March 29, 2021

Birthday Celebration and 4 days 3 Night Staycation

 


Hai korang..

seperti title di atas dua hari lepas 27 march genaplah umur i 30 tahun. dalam hati ada rasa macam tak percaya.

seriously I dah 30?  masa memang berlalu pantas . this year celebration birthday agak special sikit. husband dah pun berhenti dari kerja lama dia and sekarang dia freelance and I masih berkerja sebagai content moderator. Alhamdulillah atas Segala nikmat yang Allah bagi. kami menginap di hotel Dorsett Kuala Lumpur . dekat je dengan pavillion. plan asal sebenarnya nak duduk 3 hari 2 malam je.. tiba tiba husband ajak extend 1 more night. oleh sebab sis memang suka duduk hotel so why not kan? kami berdua pun lama gila tak bercuti. we need this staycation. kami check in pada jumaat 26 march . check in macam biasalah pukul 3. sebelum check in tu kami sempat pergi mall fav kami tak lain tak bukan the curve.kami lunch dekat dolly dim sum . to be honest tu first time kami try dolly dim sum. sebelum ni makan dim sum dekat kedai biasa je.okay la not bad. harga dia lebih kurang je dengan dim sum luar. cuma tempat dia fancy sikit la.  I makan semua ni kena dalam rm130+  I'm not a fan of dim sum sebenarnya tapi dolly dim sum ni bagi I sedap jugak.






so ni waktu first day sampai hotel.kami sampai ngam ngam pukul 3.



 bilik dia besar jugak. standart 5 star hotel. semua basic yang 5 star ada bilik ni ada. 
I paling suka dengan program tv dia sebab dia bagi blockbuster movie macam aquaman, the flash . 
petang tu kami cuma duduk di hotel malam sikit kami baru keluar untuk cari dinner
kami pergi pavillion je sebab jalan kaki 5 minit sampai. 

so ni gambar masa nak keluar tu. feeling sikit. walaupun dah 5 tahun kenal and 2 tahun lebih khawin kami jarang ada selfie or gambar berdua. selalu i akan ambik gambar dia je .


for someone yang jarang tunjuk pda (public display of affection) sis
rasa gambar ni acceptable la kan untuk husband and wife ahahaha 
sorry kalau korang cringe



no cakes or flowers but unicorn. masa ni kami memutuskan untuk makan di food republic je .
ala macam food court la tapi kemas. kami makan dinner ala indonesian food .
I makan empal penyet, husband I makan ayam penyet.
yelah siang tadi makan dimsum mana kenyang kan?
sebelum balik hotel kami singgah komugi untuk beli roti takut tengah malam lapar and 7 eleven untuk beli air.

 breakfast dekat sini ada 3 slot sebab diorang nak jaga social distancing.
so I pick the last slot . 9.30 to 11.00 am .
untuk pagi pertama kami di situ. 





since pagi tu I rasa macam tak sihat tak tahu sebab aircond kuat sangat ke apa. 
so I ambik bubur nasi. lepas makan bubur nasi terus okay and i bantai nasi lemak sekali.
hahaha. banyak ye saya breakfast. sebab buffet kan? selain itu i juga makan cereal and susu panas.
lepas makan kami naik bilik and sias siap keluar  ke klcc. mula mula ingat nak drive sendiri sebab dekat 
tapi bila tengok trafik tak sanggup pulak. jadi kami book grab je .
sampai KLCC punyalah ramai orang. every  restaurant pack weh.

plan asal kami nak makan dekat dottys tapi dottys Penuh gais. dia punya Penuh tu Siap  ada que panjang and ada staff panggil nama macam klinik kerajaan dah! yang tak Penuh cuma melur & thyme
so nak taknak kami pun lunch dekat situ haha.



I ambik grilled salmon and blue lagoon. my husband ambik  soft shell crab salted egg past and chocobanabutternut. I tak ingat harga satu satu menu ni tapi husband I bayar dalam rm130++ jugak lah 
sedap? okaylah sedap jugak cuma portion dia tak kenyang pun.
tapi Kalau korang nak cuba silakan. selain dekat klcc dekat nu sentral pun ada melur & thyme ni.



selepas makan kami ke kinokuniya sebab i nak cari buku . sampai sana buku tu dah habis. so kami pergi Starbucks pulak sebab dah puas jalan tetiba haus kan. Oleh sebab nak tengok movie penuh orang kami balik hotel untuk berehat. malam tu i tak keluar bilik. plannya malam tu nak pergi pavillion tapi sebab i malas , husband saja keluar.  I try book grabfood tapi semua  busy . so husband terpaksa keluar pergi beli makanan. 


pagi kedua breakfast kami ambik slot 8.30 ke 9.30 sebab harini  kami sepatutnya check out.
plan asal kami nak bermalam 3 Hari 2 malam je. tapi lepas breakfast Tengah baring atas katil tiba tiba husband cakap jom extend 1 malam lagi?
dengan pantas kami call receptionist beritahu nak extend 1 more night. 
ni tips untuk korang. jangan terus setuju booking under hotel.  sis booking dekat booking.com je tapi I request dengan hotel nak bilik sama. tapi korang kena pastikan korang pilih Jenis bilik yang sama eah.





pagi first tak sempat ambik gambar so ni i belanja how it looks like.






settle  breakfast kami sekali lagi ke klec sebab kami nak tengok movie. kalini kami naik grab jugak.
sebab weekend kan. jangan cari nahas tak ada parking nanti hahaha.
kami tengok monster hunter. best jugaklah ceritanya.
pasal satu kumpulan army tersesat masuk dimensi Dunia lain. dunia yang ada macam dinasour and binatang buas. sampai dari ramai2 tinggal ketua army  yang perempuan tu je .
taknak cerita lebih lebih korang tengok sendiri kay.
habis movie kami jalan jalan ke avenue k pulak. ingat nak beli Baju tapi tak ada yang berkenan di hati.
lepastu kami balik hotel.

apa ? swimming pool?
swimming pool ada dekat tingkat 4 tapi kami tak mandi pun. sebab dua dua tak bawak swim wear. 
tunggulah covid reda sikit baru fikir nak mandi2 kolam ni.

oh ya parking hotel ni agak limited so no worries kalau tak ada parking korang boleh parking dekat tanah lapang betul2 sebelah hotel. charge dia rm10 per entry.sis Parking dalam building hotel je .

harini iaitu hari ke 4 kami pun check out and terus pergi cari lunch . kami lunch dekat restoran jaring bandar Sunway and then proceed ke usj taipan sebab cousin I ada belikan cake. I pergi ambik dekat inside scoop.sedap guys cake dia. 


fadhilah bagi i rocher cake from inside scoop beserta lilin, birthday card and 
happy birthday stick. lilin dia unik k guys . 





alhamdulillah I'm blessed for this 30th birthday. walaupun  dah 3 series di hati saya , saya masih kanak kanak riang. inshallah this year gonna be different from last year. my husband and I are working on something. no I'm not selling product ke apa ke no. just a project untuk tambah income kami.thats all I can share.


k la korang i nak rehat sebab malam ni i kerja. 
doakan wfh sampai tahun depan eah sebab rasa happy pulak setahun kerja dari rumah ni.
rasa macam ada life sikit.

till then

ttyl

una mn
















March 15, 2021

keluar berempat after so long !

 


hi guys ..

apa khabar semua. dah 9 hari tak tulis activity I buat  semuanya sebab i busy dengan kerja.this month I cuti jumaat Sabtu so every week my schedule dah Penuh bersama my kesayangan. last week I keluar dengan ika this week  i keluar dengan husband dulu pada hari jumaat and then hari Sabtu I keluar dengan my cousins.

hari jumaat tu actually I habis kerja night shift pagi tapi sebab i kesian dekat husband asyik tinggal dia je.. i gagahkan diri keluar jugak dengan dia haritu. so kita keluar rumah pukul 12 macam tu pergi one utama saja. he book movie ticket for us. so kita tengok cerita Doraemon stand by me 2. best gila korang. 

korang memang kena tengok ! before movie kitorang pergi makan dekat wondermama. tbh that was the first time i makan dekat situ sebab before this ingatkan tak halal. sedap  jugak and harga dia sangat affordable.





I tak ingat nama dish ni apa tapi sumpah sedap. 
for dessert I order apple French toast.
all of this cuma around rm60++
murah kan?

after movie kitorang pergi sephora tapi tak beli apa apa since benda yang I nak tak ada.
sales person tu suruh I beli online je. stock belum sampai maybe.
then kami pergi uniqlo as usual. this past few months every week I akan beli baju from uniqlo.
and of course harga e member sale
this week I beli white top and khaki trouser



and pada sabtu pukul 9 lebih sis dah keluar dari rumah sebab nak ambik ika dulu dekat Shah Alam. 
sangkut tem sejam jugak sebab jalan dekat rumah sis tukar jadi sehala so dalam pukul 10.30 sampai Shah Alam and then pukul 11 sampai bandar Sunway sis pick up another 2 cousins. 
actually diorang ni semua ada kereta sendiri tapi sajalah nak naik satu kereta best sikit sembang2 kan.
so kami pergi nu sentral and terus pergi gsc. luckily sis dah book ticket movie awal sebab dah tahu weekend mesti ramai orang nak tengok movie jugak. before the pandemic start last year sis memang
movie buff. seminggu tu kadang-kadang 3,4 kali tengok movie. 

and I know I'm not alone . ramai pun macam tu kan. 
sebab kita suka vibe dalam cinema hall tu.




best jugaklah cerita ni . actually at first I ingat nak ajak diorang tengok cerita raya the last dragon yang I tengok last week sebab nak bagi diorang release tension. luckily sis beli ni best gila nak mampus hahahaha.




finally dapat jugak keluar berempat selepas 3 tahun. 
sebab profession kitorang beza beza sebab tu cuti susah nak sama.
ika cikgu sekolah agama so dia cuma cuti weekend, Bella dialysis nurse cuti weekend jugak, fadhilah 
supervisor untuk satu branch f&b  so cuti tak fix and me
wfh for now kerja content moderator  cuti juga tak fix. 

tengok tu si bella tu waktu keluar pun masih orang call pasal kerja. 



ika and bella Makan bibimbap me and fadhilah makan  jigae.

lepas makan kami jalan jalan pusing mall. paling lama pergi kedai bukulah. sebab I nak pujuk adik bella
dia nak ikut sebenarnya tapi sebab tiket dah beli awal. so I belikan dia buku alhamdulillah she's happy about it.  lepastu kami tapau makanan for our family. Bella and fadhilah duduk serumah so diorang beli makanan for makuda, ika beli for her husband and me beli for my husband jugak.
balik tu i hantar bella and fadhilah dulu and baru i hantar ika ke Shah Alam and then balik rumah sendiri.
rasa macam kejap sangat keluar. and sepanjang keluar dengan diorang i tak pegang phone sangat.
hanya capture a few photo as memories je. diorang je yang mampu buat I kurang check my phone.
most of us too attached with our smartphones kan?


dear cousin..
let's make this our monthly routine! 
kita kena jumpa every month! 

hahaha


Hopefully this Eid I get to see everyone.
korang plan raya mana tahun ni?
I of course semenanjung sebab belum dapat vaksin lagi.
inshallah next year raya Miri.

k tu jelah korang I nak main game ni.
till then

ttyl

una mn















March 6, 2021

Hang out with cousin

 



Hi korang !!

seperti entry semalam I ada cakap I nak keluar dengan ika kan?

so pagi pagi lagi i dah Bangun siap siap untuk ke Shah Alam. actually tak jauh pun dalam 40 minit sampai sebab jem . sampai rumah ika kitorang terus pergi ke central i city which Is dekat je dengan rumah ika. bagi pembaca blog ni maybe korang tak tahu ika ni siapa.ika ni cousin i. jarang tulis nama dia sebab jarang jumpa selalu korang nampak muka cousin i yang bella tu je kan. fyi I baru first time jejak kaki di central i city. mall dia besar jugak and agak lenguh jugak berjalan . lebih kurang one utama tapi ou besar lagilah..




at first kitorang sebenarnya nak makan boat noodle tapi sebab boat noodle ramai sangat orang kitorang
pun makan la secret recipe je.


basically ni jela apa kitorang makan masa ni ika punya makanan tak sampai lagi. 




lepas makan secret recipe kitorang pergi uniqlo I belanja dia Baju and ika ada belanja I
gelang. then kitorang pergi starbucks sebab ika cakap nak try apa yg i selalu minum


and of course I belikan dia butter beer. 
okay Kalau ada pakcik makcik baca blog I ni bukan beer yang arak tu ye ni
minuman dalam cerita Harry Potter tu.  hehehe
bukan apa risau disalah anggap hahaha


oh ye I ada beli buku jugak tadi dekat popular.
ni ha bukunya


as a muslim I think we should know more about our religion and ada this book to guide us
sebab apa benda yang ditulis di internet ni belum tentu betul.
yasin tu i dapat for free sebab sekarang popular ada promo .
kalau korang suka membaca sila ke popular and get your fav book okay?
actually I ada banyak lagi buku I minat nak beli but I save it for later. karang beli banyak tak habis baca pulak. 

alhamdulillah I puas hati keluar harini sebab rasa smooth je. I treat her today sebab jarang sangat jumpa walaupun tak jauh pun tapi sebab kekangan kerja and kitorang dua dah khawin so masa lebih pada suami. 
inshallah next week I akan jumpa ika lagi and another 2 cousin . sajalah melepak. hopefully plan berjalan lancar

k lah korang tu je dulu kot

till then ttyl

una mn






March 5, 2021

Service Kereta, early birthday present and movie day out after so long!

 



Hai korang apa khabar semua

sihat ke tu ? okay seperti tajuk di atas. harini i pagi pagi dah keluar atas tujuan nak service kereta ini service kereta I yang ke 2. ikutkan millage dia belum sampai pun lagi tapi sebab dah 6 month after 1st service so kenalah service ye. total I kena dalam rm194 je . tu pun sebab I buat balancing sekali which cost me around rm70+ . Kalau tak rm120+ je macam tu  I kena bayar. sebelum I pergi hantar kereta tadi I gig pergi hantar carwash dulu mall orang tengok kereta berhabuk . tapi tula rugi sampai sana rupanya lepas service dapat cuci kereta free je. ini first time I service dekat dengan rumah. before this I service bukan main jauh dekat cyberjaya hahaha. kitorang punya appointment pukul 10 pagi dalam 2 jam lepastu baru settle. sempatlah I main game sampai habis live.






lepastu husband ajak I pergi kedai jam. rupanya dia nak bagi hadiah birthday awal !! yay !!

so this is my 22 days early birthday gift.  I memang minat jam fossil ni pun. cantikkan? 




settle beli jam kami terus ke one utama sebab  Shyafiq ( my husband )
dah book ticket movie . today kan reopening all cinema so kitorang tengok dekat tgv
. movie dia apa?

okay ni korang wajib tengok sebab best gila.

raya and the last dragon




kami ambik show pukul 3 and before tu haruslah makan. oleh kerana
terlampau ramai orang and masa kami sampai ou dah pukul 2 sebab jem so kami decide makan
di the chicken rice shop je


jangan tanya kenapa gambar ni pelik
 ini kamera iPhone punya wide angle punya effect .
settle makan barulah kami tengok movie. habis movie dalam pukul 5 lebih macam tu i pergi teman husband cari laptop pulak. sebab laptop lama dia dah terlampau uzur. 
I suruh dia ambik MacBook tapi dia kata sebab I dah ada MacBook better dia pakai windows lagipun dia ada new project and that software lebih senang guna dengan windows.

dia beli acer aspire je je okay jugak laptopnya besar and performance wise pun okay.
ikutkan hati kami nak check in hotel je malam ni boleh jalan lama sikit tapi memandangkan esok i ada janji nak keluar dengan ika ( my cousin) so kitorang balik jela rumah.

can't wait to meet my cousin. last jumpa masa adik dia punya majlis resepsi bulan 9 tahun lepas. 
dia duduk Shah Alam je sebenarnya tapi tu la bila dah khawin and masing masing kerja susah nak luangkan masa bersama. disini i mintak maaf jugak dekat kawan kawan Kalau ada yang termerajuk sebab susah sangat nak jumpa diorang kata. bukan tak nak lepak but my priority memang family.
so kalau family ajak keluar mestilah I choose my family dari you.
tegur sapa online pun boleh . inshallah I tak lupa semua kawan kawan. cuma masa tu susah sikit nak match.


ni lepas beli laptop sis singgah llao llao makan my fav yogurt. 


my husband infront of our car. sebelum  balik  paksa dia post sikit. kitorang jarang parking atas selalunya 
parking bawah je tapi sebab tadi kebetulan parking bawah penuh so..
why not?

lepas habis bergambar ni ingat nak balik terus tapi dia ajak sis pergi uptown pulak!
oleh sebab sis dah tak larat sis biarkan dia pergi uptown and sis duduk je dalam kereta.
sejam jugak dia  biar sis dalam kereta  menunggu.
suka hati u la b janji u happy I happy .

k la korang ni je kot entry kalini

sorry Kalau ada rasa I suka riak ke menunjuk ke takbur ke.
sis tulis hanya untuk secebis kenangan. 
adalah benda bila dah tua nanti Kalau sis nak baca ke kan

till then

ttyl


una mn













💝 Anniversary Trip To Jakarta