June 6, 2020

Decoration Idea and Una Mn Room Make Over Part 1 💋



Hi guys... so harini i nak cerita pasal room decoration , and i ambik inspirasi dari mana
so gambar gambar yang you guys boleh tengok sekarang ni adalah idea i ambik dari pinterest. 
ada juga beberapa idea i tiru dari twitter , bilik my fav vlogger.
progress bilik i?
tbh baru 10%. 
10% sebab i baru beli barang barang je. sebab pkpb kan so lambat sikit sampai.



i ada beli dried flowers jenis ni dekat shoppe tapi i beli pink colour. 
nanti korang boleh scroll bawah kay  untuk tengok berapa harga.



i suka jenis cermin sudut macam ni. tapi sebab cermin ini agak bulky i maybe beli yang kecik sikit 
i ni fussy sikit so nanti bila orang semua dah terkinja kinja ramai ramai pergi ikea ramai ramai
i nak pergi pegang sendiri tengok sesuai i beli





so yang 2 ni i beli 2 set untuk letak atas bedside table.
dua dua ni dah sampai tapi tak bukak lagi sebab saja tunggu 
semua sampai i nak upload deco yang dah siap hehe
actually benda ni ada je jual dengan khaison .
tapi i tak berapa rajin je nak keluar so i beli online.

yang ni i saja beli colour merah bed sheet ni sebab nak try okay ke tak
boeh la dengan harga. tbh, i prefer yang akemi jenis tensil
tapi tu la design akemi pulak boring .
tapi sedap pakai and harga dia agak "keras" sikit
hehehe

nampak table tu? actually plan asal i, i nak beli satu set dah siap
je dekat vanity mirror murah tapi sebab i nak jimat and i nak design meja yang lain sikit
so i decide nak mix and match je. so tabe ni nanti i akan letak cermin vanity dekat atas dia. so cermin
asal dia i just tutup je la , tak guna.

yang ni i beli wallpaper untuk wall bilik i .
i letak dekat dinding belakang kepala katil. i sangat sangat suggest korang beli
dekat kedai ni sebab service dia bagus and cepat sampai.
and oh ya, sila ukur dulu lebar bilik korang sebelum beli ya.

tbh dulu kitorang tak ada katil. :D
biasalah awal awal khawin. so i baru je beli katil and tilam baru.
tilam lama i buang. ni la i punya bad habit. bila beli benda bru
kalau benda lama tak elok sikit i buang heee =-='

okay so ini ig shop i beli cermin tu. i dah order dah
tapi sebab banyak order lambat sikit sampai.
sis redha je.. harap harap cepat sikit la dapat hantar ye
kalau korang jenis berduit boleh beli satu set vanity mirror ni
i dah survey , yang ni adalah trusted seller and the cheapest you can get online




untuk wardrobe pulak i prefer this open wardrobe jonaxel from ikea
jonaxel ni ada banyak jenis so ikut korang la nak yang jenis macam mana .
to be honest i lebih suka jenis bawah ni sebab kalau beli jonaxel 
kena rajin sikit. kalau beli yang jenis bawah ni just letak baju kerja dengan baju jalan
jalan deka luar. baju harian, undergarment boleh letak dekat dresser . cool tak?
tapi tula i tak discuss dengan husband i lagi.
HAHAHAHA
sebab dia suka sangat jonaxel.







kalau korang jenis aktif twitter korang mesti kenal dia ni
so dia la menyebabkan i tetiba rajin deco bilik.
actually banyak je benda i tak beli lagi.
i siap plan nak beli robot vaccum xiomi tu. sebab i busy kerja
so nak memastikan rumah sentiasa bersih boleh la beli.
haritu i nak beli sold out pulak.
i syak orang yang beli tu semua mesti baca thread dia  ni .

oleh sebab i punya progress baru 10% i takna tunjuk lagi l progress dia
nanti dah siap i update sekali semua sekali kat satu entry kay?

till then 

ttyl

UNA MN


June 4, 2020

Tips saving and settlekan hutang cara saya 💁🏻‍♀️




Hi guys, harini i saja nak share in depth macammana caranya i simpan duit dalam masa yang sama 
i boleh shopping and settlekan hutang 🤩. i active dekat instagram mostly la apa i beli i suka upload dekat story
or news feed . sampai ada orang fikir eish una ni boros sangat tak reti buat saving ke? 🤔
ada my dear. cuma i tak suka tunjuk statement bank berapa simpanan i ada buat masa sekarang. 🤟🏻
and i manusia biasa pernah buat silap jugak dalam tahun 2017 atas sebab peribadi i buat loan dengan cimb
dalm rm5000. bulan bulan tak mahal pun dalam rm144 je kena bayar. Masa tu i memang taknak susahkan parents , i buat sebab i tahu i jenis kalau berhutang confirm bayar. dalam few months later i fikir nak bayar balik lump sump
tapi cimb tak bagi dia kata kena tunggu 6 month and even i bayar pun tinggi la .
so oleh sebab amount lebihan dia agak nonsense i tunggu la sampai amount lebihan kena bayar tu tak tinggi sangat.
kebetulan i plan nak khawin dengan shyafiq waktu tu.👰🏻 so i kumpul duit khawin dalam masa yang sama i consistent je bayar everymonth. so this year i decide nak bayar habis. alhamdulilah lepas segala rintangan yang berliku eceh 
i berjaya bayar lump sump. ikutkan lagi 2 tahun habis tapi i saja nak habiskan cepat.
lepas settle bayar hutang on 2 june di cimb the curve, i dengan husband ambik
peluang pergi makan di our fav korean restaurant. 
yang ni kitorang naik mrt jela sampai nu sentral. nama kedai dia b.bap
dari cotton on (sebelah starbucks) kan ada jalan keluar tu
korang belok kiri jumpalah kedai ni




bbap dia sedap and i paling suka yang nyeom mandu tu. pedas sedap 




ni i saja naktry. i bagi 10 bintang untuk air mermaid ni. memang sedap. so korang kena cuba 


ni adalah statement lepas i settle bayar dekat cimb
so i saja letak sini sebagai kenangan.


tips saving dari i? 💰 

sebab i dah khawin korang yang dah khawin boleh guna tips ni kay

1) masak satu lauk je sehari. makan habis jangan simpan.
sebab apa? bila simpan confirm ke tong sampah

2) minta nafkah dari suami. 🤴🏻 💵 
ada sesetengah suami culas nak bagi nafkah. alhamdulillah husband i tak.
dia bagi cukup semua makan pakai. so gaji i, i simpan 50% minimum
ye betul 50% . 10% doesnt work for me sebab i ni jenis tengok duit kalau sikit
suka nak habiskan. kalau banyak tu yang sayang.ikut korang la yang mana sesuai dengan korang

3)target beli barang 📱💻
okay macam ni.. sebab 50% saving per month tu kan banyak
untuk mengelakkan i cepat bosan i akan target beli barang.

let say i simpan 2k sebulan.
i target nak beli macbook baru 
katalah new macbook harga 5k.
so sebulan rm2k x3 = rm6k

so 6k-5k=1k

so balance 1k tu i punya saving untuk 3 bulan. faham tak?
bukan semua barang yang i nak beli harga mahal macam tu .
so let say next  target i nak beli iphone baru.
i phone i tak beli yang mahal sangat maybe 3.6k je

so per month i simpan 2k kan. 
2k x3 = 6k

6k-3.6=2.4k

jadi 2.4k ni saving i untuk 3 months = 800 per month

kita ada 6 month lagi kan nak sampai hujung tahun?

so total saving tadi rm1k+2.4k = rm3.4k

so for 6 month you ada saving 3.4k and satu macbook baru dan iphone baru!! 
actually you boleh simpan lebih kalau you ada bonus tahunan, ot ke, kpi ke
this one i just ambik dari basic salary.katalah income korang 6k ke 10 ke 
lagi banyak lah korang boleh simpan. company dekat malaysia ni susah nak bagi golongan muda gaji banyak as a start kan. so income could be from your bussines too. so if basic rendah pun tak apa
asalkan ada source income lain.  
kalau you guys ada source income lain lagi la senang korang nak achieve korang
yang penting . target kena ada
tak ada target you pun tak tahu hala tuju simpanan korang tu
jadi overspent nanti tak jadi pulak menyimpan.
faham ye anak anak? (bajet ada orang baca pulak)
🤭🤭


3) create goals dekat maybank/ fixed deposit di bank lain
yang ni korang boleh letak la goals nak simpan berapa. nanti gaji masuk maybank tolak siap siap
berapa korang set nak simpan. kata nak simpan rm300/month untuk 1 bulan
so cukup 12 bulan rm3600 akan reappear dalam account korang. faham kan?

4)invest duit korang. 📈📉
banyak instrument dah korang boleh invest rajin rajin google kay
i am not the suitable person nak share pasal investment tapi i guess 
korang mesti pernah jumpa pasal investment ni kan. 



basically ni je method i guna
method lain asb, tu semua cliche semua orang dah tahu.
i bagi tips ni applicable dekat diri sendiri and berjaya.

i target nak settlekan balance ptptn secara lump sump lepas ni
so hopefully berjaya and i wish you guys berjaya guna method i bagi ni.


till then 
kita jumpa next entry 
bye 
















Eid 2020 And Birthday Present 🎁



Hello guys.... apa khabar semua 🥰🥰...it's not too late nak ucapkan selamt hari raya kan?🙏
so tahun ni adalah raya yang agak bersejarah bagi kita semua. larangan balik kampung rentas negeri menyebabkan ramai raya di bandar tahun ni termasuk i.so tahun ni i #teamrayadamansara.this year raya  beshe beshe je sebab i tak beli baju raya and tak pergi kunjung mengunjung .guess what? i pakai baju nikah i!!!  takpe next year kita beli baju raya 6 pasang terus 🤪🤪.harap harap next year dapatlah raya normal balik .i rindu pakcik makcik, cousin cousin di perak and anak buah.  lagipun raya pertama i kena kerja. Nasib baik my parents datang visit kalau tak sendu la raya i tahun ni . jangan risau my parents rentas daerah je. nasib baik satu negeri. tiba tiba bersyukur jadi anak selangor . eceh  🤭🤟🏻





My Husband and i. abaikan muka dia macam tu. dia pun rushing nak pergi kerja masa ni tapi demi isteri yang tercinta kena layan juga la selfie.i nak ucapkan thank you to my husband ( i know you read this)
sebab dia ikut kerenah wife dia. anyway kitorang baru je beli oven mixer dan benda benda lain
dia sangat gigih cari oven sampai dapat. sebab banyak oven sold out ye di semua tempat.
yang cerita apa benda i shopping tu next entry i cerita .oleh sebab i pun tak  pergi beraya i guess i belanja you guys gambar biskut yang i buat jela
kalau tak suram pulam entry ni takkan nak tepek gambar camtu je kan?i cuba oleh ayat bagi berbunga sikit supaya nanti dah tua baca balikboleh la mengimbau memory tahun 2020 yang sadis ni.
well actually come to think of this actually 2020 ni blessing in diguise to me. alhamdulillah untuk rezeki tahun ni.i hope this covid 19 hilang dari muka bumi takperlu datang lagi cuma hikmahnya this year i wfh so dapat spend time dengan husband lebih sikit. because both of us kerja odd hours bukan office hours.
dulu i balik kerja dia pergi kerja. dia balik i dah siap siap nak pergi kerja. ada jugak kawan tegur suruh tukar kerja yang normal hours takut suami lari i think that is bullshit. both of my parents kerja odd hours and they are still together. being 24/7 together doesnt keep a man.you kena ada communication and understanding je.so far so good. for me asalkan gaji okay i dont mind.oh ye tadi i cakap nak tunjuk biskut kan?scroll bawah !!










actually i tak buat banyak biskut pun i buat semperit, fluorantine,almond london, and corn flake madu.
and masa my family datang visit i bake brownies and order pizza jer. HAHAHA bukan malas sebab tuntutan kerja kita bagi je benda paling senang serve. pagi raya macam biasa la ada ketupat dan kuah kacang. raya ke tiga i buat lagi ketupat dan kuah kacang untuk staff husband dia bawa pergi kerja. and that's how i spent my raya this year.
and nak ucapkan thank you to both of my cousin yang bagi hadiah birthday tahun ni. actually birthday i 27 march haritu tapi  lupa nak update dekat blog. ini sis belanja gambar apa yang sis dapat 


ni birthday present from bella. 

ni birthday present from fadhilah.


from my husband? hehe lambat sikit dia beli  and of course lambat sampailast week dia orderkan kasut adidas fav i dalam 2,3 hari lagi maybe dah boleh pick u dekat store.yang tu special i update entry lain k? XD





shyafiq ashraf a.k.a my husband on first eid 2020
kasut tu birthday present yang i bagi dia. yang tu pun nanti i tulis dekat next entry.anyway yang dia pakai ni nmd r1 v2.
ini my mom dengan kucing aunty i. nama dia mikael.
after dia visit i dia visit my auntie dekat sunway. cute kan this cat?
manja gila dia ni. mikael baru 2 tahun 😺 



ni my family . i tak tipu bila i cakap  hidang pizza. husband i beli banyak gila pizza
sebab tu diorang boleh makan sorang satu. rumah i belum siap sepenuhnya lagi. if dah siap nanti i tunjuk decoration dia.
dari kiri aqilah, ammar, abah , fauzi, mama and aiman.
aiman sorang je belum habis belajar. dia baru nak start diploma.
yang lain dah settle degree dah kerja. alhamdulillah.

actually kan rumah i ni rumah sewa . normal apartment . so i deco biasa biasa je. nanti dah ada rumah sendiri
baru i rajin nak buat windscotting ke apa ke kan?

tapi bilik i macam nak gempak sikit.
so nanti i share dekat entry yang lain.

hahahhaha tak habis habis next entry next entry kan?


till then,
TTYL 👩🏻‍💻 
Una Mn  💕 










💝 Anniversary Trip To Jakarta