August 9, 2020

My First Car and next target?

 Hai korang.. 

sepertimana di entry lepas sis ada share tentang sis beli kereta kan?

alhamdulillah sis dah pun dapat kereta tu pada 21 hb . cuma lambat update sebab busy.

sis ambik kereta tu sendiri dekat cyberjaya .

ni hari my baby keluar showroom . actually banyak benda jadi haritu. dari aku excited jadi tak excited.HAHAHA
hari dapat kereta supposed to be orang happy tapi aku penat. aku lupa check tangki mnyak and diorang lupa isi minyak .
then pada hari pertama aku telah mencipta rekod ye! rekod tersadai di highway before exit putra hight!!!
mula mula minyak habis lepastu diorang dekat showroom datang hantar minyak! eh lepastu battery mati kena jumpstart!!

padahal new car. tapi nasib diorang baik sis tak suka viral2. sis call suruh datang tengok
berkali kali diorang mintak maaf. bawak kereta ke showroom terus tukar battery baru.  ALLAH uji sikit la haritu dah bagi kebahagiaan mesti ada ujian kan. esoknnya owner proton cyberjaya terus call mintak maaf .
aku syak mesti staff dia kena marah teruk. hopefully diorang check betul2 sebelum serah kunci lepas ni.

sebab dapat kereta 21hb so tak dapat buat apa sangat sebab kerja kan.. and dah nak raya haji. 
waktu raya haji ke 2 baru sis dapat tinted kereta. and tadaaaa ni sis belanja gambar kereta dari belakang

so ni gambar dia dari belakang. banyak jugaklah duit habis bulan ni beli barang kereta.  2 hari lepas sis siap pergi carwash mandikan dia. hopefully kereta ni boleh serve well. inshallah i akan jaga dengan baik. first car atas nama sendiri kan mestilah sayang.


ni dihari yang sama kami pergi hunt benda ni. aiskrim sarang madu syuib. sis beli dekat the strand je sebab baru buka. 

proses beli kereta susah ke?
tbh tak susah kalau you punya gaji okay and bayar hutang cantik dekat bank.
before i beli kereta i pergi settle personal loan cepat walaupun sebenarnya lambat lagi habis. sis bayar lump sump.
3k sis bayar. then sis bayar ptptn. so sekarang hutang loan ptptn dah tak sebanyak dulu. bayar je jangan tak bayar
lepastu sediakan jela apa yang bank nak.


boleh check ctos samaada skor cantik ke tak. korang google je nanti keluar skor cantik sekejap je lulus.

sis submit 1hb loan. 2 minggu lepastu loan lulus. seminggu selepas loan lulus sis dapat kereta.
so 3 minggu je la proses dia. 


next target nak beli rumah. ada juga dapat tawaran beli rumawip and ada agen hartanah call for viewing.
sis niat kumpul duit dulu. nak beli rumah pun tak boleh rushing. dalam keadaan pandemik ni kena berjaga jaga sikit and tak boleh berharap dekat single income je bila nak beli rumah.
bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. sediakan boat sebelum banjir. sediakan kapal selam sebelum tenggelam. sis tahu sis paranoid tapi tu la better be safe than sorry kan?



akhir kata semoga kita semua murah rezeki. 

jangan lupa sedekah, jangan lupa ALLAH :)





























💝 Anniversary Trip To Jakarta