December 28, 2022
First Wishlist for 2023 completed ( Canon G7x Mark ii )
Celebrate birthday Abah, aiman & ammar
hai guys harini i baru ada masa nak menulis sikit activity i pada hari christmas.
yes ... 3 days ago. 25 december 2022 i keluar celebrate birthday my dad, and brothers.
kami celebrate dekat tasty chapati the curve. first of all i nak say thank you dekat my friend aishah yang suggest makan dekat situ. yelah i pun dah lama jugak tak pergi the curve . i baru tahu ada tasty chapati dekat situ. pada mulanya mama abah janji nak makan dekat situ around 3pm sebab diorang nak pergi kenduri khawin anak saudara abah. tapi yelah my parents ni selalu awal dari temu janji yang diorang buat. i kan kerja malam , the night before so i tak join pergi kenduri, i bangun around 1.30 pm and pergi iron baju and tudung . lepastu i siap main game because i though my parents lambat lagi sampai. around 2pm mama cakap mama dah sampai the curve. apa lagi kelam kabut la sis disini mandi HAHAHA
okay when i sampai je my parents already order for them. i pulak tunggu fauzi, aqilah and wani sampai.
when they arrived laju laju kami order. so inilah apa yang kami makan. for me okay lah rasa dia.
oh ya oleh sebab i kelam kabut i sampai tertinggal hadiah abah dekat rumah. takpelah mujur adik i ammar balik tiap tiap minggu bolehlah i pass dekat dia hadiah abah.
lepas diorang semua balik i masih stay situ jalan jalan sebab i nak survey for my first wishlist 2023.
survey punya survey i find out that chrismast banyak sale and only last before end of year.
oleh sebab itu i terpaksa settlekan my first wishlist awal 6 hari . tapi macam mana pun i tetap anggap ni wishlist 2023 i sebab 2023 secara jujur i tak banyak wishlist and mostly on self development je.
i taknak reveal bentuk kamera i dekat sini. i will make a special entry untuk dia
overall i rasa happy for this year. for every ups and down. I hope 2023 will be a better year for me. i want to see myself grow, and i hope i dapat luangkan banyak masa dengan my family. to our next staycation ..
ttyl
una mn
December 23, 2022
self thought
hey blog..
entry harini i just nak tulis about my progress in 2022. as you guys know i dah complete dah all my wishlist.
apa yang i tengah buat sekarang adalah self improvement je. kita kan sebagai manusia ada pilihan.
kita berhak memilih hidup apa yang kita nak jalani. kita ada option cara nak upgrade hidup kita. selain dari menambah mata pencarian kita boleh upgrade hidup kita dengan cara tambah value yang ada pada diri kita. so siapa yang tentukan value diri kita? kita sendiri tentukan ke ?
for me begini. hidup ada banyak perspektif. dari satu sudut kita sangat berharga . nak dikutkan setiap anggota tubuh badan and minda kita adalah satu pinjaman dari Allah swt. cuma sebagai orang biasa yang hidup dalam kalangan masyarakat, berkerjaya memberi nilai tambah kepada diri sendiri boleh dikatakan wajib supaya kita lebih berdaya saing.
bunyi dia macam karangan masa spm kan?
tapi apa yang i tulis semua make sense. korang pernah dengar kan perkataan " increase your luck"
pertama kali i dengar dulu i macam terpinga pinga. how am i supposed to do that?
luck ni bukan satu talent yang kita boleh asah. luck ni macam magic.
pure luck. tapi sebenarnya lepas i dengar point dia agak make sense.
you can increase your luck dengan cara kita improve our value. for example you take extra class to learn different language. contoh you belajar mandarin, bahasa korea, bahasa jepun.
and then you perbaiki postur badan, perbaiki cara you dress up, improve general knowledge you,
and you lose some weight and dapatkan berat badan ideal so you can be the best version of yourself.
so when you be the best version of yourself secara tak langsung , akan terbuka banyak sedikit peluang untuk you compared to before.
i bagi contoh senang je. you see influencer ramai cantik kan? how they can easily make money with their pretty face . tapi bukan sekadar muka cantik buat opportunity tu datang . sebab diorang ada confident nak bercakap depan camera. they are creative . tapi secara zahirnya opportunity tu datang kerana orang tertarik dengan muka dia dulu.
you get what i mean?
so yeah i want to do that for myself to. bukanlah i nak jadi influencer.i just nak that confident level yang diorang ada. and to be that confident i need to work on many things. So yeah itulah yang i harapkan untuk diri sendiri for many years to come. i nak be the best version of myself. and i hope i tak malas malas for 2023. and the same time i tak terlalu force myself jugak untuk jadi productive. tbh this month i macam rasa bersalah dekat diri sendiri sebab i kurang productive . but then i fikir my body need rest after working hard for this past few years. so takpe this december kita chill dulu january nanti kita do whatever that we need to do.
till then
ttyl
una mn
December 20, 2022
life so far 2022 edition (flashback and all)
hi guys...
so today's entry is not about where i went or what i bought. I just want to talk to you.
or express my feelings. 2022 taught me a lot about life . tak dinafikan i dapat buat banyak benda this year. dapat spend masa dengan family selalu , bercuti , staycation. dapat bagi hadiah emas for my mom and mother in law. and for that i always thankful. cuma biasalah kita hidup tak pernah sunyi dengan masalah.
i selalu cerita dekat orang terdekat je. i prefer not to share it here sebab i nak blog ni ada banyak benda benda happy untuk i kenang . i pernah dengar orang cakap berhati hati untuk share our problems sebab not everyone will be there to support you. some people even feel happy bila tengok you susah . So yeah... i prefer masalah masalah yang menjadi resam hidup ni i simpan sorang. or share with the closest one.
lagipun bila difikirkan balik nak dibandingkan dengan masalah tu dengan segala nikmat yang Dia dah bagi pada i sangatlah kecik.
most of the time i just rasa anxiety je . i mean like korang pernah tak bila life has been treating you too good and you are in denial. nothing wrong happened tapi you guys just overthink that ooooo lepas ni mesti ada benda buruk jadi. i think im not alone kan?
mesti ada yang rasa macam i.
okay... satu lagi sebab you guys know that i am the type of person yang ada yearly wishlist.
for this past few years alhammdulillah i am being consistent . so 3 tahun i berjaya completekan every wishlist yang i nak. i believe that is happened because Allah want it to happened.
and satu lagi i amalkan untuk tak share any wishlist i sampai benda tu dah complete. i mean like right now if anyone tanya i apa wishlist i for next year i will not tell them because i believe "evil eyes" ain.
mesti ada yang fikir kalau percaya dengan evil eyes why you keep posting everything that you buy?
tbh.. kalau you guys ingat i tak cuba . i dah cuba.the things is i memang addicted to express my happiness.
you know why? because growing up even i bukan dari keluarga yang susah. but being an eldest in my siblings i terbiasa to work for everything that i want.
i bought my first bicycle with my own money even i was just 5 years old. i dah biasa belajar simpan duit dari kecik. so my first phone to from my own pocket money. even baju baju i masa college pun 90% i beli sendiri. 10% baru my parents beli. i dont blame them because masa diorang muda it's okay untuk pakai baju tu repeatedly in a week. my parents pun kerja badan uniform. diorang tak belajar sampai universiti. my mom only study postbasic sebab memang disuruh kkm.
so as someone yang dah biasa kena berjimat cermat i think i deserve to spend my adult money and be happy about it .
i know that orang fikir i macam tak ada problem. hidupku nampak tenang tenang saja.
actually i do have challenges in life hanya saja taklah extreme. i just nak luahkan dekat sini supaya i chill sikit and tak put pressure on myself.
it's good to push yourself to be better. tapi jangan sangat okay una?
you may plan all you want but if things doesnt go as planned .
gunalah plan b. if plan b doesnt work gunalah plan c....
maybe sebab my plan for next year bukan material things macam this year.
more to self development. itu i macam kinda nervous sikit.
trust the process okay baby?
till then
talk soon
ttyl
una mn
December 19, 2022
Malaya Garden with cousins!!
hi guys
so today i just cerita what happened yesterday. this month i kerja malam tau habis around 7.30 am
so my cousin bella ajak i keluar pergi cafe hunting . as a good cousin of course i accept the offer since she volunteer to pick me. so after habis kerja i tidur for a few hours and then bangun siap siap untuk keluar.
around 1.20 pm macam tu bella sampai rumah i dengan fadhilah. tak tunggu masa banyak terus kami ke petaling street.
in my mind i ingat malaya garden ni like cafe i selalu pergi . rupanya tak.
dia ada aesthetic stairs yang pusing pusing kalau jatuh meninggal tu . i tak exxagrate sebab tangga dia pusing pusing and tinggi.
i hate stairs lagi pun i berat kalau i ringan pun i still hate it because safety wise... for me not safe at all.
aesthetic , yes. safe ? i dont think so. tapi janganlah salah sangka. if korang tak ada masalah dengan tangga tinggi tinggi you will be just fine.
dari segi bersih dan cantik yes bersih. waitress & waiter semua okay.
waiting time jugak tak lama.
to be fair i review makanan dia pulak. luckily for me apa yang i order semua sedap.
harga dia sesuai la dengan kesedapan dia. cuma.... i pernah rasa lebih sedap dari itulah.
for food i bagi 8/10. however i tak suggest korang makan pesto unless you guys memang pernah rasa original pesto oversea and korang memang suka rasa dia.
reason dia sebab pesto yang selalu kita makan dah diadjust rasa dia supaya tekak kita boleh terima.
rasa yang diorang present adalah rasa pesto sebenar . if you get it , you get it. sila la google actual pesto punya ingredient dia apa. nanti korang faham apa i cuba sampaikan.i tak order pesto but my cousin bella order that. kami bertiga try la nak hadam but we cant. but it's okay kalau korang nak cuba jugak. maybe lidah korang rasa okay.
my suggestion untuk korang cuba
good morning breakfast, french toast, mushroom soup dengan bread and air dia nama malaya garden jugak.
k tu jela review terlampau jujur dari saya.
kalau nak cuba silakan. kalau korang nak senang parking situ ada tukang jaga parking sediakan rm10 macam tu.
k sekian itu saja from me. hahaha
p/s: gambar fadhilah tak ada since she sit beside me. however i ada video.
nak tengok pergi tiktok i @unamn91
till then
ttyl
una mn
December 13, 2022
Dookki with ika
hai korang...
tadikan i bosan so i ajak my cousin ika keluar. yelah semalam dah keluar dengan bella
harini sajalah ajak ika keluar lepas dia habis kerja . i bertolak dari damansara around 4pm ++ and sampai before 6pm. rumah ika dekat meru so agak jauh la dari my house. memandangkan i familiar je kawasan meru tu sebab i pernah kerja setia alam kan so tak ada la sesat. i pick her up and we went to setia city mall.
dulu setia city mall ni kira macam mall fav i la. yelah dah duduk setia alam kan mall mana lagi nak pergi.
zaman bercinta dengan ex dulu tu jela mall nya. dah dia pun orang meru.
tapi sekarang my fav mall one utama la dengan sunway pyramid hehe.
okay i digress
i ajak dia makan . mula mula i nak belanja dia makan dekat sukiya. tapi sukiya dekat situ rupanya sukiya bowl bukan normal sukiya. so we went to dookki instead.
i pun selalu je makan dookki but branch one utama la . dekat setia city mall ni dookki dia hujung dunia
dekat extended area yg baru tu. lepas makan dookki i belanja ika makan llao llao sebab dia tak pernah makan.
she is not fan of yogurt . kesian dia kena paksa dengan cousin dia makan haha.
basically our session kejap je sebab keluar pun dah lewat. kami sempat la jalan jalan kejap tengok perfume.i pun sempat la shopping perfume for my husband. after shopping sikit i send her home.
we drive thru mcd for her husband and i head home.
thats how i spend my cuti today hihi.
k la korang tu je la i nak cerita.
lain kali i cerita lagi
till then
ttyl
una mn
December 11, 2022
try heykcal for the first time with bella
Hai korang..
so today i dengan bella berkesempatan pergi try this famous youtuber punya cafe syedot asmr
nama cafe dia heykcal. cafe dia located at ampang . tak jauh sangat from my place or jauh tapi i tak perasan sebab asyik bersembang hahaha. bella pick me up sebab senang naik satu kereta je .
rating based on kedai . kedai dia okay cuma tempat dia agak terpencil tapi kalau korang nak datang dipersilakan. i nampak jugak kedai nyala by azfar heri dekat situ. i tak sure tu outlet ke or dia punya hq. but i can see nyala dekat situ la.
December 9, 2022
Happy 4th year Anniversary
hi korang lama .
diam tak diam dah genap 4 years i jadi wife orang. alhamdulillah syukur for every ups and down.
every challenges i simpan rapat rapat and only a few yang i luahkan . i orangnya hanya suka post benda benda gembira. that will make me move forward. alhamdulillah untuk setiap rezeki yang Allah bagi pada kami. no matter how small i sangat bersyukur.
this 2022 actually such a rollecoaster ride. personally tak ada apa sangat but since i dah kena masuk office july haritu even seminggu sekali so such a huge change jugak and my husband jugak baru start kerja baru last month. masa bersama tu kurang la. in this context bukan sexual context ya. meaning that our quality time together. Dulu masa dia freelance nak pergi cuti bila bila onz nak tengok movie bila bila onz.
sekarang jadual kerja kami la yang clash. nak pulak this month i kerja malam habis pagi. husband i pulak kerja pagi balik malam.
ada kalanya kalau i masuk office we will not see each other for more than 24 hours. which is new sebab yelah selalu wfh kan kalau i keje malam habis pagi pun . i habis that morning dia masih belum keluar kerja. now is different.
but thats okay this is part of our life.
so this year we celebrated lambat 2 hari. selalunya we celebrate awal this year lewat.
tapi mujur i jenis tak kisah.
we went to sunway pyramid to watch mechamato . and later after movie we sambut dekat cafe dalam sunway hotel. memorie cafe.
alhamdulillah makanan semuanya sedap. punyalah nak sambut anniversay today kami sanggup parking dekat valet . mujur tak mahal sangat. why? sebab parking pyramid ni kalau public holiday je penuh . so we didnt have choice.
November 28, 2022
Family staycation & Happy graduation day aqilah!!
-
hi everyone! today i'm gonna do a quick review on hannan medispa treatment. 100% genuine and this is not a sponsored post becau...
-
hi korang harini punya topik maybe hot topik untuk orang yang mencari rumah untuk dibeli. and ada yang buat research baca tapi tak berani...
-
tarikh penulisan mungkin 21 tapi kejadian ini berlaku pada 20 november :) rasa dah lama jugak aku jadi penganggur ni, jangan ...