
=-=
aku cuma buat tak tahu sahaja dengan gesaan adik aku. aku kan  org yang tak suka slow progress.
matlamat haritu harus dicapai.oh ya sebelum korang tanya, baik aku jelaskan. boyfriend aku tak hantar rombongan meminang sebab aku yang suruh  sebab aku taknak susahkan dia, fyi, dia anak tunggal. ayah dia dah lama tak ada and his mom now dekat sarawak. dia yang tanggung mak dia. so, i guess this should answer you guys punya question kot. bukan melanggar adat. tapi jika adat itu menyusahkan so takpelah kalau tak ikut. sebab aku tahu makcik pakcik aku pun rajin baca blog aku jugak.



do i make myself clear?


tarikh dah ditetapkan cuma aku belum rasa aku patut war warkan disini tarikh sebenarnya. and venue juga dirahsiakan. and aku mintak maaf awal awal majlis perkhahwinan aku ni adalah majlis tertutup . 
keluarga sahaja. and if i invite you then you must be really special to me. 


aku kan tetiba jadi sebak sekejap sebab my old readers yang baca blog aku sejak aku masih kanak kanak riang, lepasan spm tak berapa matang sampai aku dewasa macam ni. i miss you guys a lot. walaupun jarak umur kita jauh, kakak abang blogger dulu sekarang aku rasa anak dia mesti dah masuk sekolah dah . diorang pun dah stop blogging. kalau dulu ramai blogger blogging for money, sekarang blogger yang stay lagi lagi blogger sendu macam aku ni. blogging to keep the memory alive. 






dah la korang , 
aku dah lambat pagi ni ada appointment.

wish me luck
xoxo

una mn



💝 Anniversary Trip To Jakarta