October 25, 2020

una nak beli rumah?

 


Hi guysss!!!.😊😊


selamat hari cuti semua orang ... korang buat apa tu? i duduk rumah je memandangkan Damansara pkpb and red zone. semalam i kemas rumah. buat spring cleaning . tapi pagi semalam sempat la kami keluar kejap pergi buat laundry anddddd having nice breakfast together. 


to those yang tak tahu... I dengan husband dua dua kerja odd hours. dia punya waktu kerja much more flexible compared to mine. tapi takpe we manage to makan bersama once in awhile.  best la sikit .

dulu masa i kerja office hour masa kami banyak diluangkan bersama. selalu jalan Sana Sini.sekarang pun keadaan tak mengizinkan kami ke sana sini. with this covid stuff. 


it felt so great to finally kemas rumah. dengar macam eishhh.. perempuan ni mesti pemalas kemas rumah kan? jawapan dia ya!

ahahaha ye. guys ya..

dulu i rajin... Sebab i banyak masa. sekarang i kemas sikit sikit. tapi i nak kembali macam dulu. spring cleaning selalu. spring cleaning macam mana nak cakap ye.. spring cleaning laa....

ahahaha massive cleaning. rak tv berhabuk ke. kipas berhabuk ke. semua tempat la kita bersihkan senang cerita. i siap buat file khas untuk segala toknenek resit. untuk rumah satu file. untuk personal spending yada yada satu file. 


senang kot kena income tax ke ada resit boleh claim kita claim .sis memang suka benda yang organised.

rasa tenang je hati tangok. andddd semalam i buang carpet living room I!!!  sebab dia dah comot

sebab kami berdua "bijak* Sangat makan atas carpet dah macam macam benda tumpah kat situ.

carpet pulak susah nak dibersihkan. AHAHAHA


sis beli baru je lah ye. banyak jugak la barang yang i buang semalam. tapi hati rasa puas. bilik stor Dah siap mop. 

kalau nak buat bilik wardrobe boleh sangat dah. tapi tu la ye bukan rumah sendiri. tak payahlah Beria Sangat. kami berdua memang ada plan nak pindah planet lain Sebab politician bodoh sangat.

rumah lain nanti. ikut keadaan la. macam sayang plak rumah ni  sebab bilik Dah siap wallpaper cantik cantik. dah cat baru. sayanggg sungguh sayang sangat. 


2021 maybe kita dah taknak membazir sangat hias rumah. Hanya nak topup satu dua barang. haritu sis ada cakap kan sis taknak share wishlist selagi tak settle an..


okay la ni sis share satu dua. yang ni sis tak letak timeline so sis berani share. kalau ada rasa nak beli nanti sis beli. kiranya ini wishlist juga tapi not next year punya. ni bila bila nak beli sis beli.


I want kitchen appliance from smeg.all of it. harga dia memang macam yahudi sikit.

ahahha for me la . untuk korang yang kaya tiup kuku je korang bayar.

sini la sis  tunjuk kenapa... 




cantikkan?  dia ada banyak warna.  berapa harga dia?
okay la jangan terkejut.  each harga dia lingkungan rm700 ke rm800
Kalau kat Harvey Norman harga tea pot tu rm735

AHAHAHAHAHA

I sebenarnya tak faham kenapa taste i mahal nak mampus. for me nak mampus la sebab 
you beli satu teko tu satu jenama smeg sama macam you beli teko jenama lain 6 ke 8

ahahaha jiwa misqueen ku menangis

tapi taksalah tau.. if nanti I dah settle semua benda rumah sendiri dah ada.. dah hias rumah tu cantik cantik
I akan beli benda ni. cantik Kalau letak dekat counter top .


satu lagi yang ni . washing machine and dryer. dekat rumah sekarang i tak beli 
washing machine lagi. sebab i nak beli macam gambar ni. nampak aesthetic kan?
satu basuh. satu kering. sis malas nak sidai sidai ni. inshallah. 
idea ni rumah sendiri nantilah baru apply. my current house I make it simple je. Selesa but simple


oh ya pasal rumah memang i ada buat shortlisting project yang I mungkin nak beli. sebagai Anak Selangor i cuba nasib beli rumah selangorku. 
dengar cerita banyak yang apply. kalau rezeki i.. alhamdulillah.
kalau tak i cuba lain kali.


tiba tiba i sebak pulak . dulu masa i umur 19 i blogging cerita pasal college and stuff. sekarang I cerita pasal benda benda dewasa.



hi blog semoga I boleh tetap menulis di sini Sampai i tua. Kalau panjang umur ada cucu akan ku bacakan semula kisah kisah ku ini

AHHAHA👅


K lah korang . geraklu 
pape roger


😆😆😆








October 14, 2020

iPhone 12 dah keluar dan una yang keliru?

 



hi guys...

masa I update entry ni I Tengah waktu break kerja sebenarnya (I kerja night shift) tapi wfh so tak rasa sangat lah. okay tadi husband I buka apple event dalam pukul1.  so dah tahu la harga berapa semua

honestly I sebenarnya nak beli iPhone 12 biasa je sebab i bukan selalu selfie.selalu i guna tangkap gambar makanan je pun. my husband pulak dia suggest me ambik iPhone 12 pro sebab function dia better. 

jujur bila tengok iPhone  12 pro yang warna pacific blue tu i jatuh cinta dah .tapi tulah harga dia je i tak suka.hahahaha . Tengah fikir fikir . kira kira perlu ke tak beli pro or stick to my plan untuk beli iPhone 12 sahaja.



antara strong point yang husband I bagi dia cakap I jenis tak tukar phone selalu. meaning I pakai memang pakai sampai Rosak. iPhone 7 yang I pakai sekarang ni memang dah patut tukar sebab bila I call orang kadang kadang tak dengar. selalu jatuh kan.. hahah so that phone I dah pakai 4 tahun. 


and tak dinafikan Warna dia memang cantik jugak. entahlah buat masa ni ... kita tunggu jelah dia masuk malaysia. i dah pegang depan mata nanti baru tahu nak beli mana. sebenarnya ikut hati i..

I nak je beli iPhone 11 je yang warna lilac tu. dah turun harga sekarang lagi la best . tapi tula dia tak ada 5g. andaikata depa boleh adjust benda tu jadi 5g i beli iPhone 11 je. sebab i suka warna dia. 


some people pernah cakap.. why nak beli benda mahal? nak people's validation ke?

kalau I nak others to validate me. I don't buy iPhone. I'll buy vertu instead.

iPhone ni sesiapa je boleh pakai. tak semestinya orang kaya je beli. tahukah anda harga vertu yang datin eina azman pakai tu lebih mahal dari iPhone?


google la sendiri harga dia eah.


so sekarang I kena kumpul duit beli phone. wish me luck guys.

till then 


una mn



October 8, 2020

how I keep myself motivated?

 



hi guys ...

ada diantara my friends tanya how I keep myself motivated . yelah sebab Wishlist I cuma tinggal satu saja untuk ditunaikan. macam mana I manage to kejar semua tu . 

jawapan dia kena ada strong will.  bila I betul betul nak something I akan selalu sebut sampai orang rasa annoyed. ibarat buka mata je terus teringat. macam tu.. jangan buka mata ingat cinta tak boleh beli beras. 

HAHAHA

okay .. selalunya I akan letak dekat mana mana wall yang i selalu pandang. i tulis wishlist board.

so I letak situ. bila i Bangun i mesti baca. lepastu i akan letak phone wallpaper gambar barang tu. laptop husband I pun I letak wallpaper gambar benda yang I nak. alhamdulillah works for me.



tapi kena serta dengan usaha dan money planning la. kalau awak letak gambar je kan.. sampai kiamat la tak dapat hahaha. okay benda tu penting supaya otak awak ingat apa mission awak.


macam i , i mengaku i jenis suka beli make up. suka makan. selalunya duit akan habis dekat makanan dan make up. dua benda ni sangat bahaya. so untuk gain something you kena let go something jugak.

kebetulan I memang work from home since march jadi I hanya guna make up bila keluar Saja. 

jadi keinginan nak beli pun kurang.



so I simpan duit i beli la. begitu  ye..

and satu lagi jenis i kalau minat gila gila benda tu almost everyday I akan tengok video dekat YouTube

Sebelum ni pasal kerata berbulan bulan i tengok orang ni review pasal kereta tu. macam mana features dia berapa harga dia semua i ambik tahu. 


lepas settle beli kereta  berbulan bulan jugak i tengok MacBook punya unboxing. I tengok video dari orang luar negara sampai Malaysia. hari hari i cakap dekat diri sendiri...

no worries you will get this . every single day I buat macam tu.


sepatutnya I beli iPhone dulu. sebab i cakap i nak iPhone lilac tu kan.tapi sebab i fikir rugi tak ambik latest sebab ada 5g. hmmm jadi sis tangguh la. begitulah ceritanya. tapi kalau iPhone 12 ni keluar tak secantik colour lilac tu i akan beli lilac tu iPhone 11 la. 



ini salah satu benda yang I maybe akan beli nanti . iPad Pro. tapi Tengah reconsider jugak sebab 
benda ni ada pro create . tapi i ni tak pandai melukis . macam tak function je nak beli.
for now I utamakan benda lain dulu hehe

kriteria i beli phone pulak....I ni simple je orangnya. kalau kamera dia okay .. design dia i suka. tak lagging I beli. 

husband cakap since I jenis bukan orang yang tukar phone selalu. meaning that I pakai phone dalam jangka masa lama why not ambik features yang elok sikit. so that is why I tunggu.

dengar cerita launching dia bulan ni. and kemungkinan besar masuk market hujung bulan ni. 

dan dikatakan masuk market Malaysia dalam bulan 11. so maybe gaji bulan 11 la kot baru sis beli.

doakan la ye. I pun tak ada nak beli yang mahal sangat. kalau I beli iPhone 12 maybe i beli yang iPhone 12 pro je. tak beli pro max.


semua ni bergantung pada condition duit i la. lepas i settle last wishlist ni insyallah tak beli apa apa dah kot for this year.  tinggal wishlist next year pulak. 


next year wishlist I agak challenging sikit. amount of money pun banyak nak kena guna.

I taknak cerita lagi wishlist next year. kalau berjaya baru i buat post ye.


till then..


ttyl 

una mn




October 5, 2020

Tolong adik pindah and mama suruh beli rumah?




hai korang ..  harini i jumpa my parents after few months  tak jumpa. last jumpa raya lepas. 

gila kan sis rasa macam anak derhaka pulak. yelah my mom busy dengan kerja. I pun sama. parents I datang sini sebab nak angkat barang my sis dari kelana jaya ke shah alam . my lil sis dapat kerja dekat shah alam.  semalam i dah pergi hantar barang dia sikit. harini my parents angkat the rest of her stuff. 

pagi pagi lagi i dah keluar ke shah alam pick up my sis and her friend and tunggu my parents dekat kelana jaya. bila my parents sampai I decide bawak diorang pergi makan dulu dekat ikea. i belanja diorang makan meatball and I teman my parents shopping sikit barang rumah and barang untuk my lil brother aiman. dia nak sambung study dekat kl this month. 


there goes my family. 3 lagi adik I tak ada. fauzi and Ammar kerja. aiman Tengah ambik driving license. yang tudung Hitam tu bukan adik i. dia kawan adik I tolong angkat barang sekali tadi.

mula mula my mom cakap taknak beli apa apa. 5 minit masuk inilah yang berlaku k guys. hahaha dia berjalan laju i cant keep up. rasanya orang yang kerja medical line memang macam tu kot.


oh my god.. my father looks old now. I sebenarnya rasa macam tak percaya dia dah tua. few years back he didn't have those wrinkles. 
tapi takpelah he age gracefully. my father suka berkebun .my father dah bersara dari polis. jadi dia ada banyak masa dengan kebun dia. 

my mom beli banyak jugak barang tadi and disebabkan I jenis cepat terpengaruh.. I pun beli la satu barang untuk i. i beli small table yang biasa orang letak atas katil. u nak guna laptop buat kerja ke. tengok movie at your own comfort beli lah. setengah orang beli untuk sarapan atas katil.. HAHAHA



tadi I macam sedih sikit la. i rasa macam i  am not a good daughter. jarang pay them a visit. my mom asked me to proceed beli rumah. cuma current situation buat I rasa insecure nak beli rumah. for me my current salary tak boleh nak beli rumah lagi. sebab I suka leisure-leisure. suka makan kat luar. movies, 

I tak suka rasa my spending di sekat faham tak? kalau combine gaji I dengan husband memang dah boleh beli. tapi tu la ye... I insecure . sebab people can change and husband hanya pinjaman . kalau tidak direbut orang, di ambil tuhan. (i doakan dia panjang umur kalau jodoh kami tak panjang pun) I sayang dia kot hahaha.

I nak if I beli rumah... if anything happen I boleh bayar rumah tu tanpa pening kepala fikir duit tak cukup and kena ada extra at least rm1000 for saving.sebab area Damansara ni apartment/condo/residence harga dia circa rm1400-rm2500 monthly.  currently I maintaining saving rm2000 monthly sebab I suka beli barang.ala kan i ada cerita entry lepas? 

okay lah i cerita lagi sekali. i suka buat bulk saving(itu ke istilah dia? entahlah i hentam je janji korang faham) sebab I suka benda mahal. I sedar diri sendiri tak kaya.

 sekali I dah jatuh cinta dekat benda tu .. i aim I akan beli. sebab kan korang kalau you tak spoil diri you siapa lagi?

partner? parents? no guys no! diorang pun ada benda lain nak buat dengan duit tu.

If you kerja please sayang diri you. kita hidup tak lama tau guys. tak ada jaminan you akan hidup sampai umur 100 or 80 . dengen lifestyle kita makan je order, malas bersenam. ni tak kata dekat korang je tau. dekat diri sendiri. i tak tahu korang anggap duit ni apa.


for me money is a tool. tool for me to gain my happiness. jadi rasa kerja Penat penat tu berbaloi faham tak? sebab once you mati duit you ribu ribu tu or juta juta pun bukan you boleh guna. orang lain dapat. so semasa hidup gunalah duit tu. selain bersedekah, hargailah diri sendiri okay? 


you suka beg lv?  beli je guys . janji cash bukan hutang. suka apa lagi... nak gadget ? haa beli la. 

tapi syaratnya jangan habiskan semua duit tu. macam i cakap tadi.. i suka saving banyak sebab I target by monthly  (ikut harga barang tu).


I bagi contoh senang.  let say gaji I 5 ribu... I guna 2 ribu.. i simpan 3 ribu. 

katalah I nak beli  MacBook satu lagi harga 4 ribu lebih... so next month punya gaji pun 5 ribu kan?i buat benda sama. i guna je 2 ribu . balance 3 ribu tu campur la 3 ribu saving bulan lepas

so 3 ribu campur 3 ribu berapa guys? 


berapa? tak dengar !!! cakaplah kuat sikit!!!


6 ribu una !!! (suara entah dari mana)


pandai!!!! okay .. 6 ribu tolak harga MacBook tu tadi. 

6000-4399= rm 1601.


okay so there you go rm1601 adalah saving korang for 2 months and korang dapat sebiji laptop MacBook.rm1601 bahagi 2= rm800.50 banyak lah tu kan?!!!

disini anda akan rasa gembira untuk saving sebab anda dapat reward iaitu MacBook tu tadi and dalam masa yang sama anda ada saving yang boleh tahan banyak.

I faham kadang kadang circumstances tak membantu i sebelum consistent dulu macam tu jugak.

tapi practice makes perfect.  tu contoh tau guys. I tau ada setengah orang gaji 2 ribu mana nak saving 2 ribu sebulan kan? 


kalau macam tu just set one number yang you rasa mampu stick to that number no matter what. 

I tak cakap gaji i 5 ribu tau, gaji Adalah private and confidential . tu tadi i bagi contoh je.


and apa yang boleh bantu korang achieve target korang adalah kena ada semangat dan usaha yang kuat. 

kalau you pun tak Beria ria nak benda tu, you tak dapat la.  


sorry I digress.. 

jauh melalut dari beli rumah sampai ke saving. haa.. now you get a glimpse kan? some said I like to complicate things. no sayang.. I very particular about this thing.  ada orang suggest I beli rumah luar bandar sewakan dekat orang and take profit something like that. macam game hartanah la. I punya preference beza. bila I beli rumah I memang  nak duduk rumah tu. I ada dapat offer rumah dekat area rumah I ni jugak . ada residence baru naik. monthly dia dalam rm1400 which Is murah la for this location.

tapi macam i cakap for this current situation I memang sangat tak berani beli. i kesian jugak dekat orang buat sale sekarang. mesti affected betul diorang Sekarang. bukan diorang je... ramai la orang affected. 


I betul betul harap this covid virus hilang. semoga kita semua bawah lindungan ALLAH


eh guys... I nak main game la . dah lama tak jenguk game I tu.


korang kalau main homescapes Roger Roger I tau. masuk team I kita boleh exchange lives haha.  Roger Kat instagram I @unamn


till then 

bye bye 


una mn



October 4, 2020

pindah rumah?

 



hi guys 

tadikan  I pergi hantar barang dekat my sister sebab dia pindah shah alam. so dah tak duduk Damansara dah kalau tak kami tiga beradik duduk dekat dekat je. ammar dengan i paling dekat. ammar di kota Damansara... i rahsia.. tapi Damansara la. yang tahu tu tahu la. aqilah dulu pernah duduk tropicana . before tu lama jugak dia duduk dekat kelana jaya. 


oh ye lepas hantar barang rasa macam dekat sangat dah dengan my old house bekas tempat kerja lama. dekat situ ada satu kedai mamak roti canai yang sedap. roti canai dia jenis garing. so untuk lepaskan rindu i ajak husband teman i makan . lepas makan i ronda ronda dekat site lama i. yer guys..

dulu i pernah jadi pekerja site. comot comot je dulu. make up pun tak guna sebab lepas round site mesti muka berminyak hahaha. tapi banyak kenangan kerja  situ. berkawan dengan bangla,indonesian workers boleh buat korang rasa insaf dan bersyukur. diorang semua rajin solat. sangat sangat hormat kami berdua. sebab awal awal project kami berdua je perempuan . (Aku dan pipah). tugas kitorang buat report , attend meeting yada yada yada. kena tadah telinga kalau client marah waktu meeting ye jugak. HAHA

seronok pusing pusing tempat yang pernah I kerja. 


lepastu kami Pergi the strand beli starbucks sebab i craving tadi and husband I pergi diy beli scratch remover.  yer entah dajjal mana entah scratch kereta I . nasib baik not a deep scratch. hatiku terluka sis.

takpe nanti memang plan nak cat balik and buat detailing bagi berkilau kilau . biar buta mata orang melihat hahaha! 


lagi satu kan rumah i sebenarnya ada gangguan. i tak tahu korang percaya ke tak. awal awal dulu i takut la jugak sebab selalu sangat kena ganggu. bunyi guli jatuh ... bila i pasang surah or baca surah dia lagi kuat bunyi dia. sampai tahap i dah lali . macam sekarang kan kalau bunyi i buat pekak je. mampus kau situ 

tapi tu laaa.. sampai bila nak kena ganggu kan. "dia" tumpang rumah i dah la tak bayar sewa.


anjir lho.



HAHAHA

ada waktu I macam ni la malas layan, ada waktu I takut la jugak. i plan nak pindah tahun depan. tuan rumah ni pun satu jugak. i bayar sewa on time. every month I bayar on time. tapi dia tak reti la nak bayar maintainance. selalu jugak sampai surat merah dekat rumah.GILA !! macam i meminjam ah long plak rasa. surat amaran la dari management. I geram haritu... i text my agent i cakap sewa ni i tak bayar. i bayar dekat management . tapi still ada balance lagi guys kena bayar. entahlah nak... 


doakan I dapat rumah baru. i plan nak pindah condo depan ni je. senang hidup. tapi tula tengok camne jadi ke tak. sebab i dah kemain hias rumah i cantik cantik walaupun rumah sewa.


I sebenarnya nak beli rumah dah haritu tapi i postpone sebab I insecure . covid ni kan ... i tak berani nak ambik komitmen banyak banyak. tengoklah doakan rezeki kami berdua ye. I nak aktif biz balık tapi tu la i busy kerja. and I tak jumpa lagi nak jual apa. ohh yang tak tahu .. dulu i buat biz. mahsyuk tu tak tapi boleh la ye. silap I cepat percaya orang.. and boros. hahaha. kena tipu dengan supplier ? pernah .. 

apa je tak pernah. tapi tu la asam garam business kan. 


I punya fav founder Diana founder Dianz tu .  i suka baca inspiring story pasal business. 

tapi tula sekarang i tak minat nak jual produk kulit ke kesihatan ke. tak minat.

korang ada suggestion nak jual apa? hahaha macam la ada readers! 

k guys .. I Lapar nak makan dulu.


I doakan korang kaya.. and i pun kaya jugak.

amin sejuta kali. 


LOVE


Una Mn

October 3, 2020

fun facts about me (reminiscing memories) and week activities

 


hai guys ... 

sebenarnya Kan this week been one of most busiest week ever after covid happened.

dulu before covid I memang jenis rajin sangat keluar.after covid I kena work from home until now.... and expected to continue working from home until next year . so this week i keluar rumah everyday.

on Monday I keluar dengan husband pergi makan cendol and rojak sebab teringin and ada la beberapa benda kena buat. on Tuesday my second off day I sebenarnya nak rehat je dekat rumah tapi pagi pagi dah dapat whatsapp from Diana salesgirl yang jual  kereta pada I dulu. dia mintak I pergi cyberjaya ambik geran original. husband pulak kerja . nak pergi sorang tapi tuntas ye... kalau korang mengenali saya..

Korang mesti tahu i tak pandai baca map. I mean Waze ke i tak pandai. tapi i akan cuba belajar.

I prefer tengok signboard je. old school Kan? hahaha .

oleh sebab itu juga setiap kali keluar mana mana i je drive .. husband tak drive. Sebab dia yang kena baca map.

HAHAHA


on Wednesday pulak husband Ajak pergi ikea makan meatball and beli makanan unduk hamster kami.

btw kitorang baru dapat cucu baru. hamster aku kerja buat baby je. HAHAHA actually plan nak beli MacBook sekali harini tapi gaji iolz lambat masuk. so tunggu gaji masuk baru beli


on Thursday... hari kedua paling bahagia untuk  tahun ni. first day yang bahagia hari dapat kereta. 

hari kedua ialah hari ini. on 1/10/2020 I dapat my MacBook.i beli pakai duit sendiri. cash ye. bukan credit card.bukan swipe swipe. yang peliknya ada jugak yang bitter cakap Aku tak fikir masa depan.

yelah sis kaulah terpaling fikir masa depan. semua kau... hehe future plan mestilah ada.. cuma tu la takkan semua i nak bagitahu u ye dak?

inshallah nanti ranking ni akan berubah lepas dapat kunci rumah. doakan segala usaha sis berjaya.


amin amin..


friday pulak which is semalam ... supposed to beli groceries . tapi sebab husband tak ada dia kerja tak ada tukang angkat barang so cancel. sis beli snack ringan ringan je dekat ninso .and adalah beli makanan sikit dekat grocer sebelah ninso lepastu balik terus kena menghadap laptop.



harini which is Saturday....


sis buat apa? buat laundry ... brunch dengan husband dekat mcd lepastu kannn husband tertumpahkan ice cream dekat seat...terpaksa pergi basun keret dulu before beli barang. sebenarnya sis malas nak basuh kereta kebab sekarang musim hujan .. basuh je petang hujan.  rasanya anjing bangat...hahaha.



lepastu sis pergi beli barang dapur di hero market. bulan ni sis control sikit. selalu beli barang ikut nafsu. 

sekali beli rm400. sekarang sis control sekali beli rm200. sebab kami berdua ni sélagi ada makanan dalam peti ais mesti nak masak buat resepi bukan bukan. jadi untuk mengelakkan masalah berat badan , dan fenomena penipisan dompet .... sis kena control hahaha.



tapi tadi terlepas jugak ais krim dua tub.HAHAHAHA 

macam mana lah ini... adakah kami ditakdir gemuk selamanya??

itu semua kekal misteri. 


esok sis kena pergi Shah Alam  sebab my mom mintak tolong hantarkan motor pada adik. so my old motorcyle pass down pada adik. my husband akan hantar ke Shah Alam and I kena fetch my husband later. pada sesiapa yang tak tahu sis pernah bawak motor tau pergi kerja. hidup ni kena pandai berdikari gitcheww.

jangan harapkan parents semata mata. tak tahu kena belajar . 


alang alang ni nak share fun facts. I pandai bawak motor dah lama dah since I was 9. sebab I duduk kampung dengan opah atuk for 12 years. 

tapi walau bagaimanapun ... masa I ambik license lepas habis diploma. which is when I was 21 ... I ambik driving license for car dulu.  6 months after ke 1 year after baru I ambik motorcycle punya license. 


and orang yang ajar I bawak kereta bukan my father tapi my grandpa. atuk I kalau drive laju nak mampus. orang kampung panggil dia jali racer HAHAHA. ini serious bukan main main. tu pasal cucu dia banyak dapat speeding ticket . not me la sebab I sayang duit and nyawa.


orang selalu cakap I cucu manja atuk Opah sebab i selalu dapat apa i nak. sebenarnya tak guys.

opah atuk ajar I berdikari dari kecik. i tak di mewahkan dengan duit. serious.

diorang ajar I menabung dari kecik. so if you see me beli apa apa  tu semua coming from my own sweats.

even my parents pun tak pernah lavishkan I dengan harta even orang cakap untung parents dua dua kerja goverment sector. my mom sangat strict waktu dia muda. Garang pun ye jugak.hahaha

kalau marks I dapat 98 pun I takut nak tunjuk dekat dia sebab dia akan tanya kenapa tak dapat 100. 

purely asian mothers! hahaha 


ha lagi satu fun facts! 

my parents dulu masa I nak pmr diorang tak bagi i aktif sangat which is something I tak biasa dulu i pernah wakil sekolah badminton. so bila diorang tak bagi i rebel.

I ponteng kelas tambahan semata mata sebab nak main badminton. hasilnya...

pmr I dapat 4a4b je bukan straight A's. benda ni odd la sebab dulu I star student. 


yaaa Aku dulu pernah pintar...

lepas melawan ibu bapa .. bodoh aku...

hahahahaha... korang mesti tak percaya kan?

tak percaya Sudah  namamu bedah!


okay guys.. break time Aku dah habis ni. chow dulu


till then 


ttyl

una mn




October 1, 2020

I finally get a MacBook Air 2020!!!









Hai guys...

dah lama I tak update blog Kan ? actually macam macam Benda jadi and I supposed to write it here.

tapi takpe save it for later.  now I nak update my latest completed Wishlist 

this Wishlist supposed to be the last one tapi I decide nak completekan yang ini dulu.



so I finally own a MacBook guys!!! hehehe I've been eyeing for this for far too long

asal masuk machine ke, switch ke, Mac city ke basically mana mana apple store I mesti singgah main pegang2.


to be completely honest I nak MacBook Pro tapi memandangkan MacBook  pro a bit pricey  I decided  to purchase MacBook Air 2020 . I nak gold colour tapi dah habis . so I bought this one.



just like dream that comes true..
oh no no.... bukan dreams but hardworking that paid off.
I bought this using my hard earned money okay. 
not sponsored by anyone sebab I bukan anak orang senang. 
husband and I pun kerja biasa biasa je . boleh la setakat nak makan kenyang ada tempat berteduh.
ada kereta comel untuk ke sana sini.

I am so thankful for whatever achievement that I managed to unlocked.
early this year I started with buying a fridge for my almost empty home and now here I am .
nothing comes easy Kan?

the price is rm4399 je. kalau you guys berduit belilah MacBook Pro sebab MacBook Air ni untuk light use je . kalau korang nak tengok video unboxing boleh pergi instagram I (unamn)


so now I kena strive for the last Wishlist and finalized  Wishlist untuk next year.
this is crazy time to be alive , with covid nothing seems clear anymore but you still can have a little rainbow. create your own happiness okay guys?


I am sorry if you find me annoying or exaggerate a lil bit too much.
getting a MacBook a pretty big deal to me.
reader blog ni yang dah lama baca blog I sure tahu yang I sangat sangat suka edit gambar and video.
tapi for personal use la not a professional one.



you can expect more picture or entry related to MacBook or apple product in future

so please bare with me.



till then

GOOD LUCK

una mn



















💝 Anniversary Trip To Jakarta