December 29, 2021

Teman Husband "Celebrate" christmas

 





Hai korang.. sepertimana tajuk dan sebelum korang kecam i . sis ceritalah sikit. 25/12/2021 haritu sebenarnya sis nak duduk rumah je. sepertimana korang tahu sis kurang gemar bersesak sesak. tapi selepas dipujuk oleh my husband akhirnya sis mengalah. my husband orang sarawak. even dia melayu tapi kebanyakan orang dari sabah sarawak memang biasa sangat celebrate christmas. i know hukum hakam tak boleh menyerupai sesuatu kaum. niat sis nak gembirakan hati suami je. so i belanja la dia makan dekat dome.sis bukan agamawan cuma kita hidup berbilang kaum di malaysia. 


kami lepak dome dekat ipc je. sebab i park dekat ipc. selepas makan
kami pun berjalan jalan ke the curve yelah seberang jalan je kan.
tengok orang menyanyi  dekat centre tu. cuci mata sikit tengok sale sale yang ada.
surprisingly the curve tak begitu crowded maybe ramai orang pergi tolong mangsa banjir and the rest sambut christmas dekat genting highland.
sebagai isteri yang baik (konon) sis ambikkan gambar .
diorang tak cukup prop. kalau ada topi wizard harry potter tu lagi nice hahah


senang je kan nak buat dia happy?
hahaha.



k guys tu je i nak cerita. hahaha


till then 

ttyl


una mn






December 25, 2021

Trying Out Suka Dessert With My Cousins

 






Hi korang semalam kan i dah start cuti sampai hujung tahun ni. i cuti 8 hari guys sebab menghabiskan saki baki replacement leave i. so tengahari semalam i dapat call from my cousins fadhilah dia and bella nak ajak i lepak . so this time around diorang nak ambik i. so i dont have to drive. 
kami pergi try suka dessert selayang. sampai sana kami terus order beberapa dessert and makanan lain.
dekat sini i bagi review jujur je tau. hopefully tuan kedai tak marah i. hihi
kedai best tau sebenarnya untuk pencinta dessert. Ada banyak gila dessert dekat sini.
cumanya ada beberapa benda i nak komen. 


ni antara yang ada kat situ. ada lagi yang lain tapi i lupa nak snap gambar.



okay ni antara makanan yang kitorang order. i bagi honest review ni if owner ke pekerja suka dessert 
baca boleh improve apa yang patut. this is rating i bagi 

Rating 
Dessert  : 8/10
Other Food : 6/10. 
Ambience:9/10.

dari segi kebersihan kedai and persekitaran kedai memang A. cuma other food kena improve la.
cousin i fadhilah order sphagetti lamb tau tapi sampai sampai spicy gila. dalam menu tak mention benda tu spicy. supposed to mention benda tu pedas dalam menu. siapa je expect sphagetti lamb pedas?
i pulak ambik nasi ayam . portion nasi dia sikit and ayam dia seketul je and ada cili padi jugak. 
tak pedas but we dont expect nasi ayam untuk ada cili padi kan? no tomato and cucumber. 
kalau kata korang tak boleh hire orang masak nasi ayam yang sedap better jangan jual nasi ayam.
bella order samyang so tak ada apa sangatlah because samyang memang rasa samyang.
i cuma kritik bab sphagetti lamb and nasi ayam dia. 
air i okay for me okaylah. Dessert banyak variety.


lepas makan kitorang terus pergi one utama sebab i dah janji nak belanja diorang movie. 
kitorang tengok spider no way home. i dengan fadhilah dah tengok dah . fadhilah tengok dengan kawan dia .. i dengan husband i. bella je belum tengok so untuk mengelakkan i tercerita spoiler dekat  dia so better i belanja movie ni je. even dah second time tengok i tak jemu nak tengok lagi.




muka muka focus tengok iklan. hahaha jangan pelik kenapa terang.
dah masih ads kan so belum tutup lampu lagi. kami ambik show pukul 6.45 
since our period sync (iykyk) habis movie pukul 9.30  macam tu.
fadhilah pergi watson untuk beli barang dia meanwhile me and bella pergi 
tapau our gigi coffe. i beli untuk i and my husband bella beli for her sister yang tak ikut kitorang keluar.
i sebenarnya bersyukur gila sebabnya i masih boleh buat aktiviti macam ni even i dah khawin.
my husband bagi je i nak keluar dengan cousin even semalam pukul 9.30 dia dah hantar location rumah
dekat whatsapp perli i sebab balik lewat. HAHAHA


lepas bella hantar i balik dia cakap maybe nak pergi kekartel pulak for our next 
session sebab dia terpengaruh tengok i selalu pergi.


i really cant wait for our next date.
sebelum tu i mintak maaf dulu la dekat kawan kawan yang ada ajak i keluar but i selalu macam elak. i memang ada masalah nak keluar dengan kawan yang not that close.

bayangkan lah my OWN bff  wahidah pun susah nak jumpa i. i rasa selain wahidah.
yang i selalu tapi tak la selalu sangat kira adalah 2,3 kali makan sekali ialah aishah shahrin. jiran block i merangkap kawan husband i . long story short diorang berdua kenal dulu so baru i kenal aishah  ha camtu.

i hanya keluar dengan orang yang i selesa. yang i boleh jadi my true self. bukan i pilih keluar dengan orang berduit tau. kawan kawan i semua orang biasa je. i pun orang biasa je. because i heard rumors saying that i keluar dengan orang berduit je. 
sebelum cakap tu rasa kena check la dulu sis. 
i pun pakai iriz je. bukan bmw nak demand demand pilih kawan macam tu.

senang cerita i am socially selective and introvert.


k harap yang baca jangan terasa.
you know who you are .
kita bukan budak kecik lagi untuk ada isu isu macam ni.
i am turning 31 y/o k next year. :'D


till then 


ttyl

una mn








December 21, 2021

End Of Year Gifts Box From My Company








Hi guys... tadikan i dapat gifts  box from my company. 
ya guys i memang masih wfh infact bulan 3 tahun depan genaplah i 2 tahun wfh  . 
ni semua benda i dapa. kau sabar. jap nanti i close up.



peas yang diorang bagi i sumpah sedap sedap. i dah bukak dah pun. 


i dapat voucher jugak. so thoughtful la bytedance ni ;')







kalau i nak post satu satu gambar entry ni akan jadi sangat panjang. so i combine je la eah.
kat atas tu i dapat spoon. bawah belah kiri tu macam orang tarik untuk buat surprise party tu 
honestly i tak tahu nama dia apa. belah kanan ni ballons hahaha.
ada yang dah dapat awal gifts box ni sebab haritu kitorang ada virtual concert. 
ya korang tak salah baca. company i banyak event macam ni.
even artis korea pun diorang pernah bayar untuk perform online live  supaya pekerja diorang ni
terhibur.


let the picture talking.



bela kiri atas tu dia macam lighting stick orang biasa pergi concert tahu benda ni. belah kanan atas tu spec 
biasa pergi concert kan ada merch berlampu lampu macam ni.  bawah belah kiri tu desktop cleaner bawah belah kanan tu computer punya arm support.
so ni jela close up i tunjuk k. actually yang peas kat atas tu i tak close up lagi takpayah kot. 
kat atas sekali dah ada gambar hihi.


oh yaaa

last week i ada order buku grammar ni. sajalah i nak improve my grammar. dekat 2 tahun 
i wfh. i communicate with team pun jarang kalau hal penting baru communicate. maybe my grammar a bit rusty. so i beli la 2 buku. ni sesuai untuk semua lapisan umur. 
speaking macam biasa i memang boleh sebab native speaker pun kadang kadang grammar diorang kelaut.
alah macam kita la cakap melayu tapi  bahasa pasar  kita kan rojak grammar tak betul.

i beli ni   sebab dia punya penerangan dalam bahasa melayu so mudah faham. 
mana tahu in future i naik pangkat ke so benda ni sangat membantu. 
sebab bila kita dah dekat position lebih tinggi job scope kita berbeza.
writing skill kita pun kena lebih baik .




so i beli 2 buku. satu betul betul basic punya level tadika. satu level menengah atas and muet.for me orang yang guna good grammar lebih attractive.jangan judge eah ni my personal opinion.
buku ni sesuai untuk semua peringkat umur , bidang kerja.
i cuma nak suggest la cikgu cikgu tadika yang private terutamanya untuk brush up 
korang punya grammar. sebab kalau grammar korang ke laut macam mana nak ajar anak murid? reason i cakap ni sebab i pernah tertengok video cikgu tadika perkenalkan diri. 
dia punya grammar :/

kalau i mak kepada anak yang hantar anak pergi tadika private tu
i keluarkan dia balik hantar sekolah lain.

dah la mahal fee sekolah swasta nyah. 

:/
k lah tu je for now 




till then


ttyl 

una mn












Cousins Day Out & Dinner at gula cakery

 





Hi korang... harini i nak cerita sikit aktiviti i pada ahad lepas. i rasa maybe korang perasan yang my blog ni selalunya aktiviti sama je i buat or lebih kurang sama. i makan i pergi shopping , i tulis pasal completed wishlist and movie.
what to do... kita masih dalam pandemik. so ni jelah aktiviti i boleh buat pun. setiap orang mempunyai cara berbeza untuk maintainkan a good mental health. for me  aktiviti macam ni boleh buat i happy!
so ahad lepas my cousin bella free so i kidnap her and her sister wawa(yang berniqab) . Wawa ni maybe jarang korang tengok dekat blog i. dia memang selalu dekat rumah je. 
walaupun rumah bella dekat sunway je tapi kitorang susah nak keluar sekali sebab schedule kerja i yang hmmm.. hahahaha lagi lagi bila kami dah tak duduk serumah and i dah khawin. 
masa i of course banyak dihabiskan bersama suami. 
plan haritu kami cuma nak makan makan catching up with each other. 
so pukul 12 setengah macam tu i pick them and terus pergi sunway pyramid.
mula mula kami pergi makan dekat dubuyo. i treat them lunch . 
korang jangan pelik kenapa setiap kali keluar i pick bella . bella ada je kereta cuma bila naik satu kereta kan lebih banyak masa berbual. bonding time tu ada. lagipun dulu bella selalu drive me around. pusing kl tengah tengah malam. karaoke dalam kereta, and dulu masa i dengan fadhilah gaji tak seberapa lagi bella ni antara yang gaji paling banyak daripada kitorang. so dia selalu sangat belanja kitorang makanla moviela
so sekarang sis belum senang lagi tapi alhamdulillah cukup so why not kita  balas balik budi dia gitchew.



as usual sis order combo seafood + beef soondubu jigae. 


sebab wawa jarang keluar dengan i so here it is. she is still single guys.
sangat baik, rajin + masak sedap. kakak dia si bella masak sedap jugak.
dua dua single okay. eh terpromote cousin pulak


lepas makan dubuyo kami jalan jalan kejap . and lepak dekat costa pulak.
i suka air i . sedap and murah. lepas lepak dekat costa dalam sejam lebih chit chat sembang hal
kehidupan kami . we decide untuk balik. lagipun weekend kan ramai orang. dengan variant omicron ni risau pulak kalau lama lama. so i  belikan auntie anne for my auntie and hantar diorang balik.
i lepak sunway for few hours . terkenang waktu i duduk sekali dengan diorang dulu. cepat masa berlalu sedar tak sedar 3 tahun dah i tak duduk dengan diorang.lepas puas menyembang main dengan kucing semua i bertolak balik ke damansara. 

on the way balik tu kan.. i fikir rasa nak makan kat luar la. so i suruh my husband siap nak ajak lepak starbucks. konon konon la nak try makanan dekat starbucks.  tapi bila sampai rumah fikir balik..
nanti makan macam tu tak kenyang malam lapar balik. so we went to tropicana garden mall instead.
kami pergi lepak gula cakery.





this is my husband's drink. idk dia order apa. 

this is my drink. i order. chochlate milkshake



i order berry pavlova, my husband nak choc pavlova. i rasakan tukang potong pavlova ni
ada masalah parkinson. buruk betul cara dia potong. walaupun hodoh tapi sedap.
sis redha jela.  :'D


I makan ni je.briyani with ayam. sebab i sebenarnya
rindu nak makan nasi kenduri.  sumpah tak menyesal memang sedap.
satu satunya benda i tak suka adalah harganya saja yang mahal hahaha

yang ni my husband punya makanan. Ya Allah daging den deng dia sumpah
sedap gila. buat rasa nak makan lagi dan lagi.


k tu jela aktiviti i hari cuti. pada hari isnin iaitu semalam i cuti jugak sebenarnya (my second off day) 
basically semalam i just buat laundry, and beli groceries. i tak masuk i duduk dalam kereta. 

itulah sahaja aktiviti saya sepanjang cuti . ahahaha . ada kawan i cakap  kau ni una asyik cuti je.
yelah sebab bulan ni i banyak habiskan replacement leave la annual leave lah. itu pun cuma pakai annual leave last year. tahukah anda annual leave tahun ni sis baru guna 1?
:'D



K tu jela dulu for now

till then ttyl una mn















December 19, 2021

After 6 years kita jumpa lagi! :D Meet My bff

 






hi guys... khamis lepas kan bersamaan dengan 16 december 2021 i dapat text dari my friend wahidah. dia cakap dia ada dekat area kl . wahidah ni one of my bestfriend yang i percaya yang tak pernah gaduh/masam muka/ cakap buruk buruk tak pernah. we met in 2008 . kami satu dorm and antara kawan pertama i di sekolah baru. sebab i baru pindah ke situ . wahidah menyaksikan banyak kisah hidup i. daripada  zaman i suka senior sekolah lama i and frust. zaman i baru jumpa my ex and bercinta 8 tahun putus.infact dia kenal my ex way before dia kenal i. sebab kami bertiga satu sekolah.my ex punya ex pun dia kenal. yelah i kan masa form 5 baru pindah situ. dia jugak ada dengan i selalu text i  zaman i jumpa my husband. she know everything walaupun kami sangat sangat jarang jumpa.sometimes i rasa i je bukan kawan yang baik untuk dia . 

bila i dah makin dewasa i semakin menghargai orang terdekat i terutamanya family and close friend macam wahidah.  bila dia dah text... i cakap i free lepas pukul 4 sebab haritu i kerja. so after i habis kerja i siap siap terus pergi ke shah alam . wahidah ni dulu membesar dekat shah alam tau guys. sebab ayah dia polis bertugas shah alam. kesian dia tunggu i lama sebab hujan sangkut jam dekat 2 jam jugaklah. dari damansara ke shah alam. i treat them nandos. dia datang dengan husband dia. kami sembang2 dekat 2 jam lebih jugak kemudian i minta diri untuk balik. 




i rasa lepasni i kena kerap jumpa kawan kawan. hahaha
pada yang ajak i keluar tu nanti la kita set jumpa k.
sorry bukan sombong..
masa je mencemburui kita :')

oh ya korang my friends wahidah ni ada bussiness page.
dia jual bag, keropok and macam macam benda.
selain itu dia jugak active in property.
kalau korang ada nak beli rumah ke apa.
contact her through this or this




k tu jelah korang for now.

nanti sis cerita lagi.

till then

ttyl

una mn


December 15, 2021

10th Wishlist completed (final wishlist for 2021) PTPTN SETTLEMENT and spiderman no way home!

 



Hai koranggggg.

seperti mana tajuk di atas harini hari yang gembira bagi sebab finally dapat tengok spiderman no way home. i memang peminat filem filem marvel specifically yang related dengan avengers. i taknak cerita banyak sebab nanti tak syoklah ada spoiler kan? apa yang i boleh cakap spiderman tu best gila and i'm looking forward for next movie.


oh yaaaa siang tadi i ada call ptptn sebab nak tanya pasal diskaun ptptn sebab i nak bayar lump sump. my final payment tak banyak pun sebab i dah banyak bayar sebelum ni.  kalau ikutkan sistem balance i kena bayar adalah rm588 kalau tak silap tapi lepas diskaun i kena bayar rm400.21 je. i buat payment melalui maybank2u je. 


yang ni statement sebelum i bayar tadi and sebelum diskaun. kalau korang nak tahu berapa kena bayar better korang call sebab nilai lepas diskaun beza daripada website tau. 




i bayar lebih satu sen just incase.  Syukur alhamdulillah .
untuk surat pengesahan penyelesaian hutang menurut kata customer service ptptn tu akan keluar next month dalam 15hb jugak.  so inshallah nanti kalau dah keluar i akan update dekat bawah.

so tonight i officially settle my ptptn debt !!!
 ni antara post i bayar sekali banyak yang korang boleh baca




recap wishlist tahun ni yang dah settle?

boleh baca dekat sini


syukur alhamdulillah untuk tahun yang bermanfaat . semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini.
segala puji bagi ALLAH yang memberi rezeki.



k tu jelah korang for now


till then 


ttyl

una mn



update : surat pengesahan penyelesaian hutang sis dah dapat.



lebihan bayaran pun dah dapat balik. alhamdulillah.
kalau korang nak buat settlement ptptn sila buat sementara masih ada diskaun tau
macam sis settlekan bulan 12 2021 . 8hb dah keluar surat daripada ptptn mengesahkan settle hutang.
lega? Allah je tahu.








December 13, 2021

Honest Review Don Don Donku

 Hi korang... sabtu lepas kan (11/12/2021)  lepas habis kerja pukul 4 i ajak husband keluar jalan jalan. sebenarnya plan asal i nak ke kekartel lagi sebab rindu nak makan pavlova dia. tapi sebab haritu pavlova kekartel habis awal so kami tak jadi la ke setia alam. so we dedided to eat at gula cakery. dekat sini paling dekat dengan rumah adalah tropicana garden mall. so sampai sana kami jalan jalan kejap dekat centre  court sebab banyak sale hahaha (typical me)






kami nak masuk tapi full house. cuma boleh masuk untuk take away . nak dine in?
tunggu la orang kat dalam tu semua keluar.




so i beli 2 berry pavlova and satu tiramisu biscoff dia. 
berry pavlova dia sedap gila. sama level dengan kekartel. tapi orang cakap
pavlova dekat serai klcc pun champion jugak. nanti sis cuba


husband ajak i masuk don don donku. sis memang malas nak beratur panjang. tahu dia nak 
que lama lama ni sebab apa? yaaa sebab dia nampak staff situ bagi free mask! :')




ni jujur dari hati i eah. barang dia memang banyak. i adalah beli creampuff and mochi.
barang dalam ni berasaskan japan stuff. bagi i harga dia tak murah la. tapi kalau korang nak masuk silakan masuk. i rasa kalau ada staff dia baca ni terimalah kritikan i dengan terbuka. bagi i cara masuk dan keluar sangat serabut. i mula mula sampai dekat level bawah dia. pastu dia suruh naik atas untuk que. i naik tangga ya. sampai atas dah que panjang ni semua . i dah ambik apa i nak. so i nak bayar. dia suruh i turun balik and jalan dia berpusing pusing sampai jumpa cashier. i know ni opening tau tapi tak boleh la korang suruh customer jalan berpusing pusing camtu. jangan buat concept sama dengan ikea. ikea takpe .
tu browsing furniture. ni mostly makanan. and kedai sama level diy je nok jangan menyusahkan customer . so we decided takkan masuk lagi selagi tak ubah cara merepek tu .sekian. hahahaha jujur kan sis





oleh sebab kami berdua tak puas jalan sebab kami tak dapat dine in dekat satu pun kedai
dalam tu sebab mall terlalu penuh ya. kami pun decide nak beli makanan kat family mart je untuk malam tapi before tu nak lepak inside scoop dulu dekat damansara jaya. sebenarnya kitorang craving peanut butter jelly tapi flavour tu habis. so kami ambik jelah mint which also our fav and satu flavour lain. 



ni apa yang kitorang beli dekat mall tu .ye kitorang beli puzzle. HAHAHA
500 pieces punya puzzle.





i dah buka semalam and baru separuh siap. nanti la dah siap i akan tunjuk. 
tadi my husband call ajak keluar. dia balik awal harini.
rasa rasa nak pergi mana pulak harini eah?